Thursday, June 25, 2009

Kaifiat Solat Sunat

Salam

1.Saya ingin tahu kaifiat mendirikan solat sunat yang sebaik-baiknya. Saya ada dengar kita tak perlu membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram. Ada juga saya dengar seelok-eloknya baca doa iftitah sepertimana solat fardhu.Sekiranya kita mendirikan solat witir, pada rakaat akhir yang tunggal, selepas takbiratul ihram, elokkah juga kita membaca iftitah.

2.Adakah elok kita bersolat witir setiap malam selepas solat Isyak sebab saya ada terbaca selalunya solat witir dilakukan pada malam bulan Ramadhan, yakni, dirangkaikan dengan Tarawih sedangkan Tarawih hanya dikerjakan pada malam bulan Ramadhan.

3. Apakah jenis2 solat qiya mullail selain Tahajjud dan Taubat. Apakah susunan (jika ada - Tahajjud-Taubat-Hajat-Istikarah?) dan bilakah waktu yang paling afdal untuk mendirikan Hajat dan Istikharah.



Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Berkata Imam al-Nawawi apabila seseorang itu bersolat fardu ataupun sunat, adalah sunat baginya membaca do'a al-Istiftaah / Iftitaah (alMajmu', 3/271). Do'a ini hendaklah dibaca selepas Takbiratul Ihraam dan sebelum isti'aazah (A'uzubillah...). Sunnah ini adalah umum kepada semua solat, kecuali solat jenazah menurut pandangan jumhur ulama'. Hukum membaca do'a ini sunat menurut jumhur ulama, didalamnya termasuklah Abu Hanifah, Imam al-Syafie dan Imam Ahmad' (al-Toriifii, Sifat Solat Nabi, ms 73-74).

2. Solat Witir adalah solat sunnat mu'akkad dan seseorang itu digalakkan mengerjakannya selalu, dan bukan sahaja pada bulan Ramadhan. Nabi saw walaupun semasa musafir akan melakukan solat witir, kecuali jika baginda tidur atau sakit, menurut A'isyah didalam hadith Muslim. Nabi saw apabila bersolat malam (Qiamulail), beliau akan mengakhirkan solatnya dengan mengerjakan solat witir (hadith Bukhari #940, Fath al-Bari).

3. Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra, Nabi:saw melakukan Solat Malam

مثنى مثنى، فإذا خفت الصبح فأوتر بواحدة
"sebanyak dua rakaat, dua rakaat, dan apabila ditakuti masuk waktu subuh baginda akan melakukan witir satu rakaat"

Didalam riwayat Muslim (1/508), A'isyah ra. mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersolat 13 rakaat pada solat malam, dimana 5 rakaat adalah witir. Didalam riwayat yang lain ada menyebut bahawa Nabi saw akan melakukan solat malam 10 rakaat, dimana baginda akan memberi salam pada setiap 2 rakaat, dan melakukan solat witir sebanyak 1 rakaat (Muslim, 1/510).

Solat malam atau tahajjud ini dilakukan oleh Nabi saw pada akhir baki 1/3 malam. Baginda akan mengakhir solat malam ini dengan melakukan solat witir. Begitulah susunan solat malam baginda saw.

Adapun bagi solat istikharah, ia boleh dilakukan pada bila-bila waktu yang dibenarkan kita melakukan solat. Ia boleh dilakukan pada siang hari ataupun pada waktu malam. Imam al-Nawawi mengatakan solat ini mustahab (digalakkan) didalam kebanyakkan pekerjaan.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment