Tuesday, December 29, 2009

Solat Fardhu Dua Kali

Postby semutapi »

salam

Tahniah kepada semua panel Al-Ahkam. Semoga Allah s.w.t sentiasa melimpahkan rahmat kpd anda semua kerana menghidupkan Laman Web ini.
Sudah sekian lama tidak menulis diruangan ini. Ada satu kemuskilan : Adakah dibolehkan diulang sembahyang fardu dlm 1 waktu jika kita merasakan sembahyang yang mula2 kita lakukan tadi tidak sempurna (not perfect/tidak puas hati). Cth: Sewaktu pergi membeli belah telah pun menunaikan solat di tpt tersebut, tetapi merasakan seperti tidak puas hati kerana org terlalu ramai atau rasa terlalu kenyang kerana selepas makan. Apabila pulang, masih ada waktu dan sembahyang sekali lagi dirumah.
- Sahabat saya mengatakan tidak boleh.

Pendapat peribadi saya - boleh (tetapi tidak mampu utk mengemukan dalil).

Wallahuallam. Terima kasih
wassalam




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby Abu_Umair » Oct 26th, '09, 23:17
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengulangi sembahyang fardhu tanpa sebab yang syar'ie dilarang oleh syarak. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

لاَ تُصَلُّوا صَلاَةً فِى يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ

Maksudnya: Jangan kamu melakukan satu-satu solat dalam satu hari sebanyak dua kali.
Direkod oleh Abu Daud (no: 579), Nasaie (no: 860), Ibn Khuzaimah (no: 1641), dan lain-lain.

Dikecualikan seseorang yang telah bersembahyang fardhu terlebih dahulu, kemudian barulah didirikan solat secara jemaah, maka boleh bahkan dituntut supaya mengulangi balik sembahyangnya bersama jemaah. Sembahyang yang diulangi bersama jemaah ini dikira sebagai sunat.

Kerana dalam peristiwa Haji Widak, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersembahyang Subuh di Masjid Khaif (di Mina), selepas selesai solat baginda melihat ada dua orang yang tidak menyertai solat jemaah. Setelah ditanya, mereka mengatakan telah bersembahyang di kediaman mereka. Lalu baginda bersabda:

فلا تفعلا إذا صليتما في رحالكما ثم أتيتما مسجد جماعة فصليا معهم فإنها لكما نافلة

Maksudnya: Jangan kamu lakukan demikian. Apabila kamu telah bersembahyang di kediaman kamu, kemudian kamu mendatangi masjid jemaah maka bersembahyanglah bersama mereka. Maka sesungguhnya ia menjadi sunat bagi kamu.
Direkod oleh Tirmizi (no: 219) dan katanya "Hadis Hasan Sahih", Nasaie (no: 858).

Manakala apa yang saudara lakukan, iaitu mengulangi solat fardhu kerana alasan tidak puas hati, dan diulangi pula di rumah bukan secara jemaah, ia tidak dianjurkan syarak. Malahan dilarang.

Apa-apa solat fardhu yang kita tidak puas hati dari segi kesempurnaannya, boleh ditampung dengan melakukan solat-solat sunat. Kecuali jika diyakini berlaku kecacatan dari segi rukun atau syarat yang menyebabkan batal sembahyang, maka hendaklah diulangi balik sembahyangnya.

Wallahu A'lam.

19 comments:

sang kancil said...

salam. berkenaan soalan dan hadith yang sama, bagaimana pula jika diulangi solat fardhu di rumah (bukan di masjid) untuk tujuan solat jemaah.

Contohnya, saya sudah solat asar di rumah seorang diri dan kemudian seorang kawan saya balik dari kelasnya dan hendak bersolat. patutkah saya bersolat kali kedua untuk dapat ganjaran solat berjemaah bersamanya?

Admin said...

Dibolehkan mengulang solat kerana solat kali ke 2 adalah solat jemaah sedangkan solat kali pertama adalah solat perseorangan.

solat jemaah kali ke 2 yang diulang dianggap sebagai solat sunat.

Anonymous said...

solat asar dan subuh bolehkah diulang..sbb solat yg sama utk kali kedua dikira solat sunat sedangkan selepas asar dan subuh tidak ada sunat.

Anonymous said...

boleh diulang solat Asar dan Subuh.Yang dimaksudkan dikira sunat adalah mendapat pahala sunat dan tiada kaitan sama ada Solat Fardhu itu ada solat sunat ataupun tidak selepasnya..

belajar agama said...

Assalamualaikum.

saya solat berjemaah dimasjid. selepas selesai solat, ada jemaah yang lain datang untuk solat (orang yang datang lewat.).
boleh saya berjemaah sekali? tapi saya sudah solat berjemaah tadi.

sekian.

Admin said...

dilarang solat jemaah dua kali untuk solat yang sama. Yang dibenarkan jika telah bersolat sendiri kemudian terjumpa orang yang bersolat cara berjemaah bolehlah disertai bersama. WA

belajar agama said...

jzkk.

Anonymous said...

assalamualaikum, kalau kita da solat, coz kita yakin da masuk waktu , then baru azan..so, kita perlu solat balik ke xyah?

Admin said...

kalau sedang solat terdengar azan baru masuk waktu, jalan mudah ubah niat dari solat fardu ke solat sunnat.

TIDAK BOLEH ubah niat dari solat sunat kepada solat FARDU, yang dibenarkan dari solat fardu ke solat sunat atau solat sunat kepada solat sunat yang lain. WA

scootster said...

Tuan,
Bagaimana pula jika masbuk dgn seseorang dimasjid untuk solat fardhu, rupanya dia hanya solat sunat?

EMaN IsA said...

to emkay,
Imam solat sunat manakala makmum solat fardhu, x menjadi masalah..selagi rukun solat tetap sama.. just teruskan solat dan tambah bilangan rakaat yg kurang sesudah imam memberi salam.

Cume yg ingin saya ajukan, camane tu cara die nk bertukar niat antara solat sunat?

sebagai contoh, kebiasaannya dtg ke masjid sesudah azan, maka akan dikerjakan solat sunat qabliyah 2 rakaat. tapi utk satu hari tu..terawal pula..datang seblum azan..time wuduk, niat nk solat tahiyyatul masjid..tp bile da masuk rakaat ke-2 solat, was2 pula..sama ada niat tahiyatul masjid..ataupun niat qabliyah..
minta penjelasan..

Anonymous said...

apakah hukumnya jika kita mengulangi solat fardhu kali kedua jikakita tidak pasti sama ada solat pertama itu sah atau tidak?

assalamualaikum

Anonymous said...

Abu Ayyub al-Ansari bergegas pulang selepas berjemaah dimasjid untuk menjadi imam kepada keluarganya di rumah pula. Ada ke riwayat hadis ni...?

Anonymous said...

Assalamualaikum.. bolehkah kita menjadi imam 2 kali untuk solat fardhu yang sama? Contohnya: c A telah menjadi imam bagi solat zuhur berjemaah. Setelah selesai solat, lalu dia menjadi imam lagi skali utk makmum yg lain. Apakah hukum perbuatannya itu?

Unknown said...

Assalamualaikum apa hukum si suami sudah solat berjemaah di masjid Lps tu pulang ke rumah dan jd imam untuk solat bersama isteri

Unknown said...

Assalamualaikum apa hukum si suami sudah solat berjemaah di masjid Lps tu pulang ke rumah dan jd imam untuk solat bersama isteri

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya sudah dirikan solat asar tetapi tidak mengingati adakah cukup 4rakat,kemudian saya mengulanginya semula. adakah solat saya sah?

Anonymous said...

Assalamualaikim ... Apa hukum selfie selepas solat ya? ��

M Ihsan Budiman said...

apakah boleh menjadi imam dua kali dalam satu sholat fardu...?

Post a Comment