Sunday, August 15, 2010

Bulu Kuching Adakah ia Najis?

Postby emrullah »
salam

Alhamdulillah,

saya dah lihat dalam arkib soal jawab mengenai bulu kucing. bagi salafussoleh, kucing bukanlah binatang yang najis dan ia merupakan umum al bauwa'.

perrsoalan saya,

-betulkah dalam fiqh syafie, bulu kucing dikatakan najis.

-bagaimanakah status bulu yang tertanggal dari kucing yang masih hidup dan bulu yang tertanggal dari bangkai (kucing)?

-adakah tafsir ibnu abbas mahupun riwayat para sahabat mhupun tabi'in yang menyebut tentang status bulu kucing (bukan umum kepada kucing itu sendiri) itu sendiri?

- bolehkah pihak panel ahkam kemukakan pendapat yang lewbih rojeh yang harus saya terima, mahupun pendapat ulamak yang mu'tabar tentangnya?

saya menucapkan jutaan terima kasih atas jawapan yang bakal dijawab nati. jazakumullah hu khairan kasira..


*******************************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr emrullah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebagaimana yang telah dijawab oleh panel al-ahkam yang lain, bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.

Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-

"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah :saw bersabda :'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).

Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]

------------
Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (ÇáØæÇÝíä Úáíßã) didalam hadith yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang2 didalam rumah.

Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :

"'Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].
-----------

Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :

Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing.Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?

Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis..

sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
------

Kesimpulannya, kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi :saw diatas. Terdapat dikalangan ulama2 bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dima'afkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wudhu' pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing. :aklam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Markas Fatwa pengawasan Dr Abdullah al-Faqih. ÔÚÑ ÇáÞØ ØÇåÑ. URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/Show ... on=FatwaId

2. Prof Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 1.cet ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.

22 comments:

zuhaili said...

assalamualaikum..
moga selalu dapat redha ALLAH

merujuk kepada hadith larang menyelak rambut dan juga lengan baju,saya ingin bertanya..
adakah perbuatan melipat hujung tudung ketika solat sama dengan perbuatan meyelak rambut?

saya terdengar mengenai persamaan antara kedua-dua perbuatan tersebut dan ..maka kedua-duanya dilarang..

saya mohon penjelasan lanjut pihak dari pihak ustaz..

terima kasih dan semoga ALLAH permudahkan..

Admin said...

Daripada Ibnu 'Abbas, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah berkata:

Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. Dan beliau dalam masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan (menggulung/melipat) pakaian. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab as-Solah, 3/45, no. 758)

Al-bani menerangkan hadis ini,iaitu larangan menyelak lengan baju dan rambut agar tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat.Dan menurut jumhur ulama ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis nabi yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

(larangan mengikat rambut ini hanya bagi lelaki BUKAN ORANG PEREMPUAN ini berdasarkan pendapat Ibnu Al-Arabi yang diambil oeh Imam Syaukani). Melipatkan hujung tudung tidak mengapa kerana tidak melibatkan anggota sujud.

Admin said...

Melipat hujung tudung tidak sama dengan perbuat menyelak rambut ketika sujud, tidak melibatkan anggota sujud.

Daripada Ibnu 'Abbas, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah berkata:

Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. Dan beliau dalam masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan (menggulung/melipat) pakaian. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab as-Solah, 3/45, no. 758)

Imam Al-bani menerangkan hadis ini,iaitu larangan menyelak lengan baju dan rambut agar tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat.Dan menurut jumhur ulama ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis nabi yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

Larangan mengikat rambut ketika solat adalah bagi orang lelaki orang perempuan TIDAK dilarang. WA.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
terlebih dahulu saya harap semua dpt berlapang dada dlm perbezaan pendapat dlm fiqh ini.
Pada pandangan mazhab mu'tabar yg 4 : Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
satu lagi, dalil yang diberikan oleh saudara adalah khas untuk bekas dari minum atau makan kucing, tidak boleh sama sekali saudara qiaskan pula dengan bulu kucing tersebut sbb jelas dalam kitab fiqh mazhab syafie seperti kitab i'anah at tolibin, mughni al muhtaj dan fiqh manhaji menyebut bahawa bulu haiwan yang tidak boleh dimakan (termasuk kucing) yg tertanggal drnya adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang melainkan hanya sedikit kerana ia termasuk dalam najis yg dimaafkan. Begitu juga dalil yg ssaudara dtgkan itu jelas hanya disebut dlm bab baki minum kucing dalam sahih tirmizi dan tidak diqiaskan lansung dgn bulu kucing. Malahan, kedua2 hadis yang saudara datangkan ada disebut dlm kitab fiqh syafie yang bernama hadiyyat al mardiyyah syarah kepada muqaddimah al hadramiyyah karangan imam al hadrami yg langsung tidak mengaitkan dengan bulu kucing bahkan hanya menyebut bahawa hasil minum atau makan kucing adalah tidak bernajis..

Anonymous said...

maaf sekiranya kalau ada salah silap..cuma utk perkongsian pendapat..semua kitab fiqh yg disebutkan itu bole dilihat semula dalam kitab at toharah..harap maklum..wallahu a'lam

Al-Qittoon said...

Kalau bulu kucing najis, bagaimana pula keadaan solat Abu Hurairah r.a? Abu Hurairah r.a kan suka bawa anak kucing dalam koceknya...mestilah poketnya tu penuh dengan bulu kucing...lagipun rumah 'Aisyah r.a mestilah ada bulu kucing merata-rata juga kot, siap ada yang tidur atas baju Rasulullah s.a.w lagi kan?...

Kalau sesesiapa yang bela kucing atau duduk dekat-dekat orang bela kucing memanglah dah sedia maklum, bila diusap jer badan kucing tu mestilah ada bulu-bulunya yang tanggal, berterbangan melekat sana-sini...

Jadi, baik haramkan sahaja lah kucing kan? Tak payah bela langsung...kan senang...

konpius dah ni...sebab saya sayang kucing dan saya tak rasa bulunya najis...unless, kucing tuh dah jadi bangkai then bulunya tu memang dah terang-terangan najis atau dia berguling-guling dalam najisnya dan najis itu melekat kat badan dan bulunya (semua orang yang bela kucing tahu kucing memang lebih sukakan keadaan diri yang bersih)....kalau dah najis hukumnya bulu kucing ini, majoriti rakyat kat Msia ni solat seumur hidup pun tak sah la kot...

Apa pula kata orang hakikat tentang hal ini?

Maaf...saya tak berniat nak menyinggung sesiapa...tq.

hadi said...

"kalau dah najis hukumnya bulu kucing ini, majoriti rakyat kat Msia ni solat seumur hidup pun tak sah la kot..."

@Al-Qittoon mana anda tahu majoriti rakyat Malaysia bela kucing. Anda anda buat survey ke?

p/s: saya suka kucing tapi tak bela kucing. :D

zalifahtul zaidah said...

Sebagai umat islam kita harus yakin kepada yang hak dan batil,keyakinan adalah asas dalam menentukan sesuatu itu,kakau kita yakin ianya najis maka tingalkan kalau yakin ia nya tidak teruskan pegaglah pendapt yang kita yakini asalkan tidak keluar dari hukum al-qurqn mahupun hadis.

Anonymous said...

Al-Qittoon said "konpius dah ni...sebab saya sayang kucing dan saya tak rasa bulunya najis..."
persoalannya sekarang,bukan mengikut apa yg saudara rasa,tp ape yg termaktub dalm mazhab...sy pon bela kucing..tp letak kat luar rumah la kan..leps main2 dgn kucing,nak solat ganti baju...

Anonymous said...

kalau nabi saw sendiri bela kucing di rumah, kemudian datang pula ulamak memberi fatwa bulu kucing yang jatuh itu najis... tak ada pulak riwayat yang kata Nabi saw kutip satu2 bulu kucing yang jatuh dalam rumah... air yang diminum oleh kucing boleh buat ambil wuduk tidak mustahil bulu kucing boleh jatuh dalam air tu semasa minum.

adalah najis bulu kucing ini membatalkan solat? janganlah sempitkan Islam yang sedia mudah.

Anonymous said...

Bagaimana cara untuk menunaikan solat sekiranya seseorang itu boleh berjalan dan berdiri tetapi tidak boleh melipatkan kakinya kerana sakit lutut.

ThalhahUbaidillah said...

pening2...jadi boleh simpulkan tak, sebenarnye bulu kucing ni sah ke tak dibawa solat? jazalillahu khair ~

Admin said...

bulu kucing tidak najis sah jika terbawa dalam solat

Admin said...

sakit lutut sila rujuk pos cara solat duduk. WA

AbuZaidPG said...

semua imam2 mazhab taklid kepada rasulullah. sayangnya kita bertaklid pada imam2 mazhab sampai kita ketepikan rasulullah. adakah kita sudah lupa dengan siapa kita bersyahadat?
Katakanlah (Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam ): ‘Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian." (QS. Ali Imron: 31).

Unknown said...

knp ada org cakap bulu kucing najis. Najis atau tidak bulu kucing ini.

Anonymous said...

Ana amat setuju dengan AbuZaidPG. Kita yang beria-ia sangat dengan mazhab, sedangkan semua mazhab termasuk Imam As-Syafie amat bertkalid dengan Rasullullaah. Yang Ana tahu lah, tidak ada mana mana rujukan atau kitab yang suruh kita ikut Mazhab. Yang ada cuma kita di suruh ikut Quran dan Sunnah (hadis). Mazhab ini cuma sebagai panduan, tapi Rasulullah adalah ikutan. Cuba bedakan antara kedua ini. Semua mazhad telah sepakat berikrar, jika ada hadis rasulullaah yang lebih sahih daripada pendapat kami, maka sesungghnya itu adalah mazhab kami. Bukannya macam kita, taksub sangat dengan Mazhab (itu yang berpecah belah). Tapi, Ana tak heran lah jika lepas ini, ada yang tanya Ana jika Ana dah cukup ilmu ke tak..Inilah masyarakat Malaysia..Wallahualam..!

Tamar dan Unta said...

bagi satu hadis atau nas quran yg kata bulu kucing yg tertanggal adalah najis....pls.

Anonymous said...

Assalam. Saya nak kongsi sedikit pencerahan dlm youtube oleh Ustaz Azhar tentang hal ini (lebihkurang 6 minit sahaja). Moga ia memberi manfaat kepada semua.
Tajuk;
Solat Dengan Bulu Kucing Berselerak Di Tempat Solat - Ustaz Azhar Idrus

Anonymous said...

Assalam..Allahumma yassir wala tua'ssir..
Let's united..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum
saya ada 1 persoalan ingin tanya...
saya tinggal dirumah sewa dengan berjirankan india yang membela anjing...kalau dah bela anjing,tau2 je la kan dia akan merayau depan jalan rumah,berbaring,berguling2 dekat depan jalan rumah tu...dipendekkan cerita,ada seekor kucing ni sudah mula lepak dekat rumah saya sebab kawan saya suka bagi kucing tu makan...masalahnya,kucing tu jugak macam anjing tu jugak suka jalan2, berbaring2 depan jalan rumah saya( tempat bekas anjing tu pernah pijak dan berbaring)...dan jugak sudah mula masuk rumah saya kerana makin manja..saya terfikir dan jadi bengang dan marah sebab mestilah kucing tu bawa kotor najis daripada anjing itu...saya sangat risau jika kucing tu pijak tempat sembahyang saya...saya ada jugak tegur kawan saya,tapi dia cakap kucing ni kan pembawa rezeki dan membawa malaikat masuk rumah...tapi saya ragu2 dengan kekotoran kucing yang hinggap daripada anjing itu bawak masuk ke rumah saya...saya risau dan musykil kekotoran tu walaupun saya seorang yang sukakan kucing..bagaimana saya ingin selesaikan masalah ni? adakah dikira kotor jugak kucing tu? adakah sepatutnya dibiarkan saja? apakah hukumnya?

Post a Comment