Tuesday, December 29, 2009

Allah Menjawab Bacaan Fatihah Solat

Postby saifol »
salam

saye ingin kepastian.. benarkah Allah menjawab setiap ayat dalam al-fatihah yang kita baca di dalam solat?.. sebab tu kita di anjurkan supaya membaca dengan teratur,tertib dll..




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby albaruhiyy »

salam

Bismillahirrahmanirrahim

Ya, ada dalil yang sahih berkenaan soalan saudara. Saya bawakan riwayat Muslim 3/94, hadis no 904

« قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى - وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ عَبْدِى - فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ). قَالَ هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ »

"Allah berfirman : Aku telah membahagikan solat antaraku dan antara hambaku dua bahagian. Dan bagi hambaku apa ia pinta. Maka apabila hamba berkata (Alhamdulillahirabbil alamin). Allah Taala menjawab : Hambaku memujiku. Dan apabila ia berkata (Arrahmanirrahim) Allah berfirman : Hambaku telah memuja muji ke atasku. Dan apabila ia berkata (Malikiyaumiddin), Allah menjawab : hambaku memuliakan aku -dan ia berkata hambaku menyerahkan kepadaku- Dan apabila dia berkata (Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in) Dia berfirman "Ini diantaraku dan antara hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang ia pinta". Dan apabila ia membaca (Ihdinassirotolmustaqim..........waladdollin) Maka Allah menjawab. Ini adalah untuk hambaku, dan baginya apa yang ia minta.

:wassalam

11 comments:

Anonymous said...

Maka apabila hamba berkata (Alhamdulillahirabbil alamin). Allah Taala menjawab : Hambaku memujiku

Hal ini membuktikan Fatihah tidak dimulai dengan basmallah.

Anonymous said...

mohon penjelasan nak dpat kan solat yang kusyuk.

Admin said...

solat yang khusyuk tidak bererti kita tidak mendengar apa yang berlaku disekeliling kita waktu kita sedang solat. Tumpuan perhatian yang diperlukan.

http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/solat-yang-khusyuk.html.

shuhaini said...

mohon penjelasan hamba allah yang jahil ni...

Saya ada terdengar lama dulu, selain dalam bacaan al-fatihah, allah juga menjawab pada bacaan lain dalam solat nabi ketika prstiwa isra' maikraj...

benarkah?

sha said...

salam...
boleh tak kite baca dalam hati atau bisik2 sahaje surah al fatihah dalam solat? saya tengah confuse sebab kalo saya baca lafaz, ia boleh mengganggu jemaah lain...

mohon beri jawapan...

Admin said...

jangan baca dalam hati, baca dengan suara rendah kadar boleh dengar sendiri tidak mengganggu makmum di sebelah...

Anonymous said...

Tetapi mazhab Imam Syafie menetapkan bahawa bacaan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) menjadi ayat pertama Al-fatihah dan perlu dibaca Wallahualam

Unknown said...

Assalamualaikum mohon share tq

Anonymous said...

Al fatihah mesti dimulai dengan basmallah.Lihat Al-Quran. Ayat "bismillah diberi no ayat 1.
Basmallah itu adalah sebahagian daripada Al-Fatihah.
Jadi tida boleh tinggal basmallah.

lain2 surah, bismillah tidak diberi no ayat 1.

Jadi mesti baca bismillah bila baca alfatihah. Solat wajib baca Al fatihah. Jika tertinggal baca bismillah, solat dah tak sah.

Yang ni ustazah saya ajar.

I Syahril said...

Bacaan al fatihah dlm solat sgtlh penting,bacalah dgn tertib d sepenuh hati seperti kita masuk pertandingan menyanyi,insyallah solat kita akan hidup dan melindungi kita dan org yg kita sayangi,ada masa tgklh filem final destination,di situ anda semua akan perasan dan faham fungsi bila solat itu become alive and will protected and savior our live,assalamualaikum.

I Syahril said...

4 every action there is reaction,4 every cause there is an effect,4 every beginning there is an end,becoz one fate,is set in motion,it cannot be stopped,OR CAN IT????

Post a Comment