Bapak Ustadz,
Assalaamu’alaium wr. wb.
Saya pernah membaca dalam uraian ustaz tentang dibolehkannya shalat di lantai rumah atau pejabat tanpa alas/sajadah asalkan tidak kelihatan ada benda najis yang tampak.
Saya menjumpai keadaan sebagai berikut: Di rumah saya ada seorang bayi berumur lebih dari 1 tahun dan sudah memakan makanan lain selain susu ibu. Kadang-kadang, air kencing bayi tersebut membasahi lantai rumah kami, dan kami hanya mengelapnya dengan kain basah. Setahu saya, ini bukan cara bersuci yang benar, kerana sepatutnya menggunakan air yang mengalir, bukan dengan lap basah.
Guru mengaji saya mengatakan hukum dari lantai rumah tersebut adalah najis hukmiyah meskipun bekas kencing bayi sudah tidak kelihatan. Kerana itu, menurut guru mengaji saya, tidak sah shalat di atas lantai rumah saya tanpa alas yang suci.
Pertanyaan saya:
1. Apakah ada pendapat ulama’ terdahulu tentang najis hukmiyah?
2. Sah atau tidak, shalat di lantai rumah yang kadang-kadang terkena kencing bayi tanpa disucikan dan bekas air kencing sudah kering/tidak tampak.
Terima kasih atas jawapan dari Ustadz,
Wassalaam,
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawapan
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Menghilangkan najis itu memang dilakukan dengan air sebagai medium untuk mensucikan. Namun bukan bererti air mesti dialirkan sehingga membanjiri benda yang kena najis.
Yang dimaksud dengan penggunaan air adalah bahawa sebuah najis dihilangkan dengan menggunakan medium air. Dan lap yang basah itu pada hakikatnya merupakan air juga. Sehingga najis yang ada dilantai boleh dihilangkan setelah hilang baunya, rasanya atau warnanya. Baik dengan menggunakan medium air atau pun medium lainnya.
Sebab inti masalahnya bukan pada airnya, melainkan semata-mata pada hilangnya najisnya itu, apapun mediumnya.
Yang sedikit lebih detail dalam masalah najis adalah mazhab Asy-Syafi’i. Di dalam mazhab Asy-Syafi’i sebagaimana yang tertwang dalam kitab Kasyifatus-Saja, disebutkan bahawa memang ada dua jenis najis.
Pertama adalah najis yang kelihatan kenajisannya. Najis ini disebut najis ‘ainiyah. Asal katanya dari kata ‘ain yang bererti mata, kerana najis itu kelihatan dengan mata telanjang. Yang menjadi ukuran adalah warna, rasa dan bau. Najis jenis ini dihilangkan dengan menghilangkan ketiganya.
Kedua adalah najis hukmiyah, yaitu najis yang tidak nampak oleh mata. Lantaran sudah tidak ada lagi rasa, warna atau bau. Najis jenis ini dihilangkan hanya dengan mengalirkan air di atasnya sekali saja.
Maka cara membersihkan lantai yang diketahui pasti pernah ada najisnya tapi sudah tidak kelihatan lagi adalah dengan cara menuangkan air di atasnya lalu dilap dan dikeringkan. Tentu saja bukan dengan membanjiri seluruh lantai, cukup pada bahagian yang diyakini pernah ada najisnya saja. Jadi cukup dengan sedikit air saja lalu dilap dan sucilah lantai itu.
Perlu diingat bahawa najis hukmi itu tidak boleh dibuat-buat dengan sangkaan-sangkaan. Tapi hanya ada manakala kita tahu pasti bahawa di lantai itu memang pernah ada najisnya. Kita tahu dengan mata kepala kita, bukan dengan meneka-neka atau menduga-duga. Sebab asal segala sesuatu adalah suci. Dan tidak pernah menjadi najis kecuali ada sebuah fakta nyata bahawa memang ada najis secara hakiki. Lalu bila najis itu tiba-tiba tidak nampak lagi, maka jadilah lantai itu najis hukmi.
Maka tidak mungkin terjadi tiba-tiba ada lantai yang najisnya menjadi hukmi. Tetapi pasti melewati proses najis ‘aini terlebih dahulu.
Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ahmad Sarwat, Lc.
http://www.eramuslim.com/ustadz/thr/6725032131-shalat-lantai-tanpa-alas-najis-hukmiyah.htm
petua org tua sy, beli selipar jepun dan pkai slepas berwuduk trus ke pintu bilik dan selipar itu jgn digunakan diluar rumah utk berwuduk sahaja.
ReplyDeletetak salah pakai selipar tu keluar, kalau terkena najis boleh dibersihkan... di tempat lain macam di Palestine misalnya jangan terperanjat kalau tengok depa solat di luar tanpa tanggal kasut pun.
ReplyDeletesolat zuhur berapa rakaat
ReplyDeletezohor 4 rakaat..
ReplyDeletesaya bertugas di sahara, ditempatkan dikem selama 6 bulan kemudian bertukar ke kem lain, soalnya adakan dobolehkan jamak dan qasar dilakukan, soal ke dua. dalam masa yg sama saya ditugas ditempat yag lain jarak melebihi 2 marhalah..boleh saya jamak dan qasar selama saya ditempat baru selama 2 minggu..mohon penjelsan wasalam.
ReplyDeleteSolat Jamak Qasar berterusan:
ReplyDeletehttp://qasolatjamakqasar.blogspot.com/2009/01/solat-jamak-qasar-berterusan.html.
bolehkah kita bersolat dalam keadaan berpeluh ketika bekerja,dan kita tidak ada pakaian yang lain untuk ditukar.
ReplyDeletepeluh tidak najis, teruskan solat. kalau perlu duk tempat yang dekat dengan kipas angin. WA
ReplyDeleteSalam ustaz..bagaimana dengan tahi cicak di atas karpet masjid yang telah di gam kemas...adkah itu juga perlu di lap dngan air
ReplyDelete