Friday, January 23, 2009

Nas Tentang Doa Iftitah

Salam

bolehkah sy mendptkan nas2 atau dalil2 ttg bacaan doa iftitah?
apakah bacaan yg thabit dr Rasulullah s.a.w semasa doa iftitah?

jkk

**************
izrail
Panel Feqh
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Telah thabit dalam hadith-hadith sahih bahawa Nabi SAW membaca doa iftitah.

Antaranya, hadith 'Ali bin Abi Thalib r.a., katanya:

"Bahawa apabila Rasulullah SAW bangun bersolat, baginda berkata:

"Aku hadapkan wajahku kepada Allah, Maha pencipta langit dan bumi dengan keadaan ikhlas dan tidak mempersekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya semata-mata untuk Allah Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kerana itu aku patuh kepada perintah-Nya dan berserah diri kepada-Nya.

Ya Allah! Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku zalim terhadap diriku dan aku sedar dengan dosa-dosaku. kerana itu ampunilah dosa-dosaku semuanya. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni segala dosa melainkan hanya Engkau. Dan tunjukkanlah aku akhlak yang paling baik. Sesungguhnya tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Dan buanglah daripadaku Akhlak yang buruk. Kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup membuangnya melainkan hanya Engkau. Ku patuhi segala perintah-Mu, dan ku hentikan segala larangan Mu. Segala kebajikan berada di tangan-Mu, Sedangkan kejahatan tidak datang daripada-Mu. Aku berpegang teguh dengan-Mu dan kepada-Mu. maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Ku mohon ampun daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu" (H.R Muslim)

Dan hadith Abu Hurairah r.a katanya:

"Biasanya Rasulullah SAW diam seketika sesudah takbir, sebelum membaca Fatihah. Lalu kutanyakan kepada baginda, "Ya Rasulullah! Apakah yang kamu baca ketika kamu diam seketika antara takbir dan membaca Fatihah?" Jawab baginda, "Aku membaca:

"Ya Allah! Jauhkanlah aku dari segala dosa sebagaimana engkau menjauhkan timur dan barat. Ya Allah! Sucikanlah aku dari segala dosa-dosaku, sebagaimana dicuci kain putih dari kotoran. Ya Allah! Basuhlah dosa-dosaku dengan air, dengan salji dan dengan ais." (H.R Bukhari dan Muslim).

Wallahu a3lam

3 comments:

An said...

salam'alaykum
thx 4 the hadith
jazakallahu khair

feeda=) said...

ustaz , ade yg kata kpd saya yg doa iftitah ini hukum nya wajib . bukankah sunat haiat ? dan lagi dy mengikut pendapat rajih , rajih maksudnya ?

Admin said...

doa iftitah hukumnya sunat, kalau tertinggal tidak membatalkan solat.

rajih bermaksud pendapat yang lebih kukuh, dalil-dalil pendapat yang lebih menepati sunnah. WA

Post a Comment