***********************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr jiemi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Kami simpati dengan keadaan yang menimpa diri anda dan kita memohon kepada Allah swt agar dilindungi kita dari gangguan Syaitan.
Saudara, Solat tidak boleh dibatalkan dengan begitu sahaja, berdosa hukumnya. Ini merupakan bisikan syaitan yang sengaja ingin menggangu solat anda. Teruskan sahaja solat tersebut. Disini saya paparkan beberapa jawapan yang telah kami jawab kepada soalan2 yang lalu :-
Berbalik kepada persoalan bisikan ghaib... itu kita namakan sebagai waswas. Ini merupakan gangguan Syaitan yang seringkali mengganggu kita lebih2 lagi kalau kita melayannya. Ada perkara yang tidak mungkin dapat dikawal oleh insan yang bernama manusia. Allah berfirman :-
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." [al-Talaaq :7]فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu " [al-Taghaabun :16]Pohon keampunan banyak2 kepada Allah swt. Allah swt mema'afkan lintasan2 hati selama-mana yang tidak mengucapkan atau melakukannya sebagai mana sabda nabi :-
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَمْ يَتَكَلَّمُوا أَوْ يَعْمَلُوا بِهِ
"Sesungguhnya Allah akan mengampunkan umatku atas apa sahaja yang terlintas difikirannya selama mereka tidak bercakap mengenainya atau melakukannya" [Hadith Riwayat al-Bukhaari #4968, Muslim #: 127]-----------------
Kaedah mengatasi waswas ini telah kita bincangkan didalam SOALAN WAS2 DIDALAM MANDI WAJIB, akan tetapi bagi faedah bersama, saya quotekan kembali tulisan tersebut :
Nabi saw telah memberi 2 tips utama didalam mencegah bisikan (waswas) syaitan ini :-
1. Kembali kepada Allah dengan memohon pertolongan darinya. Firman Allah swt :-
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Surah al-A'raaf : 200]Terdapat banyak sekali hadith2 Nabi mengajar kita berdo'a dan memohon perlindungan Allah dari hasutan2 syaitan, contohnya do'a sebelum masuk tandas, do'a sebelum berjima', do'a semasa berhenti disesuatu tempat. Kesemua do'a2 ini mengajar kita memohon perlindungan Allah swt dari gangguan2 syaitan. Begitu juga dengan bacaan2 al-Mi’wadhatayn seperti : surah al-Falaq dan surah al-Naas.
2. Apabila berlaku waswas tersebut, hendaklah tidak melayannya, dan menyibukkan diri kita melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Syiekh Ibn Taimiyah rh telah memberi tipsnya didalam kitab Dar’ al-Ta’aarud, 3/318, katanya :-
وهذا الوسواس يزول بالاستعاذة وانتهاء العبد وأن يقول إذا قال لم تغسل وجهك : بلى قد غسلت وجهي . وإذا خطر له أنه لم ينو ولم يكبر يقول بقلبه : بلى قد نويت وكبرت . فيثبت على الحق ويدفع ما يعارضه من الوسواس ، فيرى الشيطان قوته وثباته على الحق فيندفع عنه ، وإلا فمتى رآه قابلا للشكوك والشبهات مستجيبا إلى الوساوس والخطرات أورد عليه من ذلك ما يعجز عن دفعه وصار قلبه موردا لما توحيه شياطين الإنس والجن من زخرف القول وانتقل من ذلك إلى غيره إلى أن يسوقه الشيطان إلى الهلكة
"Waswas ini boleh ditolak dengan cara memohon perlindungan dari Allah dan tidak melayannya, dimana jika Syaitan berkata : 'Anda tidak membasuh muka anda (didalam wudhu'), katakan, 'Ya, aku telah membasuh mukaku'. Jika dia merasakan bahawa dia tidak berniat ketika solat atau tidak mengucapkan takbir, maka hendaklah dia berkata didalam hatinya, 'Ya Aku telah melakukan Niat dan berkata Allahu Akbar.' Dia hendaklah berpegang teguh kepada kebenaran dan melawan waswas yang datang terhadapnya, agar Syaitan melihat betapa kuatnya dan teguhnya dia berpegang kepada kebenaran, dan ia (syaitan) akan meninggalkan dirinya berseorangan. Jika tidak, apabila Syaitan melihat bahawasanya dia dapat dipengaruhi dan memberi repons kepada waswas, dia akan menambahkan lagi waswas sehingga dia tidak dapat mengawal hatinya dari menerima bisikan syaitan dari kalangan Jin dan Manusia, dan dia akan menghasut dari dari satu amalan kepada amalan yang lain sehingga Syaitan memandunya kearah kematian".Beberapa perkara yang lain yang boleh anda lakukan adalah :-
1. Mempelajari amalan2 Islam (terutama ibadat)yang benar datang dari al-Quran dan Sunnah Nabi . Perkara bid'ah yang dilakukan didalam ibadat akan mengundang banyak lagi waswas; contohnya Lafaz Niat, dilakukan berkali2 sebelum melakukan solat, cuba melalukan Niat ketika takbir al-ihram. Dengan mengetahui syarat shahih didalam sesuatu ibadat dapat mempertingkatkan lagi keyakinan didalam ibadat. Contohnya : Aku telah melakukan Solat sepertimana yang dilakukan oleh Nabi , dan syaitan tidak boleh menghasut ibadat solat aku. Syaitan akan kalah dengan ilmu pengetahuan Islam yang tulen, Insyaallah.
2. Mempelajari doa2 khusus dari hadith Nabi yang shahih didalam bab2 memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan.
3. Sentiasa menyibukkan diri kita dengan berzikir kepada Allah swt; dengan kata lain, sentiasa mengingati Allah swt.
4. Sentiasa mendekat diri dengan jemaah dan memilih kawan2 yang alim dan soleh.
5. Sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.
Demikianlah beberapa tips yang boleh dilakukan agar dapat menghilangkan bisikan syaitan dan mempertingatkan keyakinan kepada Allah swt.
Perbanyakkan zikir, bertaubat dan memohon perlindungan dari Allah swt agar dijauhi dari penyakit waswas ini. Pelajari agama Islam dari guru-guru yang benar2 faham akan al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Insyaallah, dengan kekuatan hati dan berbekalkan ilmu mengenai Solat, ibadat anda akan menjadi lebih baik, Insyaallah. WA.
wassalam
sy pon kena benda cmne and kesimpulan dr teori sy kt punye nafsu terlalu liar sbb dosa da bnyak sangat..haha tp skunk da tkde lg
ReplyDeletesaya kena waktu sye start baligh...ia menghantui saya dari hari ke hari...satu satu sya mula berasa was2 sampai bisikan hati yang mengarut-ngarut...saya pn dah penat.....rse macam tak ada penyembuhnya...sking nie saye payah nak niat....lg satu hati saye suka cakap yg bukan dan saya rasa seolah-olah ia sudah menguasai hati saya..walaupun sya tak layan bisikan hati yg mengarut tue...tapi saya tetap rasa yg sya ada masalah tue...bantulah sya kerana Allah....
ReplyDeleteSekarang ada masalah was was lagi ke?
DeleteAbaikan bisikan syaiTan,niaT iTu TeTap Takkan Terganggu oleh bisikan syaiTan, asalkan kiTa dah buaT perinTah Allah. Truskan saja dan serahkan pada Allah. Bnyakkan berisTighFar.Allah Nak kiTa nampak musuh kiTa Tu ,maka bersyukurlah.TeTapkan haTi lillahhi Ta'ala.
Deletebanyak tips yang telah diberi dalam jawapan di atas, cubalah berusaha mengamalkannya...
ReplyDeletebila tengah melakukan solat niat telah sempurna, jangan peduli bisikan pasal tak ada niat, lawan balik katakan aku telah berniat...
bila terpesong dalam amalan tu cepat-cepat tumpu perhatian balik pada solat menyembah Allah...
pada pengalaman sy,sering kali kena hasutan dan bisikan syaitn yg mengarut.sy cuba bermacm cara dgn baca al-fatihah dan surah dengn memahami ayatnya...alhamdulilaah adakalanya sya menangis dalm solat.kerana tringat dosa saya yg jahil..
ReplyDeleteadakah menangis dalm solat memakruh kan..
Menangis dalam solat kerana takut kepada Allah, takut kepada azab neraka dan mahsyar adalah petanda khusyuk:
ReplyDeletehttp://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/pegang-al-quran-dan-menangis-ketika.html.
salam...sy juga mengalami perkara yg sama seperti sahabt2 di ats.sy sringkali terbygkn sesuatu ketika solat..sesuatu yg tidak elok..bila terbayangkn sesuatu yg tidak elok sama ada berlaku pada diri atau org yg saya sygi seperti keluarga sya akn berhenti solat kerana bimbang perkara tersebut benar2 terjadi....sy bimbang perkara tersebut benar2 terjadi..bantu la sya dngn sedikt nasihat dan juga pandangn. Demi Allah..
ReplyDeleteapakah hukumnya kita tersalah berdoa?
ReplyDeleteterbayangkan atau teringatkan sesuatu perkara lain dalam solat adalah kerja bisikan dan hasutan syaitan. Tidak dapat tidak syaitan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalihkan tumpuan perhatian kita ketika dalam solat.
ReplyDeletejangan hiraukan dan hendaklah kita usaha sungguh-sungguh melawan godaan syaitan ini untuk memberikan tumpuan perhatian penuh dalam solat.
apa maksudnya tersalah berdoa? sila jelaskan doa yang dimaksudkan.
ReplyDeletesuatu kesalahan yang kita lakukan dengan tidak sengaja adalah dimaafkan.
tak tahu kenapa lepas subuh semalam terkena benda ni? sebelum tu tak ada pun...
ReplyDeleteKetika berdoa, mulut saya berbisik setiap hajat yang diminta tetapi pada masa yang sama ada satu lintasan di dalam kalbu mengatakan sebaliknya. Saya cuba kawal tapi tak berjaya. Saya bimbang Allah tidak mengabulkan doa saya. Puas juga saya berzikir tapi bisik itu masih ada lagi. Bagaimana ye?
ReplyDeleteAllah Tahu dan melihaT kiTa sedang berjihad ,sesungguhnya Allah Maha berkuasa, bisikan dan hasuTan syaiTan Takkan mampumampu mengalahkan mahupun mengubah mengubah kebenaran.
Deleteassalammualaikum.hampir sbulan sy alami masalah gangguan dan was was yg sngt teruk.pada mulanya sy ingt mungkin gangguan biasa..biasala syaitan kan tugasnya mghasut n menyesatkan.mmg sy akui tertekan dan utk mlakukan ibadah sngt susah nk tumpukan prhatia.pergi jumpa usaz,rupanya banyak yg singgah di badan sy.makhluk halus yg cuba menyesatkn akidah sy.ni mnurut apa yg ustaz ckp.
ReplyDeletedi rumah yg sy bru pindah bnyk yg singgah..tp sy akui..lps brubat pn..msih ada yg brbisik n mnganggu ktika solat...solat td trlintas difikiran,tak pasti samada sy trfikir atau trlintas tp lngsung xda niat..mula mula ble tumpukn spenuhnya..tima kna baca doa qunut..ada plak dlm fikiran,baik x payah baca nanti jd kafir...Allah hu akbar....sy benti,mngucap n solat semula.takut sy kalau itu dr fikiran.
ReplyDeleteSabar jelakan kadang2 saya ckap sorg2 dalam bilik suruh setan lari jauh2 adui ahaha ..sbb xberdaya setiap kali solat dalam fikiran ade je bsikan2 halus yang memaki nama Allah ..kadang2 ade sampai tu dr pejam mata terbukak mata terpandang kedepan sebb xtersangka ayat2 cilaka tu boleh keluar dlm fikiran ni..pdahal tgh dlm keadaan bersolat..haih saba jela ngan pangai setan ni
ReplyDeleteAlhamdulillah atas ilmu di atas. Sebelum Ini saya amat takut dgn hati sendiri atas bisikan semasa solat. InsyaAllah akan kuat selepas Ini kerana baru sedar itu semua tipu daya syaitan. Allahuakbar.
ReplyDeleteKadang saya rasa sangat stress. Dengan was was tersebut. Adakah penyakit was was ini perlu berubat?
ReplyDeleteApa yang saya baca dalam buku petunjuk nabi menentang syaitan caranya adalah dengan berzikir..membaca alquran...melazimi taubat...menyebut auzubillahiminasyaitannirajim, membaca doa perlindungan...saya pun ada kena juga...dahlama tapi saya baru jumpa caranya....InsyaAllah...tryla....dengan izin Allah...benda tu hilang....saya kadang ada kadang tak ada...
DeleteSy pn stress..kdg nk menangis ase..sy xdpt nk lwn perasaan sy ni..sy was was2 dlm solat2 sy yg lepas..terasa angin keluar lh,terasa salah bacaan lh..perluke sy qada..bile sy pikir sy nk qada blik solat2 yg lepas walhal sy xpasti batal ke sah solat saya..bila saya lawan sy xnk qada sy tak tenang Dan terpikir setiap masa..bantulah saya..macammna nk lege cmni..keje Len xbole nk fokus dah...ya Allah bantu hamba mu ini...
ReplyDeleteramai yang senasib rupanya...ya allah kuatkan iman kami dan peliharalah dari gangguan syaitan yg direjam.
ReplyDeleteAamiin
DeleteAmin..
DeleteIngatkan saya seorang yg ada gangguan mcm ni time solat...time solat,selalu terlintas ayat memaki Allah,dan terlintas sesuatu yg lain pun tuhan...nauzubillah...memang stress gila....duk terpikir kita nk solat,tp lain pulak jadinya..tkut Allah x terima..syirik plak yg dapat...
ReplyDeletemacam mana nk beza pintasan hati dengan kata hati..
ReplyDeleteya allah sy pn x tau nk sebut pn ya allah berdosanya sy.
masa sy te gah solat bleh plak dtg tetiba imej babi pastu sy jd x kusyuk solat n terpaksa berhenti n beristifar.
lpas pada tu imej babi n dye ckp eh b*** lah allah.astafirullah berdosanya sy.lpas tu sy jd takut nk solat risau bila solat dye dtg lg imej dan kata2 buruk pada allah.skang jd takut nk beribadat.ade sape2 boleh tolong sy? sy ni dah kenapa?ia pintasan hati atau kata hati? ya allah sy sngt takut.ape dah jd ngn sy? malah walau bukan waktu solat pn dtg kata2 n perasaan nie.subhanallah ape nk buat nie? demi allah sy x kata benda2 buruk pada allah tp hati sy seolah2 berkata2 sendiri.sape yg boleh tlong pulihkan sy
Sama juga dengan saya. Tp Allah maha mengetahui.
Deletesaya ada penyakit yg sama..Allahu Akhbar hanya tuhan maha mengetahui..Demi Allah saya pun x kata bnda bnda buruk kepada Allah.. saya anggap ni satu jihad
Deletemasih lg kene ganggu smpai skarang ke?��
ReplyDeletesemoga kalian semua cepat sembuh. Ameen :)
ReplyDeleteSame thing happened to me. Sedih rsanya
ReplyDeleteHmmm saya bukan time solat je kena dalam kehidupan seharian pon kena😞.Sedih hati ni hanya Allah shj yang tahu😔
ReplyDeleteSy pun sama...dlm solat mencarut2 kt Allah..lps tu waktu biase pun ade..umpama zikir tp sebut perkataan carut2...dh byk kali berubat tp dtg balik..
DeleteTeruskan berzikir kepada Allah..lawan gangguan ini..sy pun tengah berjuang..kadang2 sampai ganggu fizikal..tengah taip ni pun dia kacau..semoga Allah bagi perlindungan pada jita semua
DeleteRamai juga yang senasib. Dalam hati Hanya Allah y tau mcm mana rasanya nk tahan dari terlafaz kata2 yang menghina Allah. Tp tetap terucap dlm hati. Masa solat masa zikir masa baca alquran. Semoga Allah mengampuni dan menerima kita sebagai hambanya yang beriman kepadaNya. Dh 3 tahun kena. Dia dtg secara tiba2.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteNk tnya adakah batal solat jika telah berubah niat dgn tidak sengaja
Seperti dia sudah niat untuk sembahyang maghrib ttp hati dia terlintas yg dia mahu solat isya'..ia seperti muncul secara tiba2
Sehinggakan dia perlu mengulangi solat maghrib itu berulang Kali tp is tetap terlintas dalam hatinya
Adakah ianya dimaafkan krn dia tiada niat untuk sembahyang isya' ttp niat itu terlintas dalam hatinya
Saya pun ada masalah tu. Now stress. Ustaz cakap jangan layan nanti bole gila. Cakap kat Allah. Aku tiddak berdaya bantulah aku. Bersihkan hati kalau kata hina Allah dam Rasul. Kita puji balik.
DeleteAsalamualaikum...sy pun ada penyakit hati yg sama..hati kuat bermain² ketika solat bejemaah, lagi² waktu subuh..yg peritnya terasa imam dan jemaah perasan hati ni berkata yg bukan2..allahuu.. lama² jadi serabut otak...kadang terasa tobia nk pergi masjid..sy masih lagi tercari² jwapan..Solusi yg ampuh..Semoga Allah melindungi kita dari segala ganguan dan hasutan syaitan yg d rejam
ReplyDeleteJangan layan setan tu..teruskan istiqomah solat subuh berjemaah..tu memang target dia nak kita putus asa..dan lg mudah dia nak was2 kan kita..sy pun kena jugak ni..lawan terus..ingat pada Allah..minta perlindungan dari Nya..Allah maha besar lagi maha mengetahui..
Delete