Friday, January 23, 2009

Bacaan Tasyahud Awal

Salam

Saya ingin bertanya sama ada bacaan Tasyahud Awal sama dengan bacaan tasyahu akhir atau bacaan tasyahud awal tiada selawat? Terima kasih.
_________________
Abu_Umair
Panel Feqh

Selawat Dalam Tasyahhud Awwal
Terdapat khilaf di kalangan ulama. Yang disahihkan dalam mazhab Syafie ialah sunat. Manakala pendapat majoriti ulama ialah TIDAK SUNAT. Pendapat ini -In Sya ALlah- lebih sahih kerana:

- Dalam hadis Ibn Abbas dan Ibn Mas'ud tentang Nabi mengajar mereka bacaan tasyahhud, tidak disebutkan selawat ke atas Nabi. Jika ia suatu yang sunat, sudah pasti diajar oleh baginda.

- Selawat ke atas Nabi adalah satu bentuk doa, dan di sunatkan doa pada tasyahhud akhir sahaja. Adapun hadis yang mengatakan baginda berdoa pada tasyahhud awwal, ia tidak sabit di sisi muhaddithin.

rujukan:
-Majmuk Nawawi 3/460
-Syarah Syeikh Syanqiti: http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=127674

Selawat Dalam Tasyahhud Akhir
Masalah ini juga ada khilaf. Mazhab Syafie: wajib. Manakala mazhab lain dan majoriti ulama: Sunat, tidak Wajib. Dan pendapat kedua ini -In Sya Allah- lebih sahih, kerana tidak ada nas sahih yang mewajibkan selawat dalam tasyahhud akhir.

Adapun hadis sahih Bukhari daripada Abu Humaid al-Sa'idi bahawa para sahabat bertanya Nabi SAW: "Bagaimana kami berselawat ke atas kamu?" Lalu baginda menjawab: "Katakan: Allahumma Solli Ala Muhammad.......", ia tidak menunjukkan kewajipan selawat dalam solat. Kerana ia diajar selepas disoal oleh sahabat. Kaedah menyebut: Apabila suatu perintah datang selepas satu pertanyaan, maka ia menunjukkan sunat, bukannya wajib melainkan ada qarinah lain.

rujukan:
-Majmuk 3/467
-Sifat Solat Nabi; Syeikh Torifi m/s 144.

Wallahu A'lam.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Boleh atau tidak jika dibaca Tahiyyat Akhir dalam solat subuh & solat-solat sunat 2 rakaat?

Anonymous said...

Salam,
Tuan, boleh tak beri hadis Ibn Abbas dan Ibn Mas'ud tersebut. Saya mahu jadikan bahan rujukan.

Admin said...

w'salam

Dari Ibnu Mas’ud ia mengatakan ‘Rasululah saw mengajariku tasyahud sedang telapak tanganku di antara kedua telapak beliau sebagaimana beliau mengajari kami surat al-quran : Attahiyyatulillah wash sholawatu wathoyyibaatu assalaamu alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakaatuh, assalamu’alaina wa ‘ala ‘ibadillahishsholihin, Asyhadu allailaaha illallah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuluh (segala penghormatan, segala salawat dan segala yang baik-baik adalah milik Allah, salam sejahtera atasmu wahai Nabi dan Rahmat Allah serta berkah-bekahNya. Salam sejahtera pula atas kami dan semua hamba Allah yang saleh, Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad hambaNya dan utusanNya. H.R Al-Jamaah.

Dan dari Ibnu Abbas ia mengatakan “Rasulullah saw mengajarkan kami tasyahud sebagaimana ia mengajarkan kami surat dari al-quran, beliau mengucapkan “ attahiyyatul mubarakatush sholawatut thayyibatulillah, Assalamu’alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakatuh, Assalamu’alaina wa ‘alaa ibadilahishalihin, Asyhadu alla ilaaha illalllah wa asyhadu anna muhammadan rasulullah. (segala penghormatan yang diberkahi dan segala salawat yang baik adalah milik Allah, salam sejahtera atasmu wahai Nabi dan Rahmat Allah serta berkah-berkahNya, salam sejahtera pula atas kami dan semua hamba Allah yang saleh, aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusanNya) H.R Muslim dan Abu Daud.

Post a Comment