Thursday, June 25, 2009

Nanah dan Darah Ketika Solat

Seorang tua berdiskusi dgn sy dan mengadu, payah mau solat apabila mengidap kencing manis. Lipatan jari kakinya berisi darah dan nanah. Apabila duduk tahiyat, maka akan keluarlah nanah. untuk pengetahuan, nanah boleh dikeluarkan sebelum solat, tp time tahiyat darah pulak kluar.

Sy mau pastikan apa jawapan paling molek untuk kes ni, supaya bg dia motivasi untuk terus smayang di masjid. Atau ada kaedah lain?

Hrp boleh sertakan dalil.



al-Jawab:

1. Darah yg keluar sedikit itu dima'afkan, tambahan pulak dia adalah orang yg udzur. Dalilnya:


ما زال المسلمون يصلون في جراحاتهم
الراوي: الحسن المحدث: الألباني - المصدر: تمام المنة - الصفحة أو الرقم: 50
خلاصة الدرجة: رواه البخاري معلقا بغير إسناد، وقد وصله ابن أبي شيبة بإسناد صحيح

HR al-Bukhari dari al-Hasan (al-Basri),
" Kaum muslimin tetap melakukan solat dengan luka-luka mereka."
Komentar al-Albani dalam Tamam al-Minnah ta'aliq atas Fiqh Sunnah, hadith ini dikeluarkan oleh al-Bukhori tanpa sanad, tapi sanadnya disambung oleh Ibn Abu Syaibah (dlm al-Musyanifnya) dgn sanad yg sahih

2. Nanah


وسئل أبو مجلز عن القيح يصيب البدن والثوب ؟ فقال : ليس بشئ ، وإنما ذكر الله الدم ولم يذكر القيح

Diajukan soalan kepada Abu Mijlaz* mengenai nanah bisul yg menimpa badan dan pakaian? Kata beliau, "tidak apa-apaan, yg disebut Allah ialah mengenai darah sahaja, adapun nanah tidak disebut. (Fiqh Sunnah, 1:16 e-book)


*Abu Mijlaz, ialah Lahiq bin Hamid al-Sadusi al-Basyri, tabi'in besar Basrah, wafat 106H, pernah mendengar dari Ibn Abbas, Mu'awiyah dan Anas bin Malik.

Berkata Syaik

No comments:

Post a Comment