Monday, December 8, 2008

Solat Tahajud Hampir Waktu Subuh

Asalammualaikum....Ustaz...

1. Solat Malam:
a. Apakah boleh solat tahajjud jika terjaga pada pukul 5.40 pagi iaitu kira2 10 minit lagi hendak masuk subuh?...
b. Kalau kita hendak mengerjakan solat sunat tengahmalam manakah yang patut didahulukan diantara 4 solat yang hendak dikerjakan ini....Tahajjud, Hajat, Istikharah dan taubat....
c. apakah berkurangan pahala solat sunat itu jika kita tidak mengerjakan solat witir... kerana selama ini saya tidak pernah mengerjakan sembahyang witir melainkan bulan puasa....

2. Apakah boleh kita berniat puasa sunat diwaktu tengahhari terutama hari Ithnin atau Khamis kerana pada hari itu kita tak sempat hendak makan kerana sesuatu hal....

Sekian....JAZAKALLAH....


Jawab:


1. Tahajjud/Solat Malam

1.a) Boleh solat tahajjud di antara selepas solat Isya' hingga masuknya solat Subuh. Dalil: HR Ahmad," maka solatlah ia (tahajjud) di antara (waktu) isya' sampai solat Subuh."


1.b) Kelebihan solat tahajjud; HR Muslim dari Abu Hurairah ra," seutama-utama solat selepas yg fardhu ialah solat malam." Solat Hajat: solat Hajat ini tidak thabit melalui dalil yg qat'iyah, maknanya solat ini tidak kuat persyari'atannya (Syawkani, Fawaidul Majmu'ah, 38-41)

Solat Istikharah dan Solat Tawbah adalah solat bersebab, jika kita ada kebuntuan dalam menentukan pilihan kita solat Istikharah (bukan setiap malam kena istikharah), begitu Taubat bila kita melakukan sesuatu dosa yg besar. Maka solat malam atau tahajjud itu suatu yg mu'akkad, manakala solat istikharah dan Tawbah dilakukan bila ada keperluan. Jika bertembung antara solat2 sunat khusus dengan solat malam, tidak ada ketentuan yg mana perlu didahulukan. Terpulang kpd kita menentukan.

1.c.) Jika kita solat malam, maka sudah tentu disudahi dengan Witr, itulah sunnah Muhammad SAW. Jika kita bangun solat malam, tapi tidak disudahi dengan Witr, maka sudah tentulah kita menyalahi sunnah baginda. Allahu a'alam


2. Niat puasa sunat di siang hari, BOLEH dengan syarat belum makan-minum dan melakukan perbuatan yg membatalkan puasa spt jima'. Ini pendapat Hanafi, Syafi'iy dan Hanbali. Menurut Hanbaliah, pahala hanya dikira dari waktu ia berniat. Jika niat pada jam 12 tgh, maka mulai sa'at itulah dihitung pahalanya. (Mughny, 3/90; Majmu' 6/324; alMuhalla # 728) Allahu a'alam

24 comments:

Anonymous said...

AsSalamaualaikum Ust. Berkenaan soalan di atas, jika sudah masuk waktu Subuh masih bole dirikan solah tahajjud? contohnya kita sedar sudah Adzan, terus kita solah tahajjud, witr, sunat qabla subuh dan Solah Subuh? Bole ke begitu. JazkLlahukhair.

Noorhisham said...

MAna ada lgi solat tahajud slp subuh..kan ada hadis si atas tu

menuemas said...

Sy difahamkn mengerjakan solat tahajud setelah terjaga dr malam.. tp sekiranya terjaga lg 10 min azan subuh
..adakah masih boleh dilakukan solat tahajud?

Anonymous said...

Menu Emas : anda telah bertanyakan soalan yang sama seperti di atas :)

carefree said...

Solat sunat yg dikerjakan setelah bangun dari tidur dikenali sebagai solat tahajjud.Yg perlu diingat solat ini harus di laksanakan sebelum masuk waktu subuh.
Jgn lupa utk solat sunat subuh sebelum melaksanakan solat fardu subuh. Kelebihan solat sunat subuh melebhi duna dan segala isinya..
Walallah hu alam...

Anonymous said...

Bolehkah sesorg mengerjakan tahajud sekiranya dia bekerja dari malam hingga dini hari

Anonymous said...

Bolehkah sesorg mengerjakan tahajud sekiranya dia bekerja dari malam hingga dini hari tanpa sedikit pun tidor

Unknown said...

Bolehkah jika setelah bangun yg pertama dr tidur kita tidak solat tahajjud sbb berniat utk bertahajjud bila bangun kali kedua supaya boleh pula melakukan terus solat sunat yg lain dan terus subuh?

Unknown said...

Bolehkah jika setelah bangun yg pertama dr tidur kita tidak solat tahajjud sbb berniat utk bertahajjud bila bangun kali kedua supaya boleh pula melakukan terus solat sunat yg lain dan terus subuh?

Unknown said...

Assalamualaikum..saya nak tanya,,solat tahajjud ni dilakukan setelah terjaga dari tidur kn...tapi,,boleh tak kita solat tahajjud walaupun,,kita x terjaga dari tidur macam kita x tidur malam ke??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Razzaq said...

Bolehkah solat sunat istikharah dilakukan sebelum masuk waktu subuh

Razzaq said...

Bolehkah solat sunat istikharah dilakukan sebelum masuk waktu subuh

Unknown said...

T kasih

iin hidayati said...

Syarat solat sunat tahajut wajib tidur walau cuma terlelap sebentar

feisal said...

assalamualaikum ust..dikirakah solat tahajjud kita jika sedang solat dan tiba2 azan subuh pada kita sedang rakaaat tahajjud yg ke 2? patut berhentikah dan adakah diterima tahakjud kita?

Unknown said...

Assalammualaikum ustaz.. Kalau kita terjaga waktu malam pada bulan ramadhan.. Tapi belum menunaikn tarawih mana satu yang harus dikerjakn dhulu.. Antara solat tahajud atau tarawikh.. Trma ksih

Anonymous said...

Assalamualaikum...kalau kita tak solat witr selepas solar tahajjud adakah diterima solat tahajjud kita???
Terima kasih...

Jaja Zaleha said...

Terima kasih perkongsian ini.

Sy ingin share pengetahuan yg saya ada dari ceramah yg saya dengar. Jika kita tidur kemudian bangun itu dinamakan tahajud. Kalau kita tidak tidur (berjaga malam) kemudian melakukan solat sunat, itu dikatakan sbg qiamullail (menghidupkan malam). Keduanya berpahala :) Wallahualam
..

siti shahila said...

Boleh ttpi lebih afdal skiranya tidur wlupun skjap jwpn dr ustz saya

Hajjah said...

ada tak jwpn dh? sbb sy pun alami sama td..tp sy teruskan smpai bg salam hrp Allah terima

Hajjah said...

ada tak jwpn dh? sbb sy pun alami sama td..tp sy teruskan smpai bg salam hrp Allah terima

Love and Memories said...

Ya saya pun teruskan bagi salam sebab sudah sampai ke tahiyat Akhir. Semoga Allah terima.

Anonymous said...

Wajib ke solat witr selepas solat malam? Berdosa ka ?

Post a Comment