Saya masih confuse untuk mengamalkan basmalah ketika membaca AL-Fatihah dalam dan luar solat. Adakah boleh jika tidak dibaca langsung basmalah ketika baca al-fatihah? Iaitu ia sekadar sunat utk dibaca. Saya mohon penjelasan dan dalil adakah basmalah sebahagian dari surah al-fatihah.
Jika dikira al-fatihah mengandungi 7 ayat termasuk basmalah sesuai seperti dinyatakan sebagai sab’u masani di dalam hadis Nabi SAW
Mohon penjelasan.
Terima kasih.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Posted by aljawhar
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد
Ulama sepakat mengatakan bahawa ‘basmalah’ adalah merupakan sebahagian daripada surah An-Naml , tetapi berselisih pendapat mengenai adakah diwajibkan membacanya dalam solat.
Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan ianya adalah sunat sahaja kerana mereka beranggappan bahawa basmalah bukanlah satu ayat dari surah Al-Fatihah.
Manakala Imam Syafie mewajibkan membacanya.
Para Qurra Makkah dan Kufah mengatakan bahawa basmallah adalah merupakan sebahagian dari surah Al-Fatihah , manakala para Qurra Madinah , Basrah dan Syam tidak menganggap basmalah adalah ayat daripada surah al-Fatihah.Mereka mengatakan bahawa basmalah hanya merupakan pemutus antara setiap surah-surah yang terdapat dalam al-Quran.
Pendapat para Qurra Madinah , Basrah dan Syam ini dikuatkan dengan dalil daripada hadis Nabi saw sebagaimana berikut :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا يعــرف فصــل السور حتى ينــزل عليه ( بسم الله الرحمن الرحيم)
“Sesungguhnya Rasulullah saw tidak mengetahui akan pemutus antara surah-surah sehinggalah diturunkan Bismillahir Rahmanir Rahim.
[HR Abu Daud : 788 , Al-Hakim : 1/231. Disahkan dan dipersetujui oleh Az-Zahabi]
Walaubagaimana pun terdapat juga dalil yang mengatakan bahawa Basmalah bukanlah sebahagian daripada al-fatihah sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik ra :
أن النبي صلى الله عليه وسلم وأبا بكر وعمر كانوا يفتتحون الصلاة ب(الحمد لله رب العالمين)
“Adalah Rasulullah saw dan Abu Bakar serta Umar memulai solat dengan (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) [H.Muttafaqun ‘Alaih , Bukhari :743 dan Muslim : 399]
Dalam Riwayat Imam Muslim terdapat tambahan yang menyebutkan bahawa mereka iaitu Rasulullah saw , Abu Bakar dan Umar tidak menyebut Basmalah samada diawal bacaan ataupun diakhir bacaan al-Fatihah sebagaimana berikut :
لا يــذكرون ( بسم الله الرحمن الرحيم) في أول قراءة ولا في آخرها
Malah menurut Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , terdapat hadis sahih yang jelas menunjukkan bahawa Basmalah bukanlah merupakan ayat daripada surah Al-Fatihah sebagaimana berikut :
أن الله قال: قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ، فإذا قال : الحمد لله رب العالمين ، قال : حمدني عبدي …….. إلخ
“Nabi saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman : Aku membahagi dua solat hambaku , separuh untuk untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku.(Untuk hamba , apa yang ia minta)…..Ketika hambu-Ku membaca (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) , Aku berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku………hingga akhir.
[HR Imam Muslim : 395]
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa permulaan al-Fatihah adalah (Alhamdulillah….) bukannya basmalah….Allahu A’alam…
WA
Ruj :
Taudhih Ahkam min Bulughil Maram , Asy-Syaikh Abdullah Abd Rahman Al-Bassam.
Fathul Qadir , jilid 1 , ms : 65
Al-Ahkam Asy-Syar’iyyah li qurra al-Quran al-Karim , Asy-Syaikh Dr. Mahmud Ahmad Sa’id al-Atrash.
assalamualaikum ustaz..
ReplyDeletesaya nak tanya, untuk setiap rakaat(selain rakaat pertama), adakah wajib untuk membaca alfatihah? bagaimana jika hanya membaca surah lain sahaja tanpa membaca alfatihah.
W'salam
ReplyDeletesolat perseorangan WAJIB baca fatihah setiap rakaat (bukan rakaat pertama sahaja). Jika ada yang tertinggal fatihah solat itu batal, harus diulang semula.
Jika mengikut imam, ulamak berbeza pendapat, mazhab Syafie kena baca selepas imam baca fatihah. Pendapat imam-imam lain makmum tak perlu baca fatihak dibelakang imam dalam solat jahr.
WA
Assalamualaikum.
ReplyDeleteKetika solat jemaah, afdalnya untuk membaca al-Fatihah pada waktu bila? Selepas imam baca Fatihah? atau ketika waktu imam diam sebentar sebelum dia membaca surah lazim? atau perlu berhenti baca Fatihah bila imam sudah baca surah lazim? Jzkk
W'salam
ReplyDeletekalau mengikut mazhab Shafie kita baca fatihah selepas imam selesai baca fatihah (solat jahr). Kebanyakkan imam memberi sedikit ruang untuk makmum membaca fatihah sebelum imam membaca surah. Makmum kena habiskan bacaan fatihah walaupun ketika imam sedang membaca surah.
pendapat lain tidak mewajibkan makmum membaca fatihah kerana makmum perlu berdiam ketika imam membaca alQuran...
Ini soal khilaf, bagi saya peribadi pendapat makmum tidak disyaratkan membaca fatihah adalah lebih menepati sunnah. WA
Terima kasih atas penjelasan.
ReplyDeleteSaya ada lagi satu soalan tetapi berkenaan dengan rukuk. Apa yang dimaksudkan dalam hadith,"Baginda menjauhkan dan membengkokkan kedua sikunya dai kedua sisi tangannya"(HR at-Tirmizi dan disahihkan Ibn Khuzaimah)
Biasanya saya solat dengan tangan menggenggam lutut dan siku diluruskan.. mohon penjelasan. ( minta maaf sebab terkeluar dari tajuk artikel )
Meletakkan dua tangan di atas lutut kemudian merenggangkan sedikit jari-jari.
ReplyDeleteRasulullah saw meratakan (melulruskan) bahagian belakang ketika rukuk. Mungkin kerana ingin meratakan bahagian belakang ini siku perlu dibengkokan sedikit.
http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/cara-rukuk-dlm-solat.html.
WA
Bagaimana pula dgn tafsir ayat ke 87 surah Al-Hijr:
ReplyDelete“Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu tujuh ayat dari ayat-ayat yang diulang-ulangkan bacaannya dan al-Qur'anul 'Azim"
Disebutkan di situ diulang2 tujuh ayat yakni Al-Fatihah. Adakah ini mnjadi dalil basmalah termasuk dlm Fatihah ataupun basmalah dibaca secara sirr tetapi tdk termasuk dlm Fatihah??
assalamualaikum....
ReplyDeletehrp dpt beri penjelasan samaada "amin" ada kah termasuk dlm surah al fatihah? kerana ada pendapat mengatakan hukumnya "haram" jika dibaca "amin" selpas "woladholiin."
Aamin maksudnya perkenankanlah bukan dri ayt quran. Diucap seleps iman selesai fatihah
Deletependapat aq soalan bismillah dgn amin ni mmg agak payah sikit..rasanye al fatihah tu mmg tujuh ayat,.da sepatutnye wajib dibaca penuh..tapi riwayat muslim kat atas laen pulak..nk sng xnk was2 kita baca bismillah la dulu sebelum al fatihah,sbb xbatal kn solat kalo baca penuh..berkaitan amin ni pulak,.rs nye sepatut nye kalo ikot logic bila kita amin means kita da beri imam jd wakil,xperlu baca alfatihah..tapi sbb was2 tkot xcukup rukun solat kita baca jugak..tapi nape haram baca amin?? sbb tempoh haram doa ke?tp kat TV tu bole je amin..senang kita ikot yg kat arab tu..laen la imam syafiee kata xbole..WA
ReplyDeleteMazhab membaca amin dengan suara rendah sebagaimana yang dituliskan oleh Al-Qurthubi dalam kitab tafsir yang masyhur-Jami’ li Ahkamil Quran, kita menemui sedikit penjelasan, tepatnya kalau kita buka pada jilid 1 halaman 200. Di sana dijelaskan bahawa ternyata mereka punya landasan dan berhujjah dengan ayat Al-Quran berikut ini:
ReplyDeleteBerdo’alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas .(QS. Al–A’raf: 55)
Makanya para ulama mazhab ini tidak mengajarkan bacaan doa yang dikeraskan. Sebab bagi mereka, kedudukan ayat ini mengikat dan lebih kuat dari hadits nabawi. Sehingga tidak dianjukan untuk berdoa dengan lafadz yang dikeraskan.
Dan kerana lafadz Amin itu bahagian daripada doa, maka yang lebih utama tidak dibaca keras, cukup dibaca secara lirih saja.
-----------
Adapun hujjah majoriti ulama tentang kesunnahan mengeraskan bacaan ‘Amin‘ ada banyak, di antaranya hadits yang berstatus muttafaqun ‘alaihi berikut ini:
إذا أمن الإمام فأمنوا فإنه من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه
Apabila Imam mengucapkan Amin maka ucapkanlah Amin. Siapa yang amin-nya sesuai dengan amin para malaikat, diampuni dosanya yang sudah lewat. (HR al-Bukhari dan Muslim)
عن وائل بن حجر قال: كان رسول الله إذا قرأ ولاالضآلين قال: آمين يرفع بها صوته
Dari Wail bin Hujr berkata bahawa Rasulullah SAW kalau membaca Waladhdhaallin, maka beliau mengucapkan Amin dengan suara yang keras. (HR Ad-Daruquthny dengan sanad yang shahih menurutnya)
---------------
Namun di kalangan jumhur ulama sendiri ternyata masih juga ada perbezaan, yakni apakah imam ikut mengeraskan juga bacaan Amin-nya ataukah membaca dengan perlahan.
Menurut mazhab Asy-Syafi’i dan Maliki dalam riwayat madaniyyin, Imam hendaklah ikut mengeraskan juga bacaan ‘Amin’ itu, sehingga terdengar juga oleh makmum.
Sedangkan dalam pandangan Ath-Thabari dan Ibnu Hubaib, imam tidak perlu mengucapkannya secara keras, demikian juga pandangan kalangan Kufiyyin dan Madaniyyin.
Sedangkan dalam pandangan Ibnu Bukair, imam boleh memilih antara mengeraskan bacaan amin atau melirihkannya.
WA
Pembetulan:
ReplyDeleteMazhab HANAFI membaca amin dengan suara rendah sebagaimana yang dituliskan oleh Al-Qurthubi dalam kitab tafsir yang masyhur-Jami’ li Ahkamil Quran, kita menemui sedikit penjelasan, tepatnya kalau kita buka pada jilid 1 halaman 200.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSuka saya berkongsi pengetahuan mengenai "bismillah"...Adapun penerangan hadis atau dalil hadis amat kurang atau hampir tiada menekankan bacaan "basmalah" di awal ayat alfatihah.Kerana terdapat perbezaan pendapat. Saya amat bersetuju dengan para Qurra Madinah , Basrah dan Syam serta Imam Shafie yang mengambil Basmallah sebagai sebahagian drpd 7 ayat yang dibaca berulang-ulang sebagaimana firman Allah dlm Al Quran.
Al fatihah adalah surah yang ditinggikan kedudukankannya maka rahasia ayat-ayat ini adalah terlalu tinggi hinggakan hanya diberikan hanya kepada nabi Muhammad saw secara khususnya, dia kita umatNya adalah yang paling bertuah kerana dapat mengamalkan surah ini. Ditinggikan sebagai dalil kenyataan ibadah ialah dirukunkan didalam solat, tidak mana-mana ayat lain sebagaimana Al Fatihah ini.Tidak sah atau batal solat jika meninggalkan Al Fatihah.
Menurut pengkaji dan Arifinbillah Tujuh "Ayat yang dibaca berulang-ulang" bermaksud diperlu dibaca berulang-ulang, dijadikan amalan didalam dan diluar sembahyang kerana ketinggian Ayat yang hanya diberi kepada nabi Muhammad saw, Fatilatul Quran, Ummul Kittab dan lain-lain sebutan ketinggian berkenaan ayat ini.Kalau mahukan menjadi seperti hakikat ayat ini hendaklah dibaca secara istiqamah tanpa putus dan tanpa sasaran atau tujuan tertentu bersamaan niat sembahyang iaitu "lillahitaala".Maka jatuh wajib bagi golongan-golongan yang befahaman sufi atau zuhud atau siddiqin yang membenarkan ayat-ayat Allah swt tanpa ragu-ragu, membaca setiap masa dan setiap perbuatan dan amal.
Dalil Al quran mengenai membaca "basmalah" pula para Pengkaji Al fatihah mengambil ayat "Alhamdulillah hirrabil alamin" sebagai menyokong atau dalil yang bermaksud "Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam" Segala Puji dengan pujian asma Allah yang ditinggikan ialah Ar Rahman dan Ar Rahim..sesungguhnya mengikut sejarah Nabi-nabi dan Rasul terdahulu juga telah menyebut lafaz "bismillahhirrahma nirahim" maka inilah jalan-jalan amalan yang lurus yakni amalan-amalan yang Allah berikan kepada orang-orang yang diberikan nikmat iaitu nabi-nabi dan rasul.....binatang yang tidak disenbelih dengan nama Allah (Basmillah) adalah haram, inilah syariat perbuatan lafaz perkataan yang amat layak disebut dan dibaca iaitu sebutlah nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani.
Saranan dan perbuatan yang diamalkan oleh para nabi-nabi dan rasul bagi orang sufi, orang yang soleh, orang-orang siddiqin dan zuhud jatuh wajib bagi mereka atau pada orang kebanyakan mungkin setakat sunat muakad (sunat yg digalakakan). Ini sesuai dengan firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 285 iaitu semua orang-orang beriman bermaksud; semua manusia beriman sepanjang zaman mereka wajib "kami dengar kami taat dan beriman kepada Malaikat-malaikat, Kitab-kitab dan nabi-nabi serta rasul" dan tidak membezakan amalan dan perintah Allah swt yang mana bersamaan dengan syariat Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya semuanya beriman dan mengagungkan Allah swt.
Apapun sebagai orang beriman, berakal sihat, orang-orang berilmu hendaklah kita cari sendiri kepastian sesuatu kemuskilan dengan mengkaji Al Quran terlebih dahulu sebagai sumber dan petunjuk yang bersifat qadim, solat hajat minta petunjuk, kemudian barulah merujuk hadis, barulah kita rujuk kitab-kitab atau sumber dari pendapat manusia...yakinlah segala ilmu Allah swt tiada lain yang maha mengetahui melain dia. sekian semoga menjadi manafaat untuk renungan dan dijauhi dari fitnah. Barang siapa bersungguh-sungguh berusaha berserta dengan solat dan doa pasti Allah swt kabulkan.Amin.