Salam
Ustaz, saya ada dengar daripada orang yang pada saya lebih berilmu dari saya mengatakan 'tak boleh' tutup mata ketika solat. Adakah ini benar?
Terima kasih
************
Abu_Umair
Panel Feqh
- Larangan memejam mata ketika solat TIDAK SAHIH daripada Nabi SAW. Diriwayatkan dalam hadith dhaif, baginda bersabda: "Apabila seseorang dari kamu berdiri di dalam solat, maka janganlah memejamkan matanya".
Ibn Abi Hatim mengatakan: hadith munkar. Dinukilkan oleh Ibn Qudamah.
Kata al-Haithami: Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam tiga kitabnya (Mukjam Saghir, Mukjam Ausat dan Mukjam Kabir), dan di dalamnya terdapat perawi bernama Laith bin Abi Sulaim, seorang mudallis dan dia meriwayatkan secara 'an'anah.
- Oleh itu, harus memejam mata ketika solat jika perbuatan itu memudahkan khusyuk, dan harus juga memandang ke tempat sujud atau ke memandang ke hadapan, atau memandang apa sahaja yang membawa kekhusyukan hati. Cuma dilarang memandang ke langit kerana sabit larangannya dalam hadis yang sahih (Bukhari).
Wallahu A'lam.
rujukan:
- Mughni Ibn Qudamah 2/396
- Majmak Zawaid 2/237
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Nabi SAW mengatakan tidak boleh, jadi sebenarnya menutup mata ketika solat ini adalah sah atau tidak sembahyang nya?
Salam,
hadis yang mengatakan tidak boleh tutup mata adalah hadis mungkar seperti yang diterangkan di atas. Maknanya tidak ada larangan tutup mata dalam solat... harus dilakukan untuk mendatangkan khusyuk...
Assalam, saya nak tanya. aasifah.
aurat wanita dalam solat keseluruhannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. saya lihat pelbagai pemakaian oleh wanita arab mesir kerana sifat keterbukaan mereka dalam beribadah dan berbeza mazhab dengan yang kita.
Soalannya, apa hukum jika tidak munutup bahagian atas tangan ketika solat? ( in case tidak memakai telekung.contonya, solat dengan pakaian ke kuliah seperti jubah, tetapi tidak menutup bahagian atas tangan ) *bukan tapak tangan.
asifah sekali lagi. syukran.
w'salam asifah...
kedua tapak tangan dan dibelakangnya tidak termasuk aurat wanita... tak ada masala.. WA
Oh kedaa~ Alhamdulillah.
mutsyakkira ya ustaz.
aasifah: saya minta maaf.
Jazakallahukhairankathira.
salam,ustaz..
sy nk tanya tentang mengeluarkan angin lps amek wudhu'..tp bkn kentut..sy was was la ustaz,kne wudhu'lain ke x?
kalau buang angin (kentut) batal wuduk dalam 2 keadaan:
1. kalau boleh dengar bunyinya.
2. atau boleh tercium baunya.
selain dari 2 di atas tidak batal wuduk. WA
assalamualaikum..ustaz..
saya ada kemusykilan mengenai solat terawih yg dilakukan secara sendiri...
kalau lepas 2 rakaat yg pertama tu sy nk bce ap utk smbung rakaat seterusnya?adakan seperti yg dilakukan dlm solat terawih secara berjemaah??
shafarina:
sebenarnya anda tidak perlu baca apa-apa diantara dua rakaat tarawih, anda boleh berehat sekejap selesai 4 rakaat dan sambung terus solat... amalan menjerit salawat yang kita buat diperikaikan, tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi dan zaman para sahabat...
Post a Comment