bolehkah ustaz menerangkan serba sedikit mengenai wirid & perbuatan Rasulullah SAW setiap kali selepas solat fardhu berdasarkan hadith2 yg sohih?? jazakallahukhair...
Wassalam
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Insyallah kami akan cuba menjawabnya dengan kekurangan yang ada semampu yang mungkin.
Soalan sdr ini mengingatkan kita kepada Firman Allah swt didalam surah Al-Ahzaab ayat 21:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.."
Sabda Nabi Muhammad saw :
"صلوا كما رأيتموني أصلي"
{{Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat}}
Ramai dikalangan ulama-ulama telah menulis dan mengeluar fatwa-fatwa berkenaan dengan cara Nabi bersolat, dari Takbir hinggalah perbuatan beliau selepas selesai bersolat. Diantara mereka yang menulis mengenai kaifiat solat Nabi saw ialah Sheikh Abdullah bin Abdul rahman Al-Jibrin, Sheikh Nasyiruddin Al-Albani dan Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Kita memilih memaparkan kafiat solat yang ditulis oleh bekas Mufti Arab Saudi Bin Baaz ini kerana ianya ringkas dan meliputi perbuatan Nabi saw selepas selesai solat. Fatwa ini memang banyak sekali dapat kita lihat di internet, pamplet (yang diedarkan secara percuma kepada Jemaah Haji) dan juga buku Majmu' Fatawa Assamahah Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz, yang mengandungi fatwa-fatwa beliau yang susun oleh anak beliau sendiri. Kafiat solat ini diambil dari hadith-hadith yang sahih. Kami akan cuba selit-selitkan rujukan Hadith kepada amalan tersebut dengan menggunakan nota kaki.
-----------------------
Amalan selepas solat (Petikan bahagian akhir Fatwa Solat Nabi saw oleh Sheikh Abdul Aziz bin Baaz)
Tidaklah wajib, tetapi mustahab menurut amalan Nabi sebaik sahaja selepas Solat memohon keampunan dari Allah swt 3 kali (ويستغفر الله ثلاثا) dan mengucapkannya sebelum memalingkan muka kepada ma'mum jika dia seorang Imam.dan berkata:
"اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام"
'Ya Allah, Engkau adalah Kesejahteraan dan dari kamu Kesejahteraan, Kamu dimuliakan, Ya Allah yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan"[1]
Digalakkan membaca:
"لا إله إلا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير, اللهم لا مانع لما أعطيت ولا معطي لما منعت ولا ينفع ذا الجد منك الجد, لا حول ولا قوة إلا بالله, لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه له النعمة وله الفضل وله الثناء الحسن لا إله إلا الله مخلصين له الدين ولو كره الكافرون"
"Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan tiada disembah selainnya. Tiada Daya upaya melainkan dengan izin Allah, Ya Allah, Tiada apa yang menahan apa yang telah engkau berikan dan tiada yang boleh memberi apa yang engkau tahankan dan kekayaan tidak boleh mengayakan seseorang dengan kamu. Kepadanya pemerintahan dan kepadanya kepujian dan keatas dia segala perkara yang berlaku, Tiada Tuhan melainkanj Allah yang satu dan tiadalah syirik kerpadanya. Kepadanya segal;a kenikmatan dan kepadanya segala keutamaan, dan kepadanya segala kebaikkan dan Tiada Tuhan melainkan Allah, kepada dia kami mengikhlaskan agama, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir"
Kemudian BerTasbih (سبحان الله ) 33 kali, BerTahmid (الحمد الله) 33 kali dan BerTakbir (الحمد الله) 33 kali dan mencukupkannya menjadi 100 dengan mengucap :
لا الله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
"Tiada Tuhan melainkan Allah. Disatu dan dia tiada pasangan.Dia yang menguasai dan dia satu sahaja yang dipuji. Dia mempunyai kuasa atas segala sesuatu" [2]
Dan membaca ayat Al-Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah Al-Nas.[3]. Digalakkan membaca surah ini 3 kali setelah Solat Fajar dan Maghrib kerana telah diriwayat dari Hadith Nabi saw. Sebagaimana yang disebut tadi, semua zikir-zikir ini adalah sunat dan bukannya wajib.
Setiap orang Islam, samada lelaki atau perempuan, dicadangkan bersolat 12 Rakaat Solat Sunat[4] setiap hari : 4 rakaat sebelum Zohor, 2 selepasnya, 2 rakaat selepas Magrib, 2 selepas Isya' dan 2 sebelum Solat Subuh. Solat Sunat ini dipanggil sebagai solat Rawatib. Nabi saw menjaga solat-solat dimana sahaja beliau berada. Semasa beliau bermusafir, beliau biasa melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum fajar dan juga Witir (selepas Isya'). Tiada larangan melakukan solat-solat ini di masjid, akan tetapi adalah lebih afdal melakukannya di rumah, kerana Nabi saw bersabda :
" أفضل صلاة المرء في بيته إلا الصلاة المكتوبة "
{{SeAfdal Solat Sunat ini adalah dirumah melainkan solat yang wajib}}
Menjaga solat ini merupakan sala satu sebab masuk syurga, kerana Nabi saw bersabda :
" من صلى اثنتى عشرة ركعة في يومه وليلته تطوعا بنى الله له بيتا في الجنة "
{{Barangsiapa melakukan 12 Rakaat solat sunat setiap hari dan malam, Allah akan membalasnya dengan cara menyediakan rumahnya di syurga}}
Digalakkan juga seseorang Islam itu melakukan 4 solat sunat sebelum Asar, 2 sebelum Magrib, dan 2 sebelum Isya', kerana cara ini juga ada dilaporkan didalam hadith Nabi saw.
wallahu'alam
-wassalam-
=============
Rujukan Hadith dari Fiqh Al-Islami :
1. Riwayat Kesemuanya kecuali Bukhari (Nailoor Authar, 3/300) dan Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmudz, dan Ibnu Maajah dari 'Aisyah.
2. Riwayat Muslim dari Abu Hurairah.
3. Isnad yang baik, Riwayat Al-Nassa'i dan Thabrani dari Abi Amaamah. Tambahan bacaan Al-Ikhlas dari Ibnu Hibban di dalah Sahih.
4. Riwayat Ibnu Umar dan lain-lain. Muttafaqun 'alaih.
Rujukan:
======
1. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 2000.
2. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh. Cetakan ke 2. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989.
0 comments:
Post a Comment