Tuesday, January 12, 2010

Terbaca Tasbih Semasa Sujud Sahwi

Postby al-kahfi »

Assalamualaikum

time sujud sahwi yg patutnye senyap ana terbaca tasbih .... tapi tersebut sudhana instead of subhaanarabbiyal 'ala wabihamdih

perlu ke ulang since patutnye senyap+tomakninah dah boleh jalan dah.
tapi kalo tak ulang suara nanti jadi sebut perkataan tanpa makna la plak.




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Daripada soalan saudara, kami memahami bahawa saudara berpendapat dalam Sujud Sahwi tidak dibaca apa-apa zikir, sekadar senyap sahaja.

Sebenarnya, ketika sujud sahwi, bacaannya ialah sama seperti bacaan dalam sujud biasa. Dan tidak ada zikir khusus tentangnya.

Kata Imam Nawawi, "Dan sifat dua sujud (sahwi) dari segi cara dan zikirnya ialah seperti sifat sujud-sujud solat". (Majmuk 4/72)

Dalam Fatwa Lajnah Daemah, KSA menyebut, "Orang yang sujud sahwi dan sujud tilawah menyebut seperti bacaan yang disebut ketika sujud solatnya". (6/443)

Sesetengah ulama menyebut bacaan khas iaitu:

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلا يَسْهُو

Kata Ibn Hajar "Aku tidak menjumpai asalnya". (Talkhis al-Habir 2/6)

Maka cukuplah membaca 'Subhana Rabbiyal A'la', sebagaimana bacaan biasa dalam sujud.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment