Tuesday, November 16, 2010

Bacaan Tidak Lancar Dan Terganggu

Postby sdil »

Entah mengapa, sejak belakangan ini lidah saya semakin sukar untuk membaca surah alfatihah dan bacaan-bacaan lain dalam solat. Bacaan saya selalu tersekat-sekat dan tidak lancar. Mungkin kerana gangguan dari syaitan. Kadang-kadang saya solat sehingga 30 minit kerana bacaan saya yang sangat teruk. Kadang-kadang saya terasa malas untuk solat kerana 'letih' untuk solat.

Adakah perlu saya membaca sebaik imam sudais (imam masjidil haram) untuk menjadikan solat saya sah.

Saya harap anda dapat memberi komen dan tips untuk memperbaiki bacaan saya.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~~~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby albaruhiyy » Sep 3rd, '10, 12:04
:salam

Pertamanya, anda hendaklah mengetahui bahawa syaitan akan menganggu solat kita.

Ibn Qayyim ketika mentafsirkan maksud ayat

مِنْ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

Maksud: (bisikan) daripada jin dan manusia. (Surah al-Nas: ayat 5)

Beliau menjelaskan bahawa pandangan yang tepat bagi maksud ‘jin dan manusia’ ialah merujuk kepada bisikan atau waswas.

Bahkan dalam hadis, diriwatakan Uthman bin Abi al-Aas datang berjumpa Nabi dan bertanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ، فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ ، وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاثًا. قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي.

Maksud: “Wahai Rasulullah, syaitan telah datang antara diriku dan solat dan menjadikan aku keliru dalam bacaanku.” Rasulullah s.a.w. menjawab: Itu adalah syaitan yang bernama Khanzab. Jika kamu menyedari kehadirannya, makan mohonlah perlindungan Allah daripada gangguannya dan ludahlah (tanpa air liur) ke kiri sebanyak tiga kali.” Uthman berkata: “Aku melakukannya dan Allah menjauhkan syaitan daripadaku.” (Sahih Muslim)

Kedua, ibadah disyariatkan oleh Allah bersama dengan kemudahan untuk dilaksanakan. Allah tidak pernah memberikan kepayahan dan kesempitan untuk perlu dirasai oleh hamba-hamba-Nya dalam melakukan sebarang ketaatan.

Ketiga, berusahalah bersungguh-sungguh untuk membetulkan bacaan, dan jangan sampai ia menganggu solat dan mendatangkan rasa malas. Kerana malas tersebut datang dari syaitan. Oleh itu juga, banyakkan berdoa minta berlindung dari syaitan

Allahu'alam...

36 comments:

Anonymous said...

kalau meludah tu mase solat atau sesudahnya, tolong jelaskan,

Admin said...

masa dalam solat tu. ludah syarat sahaja bukan betul-betul meludah. WA

Anonymous said...

assalaamualaikum.
maaf ye.admin.
saya sarankan amalkan membaca Surah kursi dan 2 ayat selepasnya serta 3 ayat terakhir.
InsyaAllah.

Terengganu said...

assalamualaikum
sebenary perasaan ragu2 yg ad dlm hati anda adlah dsbbkn anda rasa bimbag tkut2 solat tidak sah dn tdk dterima oleh Allah.percayalah pd diri anda sendiri..rasul kita ad bg tau..jgn layan was2 tu smua tu keje setan nk bg kite letih buat bend yg sama berulang2..sb tu la timbul rasa malas.jgan layan was2 anda..soal dterima atau tdak solat kita,itu smua keje Allah ..sembahyglah dgn yakin..

manjadi walid said...

tuan, selepas solat imam membaca doa. adakah perlu dibaca kuat atau perlahan. sebab nabi suruh baca perlahan. tetapi kalau perlahan bagaimana makmum nak tahu apa doa yang dibaca. minta nasihat tuan.

Admin said...

Doa selepas solat itu sunnah tapi doa beramai-ramai diketuai oleh imam selepas solat tidak ada sebarang keterangan pernah dilakukan orang pada zaman Rasulullah saw... kecuali sekali sekala imam membaca doa dengan kuat untuk mengajara jemaah mengenai doa... WA

adalah lebih baik berdoa sendiri selepas solat, keperluan memasing adalah berbeza.

Hamba Allah said...

apa hukumnya sekiranya lepas solat kita ternampak ada bulu dari tubuh kita (bulu mata, bulu kaki dan sebagainya) gugur disejadah?...

apakah perlu qada?

Anonymous said...

saya baca tahiyat akhir dalam solat fardhu isyak..kemudian saya keliru dan ulang bacaan sekali lagi..apabila memberi salam, bacaan tahiyat akhir kali ke2 saya silap..dan saya yakin bacaan tahiyat akhir pertama saya adalah betul..perlukah saya ulang kembali solat isyak saya,? semasa membaca kali ke2 itu, saya tidak niat untuk membatalkan baccan pertama saya..cuma mahu yakinkan diri sahaja....mohon pendapat

ThalhahUbaidillah said...

betul sgt2...saye pulak dalam bulan ni asik was2 je..btl kate pemilik soalan, kite menghadapi masalah yg sama...saye faham perasaan awak tu...mcm awk jugak, sy menghabiskan masa yg lama dengan mengulang2 solat baaanyak kali sbb trase kejap lupa yg itu, lupe yang ini....kdg2 mmg 'letih',,,like what u said, tpi saye redha je...sy taw Allah bagi ujian saye berbentuk cmni sbb Allah sayang saye... :)

Anonymous said...

Was was ini mainan syaitan. Boleh menjadi penyakit yang bersarang dan susah dihilangkan. Saya juga mengalaminya. Dari mula taharah,wudhu hingga semasa solat bacaan al fatihah dan tahiyat akhir ada je tak kena- tak 'clear' macam orang biasa. Mohon panel dapat menolong

puan zin said...

Bacaan yg baik boleh rujuk youtube cara bacaan rasulullah, atau betul tjwid,makhrj huruf bukan dgn meniru imam besar spt imn sudais atau sbgainnya.

Anonymous said...

Assalamualaikum, selepas Al-Fatihah, sesuatu bacaan dari surah pd rakaat pertama haruslah dari surah yg terdahulu dlm surah2 Al-Quran, berbanding dibacakan surah pd rakaat kedua. Ada org kata bacaan sesuatu surah pd rakaat pertama haruslah panjang berbanding bacaan surah pd rakaat kedua. Bagaimana jika dibaca surah yg agak pendek iaitu "Innaaktoinakalqausar........" pd rakaat pertama, dan pd rakaat kedua dibaca "Qulauzubirabbinnas.......", dimana surah pd rakaat pertama tersebut adalah surah terdahulu dlm Al-Quran berbanding surah kedua dimana ia adalah surah penghabisan dlm Al-Quran. Blh ustaz jelaskan

Insan Kerdil said...

Salam.sekadar berkongsi.sy juga ada masalah dalam bacaan ni. bacaan sy sgt teruk.kdg2 berbelit lidah sy nk lafazkan bacaan tu,terutama pd ayat yg ada sebutan 'u' atau 'ha' atau bacaan bersabdu. bila cuba baca tu sebutan yg tu seperti tidak jelas dan beri tekanan pd abdomen.kdg2 nafas sy pendek sy x sampai nk habiskan bacaan walaupun ayat tu taklah pnjg. jd bunyi x bunyi je..x jelas je sebutan smpai sy kena ulang baca tu. x betul sebutan plk kna ulang lg.tarik nafas lg..ulang baca lg.kdg2 ia menyebabkan tekanan kt abdomen sbb tercungap nk cuba baca..jd dtg plk rsa nk buang angin la ape la.jd mcm tersekat kt ulu hati tu bila mula baca.bacaan tahiyat sy lg teruk sbb kt situ byk bacaan bersabdu dan ada huruf 'ha' kt hujung. Sy ssh nk sebut mcm cth "..wa ashadu anna muhammadan rasulullah.." dh la ada sebutan 'u'.. sabdu.. lg bila sebut rasulullah x bunyi ha kt hujung nye.. bunyi rasulullaa...bila cuba jgk nk bunyikan ha tu rasulullah sy tekankan bacaan hujung nk bg bunyi ha tu..tp mslhnya ia akan menyebabkan keluar angin samada dr dpn atau blkg atau keluar air seperti mereka yg alami kencing tidak lawas. Jd kt situ pn dh bpe kali ulang bacaan..bila berjaya baca "washaadu anna muhammadan..." sebutan "rasulullah" tu plk2 x jd..ulang blk..x smpai nafas plk..ulang blk..berbelit ngn sabdu plk..ulang blk..nk habiskan satu2 ayat pn mcm seksa dr awal solat smpai akhir solat. sy akui dulu sy solat sy x tau rukun qauli tu jd bacaan sy dlm hati je..x peduli pn jelas ke x jelas. Skang dh tau tp ssh plk.. sy cuba bca sehabis perlahan tp bacaan sy tu seperti menekan dan keras dan sy pasti 2

Insan Kerdil said...

Sy smbung.. sy pasti org sekitar sy bleh dgr betapa teruk bacaan sy dan tau sy mengulang bacaan.. sy cba lg untuk perlahankan tp sebutan tu lg teruk..jd tahiyat sy agak makan masa untuk dihabiskan..kdg2 sy berkira2 time tu nk baca sje x kisah x jelas atau x bunyi sekalipun atau pun cuba tekankan bacaan bg jelas tu tp risiko nya akan keluar angin atau air.. sbb sy bukan sentiasa nya x bleh sebut..ada msa nya bleh..klu mmg tiap kali x bleh sebut tu sy tau mmg dimaafkan..cuma kategori kdg2 ni je sy xtau. cth lain mcm sy sebut "..ghoiril maghdu bi a'laihim.." kdg2 bleh sebut kdg2 jd bunyi "..ghoril makhdu.." bukan "maghdu" .. sy ulang blk.. tp "ghoiri.." plk jd bukan "ghoiril.." kdg2 mcm saudara ckp tu terlupa part tu..terlupa part ni.. kna ulang jgk.. sampai kdg2 tu bleh terselit bacaan tahiyat plk dlm alfatihah..silap plk..kna ulang lg.. itu pn sy baca alfatihah je dlm tiap rakaat tp lama jgk.. tahiyat pn sy bca takat yg wajib je.. klu sy smbung dgn sunat xtau bila nk sudah Solat. Dh org lain dh habis solat sy bru rakaat ke2..bacaan yg lama dan sukar tu menyebabkan sy x dpt nk khusyuk..smpai terpejam2 mata.. dh la otak sy mudah teringat ngn bnda lain..ada sja yg berlegar kt kpala.. x kira la apa sja yg sy bru tgk atau apa sja yg jd di sekeliling. Jd mcm wayang duk main2 kt otak..kdg2 sy terikut pikir sekali.. walaupun sy ikut fikir ingatkan perkara tu ia jgk akan mendatangkan tekanan pd sy..pd abdomen sbb sy paksa diri untuk ikut ingt perkara tu.. bila ada tekanan abdomen tu la otomatiknya akan menyebabkan keluar air plk ape la plk. Kdg2 terpejam2 mata tu la smpai bleh terlelap plk Walaupun sesaat dua. Klu time duduk xpa lg x batal tp klu time bdri tak ke batal solat tertido kna amik wuduk blk.tp sy mmg otomatik bila baca tu mata akan terpejam..betapa nk cuba baca tu.. jd mcm2 mslh dlm solat.. sekali bacaan x jelas..sekali duk teringat bnda lain..sekali tertido..sekali nk buang angin..msa kt bilik air xnk plk buang angin bila nk solat mula la.. sy mmg akan amik msa lama cikit masuk toilet dlu sebelum wuduk sbb ada mslh keputihan dan mslh sewaktu dgnnya..pd msa yg sama sy cuma berusaha buang angin atau air besar sbb sy tau la sy ni mcm2 hal nti jd dlm solat..at least klu jd pn sy bt derk je sbb sy dh berusaha sblmnya. Cuma itu la sy kena berlama dlm tandas pastu mmg kna masuk tndas tiap kali nk solat fardu Untuk beristinjak dn menukar apa yg nk kna tkr la. UAI kta org mslh daimul hadas mmg kna mcm tu..1 wuduk 1 solat fardu.nasib la.byk la mslh sy. Dari luar solat ke dlm solat sume mslh.redho je.sy nk jd cam org lain.sy nk solat jemaah sekali pn serba slh.belum kira apa org pikir tgk kita.sdih jgk.bla tgk org lain solat sng apa sume sng sy nk jd sng mcm tu jgk..solat cpat sume.bca sng. klu diikutkan dh termasuk golongan OCD tp ni sume jd bermula dr satu titik yg merubah kita jd lain.. bermula dr 1 titik tu la kita kita berdepan dgn satu kesukaran dan ia semakin sukar dan heret kita ke mslh2 lain sblm sempat nk lari dr mslh asal..dah mcm kanser yg merebak. uztaz kta Allah x uji kita dgn ujian berat di luar kemampuan. wlaupun sy rasa ia berat sgt kt sy sbb mcm byk sgt mslh dlm ibadah tu tp maybe Allah kta sy mampu wlaupun dh bertahun2 idup mcm tu.. klu org lain yg pndang pelik atau kta mcm2 kt kita tu belum tentu diorg sanggup nk hadapi segala mslh tu. Cuma agak stress sye berpikir betapa byk solat sy yg x sempurna..brp yg perlu diganti sbb kdg2 sy x sempat nk ulang alik tandas sy redho jela solat dan pikir utk ganti nanti2 tp x sempat lg..solat yg fardu pn terkulat2 payah nk dihabiskan. blum kira nk ganti..so jd tertunda.. camana la esk2 dh matahari terbit belah barat tah sempat tak selesaikan.

Assalamualaikum , saya pun ada masalah yg sama dengan awak dan masih "sama" . Awak mengalami masalah ni dah berapa lama eh?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Maafkan saya, makraj huruf ha adalah sedikit angin perlu dikeluarkan dari tekak bukannya dari halkum.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam, Itu Benar... Ya Allah... Itu Benar... Ya Allah...
Baca sahaja dan tak khusyuk ikhlas, tidak menjadi.
Hanya tahu dan tidak beramal juga tidak menjadi.
Aku hamba Allah pun banyak perbaiki diri, dan tidak sekali akan kata "CUBA" sahaja. Terus, Laksanakan, Lakonkan dan Kerjakan.
Alhamdulillah...Syukur...
Setakat ini, 30 Juzuk hanya Senafas...Khatam bagi segala-galanya. Segalanya ada setiap khalimah Allah itu ada Mahkota Segalanya. Sama-Samalah kita mencari Allah. Ada juga Hamba Allah yang tidak ingin dikenali dan inginkan gelaran. Sekarang ramai yang ingin terkenal,tapi tak terkenal langsung seperti yang dikeluarkan di kaca TV.
Itu yang pasti, kerana setiap penyampaian ceramah tentang Agama, yang dibelakangnya ada unsur WANG!!!
Ilmu Allah bukan untuk dijual beli.
Neraka Jahanamlah...
Sekian, terima kasih.

Dari Hamba Allah Para Sufi

Dark Web 7 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kalau bacaan die dilulang2 xde mslahkan?.cmu nada jer kene pelahan k mcm mne??contoh bismila..bismila..bismilaa..bismilahirahmnirhim...solat sah?..

Unknown said...

Kalau bacaan die dilulang2 xde mslahkan?.cmu nada jer kene pelahan k mcm mne??contoh bismila..bismila..bismilaa..bismilahirahmnirhim...solat sah?..

Bla bla bla said...

Assalamualaikum...mcm mana kalau saya baca al fatihah dua kali...sebab yg pertama saya baru terperasan yg saya x sebut dgn 5 saat....walad dolin.....

Underbite said...

Terima kasih

Anonymous said...

Terima kasih

Anonymous said...

Ini saya yg ^diatas^ saya cuba dan dapt buat apa yg dikatakn diatas dan saya ingin mgucapkn terima kasi sekali lgi

Unknown said...

Assalamualaikum,

Saya pun sama sperti insan kerdil di atas. Bacaan saya slalu tersekat sekat dan smbahyg smpai kan sejam. Saya bkan tdak berusaha saya cuba dan fikiran saya slalu mlayang fikir benda bnda yg saya x fikir. saya ada cuba yg tersebut diatas ttpi tdak dapt. Kakak saya trganggu dan tdak suka mndgar bacaan saya tersekat sekat. Saya dgar nasihat ibu dan dan kakak saya tpi skjap je lancar lpastu balik smula tdak lancar. Saya ada bnyak masalah slain tdak lancar dlm smbahyg. Saya mahu mnta tolong siapa2 yg dapt mringnkn beban masalah saya saya benar2 mahu prtolongan.

Unknown said...

Sya nk smbung saya yg Unknown diatas tu saya nk smbhyg tpi hati saya rasa sakit nk smbhyg. Saya bnar2 minta tolong kpd siapa2 yg dapt.

Unknown said...

Assalamualaikum,
Maaf admin,
Saya nak tambah lgi, cuba baca ta'awwudz sebelum sembahyang. Jgn difikirkn ragu2, sembahyang sja terus. Buat apa yg sudah diketahui. Dan juga taubat dan bersyukur dengan apa yg ada(Ada sebab knapa saya tambah ini). Terima kasih krana mndengar.

Unknown said...

dulu sy pun ada masaalah sebutan kadang2 tak tepat teruk jgk dlm solat.salah satu sbbnya sbb kita jd mcm tu sbb kita terlalu berjaga2 takut silap kerana sebutan dlm bacaan Al fatihah tu rukun qouli.klu salah tak sah solat kita.jd bila terlalu berjaga2 kita akan jd gemuruh takut tersilap.bila gemuruh lg teruk lah jd nya.nafas tak cukup lah nak buang angin lahh suara jd terketar2 lah semua ada masa tu.Alhamdulillah skrg masaalah sy dh makin krg sbb sblm solat sy baca surah An Nas dgn doa penerang hati Robbishrohli dulu lps baca tu mntak doa pd Allah supaya dipermudahkan bacaan dlm solat kita insyaallah kwn2 blh cuba semoga Allah permudahkan solat anda.

Cahaya Suci said...

Saya nak tanya.. kalau kita ada terasa macam sesuatu kalimah atau ayat dalam Surah Al-Fatihah tu kita rasa macam sama ada tersilap tajwid atau makhraj huruf, adakah kita perlu ulang semula bacaan Al-Fatihah tu? Adakah dikira batal sekiranya kita tak ulang (betulkan bacaan). Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ms S said...

Saya sejak thn 2020 mulai ada gangguan rasa mcm x betul saja bacaan al fatihah. Ada saja rasa x betul sebutan walhal saya mmg lancar membaca al quran. Ianya mmg benar2 menganggu, sekarang ni bila nak mula solat masa takbir berulang sbbnya rasa sebutan Allahuakbar tu x dpt di tekan kan hujung huruf kaf. Ada masa rasa muting bila diingat, klu solar berjemaah lagi teruk gangguannya. Klu du gangguan bacaan x ada, tp tiba2 masa nak bagi Salam baru teringat sedang solat, skrg masalah ni dah diatasi tp dtg pulak gangguan susah nak sebut huruf dlm bacaan

Anonymous said...

Masalah yang kau hadapi sama cam aku, lagi2 masa maghdubi tu, ya Allah sumpah aku tak dapat nak yakin kalau suara pakai suara rendah, aku kene tinggikan suara baru boleh yakin,

Anonymous said...

Saya faham faham Yang anda lalui...sy pun gangguan sentiasa Ada setiap Kali solat..jika solat berjemaah..sukar baca Al fatihah..JD keras lidah n susah..selain nak membaca Dan mengawal gangguan yg dtg,terpaksa JG suara bg mengelakkan jemaah sebelah terganggu dgn bacaan Kita Yang tersekat2

Post a Comment