setiap kali nak solat,sy akn alami was-was mengenai arah kiblat.sy pksa seboleh mgkin utk berdiri tegak dan lurus sama dgn sejadah.sy pksa kaki utk selurus-lurusnya dgn sejadah.sy tkt kl tak berdiri lurus gitu nanti akan sedikit berpaling dr arah kiblat.dan solat jd tak sah.sy rs ada tak kena pd ilmu pengetahuan sy berkenaan arah kiblat ini.adakah jd kesalahan @ tak sah solat jika kaki kiri kanan tak sama aras?sampai sakit kaki akibat dipaksa2 gitu.solat pon lmbt.asyik kn main dek setan.
*************
izrail
Panel Feqh
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Jumhur Ulama berpendapat: yang diwajibkan ialah menghadap arah kiblat sahaja, bukan menghadap tepat ke kiblat (kaabah) bagi mereka yang jauh dari Masjidil Haram.
Ini berdasarkan hadis:
مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ قِبْلَةٌ
" Antara timur dan barat adalah kiblat". (H.R Tirmizi dengan katanya: Hadis Hasan Sahih)
al-Hafidz Ibn Abdul Bar menjelaskan maksudnya: jika arah kiblat adalah ke utara atau selatan maka keluasaan arah kiblat adalah antara timur dan barat. Begitu juga jika kiblat adalah ke arah barat atau timur maka keluasaan arah kiblat adalah antara utara dan selatan.
Arah kiblat adalah sempit bagi orang di Masjidil Haram, kemudian ia menjadi lebih luas kepada orang di Mekah, kemudian menjadi lebih luas kepada orang di luar Tanah Haram, dan begitulah seterusnya semakin jauh menjadikan kiblat semakin luas. (al-Istizkar: 3 / 446-447)
Dengan itu, jika teralih sedikit dari arah kiblat sebenar, tidaklah membatalkan solat. Janganlah menjadikan ia satu bebanan yang boleh menganggu pendirian solat.
Wallahu a3lam
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
assalamualaikum. mohon izin bertanya.
bagaimana hukumnya jika saya solat memang sudah menghadap kiblat (kiblat di rumah saya lurus ke hadapan). namun ketika sujud , badan (dan sekaligus kepala) tergerak dan bersujud di arah yang berpaling sedikit dari kiblat (ke kanan sedikit). adakah saya perlu mengulangi solat saya semula? mohon dijawab dgn kesudiaannya kerana masalah ini selalu membebani saya.
Terima kasih.
Post a Comment