Bolehkan membaca Ayat Kursi (sebagai surah pendek) dalam solat lima waktu? :before
=============
Salam
Jawab:
Petunjuk Nabawi mudah sahaja mengenai apa yg patut dibaca:
HR Abu Daud (Sunan, 1/216, no 818) dari Abu Sa'eed ra, " kami diperintah supaya membaca alfatihah dan (kemudian) apa yg mudah."
'Tayassara' dalam hadis ini bermaksud secara umum apa yg mudah dari mana-mana surah dan apa yg mudah dari mana-mana ayat."
Bila kita mengkhususkan hanya kepada ayat Kursiy sahaja, ini bermakna kita sudah menyempit dan mempersulit. Fiqh Sunnah dari Ibn Qayyim. WA
Tuesday, December 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
kesimpulannya, tak boleh baca ayat Kursi dalam solat. ok, terima kasih.
Aisyah (RA) berkata bahawa RasuLULLAH (SAW) bersabda: "Membaca al-Quran di dalam solat adalah lebih afdhal daripada membaca Al-Quran di luar solat; membaca Al-Quran di luar solat lebih baik daripada tasbih dan takbir; tasbih adalah lebih tinggi daripada sedekah; sedekah adalah lebih bik daripada rozah (puasa sunnat); dan rozah adalah penghalang daripada api neraka." - Riwayat Baihaqi
Berkata Qais bin Abi Hazim rahimahullahu:
“Aku shalat di belakang Ibnu Abbas di Bashrah kemudian pada rakaat pertama beliau membaca Alhamdulillah (yakni:Al-Fatihah) dan ayat pertama dari surat Al-Baqarah (yakni ألم), kemudian beliau ruku’, kemudian ketika rakaat kedua beliau membaca Alhamdulillah (yakni: Al-Fatihah) dan ayat kedua dari surat Al-Baqarah, kemudian beliau ruku’. Setelah selesai shalat maka beliau menghadapkan diri beliau kepada kami seraya berkata: Sesungguhnya Allah berfirman: فاقرؤوا ما تيسر منه (Maka bacalah apa yang mudah darinya) (Dikeluarkan oleh Ad-Daruquthny 1/136 no:1279, dan Al-Baihaqi 2/60 no:2371, isnadnya dihasankan oleh Ad-Daruqutny)
salam..tuan...boleh lanjut kan penerangan mengenai bacaan ayat kursi dalam solat fardu...keliru sikit sebab telah kebiasaan saya dengan ayat kursi... maka tiada la ia kesusahan bagi saya....
baca ayat kursi dibolehkan dalam solat. Islam itu mudah.yang penting cukup rukun solat. 2 potongan ayat surah Al-Ikhlas atau lain dibolehkan.
salam. baca apa pun ayat yg terdapat dlm alquran boleh, asal kan tdk menyusahkan yg membaca nya. maksud nya kena lah ia hafal. yg panjang atau pendek terserah. pada solat2 sunat, di benarkan memegang mushaf alquran tujuan menghafal atau menghkhatamkan alquran. w.a.
boleh pegang dan baca Quran dalam solat fardu kalau tidak hafal, tidak membatalkan solat, tapi dalam solat persendirian atau orang yang jadi imam sahaja, makmum tidak digalakkan.
boleh tak kalau tak hafal bacaan tahyat awal dan akhir di ganti kan dengan al-fatihah???sah tak solat tu??
Jgn terus letak., tak boleh... pikir dulu sebelum buat keputusan...
Hafal lah x susah pun menghafal daripada was2 dan tidak yakin dlm solat serta memerlukan mencari jawapan untuk sesuatu perkara yg mudah.
Baca al ikhlas bang senang hafal insyaallah
Salam. Boleh ke kita baca ayat kursi dalam raakat pertama dan surah al ikhlas dalam raakat kedua dalam solat fardhu 5 waktu?
Post a Comment