Monday, June 29, 2009

Solat Berkemban

Solat berkemban

Soalan:

Bolehkah seorang wanita mendirikan solat dengan berkemban kain batik, lalu menyarung telekung? Ia dalam suasana bersendirian di dalam biliknya.

Ruziana, Butterworth, Pulau Pinang.


Jawapan:

Seorang wanita hendaklah menutup auratnya ketika mendirikan solat. Memakai telekung dapat menutup aurat daripada bahagian rambut di kepala sehinggalah ke pertengahan badannya. Akan tetapi perlu juga diperhatikan kedudukan kaki sebagai aurat kerana lazimnya berkemban dengan kain batik hanya menutupi hingga ke pertengahan betis. Selain itu, berkemban lazimnya akan menampakkan bentuk badan padahal di antara syarat menutup aurat ialah memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan.

Ada pun faktor bersendirian di dalam bilik, maka hendaklah disedari bahawa berpakaian bukan sahaja merupakan etika sesama manusia tetapi juga etika seorang hamba yang sedang menghadap tuhannya. Poin terakhir ini menyebabkan kita tidak membezakan suasana bersendirian atau di khalayak ramai dalam berpakaian ketika melaksanakan ibadah.

8 comments:

kamaria&nora said...

adakah solat berkenban?tak pernah denger pun.

diyanah said...

salam... hendaklah kita menjaga tertib kalau hendak mengadap Allah. nak mengadap orang pun kita berhias, inikan pula dengan Allah yang maha besar lagi agung...

diyanah said...

adala... pakai berkemban dalam telekung smbhyng........

Anonymous said...

Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Namun saya juga terpanggil untuk bertanyakan pandangan mengenai bertudung dan mengerjakan perkara rukun islam terutama bersolat dan berpuasa.

Saya berjumpa ramai wanita yang bertudung namun sukar sekali menunaikan perkara wajib seperti menunaikan solat 5 waktu mahupun berpuasa. Yang mana lebih dituntut oleh agama, adakah menunaikan solat dan puasa atau bertudung semata-mata?

Admin said...

Yang mana lebih dituntut? tentulah semua sekali perintah wajib kan?

yang tidak mau mengerjakan itu ada dua, tidak mengamalkan kerana malas dan kerana nafsu tapi masih tidak mengingkari kewajibannya, tidaklah golongan ini dinamakan kufur, hanya fusuq dan fasiq. Satu puak lagi yang mengingkari kewajiban perintah itu, golongan ini dihukum kafir.

Apa yang dilakukan oleh institusi rasmi agama negara kita? anda sendiri tahu apa pendekatan yang digunakan mereka. Golongan tradisionalis ini dilihat tidak lagi mampu menyelamatkan umah yang semakin rosak.

Ketepikan sentimen marah kita, kita bantu banyak pendakwah bebas yang tidak jemu-jemu berusaha memberi kesedaran dan menghayati kebenaran.

Sila baca apa kata Dr TM Hasbi dalam tajuk "Menginggalkan Solat dengan sengaja" di atas.

Ramai yang belum tahu apa maksud kita menzalimi diri kita sendiri. Sesungguhnya kasih sayang dan rahmat Allah mendahului kemurkaannNya... wallahualam.

Anonymous said...

tak da masalah rasanya berkemban dan pakai telekung atasnya, as long as telekung tu tak jarang.design telekung juga slalunya longgar dan besar, jadi tak payah takut nampaknya bentuk badan

Anonymous said...

ada juga lelaki yg solat di rumah dgn hanya pakai kain pelikat, tanpa baju...

Anonymous said...

ustaz,mohon penjelasan...


dulu saya seorg yg sosial..tp skg alhamdulillah saya mula dekatkan diri kepada Tuhan..saya dah mula untuk mnutup aurat,berpuasa,dan menunaikan solat lima waktu...tp dsebabkn ketelanjuran yg lalu,say masih tidak boleh meninggalkn perbuatan zina,dan kadangkala melakukannya bersama teman lelaki..tp dlm masa yg sama,saya masih menjaga solat 5 waktu..adakah solat saya sah??

Post a Comment