Asalamualaikum!
Berkata An Nawawi dalam al Majmu, "Sunnah bagi orang yang meninggalkan solat Jemaah tanpa suatu uzur bersedekah 1 dinar atau 1/2 dinar, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Abu Daud dll"
Sumber: Terjemahan kitab Fathul Muin dalam bab Solat berjemaah.
Apakah teks penuh hadis tersebut, status kesahihanya dan huraiannya?
****************
Abu_Umair
Panel Feqh
- Galakan sedekah tersebut ialah dalam masalah: Meninggalkan Solat Jumaat, bukan solat berjemaah. Para ulama termasuk Imam Nawawi menyebut masalah ini dalam bab Solat Jumaat.
- Teks hadis tersebut ialah:
Maksudnya: "Sesiapa yang meninggalkan Jumaat, maka hendaklah bersedekah dengan satu dinar. Jika tidak mendapatinya, maka dengan setengah dinar".
- Hadis ini direkod di dalam: Musnad Ahmad (no: 20087), Sunan Abi Daud (no: 1055), Sunan Nasaie (no: 1372), dan Sunan Ibn Majah (no: 1128), daripada hadis Samurah bin Jundub.
- Hadis ini dipertikaikan kesahihannya, kerana ia melalui periwayatan Qudamah bin Wabrah daripada Samurah bin Jundub. Imam Bukhari mengatakan: Qudamah tidak mendengar daripada Samurah. Manakala Imam Ahmad menilai Qudamah sebagai: Tidak Dikenali. Maka status hadis ini -sebagaimana kata Imam Nawawi sendiri- adalah: DHAIF.
rujukan:
- Al-3ilal al-Mutanahiyah 1/465
- Tahzib al-Tahzib 8/328
- Al-Majmuk 4/591
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment