Salam
Mohon ahli panel mengulas hadith berikut
Dari Thawus r.a katanya:”Kami bertanya kepada Ibnu Abbas mengenai hukum duduk di atas kedua tumit. Jawab Ibnu Abbas;”Hukumnya sunat.” Kami berkata:”kami lihat janggal (jarang) orang duduk seperti itu.” Jawab Ibnu Abbas:”Tetapi begitulah sunnah nabi s.a.w.”
Apakah dimaksud duduk antara dua tumit di atas?
***********************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Duduk ini dipanggil sebagai duduk Iq'aa', iaitu duduk diatas kedua-dua tumit. Ia memang sunnah sebagaimana yang di riwayatkan didalam hadith Muslim mengenai kata-kata Ibnu Abbas ra. tersebut. Caranya - kedua-dua kaki ditegakkan, dan kedudukan punggung diatas kedua-dua kaki. Ilustrasinya boleh dilihat pada imej yang dikepilkan. (http://al-ahkam.net/home/modules/MDForum/files/duduka2s_634.jpg)
Menurut Syeikh Torifi, bukanlah duduk Iq'aa' ini duduk yang larang oleh Nabi saw, iaitu seperti Iq'aa' anjing. Berkata Abu Hurairah r.a. :
ونهاني خليلي صلى الله عليه وسلم عن إقعاء كإقعاء الكلب
"Kekasihku Rasulullah saw telah melarangku untuk duduk seperti anjing" - Riwayat Al-Thayalisi, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah.
Menurut Abu 'Ubaidah dan yang lain-lain ialah duduk yang dimasukkan oleh hadith diatas ialah : kedua-dua tapak kaki ditegakkan kemudian duduk dilantai antara dua kaki tersebut dengan dua tangan menekan dilantai.
Sekian, wassalam
Nice shaare
ReplyDelete