Tuesday, November 16, 2010

Apa Dalil Wajibnya Tasbih Rukuk

Postby anNuuwaari »

assalamu'alikum

ustadz, apakah tasbih rukuk termasuk wajib atau sunnah shalat?
bagaimana penjelasannya dan mana pilihan yang lebih tepat?

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~~~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Membaca Tasbih semasa ruku’ merupakan perkara yang di khilafkan ulama’. Jumhur ulama, termasuk Mazhab al-Syafie, Hanafi dan Maliki mengatakan Tasbih ini sunat sahaja hukumnya. Manakala Mazhab Habbali mengatakan ianya wajib.

Menurut Ibn Qudamah rh. bahawa didalam riwayat yang mashyur dari Imam Ahmad dimana beliau menyebut apabila seseorang menunaikan solat hendaklah dia Takbir semasa turun dan naik, membaca tasbih semasa ruku’ dan sujud, membaca Sami’Allahu Liman hamidah dan Rabbana walakalHamd, membaca Rabbighfirli diantara dua sujud dan membaca tashahhud awal semuanya adalah wajib. Ini juga pandangan Ishak dan Daud (al-Mughni, 1/578).

Menurut Ishak bin Raahawiyah – tasbih wajib, jika meninggalkannya dengan sengaja maka terbatal solat. Jika terlupa, solat tidak terbatal. Menurut Ahmad, tidak meninggalkan dengan sengaja tidak batal solat dan hendaklah melakukan sujud sahwi.

Namun demikian, bagi ulama’ yang berpegang bahawa tasbih ini sunnat mengatakan bahawa didalam riwayat Imam Ahmad yang lain, beliau mengatakan tasbih ini tidak wajib. Ini merupakan pandangan jumhur ulama’ Fiqh, dimana Nabi pernah tidak mengajar perkara ini kepada mereka yang bersolat tidak sempurna. Mereka mengatakan ini merupakan sunat yang mustahab (digalakkan). Ia bukan syarat sah solat.

Menurut Imam Nawawi rh mengenai bacaan tasbih didalam ruku’ dan sujud, berkata : SamiAllahu Liman Hamidah, Rabbana Walakalhamdu, Takbir2 selain dari Takbir al-Ihram, semuanya adalah sunat dan bukanlah wajib, jika tertinggal tidaklah berdosa dan solatnya sah. Begitu juga meninggalkannya secara sengaja atau lupa, akan tetapi tidak disukai meninggalkannya secara sengaja oleh mazhab kami, demikianlah berkata Malik, Abu Hanifah dan jumhur ulama (al-Majmu’, 3/387).

Perkara ini khilaf, kedua-dua amalan ini mempunyai dalil masing-masing. WA.

6 comments:

  1. assaalam mualaikum kpd semua muslimin muslimat.bagi melengkapkan sesuatu pekerjaan disisi Allah Azza Wa Jalla,jgnlah kita suka berhitung.maksudnya(adakah wajar,kita sebagai hambaNYa,yg mendapat banyak nikmat,mau mengurangi sesuatu yg baik disisi Allah S.W.T.(SQ,ayat Al-Kautsar,"Sungguh Allah tlah memberi nikmat yg banyak,maka dirikanlah sholat & berkorban,sungguh org yg membencimu ya Muhammad,org itulah yg merugi.
    Lebihkanlah,muliakanlah Allah Taála.Nanti ganjarannya hanya kita yg tau.Didalam sholat sunnat tasbih juga,kita dianjurkan banyak2 bertasbih KepadaNYA.jadi jgn ada keraguan tentang sesuatu perkara yg baik.
    Insyaallah,Allah tidak akan mengurangi apa2 yg tlah kita lakukan tatkala kita dihadapkan kepadaNYa.
    mohon maaf zahir & batin,klu kata2 sy menyinggung perasaan saudara saudari sekelian.
    sekian wassallam
    sebagai contoh,ada sebahagian dr kita yg hanya mengambil yg wajib sahaja,sedangkan

    ReplyDelete
  2. ini satu contoh kenyataan Islam tradisi negara kita...

    Siapa yang menyampaikan agama yang telah sempurna? kalau tak pakai dalil mau dikutip dari mana? tasbih dan cara memuji Allah telah diajarkan bukan boleh direka-reka, di tokok tambah.

    Ibadat solat adalah ibadat khusus yang telah sempurna diajarkan oleh Nabi jangan memandai-mandai tokok tambah... kalau tak pakai dalil nak pakai apa? pakai rekaan sheikh tarikat sesat?

    ReplyDelete
  3. AnonymousMay 13, 2015

    saudara saudara soalannya " apa dalil "WAJIB" sesungguhnya kita disuruh zikir,cuma penanya ingin tahu bagi menambah ilmu,wallahhualam

    ReplyDelete