Friday, January 23, 2009

Tertinggal Tahiyat Awal

Salam

jika seseorg meninggalkan tahiyyat awal , solatnye adakah ttp sah ?

sekalipun ditingglkan dlm keadaan bukan lupa , ragu dll tp dgn sengaja tanpa alasan.

sebab setakat pembacaan sy nabi ade tingglkan tahiyyat awl tp baginda kemudiannya ganti dgn sujud syahwi.

sedangkan sujud syahwi pun sunat ab'ad/ haiah je kan ? so , ia sunat je.

jd , bagaimana dgn keseluruhan solat itu ? syukran...

*****************
Abu_Umair
Panel Feqh

- Jika meninggalkan tasyahhud awal kerana lupa, ia tidak menjejaskan solat. Cuma pada akhir solat dituntut supaya dilakukan sujud sahwi. Dalilnya hadais Buhainah, bahawa Nabi SAW pernah bersolat Zohor, dan tidak duduk tasyahhud awwal kerana terlupa. Kemudian, di akhir solat, Nabi SAW sujud sahwi. (Bukhari: 795 dan Muslim 570).

- Jika meninggalkan tasyahhud awal dengan sengaja, ada khilaf di kalangan fuqaha. Majoriti ulama mengatakan: sah solatnya kerana tasyahhud awal adalah sunat bukan wajib. Manakala Imam Ahmad menganggapnya wajib, dan batal sembahyang jika ditinggalkan sengaja. (Majmuk Nawawi 3/450).

Wallahu A'lam

19 comments:

Scorpio Warrior said...

terima kasih coz sharing =)

Anonymous said...

terima kasih :)

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Jika kita terlupa membaca tahiyat akhir adakah sembahyang kita sah tanpa sujud sahwi?

Anonymous said...

Mcm mana boley miss tahiyat akhir ? Xboley dilakkan dari bc bfr assalamua'laikum

Anonymous said...

Kalau x wat sujud sahwi camne?

wan salmah said...

Salam,
Terima kasih atas penjelasan ini - sangat bagus sebagai panduan bersama.

ummi said...

trima kasih atas perkongsian ini,amat berguna.... ^_^

Unknown said...

kalo x thu bc mcm mne:(

Unknown said...

kalo x thu bc mcm mne:(

Anonymous said...

subha namalla yanamu walayash u

Anonymous said...

kalau tasyahud awal lupa, then terlupa pula nak sujud sahwi pula camne?

Unknown said...

Saya nak tanya,adakah solat kita sah sekiranya bacaan tahiyat akhir tersalah dan terganti dgn sujud sahwi sekali sujud?

Anonymus said...

Takhiyat akhir itu antara salah satu rukun solat. Tidak sah solat kalau ditinggalkan walaupun tanpa sengaja. Jika tertinggal wajib solat semula.

Unknown said...

Kalau terbuat tahiyat awal dua kali macamana? Sebab was-was atau terlupa..

Haikal Hamdan said...

kalau tasyahud awal lupa, then terlupa pula nak sujud sahwi pula camne?

Unknown said...

Saya nk tanya Kalo terlupa bt tahiyat awal selepas tu kita sambung buat tahiyat awal seterusnya buat tahiyat akhir di akhir solat.. Adakah batal solat saya!??

Man said...

Yang saya nak tahu kalau tak sempat baca abis masa Solat jemaah...patut ikut Iman terus bagi salam kew baca sampai abis dulu baru bagi salam

Unknown said...

Kalau tersilap baca ,Kita baca sampai muhammadarassuallah maaf kaalo Salah adakah ia membatalkan solatkita

Anonymous said...

Great and that i have a swell present: Where To Remodel House house renovation estimate calculator

Post a Comment