Monday, May 16, 2011

Fidaya Puasa Dan Solat Orang Yang Uzur

Postby Khay4_me »

:salam

Saya ada sedikit kemusykilan ttg ibu yg sudah terlalu uzur... bagaimana dengan solat-solat & puasanya yang terdahulu???

Adakah kena digantikan semula atau memadai dengan bayar fidyah sahaja??? atau kena buat kedua-duanya sekali.

Mohon penjelasan ustaz.
Terima kasih


************************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Berikut kami petik fatwa yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi :-

Bagi wanita yang hamil adalah wajib berpuasa semasa kehamilannya melainkan jika ia takut ia akan membahayakan dirinya atau kandunganya (janin), maka didalam keadaan ini dia boleh berbuka (tidak berpuasa) dan menqadha' puasanya setelah melahirkan anak dan bersih daripada nifas" - Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah (10/226)

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh, WAJIB keatasnya QADHA', kerana puasa itu wajib bagi setiap orang Islam, malah bagi orang yang Musafir dan Sakit, Allah mewajibkan agar melakukan puasa pada hari-hari yang lain. [al-Sharh al_Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 3/31-32].

Persoalan, apakah perlu seseorang itu membayar fidyah? Ulama' khilaf berkenaan dengan huum fidyah. Berikut kami petik jawapan Ustaz Abu Umair berkenaan dengan isu ini.

SJ-08-0047 : Fidyah Kepada Fakir & Miskin wrote:permasalahan tidak qadha' puasa sehingga masuk ramadhan yg lain. adakah kena bayar fidyah? ada khilaf;

1) Mazhab Malik, syafie, Ahmad: kena bayar fidyah.
2) mazhab ABu Hanifah: Tidak dikenakan fidyah.
rujukan: Majmuk 6/366, al-Mughni 4/400.

Pendapat yg kuat ialah Mazhab Hanafi: Tidak dikenakan fidyah. Dipilih oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya. Imam Bukhari menukilkan kalam setengah sahabat Ibn Abbas dan Abu Hurairah yg mengenakan fidyah jika lewat qadhak hingga masuk ramadhan lain. kemudian Bukhari berkata: Dan Allah tidak menyebut tentang fidyah.

Syeikh Uthaimin juga mentarjihkan pandangan ini, kerana TIADA DALIL dari quran dan sunnah yg mewajibkan fidyah. yg ada hanya pendapat sebahagian sahabat. dan kalam sahabat sekiranya bersalahan dengan zahir Quran, maka ia bukan hujjah. Oleh itu kalam Abu hurairah dan Ibn Abbas ditafsirkan dengan makna: sunat beri fidyah.
syarah mumti' oleh uthaimin 6/451.

TETAPI,
jika anda memilih pandangan yg mewajibkan fidyah, maka boleh diberikan keseluruhannya kepada seorang fakir miskin, sebagaimana fatwa sesetengah ulama. lagipun, tiada dalil khas berkaitan dengan masalah ini.

Ibu anda hendaklah mengqadha' 30 hari puasa yang ditingalkan. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi berpendapat bahawa fidyah itu adalah mustahab (digalakkan) dan bukan wajib [Fiqh al-Shiyam, ms 76]. Ibn Qudamah rh berpendapat bahawa bagi mereka yang ingin melakukan fidyah, maka tidak perlu menggandakan bayaran menurut tahun yang ditinggalkan itu. WA.

Sekian, wassalam.

20 comments:

Anonymous said...

kalau ikut mazhab syafie, maka kita wajiblah bayar fidyah kan?

saya nak tanya jika saya bayarkan fidyah untuk seseorang sebab takut dia terlupa tetapi dia tidak tahu saya bayarkan fidyah untuk dia, adakah sah bayaran fidyah itu?
adakah dia kira sudah membayarnya jika saya bayarkan tanpa pengetahuannya?

Admin said...

fidyah mesti ditunaikan oleh tuan punya diri tidak boleh diwakilkan. WA

Anonymous said...

jika sebelum saya bayarkan fidyah orang lain tapi dengan pengetahuannya kerana dia tidak tahu dimana mahu membayar fidyah.. jadi saya bayarkan kerana saya tahu dimana mahu bayar.. adakah itu dibolehkan?

Admin said...

fidyah ada lafaz akadnya, sila sahkan dengan amil samada boleh di wakilkan.

Anonymous said...

Negara kita adakah fatwa untuk menggandakan fidyah? Rata-rata laman web jabatan agama negeri yang saya lihat meWAJIBkan fidyah, malah mengGANDAkannya mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.

Anonymous said...

soalan diatas ibunya sudah tua tidak mampu nak puasa adakah wajib bagi dirinya mengeluarkan fidiyah ganti puasa . tolong jawab dgn jelas

terapi imam muda said...

khasiat madu

1: Untuk hafalan & ingatan.
2: Untuk membuang balgham dari tubuh.
3: Untuk bekalan tenaga.

khasiat madu yang boleh diperolehi dari madu sidir hadrami:
1 sudu madu sidir hadrami lebih baik dari 100 sudu madu terbaik malaysia…(khasiat madu)
Ianya mampu mengeluarkan/membersihkan segala kekotoran yang ada dalam darah
Ianya mampu menyerap lembapan dalam badan
Memberi tenaga dalam darah
Membersihkan perut
Membuang angin
Membaiki sel-sel yang rosak
Memelihara dalaman wanita
Memelihara kesihatan lelaki
khasiat madu juga dapat menjaga sistem dalaman badan manusia dengan:
Memanaskan badan
Melancarkan perjalanan darah
Mengimbangkan diet badan
Menguatkan tenaga dalaman
Meningkatkan kecergasan dan daya ingatan serta hafalan anak-anak
Melawaskan usus
khasiat madu juga diakui madu natural terbaik di dunia, memenuhi segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda untuk…
Sumber tenaga, menambah stamina spontan
Melancarkan darah
Meningkatkan semangat & prestasi seksual
Melancarkan sistem pencernaan
Mengubati luka-luka (lihat gambar dibawah)
Meningkatkan metabolisme tubuh
Meningkatkan kecerdasan minda, hafalan dan selera anak
Nutrien lengkap ibu hamil
dan lain-lain…

Admin said...

Ibu tua yang tidak lagi mampu melakukan ibadah puasa dibenarkan berbuka (tidak berpuasa) tetapi masih diwajibkan membayar fidyah.

---
Orang tua yang sudah hilang kekuatannya atau akan memasuki masa jompo. Setiap hari kekuatannya terus berkurang dan tinggal menunggu kematian, orang sakit yang tidak mungkin sembuh, yang tidak ada harapan kesembuhan (secara medis) dan wanita yang tua renta.

Dalil dibolehkannya berbuka dari sisi agama adalah firman Allah: (Dan bagi orang yang tak kuasa berpuasa maka dia membayar fidyah memberi makan kepada orang miskin)

Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma berkata: “Ayat ini tidak dihapus. Ayat ini mencakup orang tua renta laki-laki maupun perempuan yang tidak mampu melaksanakan puasa, sehingga dia memberikan makanan setiap hari untuk orang miskin."

Admin said...

Orang yang tidak mengerjakan puasa Ramadhan selama beberapa hari atau lebih dari itu, atau ia tidak mengerjakan puasa "nazar" atau puasa "kifarah", disebabkan uzur syar'i (seperti sakit dan sebagainya) lalu ia mati sebelum sempat mengqadha puasanya, maka ia tidak dikira berdosa.

Dengan itu, pihak kaum kerabatnya tidak dikenakan mengqadha puasanya atau membayar "fidyah" dari harta peninggalannya.

Sebaliknya, kalau ia mati setelah hapus uzurnya - yakni setelah ia sembuh dari sakitnya dan sebagainya - kemudian semasa hayatnya tidak mengqadha puasanya itu maka hukumnya menurut jumhur ulama' (1), bahawa pihak kaum kerabatnya tidak dibolehkan berpuasa untuknya tetapi hendaklah membayar "fidyah" untuknya dari harta peninggalannya, iaitu memberi makan orang miskin, satu cupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasanya.

Dalilnya ialah hadith yang berikut:
45- ุนَู†ْ ุงุจْู†ِ ุนُู…َุฑَ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ุนَู†ِ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงู„َ ู…َู†ْ ู…َุงุชَ ูˆَุนَู„َูŠْู‡ِ ุตِูŠَุงู…ُ ุดَู‡ْุฑٍ ูَู„ْูŠُุทْุนَู…ْ ุนَู†ْู‡ُ ู…َูƒَุงู†َ ูƒُู„ِّ ูŠَูˆْู…ٍ ู…ِุณْูƒِูŠู†ًุง. (ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ)

45- Dari Ibn Umar r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Barangsiapa mati sedang ia menanggung hutang puasa bulan Ramadhan, maka hendaklah pihak warisnya (mengeluarkan fidyah untuknya dari harta peninggalannya iaitu) memberi makan seorang miskin (satu cupak) bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasanya."(2)

(Riwayat Tirmizi)

Imam al-Tirmizi, rahimahullah, melemahkan hadith ini sebagai "Hadith Marfu'"(3) tetapi diakui Sahih sebagai "Hadith Mauquf". Yakni yang berkata demikian ialah Ibn Umar r.a.

Demikian juga hukumnya menurut "Fatwa" Saidatina `Aisyah r.a., dan Ibn Abbas r.a.(4)

Malah al-Imam al-Mawardi, rahimahullah menyebutkan riwayat bahawa sahabat-sahabat Nabi telah ijma' mengenai hukum "fidyah" untuk si mati. (5)

Menurut huraian ulama' rahimahullah: Kadar satu "fidyah" untuk satu hari yang ditinggalkan puasanya ialah "satu cupak" dari jenis makanan yang mengenyangkan yang biasa dimakan oleh penduduk sesebuah negeri.

Fidyah itu pula hendaklah di berikan kepada orang fakir miskin sahaja seorang miskin, boleh di berikan "satu cupak" - tidak terhad.

Fidyah itu pula hendaklah diberikan kepada orang faqir miskin sahaja. Seseorang miskin, boleh diberikan "satu cupak" atau "beberapa cupak" - tidak terhad.

Tetapi fidyah yang satu cupak itu tidak boleh dibahagikan dua untuk diberikan kepada "dua orang miskin", kerana yang demikian tidak merupakan "satu fidyah" yang sempurna dan dengan itu tidak sah hukumnya. (6)

Anonymous said...

bagaimana dgn org uzur/sakit yg sememangnya tidak boleh mrngerjakan solat krna dirinya tidak suci,tidak berdaya , di pasang alat2 perubatan kiri dan kanan tangan....tetapi berniat mengqadha jika sembuh..namun meninggal tiada kesembuhan...bgmna dgn solat yg tidak sengaja ditinggalkan ?

Anonymous said...

assalamualakum....saya ingin bertanya...ibu saya ingin membayar fidyah kerana tidak boleh puasa pada bulan ramadhan....tetapi tahap kesihatan yg kritikal tidak membolehkan beliau pergi sendiri..oleh itu saya sebagai anak menjadi wakil untuk pergi membayarnye..adakah ianya sah? dan akad bagi wakil keika membayar fidyah macam maner?

Unknown said...

Assalamualikum.sya ingin bertanya bagaimana wudhuk dan solat ketika di hospital dengan jarum dan air masuk didalam badan.bolehkah sya wudhuk dan solat seperti biasa.mohon pencerahan.

Anonymous said...

bagaimana dengan solat-solat yang ditinggalkan oleh ibubapa yg telah meninggal? adakah kena fidyah seperti puasa dan bagaimanakah perkiraan jika ada.

Anonymous said...

Assalamualaikum. ingin bertanya, bagaimana pula dgn nenek saya yang sudah tua, sering lupa dan nyanyuk, serta berperangai keanak-anakan, apakah masih wajib solat dan berpuasa? atau apakah sudah lepas tanggungjawab ini kerana 'tidak cukup syarat solat: yaitu akalnya'

ayish00lisya said...

asalamualaikum , saya nk tnye bagaimana cara mmbayar fidya untuk mngantikan puasa ramadhan yg lalu disbbkn keuzuran ?

puan zin said...

Bagi yg tinggal solat hndaklah qadha walau uzur dgn solat keadaan duduk. Baring dan guna mata.

puan zin said...

Hendaklah ibubapa ganti solat tersebut walau keadaan sekalipun. Jika sudah mati merka berdosa. Puasa shja bleh byr fidyah

Haji Md Akhir said...

TOLONG JAWAB JANGAN DIAM SOALAN INI.
BAGAIMANA DENGAN SOLAT-SOLAT YANG DITINGGALKAN OLEH IBUBAPA YG TELAH MENINGGAL? ADAKAH KENA FIDYAH SEPERTI PUASA DAN BAGAIMANAKAH PERKIRAAN JIKA ADA.

Anonymous said...

Assalamualaikum, bagaimana jika seseorang yg sakit dan uzur menunaikan solat? Adakah beliau perlu mengambil wuduk sekiranya tak berdaya? Boleh ustaz huraikan

Anonymous said...

Pertanyaan sahaja..manatau berlaku pada kawan/sendiri..iaitu sekira nya berlaku persetubuhan dlm bulan puasa..apa hukum nya ustaz..mohon penjelasan

Post a Comment