Saturday, January 10, 2009

Hukum Melengah-lengahkan Solat

Salam

Abdullah bin Mas'ud telah bertnya kpd Rasulullah SAW: "Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kpd kedua ibubapa." "Kemudian apa lagi", tnya Abdullah. Jawab Rasulullah, "Berjihad di jalan Allah SWT." - Riwayat Bukhari & Muslim.

Sy ingin bertnya sekiranya melewatkan/melambatkan solat adakah ianya menjadi makruh, membawa ke dosa kecil atau bagaimana? Minta kpd panel mahir menjawabnya, insyaallah. Syukran..
_________________

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Berikut adalah matan hadith tersebut :-

Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi saw :-

. أي العمل أفضل ؟ قال : الصلاة على ميقاتها قلت : ثم أي ؟ قال : ثم بر الوالدين . قلت : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله

"Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782]

Hadith diatas ini menjelaskan bahawa solat fardu hendaklah dilakukan pada waktu-waktunya. Ia menjadi makruh (menurut setengah2 ulama') apabila seseorang yang melewatkan solat itu meninggalkan solat berjemaah, dan boleh menjadi haram jika dia bersolat pada waktu-waktu yang diharamkan bersolat. Untuk perbincangan yang lebih lanjut, sila lihat tautan dibawah :-

Sekian, wassalam
----------------

Salam,

Apakah SAMA AZAB MENINGGALKAN SOLAT IAITU X SOLAT dengan AZAB MELENGAHKAN SOLAT TETAPI MASIH SOLAT DALAM WAKTUNYA?
------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Meninggalkan solat dan melengahkan solat merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja terdapat dua padangan ulama' :

a. Ada ulama' yang mengatakan tidak menjadi kufur secara mutlak, akan tetapi telah melakukan dosa besar, selama-mana dia masih menganggap solat itu wajib.

b. Ada dikalangan ulama' yang berpendapat bahawa mereka yang meninggalkan solat telah dianggap sebagai terkeluar dari Islam. Sabda Nabi saw :-

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر

"Batasan diantara kita dan mereka adalah SOLAT. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kufur" [Hadith riwayat Imam Ahmad].

Didalam bab melengahkan solat, perkara utama yang dibincangkan ulama adalah mereka yang melakukan solat diluar waktu solat tersebut. Ulama sepakat bahawa adalah HARAM bagi seseorang yang melewatkan solat sehingga habis waktu solat tersebut, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara' [al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah,10/8]. Setiap solat itu ditetapkan pada waktu-waktunya, firman Allah swt :-

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103]

Sebab-sebab yang dibenarkan syara' termasuklah seseorang iru melakukan jama' takhir dengan kebenaran yang dibenarkan oleh syara' dan akibat tertidur atau terlupa. Melenggahkan solat sehingga habis waktu solat tersebut juga boleh dikategorikan sebagai sengaja meninggalkan solat sebagai hukum diatas tadi.

Solat diakhir waktu

Akan tetapi, jika solat tersebut masih dilakukan pada waktunya dan tidak termasuk didalam waktu-waktu yang diharamkan bersolat, maka perbuatan tersebut tidaklah termasuk didalam bab meninggalkan atau melewatkan solat sehingga habis waktunya. Solat tersebut dibenarkan sebagaimana hadith Abu Musa al-Asy'ari ra. meriwayatkan bahawa ada seseorang datang kepada Nabi saw dan bertanyakan baginda mengenai waktu solat, dan baginda menjelaskan waktu AWAL dan waktu AKHIR solat, dan baginda bersabda :- "Waktunya adalah antara dua ini" (الْوَقْتُ بَيْنَ هَذَيْنِ ) [Hadith Riwayat Muslim #614].

Seseorang itu hendaklah tidak berterusan melakukan solat dihujung-hujung waktu, ditakuti ia termasuk didalam waktu-waktu haram melakukan solat. Contohnya melakukan solat Asar sewaktu matahari sudah kuning-kuningan.

Melewatkan solat juga melibatkan seseorang itu melakukan perkara yang makruh atau sebahagian ulama' mengatakan perkara yang haram, iaitu meninggalkan solat berjemaah. Begitu juga dengan persoalan ajal atau maut, yang tidak mungkin MAUT menunggu seseorang itu dari melakukan solat jika dia tidak menunaikannya pada awal waktu tersebut.

Namun demikian, dibenarkan seseorang itu melewatkan solat dengan beberapa sebab-sebab yang dibenarkan syara', misalnya, seseorang yang bermusafir yang mengetahui solat tersebut masih boleh dilakukan apabila kapal terbang mendarat. Didalam permasalahan ini lebih baik seseorang itu melakukan solat pada waktunya (walaupun sedikit lewat) dari menjama'kannya. Begitu juga menjadi sunnah melewatkan solat Isya', termasuklah mengadakan majlis ilmu. WA.

Sekian, wassalam

22 comments:

Rahimi said...

salam. terima kasih atas maklumat yg diberikan ini.

saleen_s7 said...

salam... trimas

Anonymous said...

Nikmat Tuhan kepada umat yang sentiasa memberi maklumat kepada sesama Islam aLLAH mengasihimu

Anonymous said...

Assalam bagaimana pula solat dihujung waktu atau terpaksa qadaq disebbkan kerja? Majikn tidak membenarkan muslim solat pada waktunya

Anonymous said...

Wslm. majikan tak membenarkan solat bukan termasuk dalam perkara2 ug dibenarkan syarak untuk kita qadaq solat sebagaimana yg diterangkan di atas. Wallahualam.

wajib tayang said...

As salam, saya bekerja di kedai yg tutup pukul 9 tepat. jadi dari 8.30 kami dah sibuk buat closing, jadi saya selalu solat isyak di rumah dlm 9.45 atau 10.00 lepas mandi... ape kah hukum nya? :)

wajib tayang said...

As salam, saya bekerja di kedai yg tutup pukul 9 tepat. jadi dari 8.30 kami dah sibuk buat closing, jadi saya selalu solat isyak di rumah dlm 9.45 atau 10.00 lepas mandi... ape kah hukum nya? :)

Anonymous said...

salam... majikan mmbenarkan smbahyang. surau di tmpt kerja adalah jauh. saya melambatkan solat zohor agar dpt melakukan solat asar selepas itu. apakah hukum nya?

Mohd Rusydi @ Deng said...

terima kasih di atas penjelasannya :)

Unknown said...

Terima kasih atas penjelasan yg details

znzabadistore.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya sering tertidur selepas solat maghrib akibat keletihan..dan apabila saya bangun kadang2 sudah pagi contohnya pada 2-3pagi macam tu..dan saya akan terus solat.apakah hukumnya ?kadang2 saya rasa bersalah..rasa dosa pun ada..sebab melambatkan waktu solat..

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya sering tertidur selepas solat maghrib akibat keletihan..dan apabila saya bangun kadang2 sudah pagi contohnya pada 2-3pagi macam tu..dan saya akan terus solat.apakah hukumnya ?kadang2 saya rasa bersalah..rasa dosa pun ada..sebab melambatkan waktu solat..

Anonymous said...

kalau kluar jalan2 pastu ada urgent tiba2, tapi x solat asar lagi, macam mana?

nyna said...

kalo terbangun dengar azan subuh lepastu kita sambung tidur balik sebab ngantuk pastu pukul 6.30 camtu kita bangun solat adakah dikira melambatkan solat? adakah haram @makruh mohon jawab ye

Awfiyah said...

Kalau demam nak rapatkan waktu maghrib dn isyak. APA hukum nya?

Mb said...

Tu masih dlm waktu sah solat subuh. Tidak haram

Mb said...

Kalau masih ada waktu Magrib tidak haram

Unknown said...

Bagaimana jika berada di tempat kerja. Sekiranya saya perlu menunggu rakan sekerja menggantikan saya untuk keluar solat . Tetapi rakan sengaja masuk lambat sehingga saya terlambat untuk solat. Adakah saya berdosa atau bagaimana?

Unknown said...

Bagaimana kalau kita mengambil waktu rehat yg lebih dr waktu ygvdi tetap kan oleh syarikat semata2 tuk solat diawal waktu. Sdgkan salah disisi undang2 syarikat. Apakah rezeki kita itu do ragui kehalalannya

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya seringkali melengahkan solat asar apbila menghadiri mjlis ilmu yg d jadulkan tamat pd sebelh petang. Saya menunaikan solat asar sebaik shj mjlis ilmu berkenaan selesai. Adakah senario itu dibenarkan?

Kebahagiaan Itu Ada Di Rumah said...

Kena cari ikhtiar kalau tempat kerja susah nak solat, cth solat je kat penjuru mana2, masa ke tandas ambil wuduk awal2 bila masuk Waktu terus solat di penjuru mana2 lapik je kain pelikat ke kotak yg bersih. Tak lama pun 4 rakaat 5 minit je. InsyaAllah kalau kita niat nak jaga Allah, Allah akn mudahkan urusan kerja kita.

Kalau bos marah jugak cari pekerjaan lain dan berenti bila dah dapat kerja baru, tak rugi tinggal bos yg macam tu banding tinggal Tuhan kita.

Kebahagiaan Itu Ada Di Rumah said...

Cuba lihat fb Ustaz Abu Anas Madani boleh tanya situ.

Post a Comment