Friday, January 23, 2009

al-albani bacaan ketika ddk di antara 2 sujud

??

Salam kepada rakan2 and panel al-ahkam

bhw bacaan yg thabit dr nabi rabbigfirli,

didalam buku sifat solat nabi tulisan muhamad nasiruddin al-albani
penerbit pustaka ibnu katsir bahwa bacaan rabbighrfirli warhamni wajjburni warfa'ni wahdini wa'afini warzuqni sahih, diriwayatkan oleh abu daud, at-tirmidzi, ibnu majah, al-hakim dan beliau mensahihkannyan kemudian disepekati oleh adz-dzahabi, bagaimana dgn hadis in?? adkah ia sahih juga???

*****************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Lafaz zikir didalam bacaan antara dua sujud diatas ini datang dari beberapa riwayat (kombinasi) hadith dan bukannya dari satu hadith. Contohnya didalam Majmu' (3/414) :-

Menurut Syiekh Abdul Aziz al-Thorifi (Sifatu solaati al-Nabii, ms 134-135), penambahan kepada lafaz Rabbighfirli ( ??? ???? ??) yang terdapat didalam Sunan, hadith Kamil Abi al-Alaa', dari Habib bin Abi Thabet, dari Saed bin Jubair, dari Abdullah bin Abbas ra., tidak boleh dijadikan hujjah.

Komentar mengenai hadith ini juga boleh dilihat dalam Ibn Hibban, Ibn 'Adi, Tirmudzi dsb. dengan menyebut perawi yang bernama Kamil Abi al-Alaa'.

Walaubagaimanapun, bacaan diatas ini boleh dibaca sebagai do'a semasa duduk diantara dua sujud kerana ditempat ini Nabi saw pernah memanjangkan bacaan dengan berdo'a. WA.

sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment