Assalamualaikum wbt.
Persolan saya kali ini berkenaan membatalkan solat secara sengaja.
1. bolehkah saya membatalkan/memberhentikan solat saya ( sedang solat dirumah) dan di hadapan saya, anak saya yang masih bayi ( umur 15 bulan) sedang memanjat dan sekiranya dibiarkan berkemungkinan dia kan terjatuh dan mendatangkan kecederaan kepadanya.
2. Apakah panduan 2 lain yang membolehkan seseorang itu membatalkan /memberhentikan solat ( tak kiralah samada solat itu yg wajib atau pun yang sunat )
Sekian terima kasih :shocked:
Jawab:
[img]/forum/images/icons/wassalam2.gif[/img]
1. Wajib berhenti solat bila melihat merbahaya seperti itu, misalnya bayi yg dikhuatiri terjatuh jika sedang memanjat atau orang buta yg sedang menghala ke perigi. (fiqh Islami)
2. Panduan untuk menghentikan solat ialah dharurat (emergency) dan uzur syar'iy. Harus berhenti solat dalam keadaan berikut:
a. Kecurian sedang berlaku di hadapan orang yg bersolat
b. bimbang (keselamatan anak atau periuk di atas dapur)
c. musafir yg bimbang akan pencuri/perompak
d. binatang tunggangn yg terlepas/alarm kereta yg berbunyi
e. tiba-tiba rasa nak buang air (besar/kecil)
f. menyahut panggilan ibu-bapa hanya dibolehkan ketika sedang solat sunat sahaja. Fiqh Islami
Allahu a'alam
Sunday, December 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment