wassalam
1- Sekiranya seseorang terlupa mandi wajib dan perasan setelah Syuruk, adakah dia kena Qadha?
2-Dalam solat Qadha' katalah qadha' solat Subuh semasa Zuhur, adakah ada tatacara yakni solat Subuh dulu baru Zuhur, atau Zuhur dulu baru Qadha'.
3- Sekiranya terlupa semasa Zuhur, baru ingat masa Asar, adakah ada kesan kepada solat Zuhur tadi,sah ke tidaknya?
Sebab ada baca somewhere kena abiskan solat-solat Qadha' dulu baru buat solat tunai (waktu semasa).
*************************
Abu_Umair
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1. Wajib mandi dan qadha' balik solatnya yang dilakukan dalam keadaan berhadas. Imam Nawawi menukilkan ijmak bahawa seorang yang bersolat dalam keadaan berhadas, samada sengaja, lupa, atau jahil, maka wajib mengulangi solatnya. (Al-Majmuk 4/262).
2. Persoalan adakah solat yang tertinggal wajib diqadha' dahulu sebelum melakukan solat terkini, ada khilaf. Contohnya, sekarang waktu Zohor, dan kita sepatutnya kena qadha' Subuh. Adakah wajib diqadha' Subuh dahulu atau boleh dilakukan Zohor dahulu?
Ada pendapat tidak mewajibkan tertib. Antaranya Mazhab Syafie. Cuma digalakkan dilakukan secara tertib.
Antara dalilnya:
إذا نسي أحدكم الصلاة فذكرها وهو في صلاة مكتوبة فليبدأ وهو فيها فإذا فرغ منها صلى التي نسي
Maksudnya: "Apabila salah seorang kamu lupa satu solat, lalu dia mengingatinya ketika dia sedang dalam sembahyang fardhu, maka hendaklah dia mulakan dengan solat yang sedang dia lakukan. Apabila selesai daripadanya, barulah lakukan solat yang dia lupai".
Direkod oleh Daraqutni (1/421), Baihaqi dalam Sunan Kubro (no: 3013). Tetapi didhoifkan oleh Ahli hadis.
Pendapat kedua: wajib tertib. Antaranya pendapat Imam Malik. Dalilnya hadis:
إذا نسي أحدكم صلاته فلم يذكرها إلا وهو مع الإمام فليصل مع الإمام فإذا فرغ من صلاته فليصل الصلاة التي نسي ثم ليعد صلاته التي صلى مع الإمام
Maksudnya: "Apabila salah seorang kamu melupai solatnya, lalu tidak mengingatinya kecuali ketika dia sedang bersolat bersama imam. Maka hendaklah bersolat bersama imam, dan apabila selesai solatnya hendaklah lakukan solat yang dilupainya. Kemudian hendaklah mengulangi solatnya yang dia telah lakukan bersama imam".
Direkod oleh Daraqutni (1/421), Baihaqi (no: 3010). Juga didhoifkan oleh sekumpulan ahli hadis.
Jadi, tidak ada nas yang jelas lagi sahih dalam masalah ini. Kembali kepada ijtihad, dan pendapat yang kita cenderung kepadanya.
3. Tidak memberi kesan kepada solat Zohor tadi. Kerana, ulama-ulama samada memilih wajib tertib atau tidak wajib tertib, semua bersepakat mengatakan jika dilakukan tanpa tertib kerana lupa, maka sah solatnya. (Bidayah al-MUjtahid 1/147).
Wallahu A'lam.
berapa rakaatnya solat qadha
ReplyDeleteApakah Niat untok solat qadha?
ReplyDelete