Tuesday, November 3, 2009

Sujud Tangan Atau Lutut Dulu

guest_airGas
Salam,

Merujuk:
http://soalsolatumum.blogspot.com/2008/ ... sujud.html

Jarang-jarang nampak orang buat pendapat yang digunakan oleh Albani dan Bin Baaz, dan seingat saya ibnulQayyim pun berpendapat kurang praktikal turun sujud dengan tangan, baru lutut.

Apapun, adakah sah mengikut:

"("Aku melihat Rasulullah saw ketika hendak sujud meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya dan apabila bangkit mengangkat dua tangan sebelum kedua lututnya." - Hadits dikeluarkan oleh Al Imam Abu Dawud, Tirmidzi An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ad-Daarimy)"

Kerana kedua-dua (lutut dulu, atau tangan dulu) mempunyai dalil masing-masing?




***********************
kamin
Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Berikut adalah tautan arkib mengenai kaedah turun sujud menurut ulama’.

SJ-2524 : Hadis terbalik? (kaedah turun sujud)
Hadis Terbalik? Kaedah Turun Sujud

Berikut adalah tautan mengenai status hadith di soal-jawan hadith (pengendalian Ustaz alitantawi) yang membincangkan mengenai cara turun sujud.

Untuk makluman tambahan, tidak ada hadith yang sahih tentang turun sujud sama ada turun dengan mendahulukan tangan atau mendahulukan lutut. Oleh itu didapati para sahabat Nabi SAW ada yang mendahulukan lutut dan ada yang mendahulukan tangan.

Sumber : viewtopic.php?f=165&t=36409

Syeikh Torifi menyatakan bahawa ulama’ telah berbincang panjang mengenai masalah ini. Perkara ini mudah. Orang yang berat badannya kemungkinan akan memilih tangan dulu baru lutut, dan begitulah sebaliknya orang yang kurus akan menurunkan lututnya dahulu baru tangan. Tidak perlu pertikaikan oleh kerana hadith-hadith mengenai permasalahan tidak sampai kepada status sahih. WA.

Sekian, wassalam

5 comments:

sribuat said...

a'kum tuan,
bagaimana niat mufaroqah dengan imam. mohon penjelasan

hazwan said...

tidak ada hadith yang sahih ???
saye hrp tuan blog membuat kajian lbh terperici kerane hadith2 berkenaan pekara ini banyak ulama sudah membuat pentarjihan dan ia ada yg mencapai martabat shahih..

Anonymous said...

Benar apa yang dikatakan oleh hazwan...
Saya ada terbaca penerangan tentang hadith maqlub/ terbalik, kedua 2 hadith tentang sujud adalah bermartabat sahih, dan ulamak telah membahaskan bagaimana untuk beramal sekiranya terdapat hadith sahih yang bertentangan. Sila rujuk nota pelajaran ilmu mustallah hadith by Sheikh Abdulbary Yahya, "The Chain of Command" yang boleh di download dari internet...

aizuddin said...

Masih dalam ketegori khilaf dalam status hadis:

http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/06/hadits-mendahulukan-tangan-ketika-turun.html

puan zin said...

Ya.Ada hadis tarf shahih tentng sjud dlm kitab terjemh mnhaj fikhiyah iaitu turun lutut baru tgn. Bgi yg gemuk boleh cuba juga dan hikmhnya adalh dupya kurgkan mkn dan elak berlaky skut lutut dn memberi kshtan pd badan jika lakukan dengan mndahulukan lutut.

Post a Comment