Tuesday, November 3, 2009

Beralih Tempat Untuk Solat Sunat

puteri83
salam,

apakah maksud apabila selesai berjemaah fardu Isyak, jemaah berpindah tempat sembahyang (yakni samada ke kiri, ke kanan, ke belakang atau ke depan saf) untuk menunaikan solat sunat Isyak?

musykil. terima kasih




**************************
Abu_Umair
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Di dalam Fatwa Lajnah Daemah, KSA, "Apabila seseorang Muslim mahu melakukan solat sunat selepas sembahyang fardhu, tidak ada masalah jika dia lakukannya di tempatnya (tempat dia solat fardhu), atau dia beralih tempat lain di masjid. Kalau dia bersolat di rumahnya, ia lebih afdhal". (no: 11002).

Di dalam fatwa no: 6505, jawapan bagi soalan no: 25 menyebut, "Tidak sabit hadis tentang perbuatan itu (berpindah tempat untuk melakukan solat sunat) daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam -setakat yang kami ketahui- dan perkara ini terbuka luas (boleh beralih tempat atau tidak beralih). Dan Ibn Umar r.a melakukannya.

Sebahagian ulama yang mengatakan sunat beralih tempat berdalilkan dengan hadis Muawiyah r.a:

فإن رسول الله صلى الله عليه و سلم أمرنا بذك أن لا توصل صلاة بصلاة حتى نتكلم أو نخرج

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam memerintahkan kami melakukannya, iaitu tidak menyambung satu solat dengan solat yang lain sehingga kami bercakap atau keluar". Direkod oleh Muslim (no: 883).

Wallahu A'lam.

4 comments:

  1. Ada pendapat menyatakan berpindah tempat solat bagi memperbanyakkan tempat sujud kerana tempat kita sujud itu di hari kiamat nanti akan menjadi saksi untuk kita, seperti firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Zalzalah ayat 4: "Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya".... wallahhu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukn pndpt tetapu nabi yg beritahu

      Delete
    2. Kena bagi hadis sahih yg menyatakan nabi saw kata demikian. Berbohong atas nabi dosa besar.

      Delete
  2. Aku pun kadang2 suka berpindah, sbb nak merasa banyak tempat utk sujud, kadang2 aku cari yg dekat dgn kipas esp masa jemaah kena pulak jauh dari kipas. Yg penting buat solat sunat tu, drp tak buat lansung.

    aku setuju anon di atas, sbb ade dengar ceramah kata mcm tu.

    ReplyDelete