Friday, January 23, 2009

keadaan kaki semasa sujud

salam ustaz,

ada soalan drpd shbt ana, sepertimana diketahui, anggota sujud masa solat ialah tujuh. 2 drpdnya ialah perut jari kaki.

so, soalannya, adakah sah solat sekiranya kaki tidak mencecah sejadah, atau memacakkan kaki, atau melipat kaki kebelakang dengan sengaja. adakah sah solatnya, n apakah hukumnya.

sekian wassalam

***************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kedar kemampuan yang ada Insya-Allah.

Anggota sujud ada 7 bahagian sebagaimana salah satu hadithnya Nabi saw :-

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ
"Aku telah memerintahkan untuk sujud dengan 7 tulang : dahi, dan dia mengisyaratkan kepada hidungnya, dua tangan, dua lutut dan hujung tapak kaki......" [Hadith Riwayat Bukhari #812, Muslim #490].

Imam al-Nawawi rh didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan :

لَوْ أَخَلَّ بِعُضْوٍ مِنْهَا لَمْ تَصِحّ صَلاته
"Jika meninggalkan salah satu darinya, maka tidak sah solatnya"

Berkata Dr Wahbah al-Zuhaily :-

واشترط الشافعية أن يكون السجود على بطون الكفين وبطون أصابع القدمين، أي أنه يكفي وضع جزء من كل واحد من هذه الأعضاء السبعة كاجبهة، والعبرة في اليدين ببطن الكف، سواء الأصابع والراحة، وفي رجلين ببطن الأصابع، فلا يجزئ الظهر منها ولا الحرف.
"Syarat Mazhab Syafie bahawa sujud dengan kedua-dua tapak tangan dan hujung jari kedua-dua kaki, maksudnya mencukupi meletakkan sebahagian dari setiap satu anggota yang tujuh, seperti dahi, kedua-dua tapak tangan dan jari, dan kedua-dua kaki yang bermaksud hujung tapak jari kaki, BUKANLAH belakang atau hujungnya. " [al-Fiqh al-Islami wa adillatuh,cet ke 3 (1989), 1/662]

Maka kedudukan kaki yang menjadi syarat sujud adalah hujung tapak jari kedua-dua kaki, dan bukan hanya hujung jari kaki.

Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka Imam al-Nawawi kata tidak sah solatnya. Akan tetapi, jika dia tidak melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima. WA.

Sekian, wassalam

4 comments:

  1. aslmkm.saya nak bertanya kpd ustad.semasa kita sujud,boleh atau tidak klu kedua2 kaki dirapatkan atau tidak?dan apa hukumnya?

    ReplyDelete
  2. dalam contoh selalu ada sedikit renggan antara kedua kaki tu, kalau rapatkan pun tak salah tapi boleh resa penah mengganggu khusyuk

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum...

    Adakah lipat kaki itu ada khilaf atau ijma' pada pendapat ulama-ulama muktabar... seperti dari mazhab selain mazhab syafie...???

    ReplyDelete
  4. mkash untuk tulisannya ,... :)

    ReplyDelete