Friday, January 23, 2009

sunat ab'ad

assalamualaikum...

ana nak tanya betul ke doa qunut dan tahiyat awal termasuk dalam sunat ab'ad? yang mana kalo tertinggal tidak akan membatalkan solat? tanpa perlu sujud sahwi?

***************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Di dalam feqah mazhab Syafie, Qunut Subuh, Duduk tasyahhud (tahiyyat) awal, bacaan tasyahhud awal, berselawat dalam tasyahhud awal, semua itu adalah sunat Ab'aadh.

Jika tertinggal kerana lupa atau sengaja, tidak menjejaskan sah solat. Dan disunatkan sujud sahwi hatta jika sengaja meninggalkan. Bila sebut 'sunat sujud sahwi' ertinya kalau tak sujud pun, tak menjejaskan solat.
(Minhaj Talibin m/s 110).

- Pendapat yg kata 'tasyahhud awal' sunat, bukan wajib, dinisbahkan oleh Imam Nawawi kepada majoriti ulama. Katanya: Ia juga adalah pendapat kebanyakan ulama, antaranya: Malik, Al-Thauri, Al-Auzaie, dan Abu Hanifah. Berkata Syeikh Abu Hamid (iaitu: Al-Isfirayini): Ia adalah pendapat sekalian ulama.
(Majmuk 3/450).

- Dalil sunatnya tasyahhud awal ialah: Hadis Buhainah iaitu Nabi bersolat Zohor dengan sahabat. Lalu baginda bangun pada rakaat kedua, dan tidak duduk (tasyahhud awal). Apabila selesai solat, ketika sahabat menunggu baginda memberi salam, Nabi SAW sujud 2 kali sebelum memberi salam. Kemudian memberi salam.
HR: Bukhari (no: 795), dan Muslim (no: 570).

- Manakala yang mewajibkannya pula: berdalil hadis "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang". Dan dimaklumi baginda bersembahyang dengan adanya tasyahhud awal.

3 comments:

nur naziihah said...

aslm...kalo tidak membaca doa qunut ketika solat subuh..adakah ia membatalkan solat tersebut??

Maiya said...

Bacaan qunut ketika solat subuh merupakan sunat ab'ad. Jika ditinggalkan, tidak menjejaskan solat dan disunatkan untuk sujud sahwi.

Anonymous said...

Tak batal, doa qunut sunat

Post a Comment