a) Adakah doa iftitah yang diajarkan di sekolah2 dalam syllabus KBSR/KBSM tepat?
b) Makmum kena ikut perbuatan Imam, adakah sekiranya Imam senyap sebelum fatihah membaca iftitah, makmum wajib membaca iftitah juga. Adakah batal sekiranya makmum hanya senyap sahaja?
c) Sekiranya kita pergi ke luar negara(masuk rumah sewa baru), perlu ke membasuh lantai, atau anggap sahaja suci kerana tidak nampak najis pada zahir, sebab orang putih suke bela anjing. Begitu juga,kalau masuk hotel, perlu ke solat beralas, sebab tak nampak pun najis pada karpet-tapi kita maklum non Muslim suka pakai kasut,tak macam orang melayu tanggal kasut masuk rumah/hotel.
WA.
--------------------------------------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
a) Bacaan iftitah yang warid dan sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam lebih daripda satu. Khilaf dalam masalah ini ialah khilaf tanawwu' iaitu kepelbagaian, bukan bercanggahan. Jadi, mana-mana bacaan iftitah yang dipilih adalah harus.
Yang diajar dalam KBSR ialah bacaan iftitah riwayat Ibn Abbas dan diriwayatkan dalam Sahih Muslim (no: 403).
b) Yang dimaksudkan dengan wajib mengikuti imam ialah wajib mengikutinya dalam perbuatan-perbuatan zahir. Sebagaimana difahami daripada hadis baginda;
إنما جعل الإمام ليؤتم به فإذا كبر فكبروا وإذا ركع فاركعوا وإذا سجد فاسجدوا وإن صلى قائما فصلوا قياما
Maksudnya: "Dijadikan imam ialah supaya dia diikuti. Maka apabila dia bertakbir, maka bertakbirlah. Apabila dia rukuk, maka rukuklah. Apabila dia sujud, maka sujudlah. Apabila dia bersolat berdiri, maka bersolatlah berdiri". Direkod oleh Bukhari (no: 371) dan Muslim (no: 411) lafaz Bukhari.
Maka tidak wajib mengikuti imam dalam bacaan imam atau zikir-zikir yang dibacanya.
(Syarah Sahih Muslim 4/134)
c) Boleh dirujuki: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33528
Wallahu A'lam.
----------------------------------
No comments:
Post a Comment