Saturday, September 24, 2011

Waktu Habis Solat Isyak

abuaqeel


assalamualaikum..
saya ada sedikit kemusykilan tentang tamatnya waktu sembahyang isyak. ada seorang ustaz di kampung saya mengatakan bahawa solat isyak tamat pada pukul 12 malam, kerana solat isyak tersebut adalah solat malam dan selepas pukul 12 tiada malam lagi. Ia jadi waktu pagi. lantas timbul kekeliruan dengan apa yg saya pelajari iaitu waktu isyak adalah panjang sehingga terbitnya fajar sidik.
mohon diberi pencerahan tentang hal ini. wassalam.


Jawapan ----------------------------

Para ulama membahagikan waktu solat kepada waktu ikhtiariy (الإختياري) dan waktu al-Idhtiroriy (الإضطراري). Waktu al-Ikhtiyari bagi solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam. Manakala waktu al-Idhtiroriy pula berlanjutan sehingga terbitnya fajar sidik.

Maksud waktu al-Ikhtiariy: ialah waktu yang dibenarkan solat di dalamnya tanpa makruh, samaada di awal waktu ikhtiyari ini atau di akhirnya.

Manakala maksud waktu al-Idhtiroriy: ialah waktu yang tidak boleh dilewatkan solat sehingga masuk waktunya melainkan bagi orang-orang yang berada dalam keuzuran seperti orang gila yang normal setelah berlalunya waktu al-Ikhtiyariy, wanita haid, orang yang tertidur, terlupa, org kafir yang baru memeluk islam atau budak yang baru baligh.

Ini menunjukkan tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga habisnya waktu al-Ikhtiyari melainkan bagi orang-orang yang memiliki keuzuran seperti yang disebut di atas.

Perkara ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W.

وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ

Maksudnya: “Dan waktu solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam yang pertengahan.”

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut, maksudnya hadith ini ialah: “waktu menunaikannya dlm waktu al-Ikhtiyariy.” (5/111)
Badan Fatwa Arab Saudi di dalam fatwa mereka menyebut:

ووقت العشاء من غيبوبة الشفق الأحمر إلى نصف الليل ، وهذا وقت الاختيار لها ، ووقت الاضطرار من نصف الليل إلى طلوع الفجر

Maksudnya: “Waktu ‘isya itu bermula dari luputnya awan merah (habis waktu maghrib) sehingga pertengahan malam, ini adalah waktu al-Ikhtiyar, manakala waktu al-Idhthiror bermula dari sebahagian malam sehingga terbitnya fajar.” (6/113)

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut:

فإذا غاب الشفق - وهو : الحمرة في جهة المغرب - انتهى وقت المغرب ، ودخل وقت العشاء إلى نصف الليل ، وما بعد نصف الليل وقت ضرورة لوقت العشاء ، فلا يجوز التأخير لما بعد نصف الليل ولكن ما بين غروب الشفق إلى نصف الليل كله وقت اختياري للعشاء ، فلو صلاها بعد نصف الليل أداها في الوقت ، لكن يأثم ؛ لأنه أخرها إلى وقت الضرورة

Maksudnya: “Apabila telah hilangnya awan merah – iaitu awan merah sebelah barat – tamatlah waktu maghrib dan masuknya waktu ‘isya sehingga pertengahan malam. Dan apa yang selepas pertengahan malam adalah waktu dhorurah (al-Idhthirar) bagi solat ‘isya, tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga selepas pertengahan malam, antara hilangnya awan merah sehingga pertengahan malam itu adalah waktu al-Ikhtiyariy bagi solat ‘isya, jika seseorang menunaikan solat ‘isya selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya, akan tetapi dia dikira berdosa, kerana melewatkan solat ‘isya sehingga masuk waktu dharurah.” (Fatwa Bin Baz 10/384)

wallahu a'lam
Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
al-Qayim.net

54 comments:

Sahabat Haqir said...

as'kum ustaz....selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...ada sedikit kemusykilan dan kepeningan jugak saya memikirkan hal ini...

1)bolehkah kita mengikuti solat jemaah melalui webcam/skype atau seumpamanya...contoh yang lain seperti imam berada di seberang sungai...

2)jika tidak boleh, apakah hukum/nas/rukun-rukun atau syarat-syarat sah fizikal akan perbuatan bagi menyatakan dipanggil 'solat jemaah'...

segala yang baik dari Allah...yg buruk kelemehan atas diri kita sendiri..terima kasih...

Admin said...

W'salam,

solat jamaah kita kena nampak imam, jika dalam kawasan yang sama tak nampak imam tapi nampak jemaah yang dibelakang imam solat itu sah. Mesti dengar dengan jelas suara Imam.

http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/01/surau-2-tkt-pahala-jemaah-makmum.html.

Anonymous said...

salam ustaz

kdg2 saya tertido pd waktu isya' (tanpa solat isya')sehinggalah pertengahan malam..kemudian bangun semula atau terjaga dalam jam 1 pg atau 2 pg.Apabila terjaga saya akan terus menunaikan solat isya,.Adakah sah solat saya tersebut?

Make Money Online said...

Syukran

Make Money Online said...

dalam mazhab Syafi’ie, keseluruhan waktu solat terbahagi kepada empat;

Pertama; waktu terbaik, iaitu di awal waktu.
Kedua; waktu ikhtiyar, iaitu hingga sepertiga waktu.
Ketiga; waktu jawaz (harus), iaitu hingga sebelum tamatnya waktu (yakni sebelum masuk waktu solat yang lain kecuali subuh di mana waktu tamatnya ialah sebelum terbit matahari).
Keempat; waktu hurmah (waktu haram), iaitu menangguh solat hingga ke saat terlalu hujung waktu di mana waktu yang masih tinggal tidak cukup untuk menyempurnakan keseluruhan rakaat solat. Solat jika sempat ditunaikan di dalam waktu sekurang-kurangnya satu rakaat maka ia dikira tunai secara keseluruhannya (sekalipun rakaat selebihnya dilakukan setelah habis waktu). Jika tidak sempat satu rakaat maka keseluruhanya dikira qadha’.

Wallahu a’lam.

rujuk penuh
http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t97760.html

Make Money Online said...

Syukran

Baei said...

Merujuk kepada soalan Sahabat Haqir, walaupun solat itu disiarkan secara langsung, kita tidak boleh menjadi makmum dengan melihat tv atau seumpamanya. Tapi kalau kita solat di atas padang yang bersambung dengan masjid yang sedang dilakukan solat jemaah dan di situ ada tv yang dipancarkan turus dari mihrab, maka solat itu sah.

Anonymous said...

Assalammualaikum

Saya adakalanya bersolat Isyak ketika jam 5 pagi ke 530 pagi iaitu ketika hampir Suboh, Maka itu adalah seperti di " jika seseorang menunaikan solat ‘isya selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya, akan tetapi dia dikira berdosa, kerana melewatkan solat ‘isya sehingga masuk waktu dharurah.” (Fatwa Bin Baz 10/384)

Jika seseorang tidak tertidur tetapi menangguhkan solatnya kerana mahu tidur dahulu dan apabila terjaga telah hampir pada waktu solat seterusnya atau telahpun masuk waktu solat yang lain, jika beliau meneruskan sembanhyang ataupun qadha, adakah ia akan diterima?

terima kasih

Anonymous said...

salam ust.sy nk tanye skit ust ad x doa lpas solat hajat...doa 2 sy dh crik byk tmpt...puas mencry tpy maseh x jumpe jgk..arap ust bley bgy doa 2 kt sy yew...doa 2 pjg skit tpy sy dh slaloo bce doa 2 dh hafal separoh dry doa 2 tbe2 kertas 2 ilang ke mne bb 2 sy nk crik nk hafal semua...sng utk sy eck ny...doa 2 cam ny(allahuma ilnanas aluka mujibatih rahmati.......)

Anonymous said...

Salam

Saua bekerja di syarikat yg bukan islam , majikan saya membnarkan saya solat . Saya bekerja seorg diri di outlet jika saya mahu solat saya harus tutup kedai buat seketika , tetapi sahkah jika saya melewatkan solat pada akhir waktu zohor dan meneruskan solat asar apbl masuknya waktu asar sama seperti akhir waktu maghrib dan awal waktu isya' ? Ini kerana ingin mengurangkan kadar penutupan operasi kedai yg dikhuatiri akan disaman oleh pihak management dan juga ingin memgambil hati majikan kerana tidak mahu dingatkan seperti mahu mengambil kesempatan..

Admin said...

untuk doa selepas solat sila muat turun file PDF yang telah disediakan - himpunan doa-doa dari Quran dan Hadis-hadis dalam sidebar di sebelah.

Admin said...

anda yg bekerja di sykt bukan Islam di atas solat anda di akhir waktu adalah sah. ini disebabkan kesukaran untuk melakukan solat, jika boleh dapat 1 rakaat dalam waktu solat anda adalah diterima dan sah.

Admin said...

jika tertidur samada dengan sengaja atau tidak hendaklah segera solat selepas terbangun dari tidur walau pun waktu terbangun itu telah keluar dari waktu solat berkenaan. WA

Unknown said...

salam kenal dari bloger indonesia
http://adehilman81.blogspot.com/

Anonymous said...

salam,,,boleh x kite menunda wktu isyak dan tidur dahulu,lalu bngun semula pd 2-3 pg..kite tunaikan solat isya beserta solat tahajjud n beberapa solat sunat yg lain..boleh x??

Unknown said...

salam admin izinkan sy untuk copy Dan paste soal jwb dlm ni,,supaya sy dpt kongsikan ilmu yg bermafaat ini kpd orang lain,,

Anonymous said...

asslammualalaikum pukul 5 pagi boleh solat ishak tak .
harap balas..

Anonymous said...

As Salam Ustaz,
Jika seseorang Islam itu bekerja di Bank Pusat. Apakah rezeki yang di perolehi itu halal ?

Telekung said...

Prayers should be performed at time. The best is to pray in Jammah.

Anonymous said...

as salam ustaz...sy nak tanya sedikit soalan tentang solat....
sy berkerja dia sebuah syarikat kecil dimana mereka tidak menyediakan tempat utk org islam menunaikan solat..padahal hari2 sy menunaikan solat dengan qada' solat zohor pada waktu asar setelah sy pulang dari tempat kerja..apakah hukum nye ustaz..adakah usaha sy ini masih mampu sy teruskan..kerana sy pernah dengar ada orng yg mengatakan usaha kan saja kerana yg menerima itu kuasa allah..minta penjelasan ustaz..

puan zin said...

Saf (barisan)solatwajib bersambung

puan zin said...

Wajib solat apabila masuk waktu isyak jika berniat untk tdur. Tetapi tdur dlm wktu mgrib lnjut hngga isyak dan lnjut hngga 1 ke 2 pgi sah solat tak prlu qodho solat

puan zin said...

Jgn jadikan diri lemh dgn nfsu tdur dan ikut tlunjuk msuh (syaitn). Qodha solat sah mgkin dtrima selepas mlakukan solat taubt nsuha.

puan zin said...

Solat awl wktu lebih afdal maka rebutlh solat awal waktu, untk bgun mlm boleh dteruskn tetpi solt isyak afdal awl waktu melainkan keuzuran yg disebut diatas

puan zin said...

Bgi keadaan ini Anda boleh solat dimna shja asal tmpat trsebut bersih. Qadha solat hnya untuk org tertidur, lupa dan sebab lain boleh rujuk ulama yg arif bukan di tmpat internet yg tidak ada kesahihan benar .

puan zin said...

Duitnya halal jika kerja yg dilakukan bukan mncuri dan lain2 (jenayah) tetapi jika nmpk drngan mata bahawa perniagaan itu adlh arak mka haram duit. Pnjlsan lnjut rujuk kitab agama yg dtulus oleh pkar ilmu agama atau tnya ulama.

marauder said...

As Salam Ustaz.. sy org baru d sini.. Salam Ukhuwah Ustaz..
apa hukum nya,,sdg sujud waktu solat fardhu.. kita tertdo.d rakaat penghabisan.sdg sujud (sambil berdoa,memohon dari ALLAH) tapi cepat2 tersedar .. sah ke solat kita? aamiin Trima kaseh Ustaz

Anonymous said...

Assalammualaikum Ustaz, saya ingin bertanya bagaimana saya boleh lakukan solat jika saya berada di dalam bot yang kecil, tiada air untuk wudhuk dan tidak ada ruang utk bersujud ? Saya berterima kasih dahulu di atas pandangan dan nasihat Ustaz. Wassalam.... Fahmi

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, bahkan kita baca surah cthnya "Innaaktoinakalqausar....." pd rakaat pertama, dan pd rakaat kedua dibaca surah "Qulhuallahuahad......" atau "Qulauzubirabbinnas.....". Kerana ada org kata surah dibaca pd rakaat pertama harus panjang dari surah pd rakaat kedua, dan ada yg kata surah rakaat pertama harus dibaca dari surah_surah yg terdahulu dlm surah2 dlm Al-Quran dari surah dibaca dlm rakaat kedua. Sbg surah "Innaaktoinakalqausar......." pd rakaat pertama agak pendek dari surah rakaat kedua spt disebut di atas tetapi ia adalah surah terdahulu dlm Al-Quran daripada surah "Qulhuallahhuahad......" dan "Qulauzubirrabbinnas......". Blah saya baca dlm solat? Wassalam

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz, bahkan kita baca surah cthnya "Innaaktoinakalqausar....." pd rakaat pertama, dan pd rakaat kedua dibaca surah "Qulhuallahuahad......" atau "Qulauzubirabbinnas.....". Kerana ada org kata surah dibaca pd rakaat pertama harus panjang dari surah pd rakaat kedua, dan ada yg kata surah rakaat pertama harus dibaca dari surah_surah yg terdahulu dlm surah2 dlm Al-Quran dari surah dibaca dlm rakaat kedua. Sbg surah "Innaaktoinakalqausar......." pd rakaat pertama agak pendek dari surah rakaat kedua spt disebut di atas tetapi ia adalah surah terdahulu dlm Al-Quran daripada surah "Qulhuallahhuahad......" dan "Qulauzubirrabbinnas......". Blah saya baca dlm solat? Harap dpt jawapan krna saya pun ingin tahu Wassalam N Wallahua'lam

Ilmu Jadug said...

Cara Mendapatkan Informasi Ghaib

Cara Merubah Batu Jadi Emas Intan Dan Permata

Do'a Dzikir Rajah Kodam Wassyamsi Waduhaha

Doa Dzikir Asma Jabarut

Ilmu Cara Tawasul Pendek

Ilmu Merubah Kertas / Daun Jadi Uang

Ilmu Merubah Kertas Jadi Uang

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz..Saye nak tanye..Apa hukum saye tertinggal solat isyak sehingga saye tertidur akibat terlalu letih? dan apa patut saye buat?

Wak lon said...

Salam ustaz, saya nk tanya, subuh dan magrib mmg saya solat berjemaah Bersama isteri dan anak2, sebab Utama setiap rakaat saya baca 1 muka surat al quraan tanpa memegang dan tiada pergerakkan pada quraan itu dan saya amat saying untuk meninggalkan amalan itu . sya tahu berjemaah di masjid lebih afdol tetapi saya nak pastikan ahli leluarga juga berjemaah dan saying untuk tidak membaca al quraan ..mohon nasihatustaz

Sariminsarno-sarimin.blogspot.my said...

Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan kamu (soalsolatumum blog.)yang ada pada kami.

Unknown said...

Adresimiz ile kaliteli spin oynabilirsiniz. Venüsbet Venüsbet Grandbetting Grandbetting Hiltonbet Betnano Marsbahis Meritking Asyabahis

Tokoku said...
This comment has been removed by the author.
sms onay said...

Congratulations on your article, it was very helpful and successful. 504ff39864c27401f2843cd86ef97038
website kurma
numara onay
website kurma

define dedektörü said...

Thank you for your explanation, very good content. 3ad71a2f509deff6f07acdb9bb133d14
altın dedektörü

evde iş imkanı said...

Thanks for your article. 839660ffc14bcf9e80331f41bc1e5833
evden iş imkanı

vbet said...

Good content. You write beautiful things.
vbet
mrbahis
hacklink
hacklink
sportsbet
korsan taksi
mrbahis
taksi
sportsbet

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT

mobil ödeme bahis said...

Good text Write good content success. Thank you
tipobet
slot siteleri
poker siteleri
bonus veren siteler
kibris bahis siteleri
betpark
kralbet
betmatik

Anonymous said...

After cleaning and drying the body, you can use talcum powderラブドール to keep it soft and smooth. Avoid applying the powder to sensitive areas like the hair and vagina.

yasin said...

fatih
fethiye
gaziemir
gaziosmanpaşa
gebze
1FP

selim said...

kasmalı oyunlar
resimli magnet
silivri çatı ustası
çerkezköy çatı ustası
referans kimliği nedir

OMS

yasmin said...

https://saglamproxy.com
metin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
XOBG

Anonymous said...

dfgdg
شركة تسليك مجاري بالاحساء
شركة تسليك مجاري بالخبر

Anonymous said...

مكافحة حشرات 3moivwODOc

Anonymous said...

شركة تسليك مجاري بجازان hwhREeaI3P

Anonymous said...

شركة مكافحة حشرات mfC80LhPw1

Anonymous said...

شركة تنظيف مساجد بالجبيل 0gnZIAgBY9

Anonymous said...

شركة تنظيف مساجد بالجبيل L4nnZjeFOP

Anonymous said...

<a href="https://german-home.com/%d8%b4%d8%b1%d9%83%d8%a9-%d8%b9%d8

RatuVip Situs Slot Gacor Anti Rungkad said...

Tempat Bermain Game Online Paling Trending 2024. RATUVIP

Post a Comment