Thursday, June 25, 2009

Solat Sunat Selepas Solat Witir

Saya ingin bertanya sikit.
Kalau saya berhajat untuk menunaikan solat sunat pada waktu tengah malam, adakah saya x perlu solat witir selepas solat tarawikh di masjid? Atau saya boleh solat witir juga di masjid dan kemudian selepas solat sunat pada waktu tengah malam saya tunaikan solat witir sekali lagi?
Harap penjelasan daripada panel fiqh.

Syukron Jazilan.

Wassalam

================================================

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Solat witir disebut dalam hadis Baginda saw sebagai penutup solat malam (qiyam) sebagaimana di bawah :

اجعلوا آخــر صلاتكم بالليل وترا

Jadikan witir sebagai akhir (penutup) solat kamu dimalam hari.
(HR Imam Bukhari : 998 dan Imam Muslim : 751)

Kata Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , walau bagaimana pun tidak dilarang untuk seseorang menunaikan solat-solat sunat lain seperti solat sunat bersebab , tahajjud dan sebagainya selepas menunaikan solat witir.Ini kerana perbuatan tersebut adalah thabit dari Rasulullah saw sebagaimana hadisnya yang diriwayatkan dari Saidatina A’isyah r.a :


أن النبي (ص) : كان يصلي من الليل ركعتين بعد الوتر وهو جالس

Sesungguhnya Nabi saw menunaikan solat 2 rakaat dimalam hari selepas solat witir , dan dia dalam keadaan duduk
(HR Imam Muslim : 738)

Asy-Syaikh Ibn Jibrin r.h dalam fatawanya [Fatawa Ramadhan : 826] menyebutkan bahawa sesiapa yang telah menunaikan witir bersama-sama dengan imam dalam solat tarawikh , maka ia tidak perlu mengulanginya semula (solat witir).Dia boleh melakukan solat sunat dua rakaat lain jika dia ingin bangun malam , tetapi tidak boleh menunaikan solat witir kali kedua kerana solat witir tidak boleh dilakukan 2 kali dalam satu malam.

Dalilnya ialah hadis Rasulullah saw :

لا وترا في ليلة

Tidak ada dua witir dalam satu malam
(Hadis Hasan riwayat Ahmad 4/23 , Abu Daud : 1439 , Tirmizi : 470 , An-Nasaie : 1679 dan Ibn Hibban : 6/201)

Maka kesimpulannya , tidak ada tegahan untuk melakukan solat sunat malam seperti tahajjud selepas menunaikan solat witir , tetapi tidak boleh diulangi solat witir lagi selepas itu.Cukup dengan sekali witir sahaja yang telah dikerjakan sebelum itu.

WA

No comments:

Post a Comment