Friday, January 23, 2009

Niat Solat

Petikkan dari : -

http://forum.jiwang.org/Sifat-Solat-Nabi-t13978.html

Izinkan saya berbicara tentang rukun solat kita yang pertama,kita sedia maklum bahawa solat tidak akan sah kecuali jika memenuhi syarat-syarat, rukun-rukun dan hal-hal yang wajib ada padanya serta menghindari hal-hal yang akan membatalkannya.Saya memilih untuk menyentuh isu "NIAT" dahulu berbanding isu2 lain seperti sifat wudhu' nabi dan syarat2 solat kerana kebanyakan kita sudah "expert" dan isu2 tersebut tidaklah se"kontroversi" isu lafaz niat ini.

Pertama sekali,ingin saya berkongsi kisah silam saya dgn saudara saudari sewaktu saya darjah enam,saya masih tidak dapat menghafal "niat" solat dan saya masih tetap bersolat dengan harapan Allah Maha Mengetahui bahawa saya ni "tidak cekap" dalam menghafal. "Usolli...Usolli..Usolli fardho..."kedengaran pak cik tua di sebelah saya cuba "memasuki" solatnya.Saya semakin keliru apabila ustazah di sekolah katakan bahawa "niat" itu dlm pemahaman(bhs melayu) perlu disertakan serentak dgn takbir.
"eh..cener nak takbir tapi pada masa yang sama dalam ati kene cakap (Sahaja aku Solat Fardhu...) selari dgn takbir tu.."
Alhamdulillah saya bertemu dgn jawapan berkenaan dgn "niat solat" (setelah bbrp tahun tidak melafazkan niat dalam solat).Maka saya meletakkan diri ini di tempat mukallaf yang baru berjinak2 dgn amal ibadah,apakah mereka seharusnya menghafal "niat" solat itu terlebih dahulu sebelum dibenarkan bersolat?bagaimana pula org bisu yang tidak bisa melafazkan niat solatnya?

ERTI NIAT

Fungsi niat dalam ibadah sangatlah penting. Karena itu setiap muslim harus senantiasa memperbaiki niat dalam ibadahnya, yaitu ikhlas untuk Allah semata.

Umar ibnul Khaththab radliallahu anhu berkata:
Aku mendengar Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda :
"Amalan-amalan itu hanyalah tergantung dengan niatnya. Dan setiap orang hanyalah mendapatkan sesuai dengan apa yang dia niatkan. Maka siapa yang amalan hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu karena Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang ingin ia peroleh atau karena wanita yang ingin ia nikahi maka hijrahnya itu kepada apa yang dia tujukan/niatkan".

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah dalam beberapa tempat dari kitab shahihnya (hadits no. 1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953) dan Imam Muslim rahimahullah dalam shahihnya (no. 1908).

Dari hadits di atas kita pahami bahwasanya setiap orang akan memperoleh balasan amalan yang dia lakukan sesuai dengan niatnya. Dalam hal ini telah berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah: "Setiap amalan yang dilakukan seseorang apakah berupa kebaikan ataupun kejelekan tergantung dengan niatnya. Apabila ia tujukan dengan perbuatan tersebut niatan/maksud yang baik maka ia mendapatkan kebaikan, sebaliknya bila maksudnya jelek maka ia mendapatkan sesuai dengan apa yang ia niatkan". Beliau juga mengatakan: "Hadits ini mencakup di dalamnya seluruh amalan, yakni setiap amalan harus disertai niat. Dan niat ini yang membedakan antara orang yang beramal karena ingin mendapatkan ridla Allah dan pahala di negeri akhirat dengan orang yang beramal karena ingin dunia apakah berupa harta, kemuliaan, pujian, sanjungan, pengagungan dan selainnya". (Makarimul Akhlaq, hal 26 dan 27)

USOLLI..USOLLI..

Apa yang saya ketemu dan pelajari dalam hal ini adalah berlawanan dengan bagaimana yang diterangkan para ulama berdasarkan dalil-dalil Al Qur’an dan As Sunnah dengan pemahaman yang benar yang diwarisi dari para shahabat (as-salaf ash-shalih) ridhwanullahi alaihim ajma’in.

Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata dalam Asy-Syarhul Mumti’ (2/285): “Ketahuilah bahwa niat itu tempatnya di qalbu (hati), oleh karena itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang dia niatkan.” (Muttafaqun ‘alaih, dari shahabat ‘Umar ibnul Khaththab radhiallahu 'anhu)
Maka niat itu bukan amalan anggota tubuh1, oleh karena itu kami mengatakan bahwa melafadzkan niat adalah perkara perkara yang ditambah dalam agama.Tidak disunnahkan bagi seseorang jika hendak melaksanakan suatu ibadah2 untuk mengucapkan:

“Ya Allah tuhanku, aku berniat untuk…” atau “aku bermaksud untuk…”, baik secara jahr (keras) maupun sirr (pelan), karena hal ini tidak pernah dinukilkan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Apakah kita tidak sedar bahawa Allah itu Maha Mengetahui?

Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.[Al-Baqarah 2:29]

Maka jelas Allah mengetahui apa yang ada dalam qalbu setiap orang oleh itu tidak perlu dilafazkan niat itu sehingga jiran kita tahu apa yang sepatutnya diniatkan dalam hati kita.

Mungkinkah Rasulullah terlupa mengajarkan bahawa niat itu harus dilafazkan?

Hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.
[Al-Maidah 5:3]

Sebuah hadith sahih yang masyur dalam bab solat yakni Muttafaqun ‘alaih dari shahabat Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:-

“Jika kamu bangkit (berdiri) untuk shalat maka bertakbirlah (yakni takbiratul ihram, pen).”
Kenapa agknya Rasulullah saw TIDAKbersabda "Jika kamu bangkit (berdiri) untuk shalat maka UCAPLAH secara jahar [SAHAJA AKU SOLAT FARDHU...bla..bla.]"??

KITA YANG BERMAZHAB SYAFIE'?

Jika ada sahabat yang dah "panas punggung" mendengar hujah2 di atas maka sekali lagi izinkan saya berhujah dari sudut mazhab syafie' pula.Ada antara kita(malah ustaz/ustazah sanggup mengatakan bahawa lafaz niat tersebut terdapat dalam kitab Al-Umm(Kitab Induk Imam As-Syafie') dan ini merupakan suatu dusta terhadap mereka yang bertaqlid).Maka merupakan suatu kekeliruan jika dikatakan bahwa dalam kitab Al-Umm ada penyebutan melafadzkan niat. Tidak ada dalam kitab Al-Umm penyebutan tersebut.Dan melafadzkan niat tidak ada sama sekali dalam ibadah apapun dalam agama ini KECUALI dalam talbiyah sahaja.

“(Ya Allah), aku memenuhi panggilan-Mu untuk menunaikan umrah”

Antara punca wujudnya melafazkan niat ialah apabila terdapat ulama' khalaf salah memahami perkataan Al-Imam Asy-Syafi’i tentang shalat bahwa:
‘Shalat itu tidak sama dengan puasa, maka tidaklah seseorang mengawali shalatnya kecuali dengan dzikir,’
Mereka memahami bahawa solat itu dimulakan dgn lafaz niat sedangkan yang dimaksudkan oleh imama Syafie' ialah takbiratul ihram, bukan yang lainnya.

Saya nukilkan kata2 Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah untuk menguatkan lagi hujah yakni
“Bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam jika hendak melaksanakan shalat beliau mengatakan (????? ????????), dan beliau tidak mengucapkan sesuatu sebelumnya. Dan tidaklah beliau melafadzkan niat sama sekali dan tidak pula mengatakan:

“Aku berniat shalat ini (dzuhur misalnya, pen) menghadap kiblat, empat rakaat, sebagai imam,” atau “sebagai makmum.”

Maka saya akhiri kalam dengan katakanlah pada ustaz2 maupun ustazah2 yang mngatakan bahawa Rasulullah berniat denagn melafazkannya,katakan bahawa sila berikan hadith dari sanad yang shahih, atau dha’if (lemah), atau musnad (sanad yang bersambung) atau mursal (terputus sanadnya), dari shahabat,thabi'in,satu lafadz pun dari lafadz-lafadz itu.Sedarilah saudara saudari bahawa itu merupakan satu perkara yang ditambah2 di dalam ibadah dan sebaik2 petunjuk ialah apa yang telahpun ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw.

Wallahua'lam.

--------------
Kemusykilan saya ..

masa bila nak berniat tu ..
apakah sudah cukup apabila kita berada dalam saf yang mana sememangnya nak menunaikan solat tertentu terus saja bertakbir seperti yang dinyatakan hadis diatas. bagaimana pula pendapat (lupa rujukannya) niat mesti semasa takbir iaitu diantara sebutan "al" dan sebelum berakhir sebut "bar".
pohon penjelasan daripada ustaz.

wallahualam

*************
Abu_Umair
Panel Feqh

Quote:

Kemusykilan saya ..

masa bila nak berniat tu ..
apakah sudah cukup apabila kita berada dalam saf yang mana sememangnya nak menunaikan solat tertentu terus saja bertakbir seperti yang dinyatakan hadis diatas

Niat hendaklah dihadirkan pada permulaan solat, samada seiring dengan takbiratul ihram mengikut mazhab Syafie ataupun boleh sebelum takbiratul ihram mengikut mazhab Ahmad dan Abu Hanifah. (Majmuk 3/277-278).

Quote:

bagaimana pula pendapat (lupa rujukannya) niat mesti semasa takbir iaitu diantara sebutan "al" dan sebelum berakhir sebut "bar".

Mewajibkan perkara ini sebenarnya membawa kepada kepayahan dalam ibadah. malahan berapa ramai dari kalangan orang awam yang terkena penyakit was-was berpunca daripada perkara-perkara seperti ini, padahal syariat tidak pernah memberatkan orang yang mahu bersembahyang dengannya. Natijahnya, kita dapati sesetengah orang apabila bersolat, mengangkat takbiratul ihram sehingga berbelas-belas kali, macam sembahyang hari raya.

Jika memilih bahawa niat mesti dihadirkan secara muqaranah (beriringan) dengan takbiratul ihram, maka cukup dilakukan muqaranah (iringan niat dengan takbir) secara uruf, tanpa perlu mendetailkan seperti yang anda sebutkan. Kerana pendetailan seperti itu tidak pernah diketahui daripada salaf. Dan inilah yang dipilih oleh Imam Nawawi (Majmuk 3/278).

Artikel di atas sangat baik dan cukup untuk memahamkan tentang konsep niat dalam solat.

Wallahu A'lam.

12 comments:

Hisyamuddin said...

Bagus penerangan dan rujukannya. Banyak juga masyarakat kita secara tidak sedar mengganggu makmum lain ketika mengangkat takbir sehingga beberapa kali kerana lafaz niat. Apa yang saya faham, niat itu bergantung kepada apa yg ingin kita kerjakan.

Dahulu kita di ajar di sekolah rendah utk lafaz niat supaya memahami waktu-waktu solat. Bila kita dewasa, kita sudah mengetahui waktu-waktunya. Apakah kita masih mahu setaraf dengan kanak-kanak sekolah rendah? Ini saya sertakan contoh ringkas utk mudah difahami.

Contoh 1:-Dalam perjalanan balik kerja saya hendak berhenti solat di hentian rehat atau masjid. Maka niat saya berhenti itu kerana hendak mengerjakan solat. Tujuan utamanya berhenti memandu adalah utk solat. Itu adalah niat saya yakni ingin mengerjakan solat. Waktu solatnya tertakluk pada waktu solat semasa.

Contoh 2:-
Saya duduk dlm masjid sambil membaca al-quran diwaktu malam padahal saya belum lagi solat isya. Kemudian saya bangun untuk solat isya. Maka saya bangun itu adalah untuk mengerjakan solat isya. Niat saya bangun tersebut utk mengerjakan solat isya. Itukan terdetik didalam hati saya utk berhenti membaca al quran dan lantas itu saya pun bangun utk mengerjakan solat. Yang terdetik itukan niat.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ini saya sibuk mencari soal jawap yang berkaitan dengan isu Lafaz Niat dan Niat Solat dalam soal solat ini. Saya menjadi keliru.

Pertama kali saya mengikuti ceramah agama yang disampaikan oleh seorang Ustazah. Hari itu saya mengikuti ceramah tersebut kerana waktu itu kita sudah hampir untuk menyambut bulan Ramadhan. Antara ceramah yang disampaikan oleh Ustazah tersebut adalah berkaitan dengan ibadat solat dan puasa. dalam ceramah itu Ustazah tersebut ada menerangkan berkaitan dgn rukun solat. Ustazah tersebut ada menyatakan salah satu rukun solat adalah 'niat'. Itu semua kita sudah maklum. Bila saya fahami betul-betul memang benar 'niat' adalah didalam hati bukannya di'lafazkan'. Apabila Ustazah tersebut terangkan lagi,..niat solat adalah didalam hati dan bukannya lafaz. Jika kita lafaz, solat kita menjadi tidak sah.

Beberapa hari yang lalu seseorang telah memberitahu saya bahawa niat solat adalah kita mesti 'lafazkan' kemudian 'niat' dan jika kita niat dlm hati solat kita tidak sah.
Kemudian selepas itu seorang lagi kawan saya juga mengatakan hal yang sama iaitu perlu lafazkan niat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan niat didalam hati..inilah yang dia belajar sejak dari kecil lagi.
Jadi saya diam sahaja sebab tidak mahu terus membantah apa yang mereka katakan.
Kerana apa yang saya tahu salah satu rukun solat adalah niat bukan lafaz. Kerana belum lagi saya jumpa mana-mana buku agama yang menyatakan rukun solat adalah lafaz/niat. Selepas mendengar kedua mereka ini mengatakan hal yang sama saya masih tidak ikut, tetapi saya hanya niat didalam hati kerana saya tahu hanya Allah SWT sahaja yang tahu niat hati saya dan apa yang saya buat. Jika solat saya tidak sah tidak mengapakah kerana yang memberi ceramah itu adalah seorang yang 'bergelar Ustazah' saya percaya Ustazah tersebut tidak silap memberi ceramah.
Begitu juga dengan niat puasa,. Yang penting adalah NIAT bukannya LAFAZ, bukan. Kerana Ustazah itu juga ada memberitahu, semasa kita sedang bersolat terawih dan apabila imam sedang membaca surah-surah dan pada masa yang sama hati kita mula Niat Puasa untuk esok harinya, maka puasa kita itu sah,..asalkan jangan kita lafaz kerana ianya boleh menganggu para makmum yang lain.
Itulah sahaja,..minta diajar sekali lagi jika apa yang saya pelajari itu adalah salah. Tetapi seperti yang telah saya terangkan tidak mungkin salah kerana beliau adalah seorang Ustazah.
Wallahualam. Wassalam.

Anonymous said...

kita selalu lupa pada rukun sembahyang yg terang menyatakan..pertama, berdiri tegak..kedua, niat..ketiga, takbir...jgn susahkan diri..Allah tak pernah menyusahkan hambaNya...apa yg saya praktikkan berdasarkan rukun yang ke 13..iaitu tertib..maknanya..ikut turutan yg betul..maka dgn itu..saya berdiri tegak..niat di dalam hati utk solat fardhu (ikut waktu) dan takbir..mudah kan? jangan lupa..bila banyak kekeliruan di zaman sekarang Rasulullah SAW berpesan, berpeganglah pada Al-Quran dan Sunnah Baginda SAW..jadi tak adalah bertakbir sampai 10 kali...Wallahualam..

Anonymous said...

whbi

Anonymous said...

ada satu masa saya silap niat. waktu zohor tapi niat asar. maka oleh itu lebih baik kita sebut dengan jelas niat itu sebelum meniatkan di dalam hati. tujuannya supaya tidak tersilap niat. maklumlah iblis dan syaitan itu cerdik. orang alim dan yang warak tu lainlah...mereka tak diganggu syaitan.

Anonymous said...

syahadah dilakukan dgn lafaz berserta dgn hati. diikuti pula dgn seluruh anggota badan yg lain. demikian pula niat utk beribadah. segalanya akan ditulis di dlm kitab amal kita. niat itu ditujukan kpd. Allah. semakin jelas maka semakin yakin jadinya. yakin dan ikhlas membantu khusyuk. apakah lidah yang melafazkan niat itu tidak merasa gembira kerana berbicara dgn tuhannya?

Anonymous said...

itu niat tak rasmi. niat solat adalah semasa mengangkat takbir.

hey said...

isinya wahabi semua...

Unknown said...

Adakah sah solat saya jika sebelum ini saya niat dulu..kemudian baru takbir?

irwan said...

Tidak sah. Salah satu rukun solat ialah tertib. Niat solat (secara lintasan hati bkn bacaan dlm hati) adalah selepas sebut 'Al' dlm takbir bkn sblm itu. Sama jg niat wuduk. Mesti bersekali dgn saat air jatuh ke muka

khizam said...

ustaz bole kah kita niat dlm bahasa melayu saja..

Unknown said...

Assalamua'laikum..
tergerak hati untuk berkongsi.

saya baru belajar tentang detail niat.
jika ada kekurangan atau kesilapan mohon ajarkan.

dalam tulisan arab(Allahuakbar) ada 8 huruf. niat perlu disertakan dalam 14 harkat(maksimum) pada 1 huruf dihujung kalimah Allah. contoh Allaaaaaaaaaaaaaahuakbar.
jangan terputus
contoh Allah...huakbar solat adalah terbatal(melebihi 8 huruf) kerana ada dua huruf ha.

Post a Comment