Wednesday, February 24, 2010

Angkat Tangan Takbir Ketika Rukuk dan Bangkit

Postby talfiq »

1) Apa hukum angkat tangan sewaktu nak rukuk dan bangun dari rukuk? Macam mana kalo tertinggal

2) Bagaimana pula untuk bangun pada rakaat ke-3 dan ke-4. Wajib ke sunat? Selama ni tau yg bangun dari rakaat ke-3 tu sunat je.Macam mana kalo tertinggal

3) Bagaimana cara utk angkat tangan bangun dari rakaat ke-3. Bangun dan berdiri tegak dulu - tangan ke bawah baru angkat tangan dan selepas jatuhkan mula fatihah? Atau semasa nak bangun tu tangan terus angkat takbir bila dah berdiri?



**************************************
Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Dituntut mengangkat kedua-dua tangan ketika (i) takbiratul Ihram, (ii) hendak rukuk (iii) bangun dari rukuk.

Malah, Imam Nawawi menukilkan ijmak bahawa sunat mengangkat tangan pada takbiratul ihram. Kata beliau:

اجمعت الامة على استحباب رفع اليدين عند تكبيرة الاحرام واختلفوا فيما سواها فقال الشافعي واحمد وجمهور العلماء من الصحابة رضي الله عنهم فمن بعدهم يستحب رفعهما ايضا عند الركوع وعند الرفع منه

"Ijmak umat bahawa sunat mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram. Dan mereka khilaf pada selain takbiratul Ihram. Syafie, Ahmad dan majoriti ulama dari kalangan sahabat dan tabien selepas mereka berpendapat sunat mengangkat dua tangan ketika mahu rukuk dan ketika bangkit darinya". (Syarah Sahih Muslim 4/95).

Walaubagaimana pun, nukilan ijmak bahawa ia sunat dipertikaikan oleh sebahagian ulama. Kerana ada ulama mengatakan wajib. Pun begitu, menurut Ibn Abdil Barr, walaupun ada ulama mengatakan wajib, tetapi tidak ada yang menghukum sesiapa tidak mengangkat tangan batal solatnya, kecuali Al-Humaidy, setengah pengikut Daud dan riwayat dari Auzaie.

Secara kesimpulan, hukumnya di sisi ramai ulama ialah: SUNAT.

2. Hukum mengangkat tangan ketika bangkit dari tasyahhud awal (untuk masuk ke rakaat ke-3) juga adalah sunat. Kerana sabit perbuatan tersebut dalam hadis yang sahih.

Abdullah bin Nafie menceritakan perbuatan Ibn Umar:

وإذا قام من الركعتين رفع يديه ورفع ذلك ابن عمر إلى نبي الله صلى الله عليه و سلم


"Apabila beliau bangkit dari dua rakaat, beliau mengangkat dua tangannya. Dan Ibn Umar menyandarkan hadis ini sebagai marfuk kepada Nabi Sallallahu Alahi Wasallam". (Sahih Bukhari 706).

3- Mengenai cara mengangkat tangan untuk bangun ke rakaat ke-3, ialah bangkit tegak dahulu barulah mengangkat tangan. Bukan mengangkat ketika duduk. Kerana sabit dalam hadis sahih:

وَلاَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِى شَىْءٍ مِنْ صَلاَتِهِ وَهُوَ قَاعِدٌ

"Dan baginda tidak mengangkat dua tangannya dalam mana-mana bahagian solatnya ketika baginda duduk".
Direkod oleh Abu Daud (no: 744), Tirmizi (no: 3423). Kata Tirmizi: "hadis hasan sahih". Disahihkan juga oleh Imam Nawawi dalam Majmuk 3/447.

Wallahu A'lam.

12 comments:

Anonymous said...

salam,

saya mengangkat tangan (takbir) pada setiap rekaat (ke2,ke3,ke4), bolehkah begitu?, batal tak solat?.
saya baru tahu yg mengangkat tangan selepas tahayat awal dan masuk ke rekaat ke3 itu sunat.. bagaimana pula (takbir)pada rakaat ke2 dan ke4..
mohon pihak tuan beri penjelasan.
terima kasih.

Admin said...

Kebanyakan ulamak kata angkat tangan (sunat)

takbiratul ihram
ketika hendak tunduk rukuk
bangun dari rukuk
bangun setelah tasyahud pertama

angkat tangan bangun dari sujud rakaat k 2 dan ke 4 tidak dituntut, kalau dilakukan juga tidak membatalkan solat.

Anonymous said...

mcm mana klu dia angkat tgn utk rakaat ketiga semasa hendak berdiri?

passerby said...

@Anonymous

angkat tangan ketika rakaat ke2 dan ke4 tu saya tak pernah dengar. yang tsabit ketika rakaat ke3.

lebih baik tinggalkan. tak mahu pula mengada-adakan yang baru dalam solat.

Al-qodiri 02 said...

apakah boleh hanya mengangkat 1 tangan di takbirotul ikhrom yang ke 2

Anonymous said...

saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz bahawa Rasulullah SAW hanya mengangkat tangan 4 kali sahaja semasa bertakbir . 1. Takbiratul ihram 2.hendak rukuk rakaat pertama 3.Bangkit drp rukuk rakaat pertama dan 4. bangkit drp tahiyat pertama. minta penjelasan, terima kasih.

Anonymous said...

betul ke dalam mazhab syafie klau lelaki kene angkat takbir paras bahu je dan dikepakkn tgn? saya baru diberi penerangan tentang ini..bukan ke yg selalu kita buat angakt takbir(L) ibu jari paras cuping? mohon penerangan yg jelas klau boleh dgn hadis sbb yg paras bahu tu ade hadis..tq

Unknown said...

Terima kasih bray, cukup membantu

HerbaHutan said...

Imam takbir nak sujud. Lafaz Takbir dah abis tapi dahi belum sampai tempat sujud. Betul ka ustaz.

Unknown said...

Terima kasih. Dah lama dah musykil akhirnya terjawab jugak. Sangat sangat membantu :)

antibewak said...

Sebab ia sunat, Adakah angkat tangan ketika iktidal dikira 2 penggerakkan luar solat. Misal - Kalau kaki gerak bersamaan angkat tangan ketika iktidal dikira 3 penggerakkan Berturut-turut

Ataupun ketika angkat tangan itu, tangan tersentuh badan, adakah ia dikira 3 pergerakan n berturut turut.

Unknown said...

jgn pening2 kepala..yg mengajar Rasulallah saw utk solat adalah Jibril as..pastinya yg mengajar Jibril as adalah Allah swt Takbiratul Ihram...Takbir ketika hendak rukuk takbir selepas rukuk@iktidal..Solatlah sebagaimana aku solat...jadi samiqna wa atuqna..yg pening2 tu pasal apa

Post a Comment