Monday, January 26, 2009

Bacaan Fatihah Dalam Sembahyang Berjemaah

Post subject: SJ-05-0432 : Bacaan Fatihah Dalam Sembahyang Berjemaah
Assalamualikum Tuan, saya mohon tuan menerangkan kpd saya tentang bacaan fatihah oleh makmum dalam sembahyang berjemaah. Setahu saya, dalam mazhab syafie makmum wajib baca fatihah dalam semua rakaat sembahyang jemaah. Dalam mazhab hanafi pula makmum tidak perlu baca kerana tuntutan baca fatihah itu atas imam. Bagaimana pula hal ini dalam salafi.

Bolehkah saya tidak membaca fatihah pada rakaat pertama dan kedua sembahyang jihri dengan berjemaah (kerana saya tidak dapat menumpu kpd bacaan fatihah semasa imam membaca quran, sehingga menyebabkan saya selalu rukuk lewat - kadang-kadang sehingga imam sudah sujud.) Minta jasa baik ustaz berkenaan hal ini. Wassalam.

****************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Perkara membaca surah al-Fatihah dibelakang Imam yang membaca secara jahr (kuat) telah banyak dibincangkan didalam laman ini. Perkara utama yang perlu kita jelas disini adalah isu ini merupakan khilaf ulama', dengan erti kata lain, seseorang itu dibenarkan memilih diantara dua pandangan ini; iaitu membaca al-Fatihah atau tidak membacanya ketika Imam membaca secara kuat.

Perlu juga kita ketahui bahawa Imam-Imam Mazhab ini kesemuanya merupakan Imam bermanhaj Salaf. Mereka lebih memahami hal-ehwal hadith berserta aplikasi fiqhnya menurut kaca mata salaf. Khilaf (perselisihan) Imam-Imam tersebut berdasarkan ambilan dalil-dalil dari sumber hadith yang sahih. Maka disini tidak timbul isu Imam mana yang lebih salafi atau seumpamanya.

Berbalik kepada isu membaca surah al-Fatihah, anda boleh berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa apabila Imam membaca al-Fatihah, makmum tidak perlu membacanya, dan memberi penumpuan kepada bacaan Imam.

Berikut merupakan tuatan kepada isu pembacaan surah al-Fatihah semasa Imam membaca secara jahr (kuat) yang te;ah dijawab oleh al-Fadhil Ustaz Abu Umair :-

SJ-05-0289 : Kemusykilan yg saya hadapi
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33962

SJ-05-0380 : membaca Fatihah bagi Makmum ketika solat jahar
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36509

Berkaitan soalan saudara yang kedua, isu ini merupakan isu khilafiah. Kita ringkaskan pendapat mazhab 4 yang muktabar.

Syafi'iy: wajib makmum membaca Fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan
Hanafi: makruh tahrim bg makmum membaca fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan

Maliki: makruh membaca Fatihah jika dlm solat nyaring, sunat dibaca jika dalam solat perlahan

Hanbali: makruh dibaca jika dalam solat nyaring atau ketika Imam sedang membaca; Mustahab (disukai) jika dalam solat perlahan atau ketika Imam diam selepas selesai membaca fatihah.

Berdasarkan kepada keempat-empat pendapat di atas, pendapat Maliki dan Hanbali mendapat sokongan ramai oleh ahli tahqeeq (penilai semula hukum2 feqh Islami), antaranya mantan Syaikhul Azhar, Sayyid Sabiq, yakni alFatihah tidak perlu dibaca dalam raka'at jahar (nyaring) dan dibaca ketika raka'at sirr (senyap) atau ketika makmum tidak mendengar bacaan Imam. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan muridnya Imam Ibn Qayyim alJawzea mendokong pendapat Hanbaliah. Muhaddis Syaikh Albani dalam solat Sifatun Nabi juga mendokong pendapat makmum tidak membaca ketika Imam membaca dgn nyaring dan makmum membaca ketika Imam membaca secara senyap. Manakala pendapat Syafi'iy yg diamalkan di Malaysia hanya mengguna hadis "Tiada solat tanpa fatihah".

Jika kita memilih pendapat yang tidak mewajibkan makmum membaca Fatihah dalam solat jahriyyah (yang imam melantangkan bacaan), maka ia meliputi solat sunat tarawih dan solat jumaat.

Kerana pengambilan hukum ini adalah bersandarkan kepada arahan syarak supaya diam apabila dibacakan al-Quran. Dan illah ini wujud dalam semua solat jahriyyah, samada malam atau siang, samada solat fardhu atau sunat.

Sebagaimana disebut, pengambilan hukum tidak wajib membaca Fatihah ialah arahan syarak supaya diam dan mendengar bacaan apabila ia dibacakan.

Maka ia merangkumi makmum yang sempat bacaan Fatihah imam, dan makmum yang hanya sempat bacaan surah, tidak sempat bacaan Fatihah imam.

Illah ini wujud dalam kedua-dua situasi tersebut. Maka hukumnya -Wallahu A'lam- adalah sama.

Sekian, wassalam

16 comments:

Guest said...

Tentang hal ini pernah suatu ketika Rasulullah SAW melarang makmum membaca surah di
belakang imam kecuali surah Al-Fatihah: "Betulkah kalian tadi membaca (surah) di
belakang imam kalian?" Kami menjawab: "Ya, tapi dengan cepat wahai Rasulullah".
Bersabda Rasulullah SAW: "Kalian tidak boleh melakukannya lagi kecuali membaca Al-
Fatihah, kerana tidak ada sembahyang bagi yang tidak membacanya." (Hadis
diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abu Dawud, dan Ahmad)

Fatihah adalah rukun sembahyang, tidak membaca fatihah maka tak sah solah..

Jannah said...

@ guest

"Fatihah adalah rukun sembahyang, tidak membaca fatihah maka tak sah solah.."

berlapang dada-lah dengan perkara khilaf. Kan jumhur mazhab 4 megatakan tidak perlu baca fatihah... maka tidak perlulah kita tetapkan perkara yang khilaf kepada ummat...mudahkan umat untuk mengamalkan islam selagi mana tidak bertentangan dengan sunnah

Admin said...

Kalau soal khilaf kita juga kena berlapang dada dengan pendapat mazhab yang lain... mazhab hanafi langsung tidak baca dalam semua solat jemaah, maliki dan hambali tidak perlu baca fatihah dalam solat jahr.

sila telaah nas-nas hujjah ulamak dalam soal ini, tidak baca fatihah adalah lebih kukuh dan lebih rajih mengikut sunnah...

Anonymous said...

rs nye bila solat dgn imam kt buat yg kt mampu je sbb imam da mewakilkn kt..

Anonymous said...

apa hukum solat seandainya bacaan surah al-fatihah itu dibaca dengan tidak sempurna dari segi tajwidnya?

Admin said...

Tajwid tidak wajib dalam solat asal makhraj tempat keluar huruf itu betul, kesilapan tidak mengubah makna perkataan. sila baca jawapan Ustaz Hj Kamin berikut:

http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/bacaan-dalam-solat-wajibkah-bertajwid.html

WA

Anonymous said...

1.Bilakah waktu yang betul untuk membaca al-fatihah? Seorang sahabat saya mengatakan bahawa perlu membaca fatihah setelah imam selesai membacanya.
2. Perlukah makmum membaca surah lazim selepas membaca al-fatihah?

Admin said...

1. waktu makmum baca fatihah dalam solat jahr (solat yang imam baca fatihah dengan kuat)ialah selepas imam membaca fatihah dan selepas amin (mengikut mazhab shafie).

makmum baca fatihah selepas takbir dan selepas doa iftitah jika tidak mendengar imam baca fatihah.

setiap lepas bangun berdiri dari sujud jika tidak mendengar imam baca fatihah.

2. Makmun tidak perlu membaca surah selepas fatihah dalam solat jahr, dikehendaki mendengar imam membaca surah. WA

Anonymous said...

Tidak usahlah menyusahkan diri dalam soal ini. Yang menentukan solat kita diterima atau tidak bukannya manusia hanya Allah. Kalau mahu baca pun boleh tidak baca pun boleh (tertanggung atas imam dalam solat jemaah). Tapi kalau solat sendiri kena baca tiada solat tanpa fatihah. Yang penting kita solat kyusuk kerana Allah. Allah yang maha pengasih dan penyayang lebih mengetahui bukan manusia. Buatlah yang terbaik.

Anonymous said...

Terima kasih utk semua info

Anonymous said...

assalamualaikum ,saye nak tanye ape hukum bacaan doa iftitah dari segi mazhab syafie' dan hanafi

Anonymous said...

aSSALAMU'ALAIKUM WW,
Saya ingin bertanya, apakah ada hukum membaca Fatihah dalam solat wajib dengan wasal atau ayat per ayat?
M.Sjarifuddin,Langkat.

Unknown said...

Assalamualaikum,ada yg kata wajib baca fatihah sb ada hadis,tetapi kene igt ada juga yg nabi larang..semacam ada hadis nasikh dan mansukh..itulah sebenarnya ulama 4 mazhab berbeza pendapat..jd kita pilihlah yg mana kita rasa paling tepat..apapun jgn berhenti belajar..teruskan menuntut ilmu..

Apa pula hukumnya jika imam mengambil masa yg lama bagi memulakan surah selepas al fatihah...masa yg di ambil ialah makmum habis baca al fatihah

lili said...

Seperti yg sedia maklum doa iftitah dibaca setelah takbiratul ihram & kemudian Al Fatihah .... Soalan saya apakah solat itu sah seandainya membaca Al Fatihah (setelah takbiratul ihram) dulu & kemudian Doa iftitah (kerana tidak tahu)?

Post a Comment