Wednesday, March 18, 2009

Solat Hajat

abangjad

Salam

1. Apakah hukum mendirikan solat sunat hajat secara berjamaah.Adakah pernah dibuat semasa zaman rasulullah.

2. Semasa lepas solat jumaat, imam bingkas bangun dan mengajak makmum solat sunat hajat.Solat sunat jumaat terkemudian dilakukan selepas solat hajat ini.Adakah dibolehkan berbuat demikian.

*****************
Abu_syu'aib
Panel Feqh

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Pertaman:

Solat sunat Hajat berdasarkan kepada hadis-hadis yang dihukumkan oleh ulamak hadis sebagai lemah. maka Tiada Hajat untuk solat Hajat. sebaliknya anda boleh memohon hajat melalui doa.

Kedua:
jika ada pun hadis yang bertaraf hasan tentang solat hajat, tetapi untuk melakukannya secara berjemaah, maka itu tiada contohnya di zaman Nabi dan sahabat. Apatah lagi zaman sekarang ianya dijadikan sebagai suatu syiar dengan diadakan secara besar-besaran di Masjid, stadium dan sebagainya, ianya bukan sunnah.

begitu juga jawapan kepada soalan kedua, cumanya sekiranya anda nak juga lakukan solat hajat maka lakukanlah secara bersendirian tidak beramai-ramai. ada suatu tempat di KL yang masjidnya setiap kali lepas jumaat akan diadakan solat hajat dan jenazah, sekiranya begini melazimi setiap jumaat maka ianya bid;ah yang mungkar di dalam agama.

Wallahu a'lam

14 comments:

Anonymous said...

abg jad, salam...

maaf nak tanya, saya terbaca ada kah solat hajat tanpa salam? Jika ada bagaimana caranya...shidees@streamyx.com

Terima kasih abgjad...salam kembali

aizuddin said...

Salam adalah rukun solat tanpa boleh ditinggalkan, mana mungkin ada solat tanpa salam. Wallahu'alam...

Guest said...

salam persaudaraan...
leh bagi tak wirid2 slepas solat dan doa pendek yang terbaik lepas habis solat.susah sangat nak hafal yang panjang2.http://ashladong.wordpress.com

Admin said...

sila rujuk http://soalsolatumum.blogspot.com/2008/12/amalan-nabi-saw-selepas-solat.html

Anonymous said...

salam~
solat hajatkn bole dlakukn pd bila2 masa kcuali pd wktu yg dilarang.bilakah wktu yg dilarang trsebut??

Admin said...

W'salam,

waktu di larang solat rujuk http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/waktu-dilarang-solat.html.

Anonymous said...

o..trime kasih..

mitro_de caspEr said...

assalamualaikum...
apa hukumnya jika semasa kita solat,telekung terselak dan terlhatlah kaki...tanpa kita sedari...adakah sah solat kita?

Admin said...

W'salam

sah solat kerana apa yang tak kita sedari dan tanpa sengaja adalah dimaafkan... mudah boleh dibetulkan bila tersedar atau ternampak kesilapan ini walaupun ketika sedang solat...

WA

Anonymous said...

apa hukum tidak membaca surah lazim ketika solat hajat??

Anonymous said...

Jika tertinggal salah satu rukun solat (contoh : saya hanya sujud sekali dan duduk diantara dua sujud sekali saja pada rakaat kedua, saya terus bangun utk buat rakaat ketiga)..apa perlu saya lakukan.

Zati203 said...

Assalamualaikum, apa hukumnya jika seseorang itu bila dia sudah susah dia baru nak sembahyang hajat? Tapi bila dia senang dia tidak sembahyang? Apakh masih diterima sembahyang bagi seseorng itu?

Unknown said...

Saya nak sembahyang hajat, tapi saya talam pil tidur. ...boleh tak ?

Unknown said...

Maaf ya bukan talam tapi telan@makan..

Post a Comment