Tuesday, July 21, 2009

Tajwid Dalam Lafaz Tahayat Akhir

Guest

Salam

1- Adakah lafaz tahiyyat akhir tertakluk kepada hukum tajwid- panjang pendek etc

2- kalo ikut teks di atas ni,ada sabdu pada hamiidum majid. Kalo baca hamidun majid (takde dengung) sah ke solat. bacaan yg dalam teks ni tepat ke.

Wassalam


JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1- Bacaan-bacaan di dalam solat hendaklah disebut dengan cara dan sebutan yang betul. Terutama bacaan-bacaan wajib seperti Tashahhud akhir. Tetapi ia tidak terikat dengan hukum hakam tajwid.

2- Samada terdapat tanda sabdu atau tidak ada, dari sudut bacaannya apabila Tanwin bertemu dengan huruf Mim, maka hukumnya ialah Idhgam Ma'al Ghunnah (memasukkan tanwin ke dalam huruf Mim dengan dengung).

Tetapi tidak menyebutnya dengan cara dengung tidak membatalkan sembahyang, kerana ia adalah lahan yang tidak mengubah makna.

Wallahu A'lam.

4 comments:

abdulhalim mustafa. said...

GOOD

Anonymous said...

Sekiranya atahiyyatul sepatutnya memasukkan tu menjadi tul tetapi saya baca attahiyyatu adakah solat saya sah?

Unknown said...

Kena sebut dgn sebutan yg betul . attahiyyatul

Anonymous said...

Jika sebut Fi alamin tk sebut Fil alamin sah ke?

Post a Comment