Thursday, January 28, 2010

Bangun Lewat Solat Subuh Lepas Waktu

saripc7 »

Salam,

Jika tertinggal solat subuh, perlu solat dengan segera dengan niat 'qada atau solat tanpa niat qada?

Bolehkan qada solat pada waktu haram solat i.e. lepas asar, etc.




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Menurut istilah dalam Usul Feqah, Qadha ialah melakukan satu kewajipan di luar waktunya yang ditetapkan oleh syarak. Manakala Adaa' (Tunai) ialah melakukan kewajipan di dalam waktunya yang ditetapkan syarak.

Berdasarkan istilah ini, apabila seseorang terlepas satu solat kerana lupa atau tertidur, hingga habis waktunya, maka solat yang dilakukan di luar waktunya dinamakan Qadha'.

Ada juga fuqaha berpendapat solat yang dilakukan selepas habis waktunya, jika disebabkan uzur seperti tidur atau lupa, ia tetap dinamakan Adaa' (tunai) bukan Qadha'. Antara mereka ialah Syaukani dalam Nail al-Authar 2/30.

Hujah pandangan ini ialah beberapa ada riwayat yang menyebut:

من نسي صلاة فوقتها إذا ذكرها

"Sesiapa lupa satu solat, maka waktunya ialah apabila dia mengingatinya". (Direkod oleh Daraquthni, Baihaqi dan lain-lain).

Tetapi taraf hadis ini DHAIF. Dinilai dhaif oleh Bukhari, Baihaqi, Haitsami, Ibn Hajar dan lain-lain. (Lihat Sunan Kubro Baihaqi 2/219, Majmak Zawaid 2/75, dan Talkhis al-Habir 1/155)

Apapun, khilaf dalam masalah ini tidak memberi kesan yang sangat besar. Kerana di dalam niat solat tidak disyaratkan kita meniatkan adakah qadha atau adaa'. Cukup hanya kita bersembahyang apabila teringat dari lupa, atau terjaga dari tidur.

Di dalam kitab Majmuk (3/279-280) Imam Nawawi menjelaskan bahawa tidak disyaratkan niat qadha' dan niat tunai dalam solat.

Lagipun, dari sudut Bahasa Arab, qadha dan adaa' adalah dua perkataan yang memberi pengertian yang hampir sama, malah di dalam Al-Quran ada menyebut perkataan qadha' dengan makna adaa'.

2) Berkenaan qadha solat pada waktu-waktu diharamkan solat, dibolehkan. Kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah qadha solat sunat pada waktu selepas Asar.

Dalam hadis Ummu Salamah r.a. katanya: Nabi Sallallahu Alahi Wasallam pernah bersolat dua rakaat selepas Asar, lalu aku menyoal baginda tentangnya. Sabdanya: Sekumpulan manusia dari suku Abd Qais datang kepadaku, dan mereka menyibukkan aku daripada dua rakaat selepas Zohor. Maka inilah (qadha) dua rakaat tersebut". Direkod oleh Bukhari (no: 1176), dan Muslim (no: 834).

Wallahu A'lam

26 comments:

Anonymous said...

saya nak tanya ni.. saya ada tertinggal solat zohor sebab tertidor.. dan saya qadal solat tersebut pada keesokan harinya pada waktu zuhor.. soalan saya.. adakah cara saya itu betul..?

Admin said...

mesti kena ganti sebaik saja terbangun dari tidur, tak boleh tunggu esok...

Safwan Rahman said...

Salam, Minta kebenaran untuk share boleh

Anonymous said...

salam.saya nak tanya,bolehkah kita solat subuh selepas jam 7pg??dan bilekah tamatnya waktu solat subuh?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam, saya nk tanya , saya bangun jam 7 pg tapi

x solat subuh sebab terlupa sangat2 akibat

mengantuk, lalu saya sambung tidur,

saya bangun pula jam 9 pg, terus saya teringat

yg saya lupa nak solat subuh .... macamna

hukumnya??? apa yg perlu saya buat???

(saya bangun dua kali tapi bangun yang ke dua kali itu baru teringat nk solat subuh???)

K.A.I said...

jika saya sebelum ini lalai,tidak menunaikan solat,bertahun lamanya.dan saya sekarang ingin berubah dan bertaubat,perlukah saya meng qadakan solat saya yang bertahun ditinggalkan.tolong saya.

Anonymous said...

perlukah solat yang ditinggalkan semalam di qadakan?

puan zin said...

Cara kamu betul. Sebaiknya qadha segera apbila teringat

puan zin said...

Jika d malaysia jam 7 sudah tmt wktu sbuh. Waktu subuh habis apabila ada garis putih dikaki langit dan masih gelap samar

puan zin said...

Tak mngapa benar2 lupa dan qadha subuh sebaik ingat

Anonymous said...

Sebagai contoh, sekiranya kamu meninggalkan 30 solat zohor maka eloklah sehari menqada satu solat atau buat mengikut kemampuan. Buat secara beransur-ansur pada setiap hari hingga walaupun mengambil masa bertahun-tahun sehingga kamu yakin kamu telah menqada solat kamu sepenuhnya. Insya Allah.

Anonymous said...

Perlu. Solat yang bertahun lama ditinggalkan pun wajib diqada.

Anonymous said...

Asalammualaikom sy suduh terjaga utk solat subuh kemudian sy tido kembali apabila sedar waktu sudah habis sy trus bgn kemudian solat mohon pencerahan

Anonymous said...

assalamualaikum..sy bangun jam 7.15pg disebabkan tidur dan sy terus solat subuh..adakah solat sy itu sah dan perlukah sy qada solat saya itu? mohon pencerahan..

Unknown said...

Suruk jam 7.22..

Anonymous said...

Assalamualaikum, Klu tidur Lepas Sahur, sampai Tertinggal solat subuh. Apatah hukum die? Perlu ganti ke ataupun berdosa Besar?

Unknown said...

assalamualaikum. ustadz
boleh kah qada solat selepas solat fardu subuh....

salmah said...

Soalan saya.saya keluar kerja jam 4pagi belum masuk waktu suboh. Sampai kerja jam 7pagi. Maseh boleh tak saya solat subuh?

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz..bolehkah sy solat subuh lewat disebabkan sy abis kj lwt dlm kul 3pagi pastu setiap kali nk bgn subuh sakit kepala..sy solat subuh ikut sy bgn tdo dlm kul 9-10..

Jane said...

Assalamualaikum kalau saya bangun 7.50 tapi saya tahu dah habis waktu,saya tidur semula kerana saya ingat qada boleh dilakukan bila bila masa,apa hukumnya?

Unknown said...

assalamualaikum, nak tanya. azan subuh d tempat kami (sabah) skitar jm4 lbih sblum msuk jm5. msa bulan puasa, sy terbangun waktu azan subuh dh hbis, skitar jm5.10 dn luar mc gelap, kmudian sy bersahur. sah puasa sy?

Muhamad taufik said...

Assalamualaikum ustaz... mengenai tentang qadaq solat... boleh kah kita mengadaqkan solat berkali2 selepas satu waktu? Contoh sy solat asar ,kemUdian sy qadaq solat asar bagi mengantikan solat yg tertinggal tahun lamanya... lepas tu sy qadaq lagi untuk solat zohor atau pun qadaq solat asar berkali2 dlm satu waktu? Tolong pencerahan ustaz

Unknown said...

Sahur hanya boleh sebelum azan. Selepas azan dah dikira tempoh berpuasa bermula. Batal kalau makan minum selepas azan.

Unknown said...

Qada solat boleh dilakukan tak kira masa

Unknown said...

Perlu qada/ganti

Post a Comment