Friday, January 23, 2009

Doa Selepas Tahiyat Akhir

Salam

sy pernah mendengar bahawa ada doa yg dibaca slps tahiyyat akhir sblm salam.

Adakah doa ini thabit dr Rasullullah s.a.w? Jika ya, diharapkan agar dapat diberikan hadith yg berkenaan agar dpt saya dan pengunjung laman ini mengamalkannya.

Terima kasih.
Wassalam

******************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Telah dijawab dalam soalan: SJ-07-0077 : doa semasa tahhiyat akhir?
jawapannya adalah seperti berikut:

Quote:
Sabit dalam hadis2 sahih Nabi SAW berdoa sebelum memberi salam, dan menggalakkan kepada umatnya. antaranya:
- hadis Ibn Masud: "Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa2 yg paling dikaguminya". HR Bukhari dan Muslim.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan sepakat seluruh org2 Islam. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yg tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi sembahyangnya.

Quote:
Berikut adalah beberapa doa yg diriwayatkan:

pertama:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)

kedua:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
Ertinya: "Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau." (Muslim 1762).

ketiga:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang." (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).

14 comments:

Guest said...

salam
tentang bacaan doa selepas tasyahud ni, adakah kiter boleh membacanya scr lisan ataupun kita hanya perlu berdoa dalam hati sahaja?

Admin said...

Bacaan denan suara rendah sekadar boleh dengar sendiri tidak mengganggu makmum sebelah kalau solat jemaah...

Anonymous said...

Alhamdulillah..

Terima kasih kerana post yang amat bermanfaat ini..

Syukran jaziilan..

Anonymous said...

assalamualaikum..apa kah hukum jika seseorang itu berjemaah solat subuh,kedudukan di saf pertama berhampiran imam..tapi bkn betul2 belakang imam, selepas beri salam kiri kanan ia berdoa sendiri dan terus beredar..?ada kah hukum perbuatan ia tidah hormat dgn imam @ tidak hormat jemaah yang menghampiri imam?

Anonymous said...

as'salam...
adakah bole kite solat sunat tahjud 5 minit lagi sebelum masuk waktu subuh?

Admin said...

w'salam...
berdoa sendiri selepas solat jamaah adalah lebih menepati sunnah... tidak salah berbuat begitu mungkin ada yang berkata dlam hati agaknya maklumlah amalan tradisi tempat kita ni terlau sukar untuk ditinggalkan...

Admin said...

w'salam...

boleh saja solat tahajud sebelum waktu subuh terutamanya sewaktu bangun dari tidur... WA

A&Y said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam,
Adakah boleh kita berdoa apa saja dunia mahu pun akhirat( dlm bahasa arab...cth murahkan rezeki, anak yg soleh, tolak bala, elak sihir ) slps tahiyyat akhir sblm salam?

guguga said...

Ada 3 doa yg tuan blogger nyatakan di atas...kalau baca satu saja boleh? Atau dua saja? (utk permulaan)

hak55 said...
This comment has been removed by the author.
hak55 said...

Di sekolah Arab/Agama semasa kecil-kecil dulu, kami diajar membaca doa ini:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

dan kami digalakkan membacanya sewaktu bersolat.

As - Salaam. HAK

Azri said...

Assalamualaikum Ustaz,

Bolehkah kita baca doa di atas dengan kata nama jamak? Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,
bolehkan bacaan doa selain yg nabi ajar dalam tahyat sebelum salam contohnya minta berjaya dalam pekerjaan, pelajaran etc didalam bahasa melayu dibaca secara jelas?..ke kena baca secara dalam hati kerana akan batalkan solat sekiranya baca dalam bahasa selain arabic dan tidak baca doa apa yang nabi ajar?..mohon penjelasan

Post a Comment