Salam
Saya ada beberapa kemusykilan berkenaan beberapa perkara
1) saya ada terbaca berkenaan duduk antara dua sujud,
dikatakan sunat duduk diatas dua tumit
soalannya bagaimanakah cara duduk di atas tumit tersebut?
kalau berkemampuan adalah lebih baik disertakan gambarnya
2) saya ade mendengar kuliah menyatakan solat sunat sebelum subuh boleh dibuat sebelum azan subuh
soalannya adakah maksud sebelum azan subuh itu sebelum masuk waktu subuh?
3) Berkenaan qadha solat sunat
bolehkah kita menqadha solat sunat yg sudah lepas
jika boleh, bolehkah kita menqadha solat sunat sebelum subuh selepas subuh dan solat sunat sebelum asar selepas asar.?
syukran,
_________________
Abu_Umair
Panel Feqh
1) Tatacara duduk antara dua sujud, adalah duduk iftirasy (seperti tasyahhud awal) di sisi majoriti ulama. Berdasarkan hadis Umar bin al-Khattab katanya: "Antara sunnah dalam solat ialah menegakkan kaki kanan, menghadapkan jari-jarinya ke arah kiblat, dan duduk di atas kaki kiri" Direkod oleh Nasai (no: 1138).
Dan boleh juga kalau duduk secara iq3a' ????? iaitu: kedua-dua kaki ditegakkan, dan duduk di atas tumit (belakang) kedua-dua belah kaki. Cara ini juga sunnah, berdasarkan hadis Ibn Abbas beliau ditanya tentang duduk cara ini di dalam solat, jawabnya: "Sunnah". Direkod oleh Muslim (no: 536).
2) Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: "Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh".
Dalilnya hadis Hafsah r.a: "Adalah rutin Rasulullah SAW, apabila kelihatan fajar maka baginda bersolat dua rakaat". Direkod oleh Muslim (no: 723).
Kata Imam Nawawi: "Hadis ini menunjukkan solat sunat Subuh tidak masuk waktunya kecuali setelah terbit fajar". (Syarah Sahih Muslim 6/352).
Juga hadis Hafsah r.a. "Adalah rutin Rasulullah SAW, apabila muazzin senyap daripada azan Subuh, dan fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat yang ringkas sebelum didirikan solat". Direkod oleh Muslim (no: 723).
3) Sabit dalam amalan Rasulullah SAW mengqadha' solat sunat. Dalam hadis Ummu Salamah r.a. katanya: Nabi SAW pernah bersolat dua rakaat selepas Asar, lalu aku menyoal baginda tentangnya. Sabdanya: Sekumpulan manusia dari suku Abd Qais datang kepadaku, dan mereka menyibukkan aku daripada dua rakaat selepas Zohor. Maka inilah (qadha) dua rakaat tersebut". Direkod oleh Bukhari (no: 1176), dan Muslim (no: 834).
Dan boleh dilakukan qadha' tersebut walaupun pada waktu yang ditegah daripada solat, kerana Nabi SAW mengqadha'nya selepas solat Asar.
Wallahu A'lam
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ini kaifiat amalan solat sunat sebelum subuh.
http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/amalan-solat-sunat-sebelum-subuh.html
Assalammualaikum w.b.t,
Perlukan membaca Doa Qunut ketika solat sunat sebelum Subuh?
Post a Comment