Thursday, June 25, 2009

Solat Dalam Kenderaan

Salam

Kalau solat dalam kapal terbang.keretapi , perlu ke cari arah kiblat dulu, sebelum mula solat duduk di seat?

Kalau kasut tu ada terpercik air kencing ke dsb nya macam mana? Sebab setau saya bahagian tapak tu takpe kalau dah bergosok dengan tanah. Tapi bahagian atas kasut, kot la kena time bertenggong/istinjak

Macam mana nak tentukan waktu, say flight dari KL-LAX lebih kurang 20 jam.. time nak sembahyang tu tak tau kat bahagian udara mana, dan mungkin kita satu2nya muslim dalam flight tu. flight lak naik SIA ke or flight lain yg bukan MAS


Salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:


Quote:

Kalau solat dalam kapal terbang.keretapi , perlu ke cari arah kiblat dulu, sebelum mula solat duduk di seat?



Sekiranya kita mampu untuk mengetahui arah kiblat yang tepat semasa ingin menunaikan solat , maka wajiblah kita mengadap ke arahnya sebelum mengangkat Takbir.Jika tidak mampu maka boleh sahaja mengadap ke arah mana-mana semasa mengangkat takbir.


Quote:

Kalau kasut tu ada terpercik air kencing ke dsb nya macam mana? Sebab setau saya bahagian tapak tu takpe kalau dah bergosok dengan tanah. Tapi bahagian atas kasut, kot la kena time bertenggong/istinjak



Jika perkara tersebut berdasarkan kepada sangkaan atau syak wasangka semata-mata , maka perkara tersebut hendaklah dielakkan.Ini kerana keyakinan yang wujud dalam diri dengan mengatakan kasut tersebut bersih tidak boleh hilangkan dengan syak wasangka yang tidak pasti.Melainkan sekiranya kita pasti dan yakin bahawa kasut tersebut terkena najis yang boleh menyebabkan solat tidak sah , maka pada ketika itu hendaklah kita menanggalkan kasut tersebut sebelum mendirikan solat atau menghilangkan najis tersebut jika mampu dengan cara membasuhnya..


Quote:

Macam mana nak tentukan waktu, say flight dari KL-LAX lebih kurang 20 jam.. time nak sembahyang tu tak tau kat bahagian udara mana, dan mungkin kita satu2nya muslim dalam flight tu. flight lak naik SIA ke or flight lain yg bukan MAS[/list]



Unttuk menjawab persoalan tersebut , kami bawakan jawapan daripada laman Islam-qa seperti dibawah :


Jelasnya bagi waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh akan dapat diketahui dengan melihat kepada tanda-tanda masuknya waktu , seperti waktu Maghrib masuk apabila matahari tenggelam , hilangnya cahaya merah menandakan masuknya waktu Isyak dan terbitnya matahari, adalah tanda masuk waktu Subuh.
Adapun bagi waktu Zohor dan ‘Asar, boleh dikerjakan dengan cara melakukan ijtihad dan berusaha dengan apa sahaja cara yang termampu untukk mencari dan mengetahui masuknya waktu solat , apabila dapat diketahui waktunya di Negeri yang kamu berada di atasnya, maka kamu hendaklah melewatkan sedikit solat dari tempoh itu, kemudian barulah solat.Ini kerana waktu anda berada di dalam kapal terbang adalah tidak sama dengan waktu ketika berada di bumi. Anda juga boleh menjamakkan antara Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib dengan ‘Isyak samaada dengan cara jama’ al-Taqdim ataupun jama’ al-Ta’khir berdasarkan mana yang lebih mudah dan tidak membebankan bagi anda. Anda juga boleh bertanya kepada Kapten pesawat kerana dia memiliki peralatan yang boleh mengetahui waktu-waktu solat di udara.
Dan ketahuilah, sesiapa yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat, kemudian dia berijtihad dengan kadar kemampuannya, dan dia solat (berdasarkan ijtihadnya tadi) , maka solatnya dikira sah, kecualilah apabila jelas padanya (selepas itu) bahawa solatnya tadi dilakukan sebelum masuk waktu, maka hendaklah dia mengulangi solatnya.Jika tidak , maka tidak mengapa.

http://www.islam-qa.com/ar/ref/102449



WA


Ruj :

Majmu'ah Fatawa Islamiah , Asy-Syaikh Kamil Muhammad bin Muhammad Uwaidah.

No comments:

Post a Comment