Saturday, January 24, 2009

hadith nabi saw tak pernah buat solat duha?

Salam

saya ada satu persoalan yang baru tadi say dengar..tadi masa pi dengar ceramah ustaz Hussien Yee kat sungai ara, dia ada memberi jawapan terhadap seorang perempuan yg bertanya padanya mengenai hal ini.. perempuan itu tanya adakah benar solat duha nabi ada buat sebab dia kata dia ada terjumapa sebuah hadith yang amat bertentangan mengatakan bahawa nabi tak pernah melakukan solat sunat duha... dan hadith tersebut sahih... dan ustaz husein yee menjawab bahwa kita kena menggunakan kaedah2 yang tertentu apabila wujud pertentangan antara hadith2 nabi.... bila... kesimpulannya dia kata boleh diamalkan dengan mengeluarkn hadith yg menyatakan bahawa nabi tak pernah tinggal solat duha walau sekalipun....

masalahnya adakah benar wujud hadith yg menyatakan nabi tak pernah buat solat sunat duha..??

minta komentar...

*****************
kamin
Panel Feqh
Assalamu'alaikum

Soalan ini pernah di forwardkan ke yahoo egroup alFikrah, dan telah dijawab oleh Ustaz thtl. Berikut adalah jawapannya untuk tatapan bersama :

> jwp saya:
>
> aslm wbt di dlm kitab blughul maram(BM) hadith 372:
> Dari Aisyah RA dia berkata: Rasulullah SAW mengerjakan solat Dhuhah 4
> rakaat dan menambah sebanyak yg dikehendaki Allah (HR Muslim)
>
> BM 373:
> Bagi Imam Muslim dari Aisyah, Aisyah RA ditanya: Adakah Rasulullah SAW
> menegrjakan solat Dhuha? Jawan Aisyah: Tidak, kecuali baginda saw
> datang dari berpergian
>
> BM 374:
> Bagi Imam Muslim dr Aisyah: Aku tidak melihat Rasulullah SAW
> menegrjakan solat sunat Dhuha, akan tetapi aku telah melakukannya.
>
> note:
> dr hadith no 372 kita dpt lihat bhw solat dhuha adalah minimanya 4
> rakaat...
> dr hadith 373 dan hadith 374 maka kita boleh simpulkan bhw solat
> dhuha itu sunat...
>
> harap sheikh fiqh kita dpt jwb dgn lebih terang kpd yg
> bertanya..diatas ini hanya jwp saya drpd keterangan yg saya fahami di
> dlm terjemahan BM oleh Dr H.Mohd Rifau a.qusyairi Misbah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply

Imam2 ahli hadith menyatakan: jika kamu temui hadis2 yg kelihatan bercanggah antara satu sama lain maka hendaklha dirujuk kepada ahli hadis utk diselaraskan kerana dasar keimanan yg perlu sentiasa tersemat kukuh di dada orang beriman ialah nas-nas yg sahih tidak bercanggah antara satu sama lain. Utk menyelaraskan percanggahan itu
hendaklah dikembalikan kepada yang ahli.

Oleh kerana orang awam hanya memiliki kitab Bulugh Maram, tanpa memiliki kitab syarahnya, maka sudah tentu dia akan bingung. Spt kita buka alQur:an terjemahan, maka sudah tentu orang awam akan bingung kerana mereka tidak ada kitab tafsirnya

Maka bagi adinda Masri dah terlanjur ada kitab Bulugh Maram, maka kena belilah pulak kitab Subulus Salam oleh Imam Syun'ani, yg merupakan kitab syarah pada Bulugh Maram. Maka dalam kitab Subul asSalam itu dijelaskan pelbagai pendapat fuqaha' dan muhaddith mengenai kenapa Aisyah di satu ketika menafikan adanya solat Dhuha. dan diwaktu yang sama menyatakan adanya solat dhuha'.

Syaikh Baz juga ada kitab syarah Bulugh Maram.

Kata Syaikh Baz. cara kita menyelaraskan dua bentuk hadis yg nampak bertentangan ini ada dua kaedah:

1. Apa yg dilapurkan oleh Aisyah hanya terbatas dalam lingkungan beliau sahaja (di rumah), sedangkan apa yg dilapurkan oleh sahabat lebih luas. Cth lain: Aisyah kata, Nabi saw tidak pernah kencing berdiri. Tapi sahabat yg selalu bermusafir dgn baginda melapurkan baginda pernah kencing berdiri. jadi begitulah dgn hadis solat dhuha.

2. Apabila berlaku penetapan dan nafi. Dalam ulum hadis, penetapan diungguli dari penafian. maksudnya pada mulanya Aisyah menetapkan adanya solat Dhuha (ini adalah penetapan), kemudian jika ada datang pulak penafian, maka ia tidak menggoncang hukum penetapan yg sudahpun ditetapkan.

thtl
sumber : http://groups.yahoo.com/group/alFikrah/message/2054

5 comments:

Anonymous said...

jika hadis berbeza dari mazhab2 yg laen bole ke kt ambil mane2 pandangan yg kt rs tbaek walaupun kt bukan drpd mazhab tu?

Admin said...

Boleh asal jelas pada kita dalil-dalil keterangan yang lebih menepati sunnah...

Ummu Maimunah said...

Salam, sy nk ty satu soalan untuk buat qiam yang paling baik berapa rakaat, solat sunat apayang perlu kita buat?

Admin said...

Salam Ummu

diringkas sahaja:

solat sunat taubat 2 rakaat
solat tahajud 2 ke 6 rakaat (2 rakaat 1 salam)
solat sunat witir (3 rakaat 2 salam atau 1 salam asal tak sama dengan solat maghrib - rakaat akhir bangun dari rukuk digalakkan baca doa qunut)

solat hajat masih khilaf dan masih dipertikaikan. Semua solat boleh mohon hajat.

http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/solat-tahajud.html

Anonymous said...

entah ye entah bukan, entah boleh entah tak boleh, entah ada entah tak ada, entah apa entah siapa

Post a Comment