Friday, January 23, 2009

Tertinggal Tahiyat Awal

Salam

jika seseorg meninggalkan tahiyyat awal , solatnye adakah ttp sah ?

sekalipun ditingglkan dlm keadaan bukan lupa , ragu dll tp dgn sengaja tanpa alasan.

sebab setakat pembacaan sy nabi ade tingglkan tahiyyat awl tp baginda kemudiannya ganti dgn sujud syahwi.

sedangkan sujud syahwi pun sunat ab'ad/ haiah je kan ? so , ia sunat je.

jd , bagaimana dgn keseluruhan solat itu ? syukran...

*****************
Abu_Umair
Panel Feqh

- Jika meninggalkan tasyahhud awal kerana lupa, ia tidak menjejaskan solat. Cuma pada akhir solat dituntut supaya dilakukan sujud sahwi. Dalilnya hadais Buhainah, bahawa Nabi SAW pernah bersolat Zohor, dan tidak duduk tasyahhud awwal kerana terlupa. Kemudian, di akhir solat, Nabi SAW sujud sahwi. (Bukhari: 795 dan Muslim 570).

- Jika meninggalkan tasyahhud awal dengan sengaja, ada khilaf di kalangan fuqaha. Majoriti ulama mengatakan: sah solatnya kerana tasyahhud awal adalah sunat bukan wajib. Manakala Imam Ahmad menganggapnya wajib, dan batal sembahyang jika ditinggalkan sengaja. (Majmuk Nawawi 3/450).

Wallahu A'lam

19 comments:

  1. terima kasih coz sharing =)

    ReplyDelete
  2. terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Jika kita terlupa membaca tahiyat akhir adakah sembahyang kita sah tanpa sujud sahwi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takhiyat akhir itu antara salah satu rukun solat. Tidak sah solat kalau ditinggalkan walaupun tanpa sengaja. Jika tertinggal wajib solat semula.

      Delete
  4. AnonymousMay 03, 2012

    Mcm mana boley miss tahiyat akhir ? Xboley dilakkan dari bc bfr assalamua'laikum

    ReplyDelete
  5. Kalau x wat sujud sahwi camne?

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Terima kasih atas penjelasan ini - sangat bagus sebagai panduan bersama.

    ReplyDelete
  7. trima kasih atas perkongsian ini,amat berguna.... ^_^

    ReplyDelete
  8. subha namalla yanamu walayash u

    ReplyDelete
  9. AnonymousMay 08, 2014

    kalau tasyahud awal lupa, then terlupa pula nak sujud sahwi pula camne?

    ReplyDelete
  10. Saya nak tanya,adakah solat kita sah sekiranya bacaan tahiyat akhir tersalah dan terganti dgn sujud sahwi sekali sujud?

    ReplyDelete
  11. Kalau terbuat tahiyat awal dua kali macamana? Sebab was-was atau terlupa..

    ReplyDelete
  12. kalau tasyahud awal lupa, then terlupa pula nak sujud sahwi pula camne?

    ReplyDelete
  13. Saya nk tanya Kalo terlupa bt tahiyat awal selepas tu kita sambung buat tahiyat awal seterusnya buat tahiyat akhir di akhir solat.. Adakah batal solat saya!??

    ReplyDelete
  14. Yang saya nak tahu kalau tak sempat baca abis masa Solat jemaah...patut ikut Iman terus bagi salam kew baca sampai abis dulu baru bagi salam

    ReplyDelete
  15. Kalau tersilap baca ,Kita baca sampai muhammadarassuallah maaf kaalo Salah adakah ia membatalkan solatkita

    ReplyDelete
  16. Great and that i have a swell present: Where To Remodel House house renovation estimate calculator

    ReplyDelete