Sunday, March 15, 2009

Lihat Naskh Quran Ketika Solat

sa51

assalamualaikum.

saya yang jahil ni ingin bertanya beberapa soalan!

adakah terdapat suruhan dari Allah, Rasulullah SAW dan juga Sahabat Sahabat Baginda SAW, apabila kita hendak mengerjakan solat berjamaah atau sendirian kita meletakan Al-Qur'an didepan untuk kita bacakan semasa mengerjakan solat? juga terdapat apabila selesai kita mengkebumikan mayat

kita adakan solat hadiah atau fidyah untuk simati!i

************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr sa51 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak ada nas atau dalil dari Allah swt atau dari hadith Nabi saw yang memerintahkan kita ketika bersolat meletakkan al-Quran dihadapan sebagai rujukan bacaan. Sebenarnya, penyelerasan qiraat al-Quran (membukuan al-Quran) ini berlaku pada zaman Uthman ra, dimana mushaf al-Quran ini ditulis didalam satu huruf/dialek, didalam usaha menyatukan mushaf al-Quran umat Islam. Pada zaman Uthman ra. al-Quran di standardizekan, dan sudah tentu sunnah atau amalan meletakkan al-Quran semasa solat tidak timbul pada zaman Nabi saw.

Hukum melihat kepada mushaf al-Quran semasa solat telah kami bincangkan didalam SoalJawab di bawah :-

SJ - 2697 : Sembahyang Sambil Lihat Quran
http://al-ahkam.net/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=15523&page=&view=&sb=5&o=&vc=1

SJ-05-0009 : Bacaan AlQuran
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26992

Ulama' seperti Imam Nawawi rh berpendapat bahawa lebih afdal menggunakan hafalan semasa didalam solat berbanding membaca mushaf al-Quran di luar solat.
----------------

Sebelum kita berbincang mengenai Solat hadiah dan Fidyah kepada si-mati, elok juga kita perhatikan pandangan ulama'2 mengenai isu samada sampai atau tidak ganjaran solat keatas si-mati. Berikut kami ringkaskan fatwa yang diambil dari Markas Fatwa kelolaan Dr Abdullah al-Faqih.

Ulama2 berselisih pandangan mengenai sampai atau tidak pahala Solat kepada si-mati. Mazhab Maliki da Syafie mengatakan tidak ada, sebagaimana firman Allah swt : (وأن ليس للإنسان إلا ما سعى) "Dan sesungguhnya tidaklah manusia itu memperolehi melainkan apa yang diusahakan"[al-Najm :39]. Maknanya, amalan solat ini adalah amalan individu, dan ganjarannya atas apa yang mereka lakukan. Sabda Nabi saw (إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد يدعو له) "Apabila mati seseorang Insan maka telah putus amalannya melainkan 3 : Sedeqah Jariah, atau Ilmu yang bermunafaat atau anak soleh yang mendo'akan keatasnnya" [hadith riwayat Muslim]. Ulama2 ini berkata : tidak sampai kepada mayat melainkan 3 perkara yang disebut didalam hadith diatas.

Mengenai Puasa, telah diriwayatkan didalam hadith Ibn Abbas ra., berkata : telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw dan berkata :'Ya Rasulullah, ibuku telah mati dan dia masih mempunyai puasa satu bulan, Apakah perlu aku menqadha' bagi pihaknya?. Maka baginda menjawab : Jikalau ibu kamu mempunyai hutang, apakah kamu akan selesaikan? Maka dia menjawab : YA, maka baginda berkata : Hutang Allah lebih berhak di selesaikan' (رسول الله، إن أمي ماتت وعليها صوم شهر؛ أفأقضيه عنها؟ قال: لو كان على أمك دين أكنت قاضيه؟ قال: نعم.قال: "فدين الله أحق أن يقضى") hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Begitu juga dengan ibadat Haji, telah datang dari hadith Ibn Abbas ra. seorang wanita Johaina telah datang kepada Nabi saw dan berkata :'Ibuku telah bernazar untuk menunaikan Haji, dan belum sempat menunaikan Haji dia telah mati. Apakah boleh aku melakukan Haji bagi pihaknya?. Baginda menjawab : YA, lakukan haji untuknya! Pada pandangan kamu jika ibukamu mempunyai hutang, apakah kamu akan menyelesaikannya?. Maka qadha'kanlah (selesaikanlah), kerana hutang Allah lebih berhak di penuhi' [hadith riwayat al-Bukari] (إن أمي نذرت أن تحج فلم تحج حتى ماتت؛ أفأحج عنها؟ قال: "نعم، حجي عنها؛ أرأيت لو كان على أمك دين أكنت قاضية؟ اقضوا الله، فالله أحق بالوفاء).

Pandangan ini merupakan pandangan Imam al-Nawawi, dan Ibn Abdul Barr meriwayatkan secara ijma'.

Mazhab Hanafi dan Hanbali mengatakan bahawa sampai ganjaran solat kepada simati, sebagaimana diqiyaskan dengan puasa, sedekah dan Haji

Berkata Ibn Qayyim rh : "Ibadat boleh dibahagikan kepada 2 : Harta dan Badan. Telah ternyata didalam syara' bahawa sampai pahala/ganjaran sedekah keatas semua amal ibadat harta, telah ternyata menurut syara' bahawa sampai pahala puasa yang dikategorikan sebagai ibadat badan, telah dikhabarkan akan sampainya Haji, yang dikategorikan sebagai ibadat Harta dan ibadat Badan, dan tiga perkara dari jenis2 yang thabit/berdalilkan dengan Nas dan Konsiderasi (والعبادات قسمان: مالية وبدنية، وقد نبه الشارع بوصول ثواب الصدقة على وصول سائر العبادات المالية، ونبه بوصول ثواب الصوم على وصول سائر العبادات البدنية، وأخبر بوصول ثواب الحج المركب من المالية والبدنية، فالأنواع الثلاثة ثابتة بالنص والاعتبار.))"

Berkata Syiekh Ibn Taimiyah rh : "Telah sahih dari Nabi saw mengenai sedekah keatas mayat, dan perintah berpuasa terdapat puasa mereka, maka sedekah kepadfa si-mati merupakan amalan soleh, maka begitulah datang keatasnya sunat berpuasa keatas mereka. Dengan ini telah datang dari ulama2 dan selainnya yang memprotes berkata : sesungguhnya dibenarkan mengkhususkan ganjaran dengan ibadat harta dan badaniyah keatas mayat orang Islam. Sebagaimana pandangan mazhab Abi Hanifah, dan beberapa kumpulan dari Malik dan Syafie.(وقد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه أمر بالصدقة على الميت، وأمر أن يصام عنه الصوم، فالصدقة عن الموتى من الأعمال الصالحة، وكذلك ما جاءت به السنة في الصوم عنهم. وبهذا وغيره احتج من قال من العلماء: إنه يجوز إهداء ثواب العبادات المالية والبدنية إلى موتى المسلمين. كما هو مذهب أحمد وأبي حنيفة، وطائفة من أصحاب مالك والشافعي.)"

Kedua2 pandangan ulama' ini membahaskan ibadat badaniyah sampai atau tidak kepada si-mati. Kesemuanya setuju bahawa 3 perkara yang disebut didalam hadith (sedekah, ilmu & do'a anak) sampai kepada si-mati termasuklah ibadat harta.
-------------

Apa yang dikatakan Solat Hadiah atau Solat Fidyah bagi si-mati tidak ada didalam Islam. Tidak ada nas atau dalil mengenai solat solat tersebut dan seseorang Islam tidak boleh mereka2 sesuatu amalan yang tidak dibawa oleh Nabi saw. Sabda Nabi saw :

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد
"Barangsiapa yang mengadakan perkara yang bukan dari kami maka ia adalah tertolak" [Muttafaq 'alaih]

Memadai dengan Solat Jenazah dan do'a2 agar Allah swt mengampunkan dosa2nya. Tidak terdapat nas khas yang membolehkan solat2 khas untuk dihadiahkan kepada si-mati. Menurut Syeikh Dr Mahmud Asyour, wakil Universiti al-Azhar :-

إن الصلاة عبادة بدنية محضة، لم يرد نص خاص عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ بجواز قضائها عن الميت، والوارد هو عن بعض الصحابة، فقد روي البخاري أن ابن عمر رضي الله عنهما أمر امرأة جعلت أمها على نفسها صلاة بقباء ـ يعني ثم ماتت ـ فقال: صلى عنها، وروي ابن أبي شيبة بسند صحيح أن امرأة قالت لابن عباس ـ رضي الله عنهما ـ أن أمها نذرت مشيًا إلى مسجد قباء، أي للصلاة، فأفتي ابنتها أن تمشي لها، وأخرجه مالك في الموطأ أيضًا.
"Sesungguhnya solat adalah ibadat badaniyah, tidak ada nas khas yang datang dari Nabi saw membenarkan qada' solat keatas mayat, telah datang dari beberapa sahabat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Ibn Umar ra memerintahkan seorang wanita melakukan bagi pihak ibunya Solat di Quba' - yakni kemudian ibunya mati - Maka dia berkata : Solatlah bagi pihaknya, dan diriwayatkan Ibn Abi Syaibah dengan sahad sahih bahawa seorang wanita berkata kepada Ibn Abbas ra. - sesungguhnya ibuku bernazar berjalan ke masjid Quba', iaitu untuk menunaikan Solat, Maka aku memberi fatwa kepada anak perempuannya agar pergilah berjalan untuknya, Imam Malik mengeluarkan hadith ini didalam al-Muwattha' juga." [Fatwa IslamOnline no: 42081]

Apa yang wujud didalam bab Solat keatas si-Mati adalah, bagi anak2 (pewaris) bolehlah menunaikan solat yang telah dinazarkan bagi pihak ibu atau bapa mereka. Tidaklah ada solat khas yang dinamakan Solat Fidyah atau Solat Hadiah yang boleh dilakukan secara berjemaah untuk disampaikan kepada si-mati.

Komentar IslamOnline terhadap amalan mengupah orang untuk melakukan solat keatas si-mati :-

فجمهور الفقهاء على أنه لا يجوز قضاء الفوائت عن الميت ، ولو بلا أجر، فكان الاستئجار لقضاء الصلوات الفائتة عن الميت لا يجوز من ناحيتين:
الأولى :أن الصلاة عبادة بدنية محضة لا تجوز فيها النيابة .
الثانية :أن الصلاة عبادة لا يجوز فيها الاستئجار ،لأنها من القربات .
"Jumhur ulama' mengatakan bahawa tidak dibenarkan qadha' solat dan faedahnya diberi kepada mayat, walaupun tidak diupah, maka mengupah untuk qadha' solat fardu tidak dibenarkan jika dilihat dari 2 sudut :-
1. Solat adalah ibadat badaniyah semata2 dimana melakukannya (bagi pihak si-mati) tidak dibenarkan.
2. Solat adalah Ibadat, Tidak boleh keatasnya diupah, kerana sesungguhnya ia adalah dari amalan2 yg mendekatkan diri kepada Allah." [Fatwa IslamOnline no: 84108]
--------------------

Disini kita dapat lihat bahawa ulama' berselisih pandangan mengenai samada sampai atau tidak amalan solat dikirimkan pada si-mati. Ada dikalangan ulama' yang menolak sama sekali ganjaran solat boleh sampai kepada si-mati. Jumhur mengatakan Solat Qadha' tidak boleh diqadakan oleh orang yang hidup. Terdapat juga hadith Ibn Abbas menasihatkan agar si-anak perempuan menunaikan nazar ibunya yang ingin bersolat di masjid Quba'. Hadith2 ini masih tidak lari lari lingkungan amalan anak2 yang soleh yang melakukan amalan baik dihadiahkan kepada kedua2 orang tua mereka yang telah meninggal.

Apa yang menarik amalan keatas si-mati adalah, persetujuan ulama'2 mengenai do'a dan istigfar kepada si-mati yang sudah tentu sampai kepadanya, mengapa tidak diwarwarkan??. Syiekh Ibn Utsaimin rh (Fataawa Ibn Utsaimin, 21/267) menyatakan bahawa jika benar2 amalan puasa, haji dsb adalah merupakan amalan keutamaan yang perlu dilakukan kepada si-mati, sudah tentu terdapat hadith2 khusus yang menekankan hal yang sedemikian. Nabi saw hanya membenarkan sahaja (approve) perbuatan sahabat, akan tetapi tidak menggalakkan. Amalan2 keutamaan keatas si-mati adalah :

a. Berdo'a
b. Mohon agar Allah swt mengampunkan dosa2 mereka

Tambahan bagi ibu-bapa mereka yang telah meninggal :-

c. Menghormati kawan baik ibu-bapa kita.
d. Merapatkan silatul rahim dengan kawan2 ibu-bapa

Wallahu A'lam, wassalam
=========
Rujukan :

1. Markas Fatwa pengawasan Dr Abdullah al-Faqih. أقوال العلماء في وصول ثواب الصلاة عن الميت . URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=11599&Option=FatwaId

2. Markas Fatwa pengawasan Dr Abdullah al-Faqih. هل الصلاة عن الميت مشروعة . URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=8132&Option=FatwaId

3. Syeikh Dr Mahmud Asyour. الصلاة عن الميت. URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=42081

4. Fatwa IslamOnline. استئجار شخص للصلاة عن الميت . URL :http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=84108

No comments:

Post a Comment