Monday, January 26, 2009

Azab Melengahkan Solat

Salam,

Apakah SAMA AZAB MENINGGALKAN SOLAT IAITU X SOLAT dengan AZAB MELENGAHKAN SOLAT TETAPI MASIH SOLAT DALAM WAKTUNYA?

*************************

kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Meninggalkan solat dan melengahkan solat merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja terdapat dua padangan ulama' :

a. Ada ulama' yang mengatakan tidak menjadi kufur secara mutlak, akan tetapi telah melakukan dosa besar, selama-mana dia masih menganggap solat itu wajib.

b. Ada dikalangan ulama' yang berpendapat bahawa mereka yang meninggalkan solat telah dianggap sebagai terkeluar dari Islam. Sabda Nabi saw :-

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر
"Batasan diantara kita dan mereka adalah SOLAT. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kufur" [Hadith riwayat Imam Ahmad].

Didalam bab melengahkan solat, perkara utama yang dibincangkan ulama adalah mereka yang melakukan solat diluar waktu solat tersebut. Ulama sepakat bahawa adalah HARAM bagi seseorang yang melewatkan solat sehingga habis waktu solat tersebut, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara' [al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah,10/8]. Setiap solat itu ditetapkan pada waktu-waktunya, firman Allah swt :-

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103]

Sebab-sebab yang dibenarkan syara' termasuklah seseorang iru melakukan jama' takhir dengan kebenaran yang dibenarkan oleh syara' dan akibat tertidur atau terlupa. Melenggahkan solat sehingga habis waktu solat tersebut juga boleh dikategorikan sebagai sengaja meninggalkan solat sebagai hukum diatas tadi.

Solat diakhir waktu

Akan tetapi, jika solat tersebut masih dilakukan pada waktunya dan tidak termasuk didalam waktu-waktu yang diharamkan bersolat, maka perbuatan tersebut tidaklah termasuk didalam bab meninggalkan atau melewatkan solat sehingga habis waktunya. Solat tersebut dibenarkan sebagaimana hadith Abu Musa al-Asy'ari ra. meriwayatkan bahawa ada seseorang datang kepada Nabi saw dan bertanyakan baginda mengenai waktu solat, dan baginda menjelaskan waktu AWAL dan waktu AKHIR solat, dan baginda bersabda :- "Waktunya adalah antara dua ini" (الْوَقْتُ بَيْنَ هَذَيْنِ ) [Hadith Riwayat Muslim #614].

Seseorang itu hendaklah tidak berterusan melakukan solat dihujung-hujung waktu, ditakuti ia termasuk didalam waktu-waktu haram melakukan solat. Contohnya melakukan solat Asar sewaktu matahari sudah kuning-kuningan.

Melewatkan solat juga melibatkan seseorang itu melakukan perkara yang makruh atau sebahagian ulama' mengatakan perkara yang haram, iaitu meninggalkan solat berjemaah. Begitu juga dengan persoalan ajal atau maut, yang tidak mungkin MAUT menunggu seseorang itu dari melakukan solat jika dia tidak menunaikannya pada awal waktu tersebut.

Namun demikian, dibenarkan seseorang itu melewatkan solat dengan beberapa sebab-sebab yang dibenarkan syara', misalnya, seseorang yang bermusafir yang mengetahui solat tersebut masih boleh dilakukan apabila kapal terbang mendarat. Didalam permasalahan ini lebih baik seseorang itu melakukan solat pada waktunya (walaupun sedikit lewat) dari menjama'kannya. Begitu juga menjadi sunnah melewatkan solat Isya', termasuklah mengadakan majlis ilmu. WA.

Sekian, wassalam

15 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
saya ingin bertanya kepada pihak tuan mengenai sembahyang.Saya tidak pernah solat dan sekarang saya mempunyai anak.Pintu hati saya telah terbuka untuk mendirikan solat tetapi masalahnya ada ayat2 yang saya tidak hafal,bolehkah saya menunaikan solat dengan bacaan yang saya hafal sahaja.Adakan solat saya di terima.

aizuddin said...

W'salam saudara norfie

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang telah memberikan kita kesedaran dan hidayah.
Meninggalakn solat dengan sengaja ada satu dosa yang besar.

Bacaan surah dalam solat bukanlah satu rukun wajib tetapi sangat dituntut kita membacanya. Untuk sementara waktu kita tidak boleh meninggalkan solat dengan alasan tidak hafal surah. Boleh disegerakan dengan surah2 pendek yang saudara hafal.

Kewajipan kita umat untuk selalu membaca al Quran dan mengafal serta mengetahui maknanya. Usahakan dengan menyediakan lebih banyak masa. Boleh meletak mushaf quran atau muqadam disebelah sejadah solat untuk dibaca semasa solat. Disarankan supaya kita menjaga solat berjamaan di masjid atau surau2.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan tidak lagi meninggalkan solat fadhu, Insyaallah dosa kita akan diampunkan Allah. Perbanyakkan solat sunat dan membantu anak2 yatim dan fakir miskin untuk menebus dosa2 yang lepas. Didik anak dan isteri dengan solat yang sempurna.

Saya rekomen beli kita Solat Cara Nabi oleh Imam Al Bani ada dijual dikedai-kedai buka agama. Wallahu'alam.

Anonymous said...

ermm....saye ade habit yg sgt teruk dan susah nak tinggal
"tangguh solat"
1.kadang2 tuh tangguh nak tido dulu...lepas tuh terlajak sampai masuk waktu yg seterusnya.
2.ade yg lagi teruk..saye pernah tertidur sbb penat yang amat sgt....tertinggal asar,magrib,isya,subuh....cemane???? adakah solat yg tertinggal tuh ditinggalkan saja? atau kene qada' juga?
3.nak tanye waktu2 yang haram solat
4.solat subuh lagi la bermasalah...ape nak buat kalau dah 1 jam terlepas stlh matahari terbit?? qada'??
5.ape pulak hukum tangguh solat sbb rumah xde air...sbb kawasan perumahan saye air paip di tutup buat selang2 masa tertentu..

aizuddin said...

Salam anon...

Soalan 1 dan 4 itu dimaafkan kerana tertidur, hendaklah terus solat yang tertinggal tu bila terbangun dan bersuci. Sila semak dalil ada soalan tentang ini dalam blog ni.

Soalan 2 tu tangguh dulu nak kena semak dalil2nya.

Waktu di larang bersolat ialah waktu pagi semasa matahari sedang naik sampai lebih kurang segalah tingginya ( dalam pukul 7 sampai lebih kurang jam 9.30 gitu). Kemudian petang selepas habis waktu asar belum masuk waktu maghrib (ketika ufuk langit kekuningan lebih kurang 10 mninit gitu). Ada dalil2 hadisnya dalam blog ni.

Soalan 5 tak jadi masalah, cari debu tanah yang bersih dan lakukan tayamum, maknanya solat tak boleh ditangguhkan.

Anonymous said...

err..itu lah persoalan sy...
pasal waktu haram solat & tertinggal subuh

kan bile dah terlewat bgn subuh tuh dah masuk wktu haram solat...
jd macam mane? solat jgak?

Guest said...

kita knalah qada'...
sembahyang yg membezakan kita dgn org kafir....

fairis riduan said...

Salam, bagaimana jika seorg wanita ingin solat tetapi tidak dpt solat kerana baru dtg haid. Jika dia solat awal pasti blh solat, ttp akibat solat lewat(tp masih dlm waktu solat tersebut) dia day x dpt solat.

Admin said...

W'salam
jika haid datang waktu sedang solat segeralah berhenti solat, gugur kewajipan solat ketika datang haid, ini adalah satu anugerah keringanan yang diberi Allah kepada kaum wanita.

Anonymous said...

assalamualaikum,please tolong jawap pertanyaan sy.. sebelum ni sy x penah solt.. tp sejak hampir dua bulan ni,sy x tinggal solat fardu,walau sekali 2 je solat subuh sy tertinggal akibat tertdo.. sy ni bila solat sering dan slalu baca surah al-ikhlas dan ada 1 lagi surah.. sejak mula ati ni nk solat sampai la skang ni,sy baca 2 surah tu je.. 5 waktu sy solat,sy baca surah yg sama.. soalanye adakah solat sy sah??? please banyak sy tau tentang adab2 soalt ni.. coz solat x boleh diambil ringan..

Admin said...

solat anda adalah sah walaupun membaca surah yang sama dalam tiap2 solat. Bagaimanapun sebagai seorang mukmin kita wajib menghafal lain2 surah untuk dibaca dalam solat. Sangat2 digalakkan kita mencontohi surah2 yang dibaca oleh Rasulullah saw dalam banyak solat (silat rujuk pos surah yang dibaca oleh Rasulullah saw).

Baca quran juga adalah satu ibadah dan boleh mendatangkan syafaat di akhirat kelak.

Anonymous said...

sekadar share apa yg sy tahu.pernah diajukan masalah kpd baginda rasulullah SAW tentang imam tiap2 kali solat hanya surah al-ikhlas.makmum2 tempat trsebut sudah jemu dgn imam 'al-ikhlas' itu.mereka pergi bertanyakan baginda,"APAKAH HUKUM SEORANG IMAM HANYA BACA SURAH AL-IKLAS SAJA,TIAP2 HARI?".."BENARKAH APA YG KAMU SEMUA KATAKAN?" tya baginda."BENAR" jwb makmum2 berkenaan."JIKA BEGITU SURAH ITU AKAN MENGHERET IMAM TERSEBUT MSUK KE SYURGA"kata baginda.

marhabah fillah said...

hadis nabi saw..barangsapa melengahkan solat dgn sengaja namanya dah tertulis di pintu neraka yg mana ia akan memasukinya..oleh itu segerakan solat apabila azan brkumandang.,,jika kita rasa ALLAH tu besar jgn lengahkan solat dgn sengaja...org yg kenal ALLAH dia takut utk melengahkannya sbb jika boss kita kata dtg keje awal kita ikut...TP pencipta BOSS kita panggil kita buat lewat aje...chek IMAN..

Anonymous said...

Assalam ustaz.

Saya ingin kepastian mengenai kelewatan solat semata-mata untuk menyambung solat fardu yang seterusnya. Contoh, seseorang akan menunaikan solat fardu zuhur sebelum 10 minit masuknya waktu asar. Adakah solatnya dikira? Ada seorang rakan saya memberitahu, tidak boleh kita menunaikan solat jika waktunya habis dalam 15 minit. Jadi saya ingin kepastian, samaada benar atau tidak. Terima Kasih

Anonymous said...

As Salam Ustaz...
Saya ada beberapa pertanyaan:

1. Di dalam satu majlis ilmu,solat Isya' telah dilakukan pada jam 3.30pg secara berjemaah.Mana satu yang lebih afdal...samada solat berjemaah di awal waktu atau dilakukan lewat dalam majlis tersebut?

2. Apa yang saya tahu, meluruskan dan merapatkan saf dalam solat berjemaah adalah sunnah. Sekiranya terdapat satu solat berjemaah yang didirikan dengan jarak yang agak jauh dan saf yang tidak penuh cthnya spt:
a.saf pertama - 4 org (dengan jarak antara makmum 2-3 kaki)
b.saf kedua - 3 org (dengan jarak yang sama spt saf pertama)
c.saf ketiga - 2 org (dengan jarak yang sama spt saf pertama)
d.makmum yang lain bersolat di tingkat atas.
Kesemua saf tersebut adalah di dalam keluasan ruang yang sama. Manakala ruang kosong di tingkat bawah masih ada.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa secara logiknya solat berjemaah diadakan dengan jarak yang agak jauh kerana tidak mahu bersentuhan/berlanggar terutamanya ketika 'takbiratul ihram' dan semasa 'takhyat akhir'...kerana bagi pendapat mereka, tidak boleh kusyuk/terganggu solat sekiranya bersentuhan dengan makmum yang lain.
-Apakah hukum/pendapat ustaz dalam situasi ini?

Terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum sy ingin bertanye ustaz..
Masalah sy nak bersolat adalah bos sy tak benar kan...
Utk solat zuhur dan asar,,apekah boleh sy qada zuhur dan asar pada waktu isyak.,mohon bantu ea ustaz.,sebab sye rase was2..

Post a Comment