Friday, June 24, 2011

Silap Baca Quran Batalkah Solat

Saya ingin bertanya akan hukum seorang imam yang membaca ayat-ayat quran ketika solat dengan salah sebutan, tajwid dan makhrajnya. Adakah ia membatalkan solat. ?

- Dr Iman, Shah Alam-


**********************
Jawapan

Mazhab Hanafi dan kebanyakan ulama Syafie berpandangan dengan pandangan yang agak keras apabila mereka berijtihad bahawa solat si imam adalah batal, terutamanya apabila makna ayat itu berubah atau tiada makna. Malah sekiranya si imam itu beri'tiqad dengan bacaan salah itu, maka ia boleh menjadi kufur. Tetapi jika tersilap dan diulangi maka solat adalah sah.( Ad-Durrul Mukhtar, 1/589; Rawdah at-Tolibin, hlm 109, cet Dar Ibn Hazm)

Manakala kebanyakan ulama mutaakhir menyebut kesilapan dalam tajwid dan makhraj serta tatabahasa di dalam bacaan ayat quran, tidak membatalkan solat. Bagaimanapun sekiranya bertukar huruf yang mudah disebut kepada huruf yang lain seperti "solehat" kepada "tolehat", maka solat adalah batal secara sepakat ulama. Adapun, jika huruf yang sememangnya agak sukar di lafazkan seperti ‘sin' dengan ‘shim' atau bertukar ‘shod' kepada ‘sin' dalam bacaan fatihah. Ia tidak membatalakn solat kerana umum al-balwa (perkara silap yang sukar dielakkan).

Tidak membaca "tasydid" pada bacaan al-fatihah seperti (iyyaka na'budu) dibaca (iyaka na'budu) atau (rabbil ‘alamin) dibaca ( rabil ‘alamin) akan merosakkan solat.

Manakala Mazhab Hanbali berijtihad bahawa sebarang kesilapan di dalam bacaan imam yang menukar erti ayat selain pada bacaan al-Fatihah tidak membatalkan solat. Silap dalam fatihah pasti membatalkan solat. ( Al-Mughni, 2/198)

Bagi mengelakkan masalah ini berbangkit, setelah melihat yang paling mengetahui ilmu tentang hukum solat, Nabi SAW amat menggalakkan individu yang layak menjadi imam adalah paling baik bacaannya di samping syarat-syarat yang lain. Berdasarkan hadith : ertinya " "menjadi imam bagi sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaan al-Qurannya, sekiranya bacaannya sama, maka yang lebih mengathui perihal sunnah" ( Riwayat al-Jamaah kecuali al-Bukhari, Nasb ar-Rayah, 2/24)

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

32 comments:

Anonymous said...

salam ustad..
bagaimana pula kalau tertukar bacaan ketika sujud dengan bacaan rukuk?
adakah solat tersebut sah atau perlu diulang semula?
sekian terima kasih... =)

Anonymous said...

jam berapa waktu haram masuk zohur dan waktu masuk magrib

Admin said...

waktu di larang solat http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/waktu-dilarang-solat.html.

Cik Bunga Kenanga said...

salam ustad,
saya ada terbaca satu statement berikut "Tidak sah membaca bacaan dalam sembahyang jika hanya didalam hati atau menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara." adakah benar statement ini? apakah dalil dan nas yg mengesahkan statement ini?

Admin said...

ulamak berbeza pendapat mengenai tasbih sujud, ada yang mengatakan sunat sahaja dan sebahagian ulamak mengatakan wajib.

Ada pendapat ulamak menyuruh sujud sahwi jika berlaku kesilapan dalam tasbih sujud. Ada juga pendapat yang mengatakan tidak batal solat. Ada pendapat yang mengatakan batal solat tanpa tasbih sujud.

Mengikut imam Nawawi tidak batal solat dan tidak perlu sujud sahwi tapi digalakan membacanya tasbih sujud dengan tasbih yang sebenar. WA

Anonymous said...

asalamualaikum ustaz,saya ada pertanyaan,saya solat terlalu awal ketika waktu isyak ada ia batal? dan ada kah perlu saya mengulangi solat isyak!

Anonymous said...

Anon 15dis 2011, meh nak tolong jwb. Tapi soklan tak jelas.
Adakah solat Isyak tu seblum masuk waktu? Tak sah tu, kena ulang.
Klu masuk saja waktu terus solat , bagus le tu. Maknanya tak melengahkan solat.

Jwpan2 tu dlm keadaan biasa/normal. Dlm keadaan tertentu spr disangkakan dah masuk waktu, tapi then realised lum masuk... tu panjang le explainationnya.

Anonymous said...

Saya banyak kali juga le singgah masjid/surau yg berlainan, memang KEBANYAKAN bancaan Fatihah imam kurang molek/cantik. Esp ayat akhir yg majority ulama tajwid kata dibaca 6 harakat tu (''dooooooliiin..). tu imam baca tak cukup 6.

Agaknya tak sapa berani tegur imam tu. Bukan apa ustaz, saya ni ada le sikit2 belajar tajwid & mengaji ni (merendah diri, bukan nak cari salah sapa2) .

CT

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu pertanyaan. Batalkah solat sekiranya kita termenangis ( air mata tak dapat dikawal) semasa solat kerana perasaan sayu dan takut pada Allah?

Admin said...

menangis dalam solat tidak membatalkan solat, asal jangan menangis pura-pura, menangis kerana takut akan azab Allah dan mendatangkan keinsafan dalam solat adalah suatu perbuatan baik.

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz sy nk tanya,Adakah wuduk akan terbatal apabila seseorg itu selepas solat maghrib baring2 pas tu bila masuk wktu isyak dia solat semula tnpa berwuduk semula adakah solatmya tidak sah??

Anonymous said...

As Salam Ustaz,
Jika sesorang tertidur dan terjaga setelah habis waktu subuh. Adakah dia perlu Qadha solat subuh nya pada waktu itu juga? Saya musykil sama ada saya niat qadha atau niat solat sempurna(tunai)? Terima kasih.

puan zin said...

Bacaan takbir ihram, alftihah, salm pertama, rahiyt akhir dn slwt ats nbi thyat akhir wajib bca suara didengar telinga

puan zin said...

Tak batal selagi tidk brlaku prkara yg membtlkan wdhuk spt keluar angin qubul dn dbur, sntuh lelaki atau pmpm mahram,

puan zin said...

Niat qadha dan tunaikn dlm wktu anda ingat serta merta

Anonymous said...

http://muhammadibnuabdullah.blogspot.com/2014/11/rahsia-solat-dan-solat-rahsia.html

Anonymous said...

Salam ustaz, saya ingin tahu dlm mendirikan solat fardhu, ulama' mengatakan makruh bila membaca suatu surah yg pendek pd rakaat pertama berbanding rakaat kedua. Ada org mengatakan surah pd rakaat pertama mesti yg terdahulu dlm surah-surah dlm Al-Quran dan rakaat kedua dibaca surah terkemudian dari rakaat pertama selepas Al-Fatihah. Contohnya surah "Innaaktoinakalkausalt....." pd rakaat pertama, dan pd rakaat kedua dibaca "QulhuallahuahadAllahussamad......" atau surah "Qulauzubirabbinnas....."Bolehkah dibaca kerana surah pd rakaat pertama adalah surah terdahulu dlm Al-Quran berbanding surah dlm rakaat kedua

Unknown said...

assalamualaikum ustaz, saya nk tanya adakah sah solat jika makhraj ketika tashdud saya kurang betul? mohon penjelasan

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz sy nak tanya jika seseorang imam tu mengimamkan solat sunat lepas tu imam tu membaca surah lazim tetapi terlupa dan tertinggal salah satu ayat dari surah lazim itu apakah hukumnya ustaz??

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz sy nak tanya jika seseorang imam tu mengimamkan solat sunat lepas tu imam tu membaca surah lazim tetapi terlupa dan tertinggal salah satu ayat dari surah lazim itu apakah hukumnya ustaz??

Unknown said...

salam..bgaimana pula jikalau mengikut mazhab yg lain..Adakah batal?skadar bertnya pendapat...

NewShine Services said...

Terbaca tahiyat akhir ketika harus baca tahiyat awal di rakaaat kedua pada aolat maghrib. Adakah sah solat itu?

Unknown said...

Assalaamu'alaikom...saya nak tanya kalau iman menyebut saidina Mu'hammad tetapi bukan sayyidina Mu'hammad terdengar.perlukah kita keluar dari berjema'ah

Unknown said...

Imam""

gjie said...

Salam ustaz,saya bacaan dlm solat lari skit.contoh,allahu akbar tu mcm rasa lain.was2 ke ape tak tau lah,pastu bacaan alfatihah pun kurang ,adakah solat saya juga sah,,was2 kebarangkali banyak saya dlm wuduk solat hidup ni

USTAZ MUHAMMAD HAFIZI said...

Solat sah..tu takde masalah

USTAZ MUHAMMAD HAFIZI said...

Pn suhaila dan puan Zin..sepnjng pengajian saya..yg saya faham
YA mmg kena dengar telinga ...cuma tahap paling minimum volume nya(paling2 tidak) adalah..
Di ukur dengan cara begini: kita didalam bilik yg sunyi dan kita baca dgn kadar paling perlahan dan didengari oleh telinga..itulah yg sekurang2 nya yg dikatakan "dengar telinga sendiri"

Ini bermakna ..kalau ada bunyi bising disekeliling ...dan kita baca dgn kadar itu..walaupun bising itu mengganggu ..bacaan itu sah dan memadai.(maka tak perlu kita kuat2kan lagi suara)

Dan (dikhuatiri kita risaukan asik tak dengar...kita baca kuat2 hgga mengganggu makmum sebelah..atau satu masjid dengar suara kita) W.A.

USTAZ MUHAMMAD HAFIZI said...

Pn suhaila dan puan Zin..sepnjng pengajian saya..yg saya faham
YA mmg kena dengar telinga ...cuma tahap paling minimum volume nya(paling2 tidak) adalah..
Di ukur dengan cara begini: kita didalam bilik yg sunyi dan kita baca dgn kadar paling perlahan dan didengari oleh telinga..itulah yg sekurang2 nya yg dikatakan "dengar telinga sendiri"

Ini bermakna ..kalau ada bunyi bising disekeliling ...dan kita baca dgn kadar itu..walaupun bising itu mengganggu ..bacaan itu sah dan memadai.(maka tak perlu kita kuat2kan lagi suara)

Dan (dikhuatiri kita risaukan asik tak dengar...kita baca kuat2 hgga mengganggu makmum sebelah..atau satu masjid dengar suara kita) W.A.

USTAZ MUHAMMAD HAFIZI said...

Betul kata puan Zin...cuma saya nak tambah... kalauu pun kita sekadar SYAK ..eh adakah wuduk akubdah batal atau tak? Jawapnnya menurut feqah : TAK batal...sebab
اليقين لا يزال بالشك
Yakin ..tak akan hilang dgn dtgnya syak(yg terkemudian)
Maknanya..kita dah yakin tadi bwrwudhuk.....


Tiba2 bila nk solat Isyak..dtgvdlm fikiran... "eh! entah2 dh batal"..so fikiran2 ..lintasan2 hati sebegini perlu di tangani dan dijawab dengan FEQah..so jgn risau..kita solat je terus...jgb layan..kalau anda layan..lama2 dtg penyakit bahaya ..iaitu - WAS2

W.A.
SKDR KONGSI2 ilmu yg kita pelajari dgn talaqqi ulamak2 muktabar..ulama2 pondok

Unknown said...

Salam ustaz..klu lidah terkucil mmberi Salam tahhiyat akhir dgn x sengaja batal x ustaz solat..nk ulang semula kepala dah pusing ke Kanan bahu takut batal pulak maka sy trus je beri salam ke babu Kiri..mohon penjelasan ustaz..

Eone said...

Salam ustaz... Sah kah solat kalau tersilap bacaan doa iftitah?

Unknown said...

Saya tertinggal tahiyat awal adakah solat saya

Post a Comment