Tuesday, December 30, 2008

Masalah Buang Angin

Salam

Alhamdulillah... Jazaka Allahu Khairan... kat para ahli panel feqh... kerana menjawab soalan saya sebelum ini iaitu sambungan sedikit anjing dan masalah kentut/angin.

ya,saya masih ingin memohon jawapan/penerangan daripada panel feqh.. ini kerana soalan2 saya ini terpendam lama sebab tak dpt nak register dan tak dpt nak kemuka soalan. alhamdulillah,skrg saya dpt guna kemudahan ini.

mengenai masalah kentut/angin,saya masih menghadapinya setiap hari. utk pengetahuan panel feqh,time bulan Ramadhan,pun ada gejala kentut juga.

saya nak tanya,apakah yg saya perlu buat jika masalah angin/kentut ni dtg pada waktu saya sedang solat? apakah menahannya? apakah blh solat terus kerana masalah ini sukar nak dielakkan? nak tau,masalah kentut saya ni berterusan juga,selang 10 minit gitu. ia mmg membingungkan.. apakah haram meneruskan solat jika kentut dtg pada waktu itu sedangkan saya cuba sedaya upaya menahannya? apakah kena qada solat ke waktu lain? apakah ada rukhsah mengenai ini? sebab setakat ni,saya masih tercari-cari juga penyelesaian. ia mmg kentut dan ada angin keluar dari dubur saya...

1 lagi,saya ada kesukaran disebabkan masalah byk kentut/angin. saya ada terbaca angin ini ada keluar dlm bentuk cecair dan gas. jika keluar dlm bentuk cecair,maka ada najis lah pada seluar saya kan.. kadang2 ia berlaku semasa saya keluar dari rumah,jadi,saya tak dpt tukar seluar itu kan jika di luar rumah. apakah blh solat? kalau di rmh itu,saya ada khususkan baju,seluar dan seluar dlm utk solat sahaja. tapi jika di luar rumah,macam mana ye? mohon penerangan...

saya pernah terbaca 1 hadis Rasulullah SAW,bunyinya mcm ni,jilatan kucing kena dicuci sebyk 3 kali.. minta maaf,saya tak dpt jumpai hadis tersebut yg lengkap tapi saya ingat bunyinya mcm itu. jadi,apakah jilatan kucing itu termasuk najis pertengahan?

nak tau,kami ada pelihara 1 kucing. lagipun,saya selalu berjumpa dgn kucing2 liar utk beri makan. jadi,saya suka pegang/main2 dgn kucing ini.. saya ada ternampak juga kucing ni ada jilat2 pada bahagian badannya. jadi,jika saya pegang/sentuh badan kucing itu,apakah najis itu akan berpindah pada saya? atau pun jika kucing itu menjilat tangan saya,baru dikira najis itu pada tangan saya? wajib dicuci 3 kali kan dgn air? mohon penjelasan...

Jazaka Allahu Khairan...

---------
Wassalam

al-Jawab:

Nampaknya masalah kentut ni masih belum selesai lagi.

Dari apa yang anda ceritakan itu, maka anda termasuk dalam orang yg udzur sama seperti orang yang menghadapi salisul baul atau kencing tidak lawas atau dedas. Dalam keadaan begini, Islam memberi anda kelonggaran dengan dalil-dalil berikut:

" Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu." AQT 64 (atTaghaabun) 16

Dalil hadith:

"apabila aku perintahkan sesuatu perkara, maka kerjakanlah semampu kalian." Bukhari (7288), Muslim (1337)

Caranya: anda berwudhu' setiap kali hendak solat dan jika terkeluar semasa solat, maka ia tidak membatalkan solat kerana ia diluar kawalan anda lagi. Maka jika anda hendak solat yang lain, maka hendaklah berwudhu' yg baru dan jika masih terkentut, maka ia tidak membatalkan solat. Rukhsah ini diperakui oleh madzhab Hanafi, Syafi'iy dan Hanbali. Disamping itu anda hendaklah berusaha mencari penyembuh kepada banyaknya angin yang berada dalam perut anda serta banyak berdo'a kepada Allah SWT ( Syaikh Abu Malik as-Sayyid Salim, Sahih Fiqh Sunnah, edisi terjemahan, Pustaka atTazkia, 1/133)

2. Quote:
saya ada terbaca angin ini ada keluar dlm bentuk cecair dan gas

Kentut yang keluar dalam bentuk cecair itu adalah najis dan dinamakan terkicit dalam bahasa daerah. Tahi manusia adalah naji yang tidak dimaafkan. Maka anda hendaklah membersihkan dubur dan mendapatkan pakaian yang lain utk bersolat. kebanyakan surau atau mesjid ada menyediakan kain untuk musafir.

3. jilatan kucing
Quote:
jilatan kucing kena dicuci sebyk 3 kali

Jilatan kucing tidak najis. Kita sudah bahaskan dalam syarah Fiqh Sunnah, lihat hadith dalil # 50 dalam Fiqh Sunnah oleh al-Sayyid Sabiq.
hadith abi Qatadah, "Sesungguhnya kucing bukanlah najis, melainkan termasuk hewan yg berkeliaran di sekeliling kamu jua."
Adapun pendapat yang mengatakan jilatan kucing dibasuh tiga kali adalah pendapat madzhab Hanafi bila kucing memakan najis atau bangkai, maka hendaklah dibasuh 2-3 kali (Prof Hasbi Siddiqi (Fiqah Islam, 1/61) WA

Tertib Bacaan Surah Dalam Solat

salam kepada semua...

surah lepas fatihah dalam solat, kenapa kita kena baca ikut tertib kalau ikut quran dari kanan ke kiri. contohnya rakaat pertama baca surah qulhuallahu ahad. jadi rakaat kedua, kena baca surah al-falaq, atau an-naas. x bleh baca surah al-kafirun atau yg sebelumnya.

apakah hukum kalau kita buat sebaliknya? status solat?

trma kasih. wassalam

wa'alaikumussalam

-----------------
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan stutroop dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ulama' khilaf mengenai susunan surah didalam al-Quran. Beberapa mushaf mempunyai aturan surah yang sedkit berbeza, contohnya Mushaf Ibn Mas'ud ra.

Mengenai aturan surah didalam solat, berikut adalah beberapa dalil bahawa membolehkan membaca surah tidak menurut susunannya.

a. Terdapatnya dalil dari Hudhaifah ra. yang pernah bersolat dengan Nabi saw, dimana baginda membaca al-Fatihah, diikuti dengan surah al-Baqarah, di ikuti dengan surah al-Nisaa' , dan barulah surah Aal 'Imran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim (# 772).

Didalam mensyarahkan hadith ini, Imam Nawawi memetik kata2 Qadi Ayyad : larangan salaf membaca al-Quran terbalik ditafsirkan sebagai mereka yang membaca dari hujung surah ke awal surah, dan bukannya aturan surah, yang merupakan permasalahan ijtihad.

b. Telah diriwayatkan oleh Anas ibn Malik ra., terdapat seorang lelaki dikalangan Ansar yang menjadi Imam di Masjid Quba, yang membaca surah al-Ikhlas pada 2 rakaat pertama solatnya. Apabila ditanya oleh baginda saw, dia menjawab "Aku mencintainya". Maka Baginda pun berkata :

حبك إياها أدخلك الجنة
"Cinta kamu membenarkan kamu memasuki Syurga" [Hadith riwayat al-Bukhari secara mu'allaq].

c. Para sahabat juga pernah membaca ayat tidak mengikut susunan. Al-Ahnaf pernah membaca dalam rakaat pertama al-Kahf, dan surah Yusuf atau Yunus dalam rakaat kedua, dan beliau mengatakan bahawa dia pernah bersolat dibelakang Umar ra. dan beliau melakukan bacaan yang sama [berkata al-Bukhari).

Kesimpulannya, tidak ada masalah jika surah yang dibacakan terbalik dan solat tersebut sah. WA.

Sekian, wassalam

Solat Tanpa Qiam

Salam
bolehkah seseorang yang bermazhab syafie bersolat tanpa qiam?

Wassalam

_________________
Salam

Telah sabit dari al-Quran, sunnah dan ijma' bhw hukum qiam atau berdiri dalam solat fardhu adalah wajib. Adapun utk solat sunat, tidak wajib. Berikut saya lampirkan petikan feqhussunnah.

---------

3. BERDIRI PADA SHALAT FARDHU.

Hukumnya wajib berdasarkan Kitab, Sunnah dan Ijma’ bagi orang yang kuasa.

Firman Allah Ta’ala:
Artinya:
“Peliharalah shalat itu, begitu pun shalat ‘Ashar, dan berdirilah di hadapan Allah dengan khusyuk dan merendahkan din!

Dan dari ‘Imran bin Hushain, katanya:
Artinya:
“Saya kena sakit bawasir, maka saya tanyakanlah kepada Nabi saw. mengenai shalat. Maka ujarnya: “Shalatlah dengan berdiri, jika tidak kuasa, maka sementara duduk, dan jika juga tidak kuasa, maka dengan berbaring!” (H.r. Bukhari)

Dan mengenai soal ini, para ulama sama sekata, sebagaimana mereka sekata pula atas sunatnya merenggangkan telapak kaki sewaktu berdiri itu.

Berdiri di waktu shalat sunat.
Mengenai shalat sunat, boleh dilakukan sementara duduk, walaupun seseorang itu kuasa berdiri. Hanya pahala orang yang berdiri lebih sempurna dari pahala orang yang duduk. Diterima dari Abdullah bin Umar r.a.:
Artinya:
“Disampaikan berita kepadaku bahwa Rasulullah saw. bersabda: “Shalat seseorang sementara duduk, sama nilainya dengan separoh shalat.” (H.r. Bukhari dan Muslim).

Tak kuasa berdiri pada shalat fardhu.
Orang yang tak kuasa berdiri pada shalat fardhu, hendaklah ia shalat menurut kemampuannya. Dan Allah tidaklah akan membebani diri kecuali sekedar kemampuannya, dan orang itu tetap akan beroleh ganjaran penuh tanpa kurang sedikit pun.

Dan Abu Musa bahwa Nabi saw. bersabda:
Artinya:
“BiIa seseorang hamba sakit atau dalam perjalanan, maka Allah akan mencatat pahala amalannya sebesar apa yang dikerjakannya sewaktu lagi sehat dan mukim.” (H.r. Bukhari).

0061. Fiqh Sunnah ( Kaifiat Solat : Fardhu Solat - Berdiri Pada Solat Fardhu)

-------

sekian. WA.

Wassalam

Wednesday, December 17, 2008

Solat Sunat Dhuha

Bolehkah Ustaz terangkan berkaitan tentang solah isyrak dan duha?
Adakah sama atau solah yang berbeza?

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menerangkan dengan kadar yang mampu perbezaan atau persamaan diantara Solat Duha dan Solat Isyraaq yang sdr anakmurid tanyakan, Insyaallah.

Kedua istilah Solat ini menunjukkan Waktu atau masa sejenis Solat sunat itu dilakukan. Dari segi bahasa (الإشراق) Isyraaq menunjukkan terbit atau naik atau cahaya (emerge, rise, light). Duha (ضُحًى ) bermaksud waktu diantara pagi hingga tengahari atau 'forenoon'. Dengan kata lain Solat Duha dan Isyraaq menunjukkan Solat Sunat diwaktu terbit matahari dipagi hari.

Bila waktu Solat Duha?

Sheikh Ibnu Utsaimin didalam Al-Sharh al-Mumti’(4/122) menyatakan bahawa waktu solat Duha ialah :

من طلوع الشمس وارتفاعها إلى قبيل وقت صلاة الظهر . ...

".... dari Terbit matahari pada ketinggian tertentu sehingga sebelum waktu Solat Zohor"

Dengan ertikata lain, beliau mengatakan bahawa waktunya kira-kira :

بعد شروق الشمس بربع ساعة إلى قبيل صلاة الظهر بعشر دقائق

"Selepas naik matahari 1/4 jam sehingga 10 minit sebelum zohor"

Apakah Solat Duha dan Israaq itu solat yang sama?

Diatas tadi kita membincangkan bahawa dari segi istilah, kedua-dua solat ini menunjukkan Solat Sunat yang dilakukan pada waktu pagi selepas terbit matahari. Ulama'-ulama' mengatakan bahawa kedua-dua Solat ini sama sahaja, ia tidak berbeza, dimana Solat Isyraaq juga menunjukkan Solat Duha. Solat Israaq ialah merupakan Solat Duha yang dilakukan sebaik sahaja matahari terbit di ketinggian tertentu dengan istilah "SURUUQ" (شروق). Sheikh Abdul Aziz bin baaz (majmu' fataawa, 11/401) mengatakan :

صلاة الإشراق هي صلاة الضحى في أول وقتها .

"Solat Isyraaq ialah Solat Duha diawal waktunya"

Menurut seorang ulama Saudi terkenal, Sheikh Saami Majid mengatakan beliau tidak berjumpa dengan sejenis solat yang berasingan yang dinamakan Solat Al-Israaq, melainkan ia dinamakan dari Solat Duha. Jelas beliau :

لايعرف في الشرع صلاة مستقلة تسمى صلاة الإشراق ، وإنما ورد تسمية صلاة الضحى بصلاة الإشراق

"Tidak diketahui didalam syara' Solat yang bersendirian dinamakan Solat Isyraaq, dan sesungguhnya Solat Israaq itu datang dari nama Solat Duha".

Maka kesemua waktu diantara terbit matahari dan sebelum waktu Zohor dipanggil waktu Duha.

Sheikh Abdul Aziz Bin baaz (Majmu' fatawa 11/395) mencadangkan bahawa:

والأفضل صلاتها بعد اشتداد حر الشمس لقول النبي صلى الله عليه وسلم :
( صلاة الأوابين حين ترمض الفصال ) رواه مسلم ( 748 )

"Seafdal-afdal Solatnya ialah selepas matahari menjadi panas, dimana Nabi saw bersabda :'Solat Al-Awaabeen semasa Unta muda merasakan panas (akibat matahari yg panas)'. Hadith riwayat Muslim#748.

Hadith ini juga menujukkan juga bahawa nama lain bagi Solat Duha ialah Solat Awaabiin.

--------------

Solat selepas terbit matahari merupakan salah satu solat yang dikatakan sunat mua'akad, yang amat digalakkan umat Islam melakukannya. Jika dilakukan sejurus selepas masuk waktu Syuruuq, maka ia namakan juga sebagai Solat Al-Isyraaq. Menurut pengarang buku Al-Ikhthaa' Al-Mushalliin (ms.173), Muhammad Sidiq Al-Minshawi, salah satu kesilapan ramai dikalangan orang yang bersolat ialah meninggalkan Solat DUHA kerana Jahil, bahkan ada yang tidak tahu langsung akan wujudnya Solat Duha. Insyaallah, marilah kita saling ingat-mengingati diantara satu sama lain agar dapat menghidupkan solat Duha ini didalam kehidupan seharian kita. Akhir sekali, didalam sebuah Hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang kami ambil terjemahannya, dari Abu Hurairah (ra) pernah mendapat pesanan Nabi saw, kata beliau:

"Khalil ku (Sahabat ku, - iaitu Nabi saw)menasihatkan ku akan perihatin keatas 3 perkara dan tidak meninggalkannya sebelum aku mati :
1. melakukan Puasa 3 hari didalam sebulan
2. menunaikan Solat Duha
3. menunaikan Solat Witr sebelum Tidur"

wallahu 'alam
-wassalam-

-------
Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz. Majmu' Fatawa - 11 Riyad : Dar Al-Watan, 19??.

2. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. Riyad : Dar Al-Watan, 1997. ms 335

3. Sheikh Saami Majid. Perbezaan Solat Isyraaq dan solat Duha. Fatwa IOL. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=84316

4. Muhammad Sidiq Al-Minshawi. Al-Ikhthaa' Al-Mushalliin Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996. ms 173.

Qadha Solat Subuh Yang Banyak Tertinggal

Salam

Sebagai manusia biasa yang sentiasa dalam kejahilan kita selalu membuat kesilapan, dan Allah SWT menyuruh kita sentiasa memperbaiki iman dan amalan kita dengan cara yang ditunjukkan nabi kita Muhammad SAW.

Bagaimana mahu menqoda semula solat subuh yang tertinggal. Bolehkah ditinggalkan bacaan qunut.

Semoga hujjah dari tuan2 menambahkan lagi ilmu dan seterusnya membina yakin dalam amalan dan membuahkan amalan yang soleh



Jawapan ini dipetik dari Al Fadhil ustaz THTL...
Qadha Solat:
"Hukum qadha solat yg luput dgn sengaja adalah batil dan bid'ah dhalalah. Ini pendapat kaum Zahiri (Daud dan Ibn Hazm), Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Salafiyah Saudi Arabia dan Imam Syawkani.
Dalil: S. Maryam: 59-60; al Ma'uun: 4-5 dan Talaq: 1
Dalil-dalil hadis semuanya mengisyaratkan Qadha hanya bila berlaku illat lupa atau tertidur sahaja.
b. Pendapat Jumhur fuqaha' (empat madzhab besar) pula menetapkan adanya hukum qadha bagi solat yg luput dgn sengaja. Cara menetapkan hukum qadha ini dgn QIAS. Jika solat yg luput dgn sebab tertidur dan lupa diwajihkan qadha, maka apatah lagi jika ditinggalkan dgn sengaja bertambahlah wajibnya.
Manakah pendapat yg lebih kuat atau rajih?
Thtl memilih pendapat pertama kerana ibadah mesti thabit dgn nas. Tapi jika anda ingin kekal dgn pendapat jumhur juga boleh kerana kemuktabaran empat madzhab fiqih yg masyhur itu."
...berkenaan doa Qunut pula bagi Mazhab Syafie ianya adalah sunat muakaad. Tunggulah jawapan yg lebih detail dari Al-Fadhil Ustaz sekalian, saya pun ingin mengetahuai apakah pendapat Al-Ahkam berkenaan doa qunut ini?

Sujud Seperti Anjing

YB Ustaz.
1.Saya ingin penjelasan tentang satu hadis yg melarang sujud seperti anjing> Adakah semua mazhab empat mengakui kesahihan hadis ini> adakah hanya imam syafiee yg mengtakan sujud spt ini tidak sah>
2. Apkah yg dimaksudkan olehsujud spt anjing ini? adakah hujung jari hingga hujung siku menenai lantai?

penerangan 1 n 2 diatas amat saya hargai kerana saya melihat golongan tabligh yg ramai sujud sperti ini> Adakah sah solat mereka jika tidak tahu berkenaan persoalan ini

Walaikumussalam.

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan yg sdr alijimmm kemukakan dengan sekadar ilmu yang sedikit, Insyaallah. Terima kasih Semutapi (yang banyak membantu Soal-Jawab al-ahkam) kerana melampirkan jawapan dari Persatuan Ulama Malaysia.

Benarlah dengan apa yang telah dinyatakan oleh jawapan PUM diatas permasalahan diatas. Sah solat mereka, akan tetapi ia dikategorikan sebagai orang yang melakukan kesalahan didalam solat, ia mengurangkan pahala solat malah ia mengurangkan darjat kekhyusukkan. Tidakkah solat ini berdasarkan hadith Nabi saw:

{{صلوا كما رأيتموني أصلي}}

"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat".

Ketahuilah, sebaik-baik solat ialah dengan menurut sifat atau cara Nabi saw bersolat!

Disini, kami cuba memaparkan beberapa petikan dari ulama'-ulama' yang menjelaskan kesalahan yang dinyatakan diatas, dan kemudiannya akan cuba menjawab persoalan yg sdr alijimmm kemukakan.

-------------
Kesilapan didalam sujud yang disamakan seperti cara anjing.

Disebalik meniru cara-cara Nabi saw, ada juga manusia yang telah meniru secara tidak langsung gaya-gaya binatang (lihat Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtaa' Al-Mushaaliin). Ini termasuklah meniru gaya anjing didalam sujud mereka. Sunnah didalam sujud bagi meluruskan sujud sebagaimana yang diriwayat oleh Anas bahawa Nabi saw bersabda :

{{اعتدلوا في السجود ولا يبسط أحدكم ذراعيه انبساط الكلب }}

"Luruskanlah kalian dalam sujud dan jangan kamu menghamparkan kedua lengannya seperti anjing menghamparkan kakinya" - Riwayat al-Bukhari no:788, Muslim n:493.

Sheikh Ibn Utsaimin (Al-Sharh Al-Mumti', 3/168) didalam mengulas hadith diatas, beliau mengatakan :

أي: اجعلوه سجوداً معتدلاً ، لا تهصرون فينـزل البطن على الفخذ، والفخذ على الساق ولا تمتدون أيضاً كما يفعل بعضُ النَّاس إذا سجد، يمتد حتى يقرب مِن الانبطاح، فهذا لا شكَّ أنَّه مِن البدع وليس بسنَّةٍ، فما ثبت عن النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم ولا عن الصحابة فيما نعلم أنَّ الإنسانَ يمدُّ ظهره في السجود ، إنَّما مَدُّ الظهر في حال الركوع ، أما السجود فإنَّه يرتفع ببطنه ولا يمده.

"hendaklah meluruskan sujud, jangan membongkok ketat sehingga perut direhatkan diatas Peha, dan tidaklah melebarkan sebagaimana orang melakukan semasa mereka sujud, sehinggakan kelihatan solah-olah ia sedang berbaring menggunakan kepala mereka. Tidak dapat dinafikan, ini merupakan satu bid'ah dan bukan sunnah. Ia tidak diriwayatkan dari Nabi saw, atau mana-mana Sahabat, sejauh yang kami tahu, seseorang itu hendaklah memanjangkan (stretch) belakangnya semasa sujud. Dia juga harus memanjangkan belakangnya semasa rukuk, tetapi didalam sujud ia harus menaikkan perutnya dan bukan menghadapankannya".[1]

--------
Menurut Muhammad Sideq Al-Minshawi, menghamparkan tangan yang dilihat seolah-olah berbaring merupakan satu kesalahan didalam solat, dan ia bertentangan dengan Hadith Nabi saw. Kata beliau :

بسط الذراعين، وضم الإبطين : هذا من الأخطاء المنتشرة عند مصلين، هو مخالف لهديه (ص): ((فكان لا يفترش ذراعيه، بل كان يرفعهما عن الأرض ويباعدها عن جنبيه حتى يبدو بياض إبطه من ورائه)).

وكان النبي (ص) يقول : ((ولا يفترش أحدكم ذراعيه افتراش الكلب))، في رواية : ((لا يبسط )).

"Menghamparkan lengan dan termasuk ketiak : Perkara kesalahan ini sangat berleluasa dikalangan orang yang bersolat[a], ia adalah bertentangan dengan cara Nabi saw : ((Beliau mengangkat kedua lengannya dari lantai dan menjauhkannya dari lambungnya sehingga warna putih ketiaknya terlihat dari belakang))

Nabi saw bersabda : ((dan jangan berbaring seseorang diatas lengannya seperti berbaring anjing)) didalam riwayat lain : ((dia tidak menghamparkannya))[c]."[2]

------
Begitu juga dengan pendapat Ibnu Taimiyah[3], kata beliau :

وهذا من المخالفات التي شاعت وانتشرت بين المصلين، وهذا أمر مخالف لهدي النبي (ص).

"Ini merupakan satu perlanggaran yang berleluasa dikalangan mereka yang bersolat, dan ini adalah perkara yang melanggar petunjuk Nabi saw."

---------
Shiekh Nasyiruddin Al-Albani didalam Ringkasan Sifat Solat Nabi menyatakan bahawa wajib meninggikan tangan agar tidak terkena tanah. Kata beliau :

ويرفع ذراعيه عنالأرض، وجوباً، ولا يبسطهما بسط الكلب.

"Harus menjauhkan lengannya dari tanah, dan ini wajib, dan TIDAK meletakkan (melebarkan)ianya di tanah seperti anjing."
--------

Jawapan :

1. Larangan sujud seperti anjing bukanlah khilaf dikalangan ulama', bukan sahaja Imam Syafie yang melarang berkata begitu, bahkan semua Imam mazhab melarangnya. Al-Minshawi mengkategorikan permasalahan sebagai kesalahan yang tidak diperselisihkan oleh para ulama fiqh (أخطاء لاخلاف فيها). Kesemua hadith-hadith diatas, seperti mana didalam buku yang ditulis oleh Minshawi merupakan hadith-hadith sahih (a. Al-Bukhari 2/351, b. Al-Bukhari no: 807 dan c. Al-Bukhari no:822).

2. Gambaran sujud seperti anjing ialah : melepaskan tangan ditanah (dari siku hingga tapak tangan), tidak nampak ketiaknya dari belakang dan kelihatan seolah-olah orang tersebut tidur.

Sebagaimana yang kita sebut diatas, solatnya masih sah. Apa yang berlaku ialah seseorang iaitu telah melakukan perkara-perara yang salah didalam solat. Dengan kata lain. melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Hadith Nabi saw. Tidak kiralah jemaah mana yang melakukan, perkara ini akan mengurangkan pahala didalam solat dan menjejaskan kekhusyukkan solat. Moga-moga Allah swt memebri kita kekuatan menghindari perkara-perkara yang salah didalam solat. Amin. Wallahu 'alam.

-wassalam-

===========
Rujukan :

1] Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Sharh Al-Mumti' - 3. Riyad : Muaasasah Al-Risalah.

2] Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhtahu' Al-Mushalliin. Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996 ms 91.

3] Sheikh Ibnu Taimiyah. Fatawa Solaati. Beirut : Dar Al-Kotob, 2002. ms 73

4] Shiekh Mohammad Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Solaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

Bagaimana Cara Khusuk Dalam Solat

Assalamualikum!
Di harap Ustaz dapat memberi panduan ringkas bagaimana hendak menghadirkan kekhusyukan dalam solah. Saya selalu mencubanya hingga herot muka tapi amat sukar. Ada saja gangguan :happydevi yang hadir dalam fikiran saya.

Wassalam
Jawab:
Memang benar khusyu' ni bukan benda yg senang. Tapi sampai herot muka tu mungkin caranya salah. ini kerana khusyu' adalah amalan hati, jiwa bagi solat yg berkembar pulak dgn ikhlas; maknanya ia suatu yg mempengaruhi jiwa kita hingga impaknya ialah bukan herot muka tapi sakinah (ketenangan) bagi jawarih (anggota lahir), dia nampak relaks dan tenang (tanpa perlu herot muka). (TM Hasbi Siddiqiey, Pedoman Solat)
Sebagaimana maksud alHadis :' Tanda khusyu' hati seseorang ialah khusyu' pula seluruh anggota jawarihnya (lahirnya)" (alJami' asSagheer: 2/108)
Firman Allah SWT (terjemahnya)." beruntunglah orang2 yg beriman ..yakni yg khusyu' dlm solatnya" AQ 23: 2
Adapun kaifiat, tatacara, metode memperolehi khusyu' ini banyak ditulis dalam kitab2 Tasawwuf kerana ia dimasukkan dalam Fiqh albatin (fiqih kejiwaan)..jadi kami kesuntukan ruang utk menyalinnya di ruangan Ahkam. Kami syorkan anda memiliki kitab2 (yg akan kita senaraikan) dan anda kena buat sedikit homework (membaca) dan membuat latihan praktikal secara berterusan (latihtubi) berdasarkan sarana kitab2 tersebut.
Menariknya al_Imam Muhammad Abduh, mantan Mufti Mesir era penjajah British memberi petua yg senang aje: Penyakit tiada khusyu' dalam solat ini kata al_Imam, berpunca dari kelalaian orang yg solat. Lalai dalam memperhatikan makna-makna kalimah yg diucapkan semasa solat. Maka langkah penting utk mendapatkan khusyu' ialah mengingati makna setiap kalimah yg dilafazkan itu. Itu aje key (anak kuci) kusyu'.(Imam Rashid Ridha: tafsir alManar tafsir surah alMukminun)
Metode yg terperinci, kami syorkan:
a. Prof TM Hasbi asSiddiqiey, Pedoman Solat
b. Ihya Ulumiddin atau Bimbingan Mukminin oleh al_Imam alGhazzali
c. Kitab asSolah oleh alImam alHafeedz Ibn Qayyim alJauziah.
d. Tazkiyah anNafs oleh Ustaz Sa'eed Hawwa
e. Madarij asSalikin oleh Imam Ibn Qayyim alJawzea, 3 Jld.
(semuanya sudah diterjemah) WA

Surah Rakaat Pertama Dan Kedua

Salam :sumo
Saya ada kemusykilan mengenai turutan surah yang dibaca ketika melakukan solat fardhu..
Ada yang mengatakan dalam rakaat pertama kita baca surah atau mana2 ayat yang panjang dahulu kemudian di rakaat kedua kita baca surah atau ayat yang pendek sedikit daripada rakaat pertama..
Ada pula yang mengatakan dalam rakaat pertama kita baca surah yang terdahulu daripada surah yang dibaca di rakaat kedua.. contohnya dalam rakaat pertama dibacakan surah ad-Dhuha dahulu.. kemudian di rakaat kedua dibacakan surah 'Alam Nasyrah..harap ustaz dapat selesaikan kemusykilan saya ini..

Wassalam
Jawab:
Kami mengambil masa meneliti masalah anda dan tidak menjawabnya dengan kadar segera kerana ia adalah masalah khilafiah dan jika kita nak menulis jawapan yg rajih-marjuh akan mengambil ruang yg banyak.Maka kita simpulkan secara ringkas sebagai panduan:
1. Solat Subuh
Average ayat yg dibaca Nabi saw ialah 60-100 ayat utk kedua-dua raka'at itu (Bukhari, alSahih: 2/251; Muslim, alSahih: 4/179). Surah2 yg pernah dibaca:
a. S. Qaf (45 ayat) (Muslim, alSahih: 4/179)
b. alWaqi'ah (96 ayat) Ahmad, alMusnad: 3/333
c. al Fath (29 ayat), Abd Razzak, alMusannaf: 2/118
d. alMu'minun (118 ayat) Muslim, alSahih: 4/177
e. S Thur (49 ayat) Bukhari, alSahih: 3/480
f. S Rum (60 ayat) Ahmad, Musnad: 3/471
g. S Yaasin (83 ayat) Ahmad, alMusnad: 4/34
h. asySyaafaat (182 ayat) (Ahmad, alMusnad)
i. Sajdah (30 ayat), alInsan (31 ayat) pagi Juma'at (muttafaq alaih (subulus salam: 1/242)
Komentar Syaikhul Islam Ibn Taymiya (Iqtidha'/101) ijma' fuqaha' menetapkan sunnah di baca surah panjang pada solat Subuh.
2. Zuhr
Average 30 ayat pada raka'at pertama dan kedua (Muslim, alSahih: 4/172)
antara surah2 pilihan Nabi saw: asSajdah (30 ayat), atThoriq (17 ayat), al Buruj (22 ayat), alLail (21 ayat) dari atTermidzi, Abu Daud dan Sahih ibn Khuzaymah (1/67/#2)
3. 'Asr
Average bilangan ayat (separuh dari solat Zuhur, average 15 ayat seraka'at) (alMuhaddith Albani, Sifat Solatun Nabiy)
4. Maghrib
Ahli hadis menetapkan surah2 yg sederhana panjang, cth:
S atThur (49 ayat) Bukhari: 2/243; Muslim: 4/180
S Muhammad (38 ayat) Tabarani (M_Sagheer: 1/45)
S. Mursalat (50 ayat) Bukhari: 2/246 Muslim (4/180)
S alAnfal (75 ayat) Tabarani, M-alKabeer: 5/137
Kecuali Madzhab Syafi'iy menetapkan sebaliknya:
menurut madzhab ini, oleh kerana waktu Maghrib itu pantas/singkat, disunnatkan membaca surah2 pendek sahaja (anNawawi, Raudhah Toolibin: 1/181)
Albani (ibid) membolehkan surah sederhana panjang dan pendek kerana terdapat nas utk berbuat demikian

5. 'Isya'
Sunnah membaca surah2 yg sederhana panjang, Cth:
asySyams (15 ayat) Ahmad, Termidzi
al Insyiqaq (25 ayat) muttafaq alayh
al'A'ala, al_'Alaq, dan alLayl (Irwa' alGhaleel: # 295)
Adapun kemusykilan anda bahawa kena baca raka'at pertama panjang sikit dari raka'at kedua itu biasa dilakukan supaya makmum sempat mendapatkan Imam terutama solat Subuh dan Zuhur (Albani, ibid) WA

Membaca "Rabilfighli wali walidaiya" Lepas Fatihah

Salam

Apakah ada sumber hukum tentang membaca "rabilfighli wali walidaiya" selepas membaca fatihah dan sebelum membaca amin dalam solat (tak kira solat fardu atau sunat - kecuali solat jenazah)?

Mohon bantuan. T.kasih

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah akan kami cuba menjawab soalan Tn jawana dengan kadar ilmu yang sedikit.

Membaca bacaan "rabilfighlii waliwaalidayya" selepas Al-Fatihah sebelum Amin didalam solat adalah merupakan satu bid'ah, yang tidak ada asalnya (tiada sumber). Kerana apa yang sahih didalam solat ialah apabila Imam membaca Al-Fatihah, makmum haruslah mendengar dengan teliti bacaan Imam, dan apabila selesai Al-Fatihah, hendaklah ia membaca Amin bersama Imam sebagaimana hadith yang akan dinyatakan dibawah. Inilah amalan yang sah dari Nabi saw, dan bukannya menjawab dengan ucapan "rabilfighlii waliwaalidayya" atau "Ista'anna Billaah".

Amalan-amalan ini banyak didedahkan didalam banyak kitab-kitab yang menerangkan tentang kesalahan-kesalahan didalam solat. Ibnu Taimiyah mengkelaskan kesalahan ini sebagai satu kesalahan yang besar. Berikut kami petik 3-4 buku (yang sempat kami lihat) yang mendedahkan amalan bid'ah tersebut:-

1. Muhammad Sideq Al-Minshawi[1] berkata (Akhthaau Al-Mushalliin, 69)

كثير من الناس يقولون هذا اللفظ عند قول الإمام : {إياك نعبد وإياك نستعين}، ويقول : رب اغفر لى ولوالدى عندما يقول الإمام : {اهدنا الصراط المستقيم}،وبعضهم يتلفظ بأدعية كثيرة، هذا كله غير وارد ولا ثابت،

"Ramai manusia yang mengucapkan lafaz ini tatkala Imam berkata :"Iyyaka na'budu waiyyaka nasta'iin", dan mereka berkata :"rabilfighlii waliwaalidayya" tatkala Imam berkata :"ihdinas siraatal mustaqiim" dan sebahagian mereka membaca do'a dengan banyakannya ketika itu, SEMUA ini tidak warid dan thabit (bukan datang) dari Nabi saw"

2. Berkata Sheikh Al-Islam ibnu Taimiyah[2], didalam buku Fatawa Al-Solaati (ms 54):

كثير من المصلين - وبخاصة في المناطق الريفية - إذا قرأ الإمام الفاتحة ووصل إلى قوله {ولا الضالين}، فإن كل واحد منهم يقول أثناءها: {آمين ولوالدى واللمسلمين}. وهذا خطأ كبير وامخالفة لهدي النبي (ص).

"Ramai orang yang bersolat - dan khususnya yang berada di kawasan perkampungan - apabila Imam membaca Al-Fatihah dan sampai kepada ayat "Waladhaaliin", dan setiap orang tatkala itu akan berkata "AAmiin waliwaalidayya waMuslimiin". Dan ini adalah KESALAHAN YANG BESAR yang bercanggah dari hidayah/petunjuk Nabi saw."

3. Berkata Sheikh Masyhur Hasan Sulaiman[3]:

ومن أخطاء المأمومين وأغلاطهم : قولهم : {استعنت بك يا رب} حين يقرأ الإمام {إياك نعبد وإياك نستعين} أو قولهم: {رب اغفر لى ولوالدى} حين يقرأ الإمام : {اهدنا الصراط المستقيم}.

"Dan dari kesalahan oleh yang bersolat dan kesilapan mereka adalah : mereka berkata "Ista'antu Bika ya Rab" tatkala Imam membaca "Iyyaka na'budu waiyyaka nasta'iin" atau mereka berkata :"rabilfighlii waliwaalidayya" tatkala Imam membaca : "ihdinas siraatal mustaqiim".

4. Didalam buku As-Assunnan wal-Mubtadiat mengatakan bahawa[4] : "Riwayat tentang ucapan tersebut adalah bid'ah.Adalah yang bersesuaian dengan sunnah adalah mengucapkan Amiin sahaja, sebagaimana hadith yang diriwiyatkan oleh Imam Bukhari, bahawa Rasulullah saw bersabda :

إذا أمن الإمام فأمنوا فمن وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له

"Ketika Imam mengatakan Amiin, maka ikutlah berkata amiin, Dan barangsiapa yang mengucapkan amiinnya bertepatan dengan ucapan malaikat, maka telah diampun dosanya" - Riwayat Al-Bukhari"

Kesimpulannya : Eloklah kita baca buku Sifat Solat Nabi saw khususnya yang ditulis oleh Shiekh Nasyiruddin Al-Albani, kerana beliau telah menggunakan Hadith-hadith Nabi didalam mendetailkan cara solat Nabi saw. Ringkasan buku beliau boleh didapati di website al-ahkam dibahagian perbahasan hukum-hukum. Dengan cara ini, lebih mudah untuk kita menelilti dengan jelas amalan-amalan solat yang telah di'rojakkan' oleh segolongan masyarakat Islam.

wallahu 'alam

-wassalam-

p/s - Amalan 'rojak' seperti ini lebih bahaya dari Fiqh 'Rojak' (muqaran).
-------------------

Rujukan :

1] Muhammad Sideq Al-Minshawi.Akhthaau Al-Musholliin. Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996.

2] Ibnu Taimiyah. Fatawa Al-Solaah. Beirut : Dar Al-Kotob Al-Ilmiyah, 2003.

3] Sheikh Masyhur Hasan Sulaiman. Al-Qaul Al-Mubiin fi Akhtaa' Al-Musholliin. cetakan 4. Mekah : Dar Ibnu Qayyim, 1996.

4] Abu Ubaidah Al-Walid. Akhthaau Al-Musholliin. Maktabah Al-Syafaa, 19??.

Tak Berbeza Solat Lelaki Dan Wanita Sebenarnya

assalamualaikum...wbt
Saya ada persoalan mengenai solat: seperti yg telah dipelajari dr zaman persekolahan lagi...solat muslimin dgn muslimah adalah berbeza, tapi setahu saya tidak ade nas atau dalil yang mengatakan begitu (betulkan sekiranya salah); jadi jika benar tidak ada nas atau dalil, bagaimanakah solat kita selama ini?? Drpd ape yg saya tau, perbezaan tu wujud dikeluarkan oleh Imam Syafie(betulkan kiranya salah), jadi patutkah kita sebagai umat yang perlu merujuk kpd al-Qur'an dan sunnah sbg rujukan utama mengikut saja perbezaan perlaksanaan solat ini? semoga tuan dpt merungkaikan kekusutan yg dihadapi ...wallahualam...

Wassalam
Jawab:

Benar sekali apa yg anda maksudkan itu. Ini kerana pada dasarnya solat lelaki dan perempuan itu tiada bedzanya. Ini kerana tiada nas/dalil yg menyuruh dibedzakan tatacara solat antara jantina ini. Namun, perbedzaan kecil itu adalah hasil ijtihad fuqaha' bukan terhad apada Syafi'iy sahaja. Ijtihad ini kekadang melihat pada aspek fizikal tubuh badan lelaki dan wanita yg berbedza dan dari athar sahabi (kata2 para sahabat raa), saya bawakan beberapa perbedzaan yg dimaksudkan itu:
a. Mengangkat tangan ketika Takbir.
Salah satu pendapat Hanafi (alHidayah: 1/198) dan salah satu pendapat Hanbaliah (alMughny: 1/471) tidak digalakkan wanita mengangkat tangan setinggi lelaki atau boleh mengangkat hanya ke paras bahu sahaja. Rasional: supaya wanita sentiasa menutup badannya.
b. Posisi dua tangan ketika Qiyam. Salah satu pendapat Hanafi (Radd alMukhtar: 1/487): tangan diletakkan di bawah payu dara.
c. Ketika ruku' dan sujud: pendapat hanbali, syafi'iy dan hanafi (alMughny: 1/562) wanita hendaklah merapatkan kedua pahanya, dua tangan dirapatkan ke badan serta perut diletak di atas paha. ia menggunakan athar Ali, Ibn Abbas dan Ibn Umar ra (Ibn Abi Syaibah, alMusannaf, 1/241-242; Musnad Imam Abu Hanifah, ms 64)
Jadi bukanlah isu besar: jika anda ingin menyamakan solat lelaki dan wanita dari A to Z pun boleh kerana alQur:an dan asSunnah tidak merincikan perbedaaanya ATAU anda memilih utk membedakan sedikit tatacaranya pun boleh berdasarkan rincian para mujtahid kita. WA

Sujud Lama Kadar Melebihi Satu Fatihah

Ana ada sedikit kemusykilan...


1. Apakah hukumnya kita sujud lama dalam solat (melebihi kadar satu fatihah)?
2. Jika kita mengeluarkan bunyi "ehem" dalam solat, batal ke?
Sebab ana baca dalam fiqh islami wa adillatuh... keempat-empat mazhab mengatakan solat itu batal...kecuali imam abu hanifah yg mengecualikan keadaan bila mana seseorang itu ingin memperelokkan suaranya dalam sembahyang...jadi...ada pendapat lain ke?
3. Macam mana kalau kita solat, terkeluar bunyi yg tidak sengaja...yg tidak memberi apa-apa makna secara zahirnya...(ah...ep...dsb) ???

WA

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima sdr VHoutenJr. Insyaallah kami akan cuba menjawabnya dengan semampu yang mungkin.

1. Apakah hukumnya sujud lama didalam solat?

Toma'niinah (الطمأنينة) didalam sujud merupakan rukun didalam solat. Tanpa toma'ninah didalam solat ini akan membatalkan solat. Nabi saw bersabda kepada mereka yang tidak toma'ninah didalam Ruku dan sujud[1] :

ارجع فصل فإنك لم تصل

"Ulangilah solat, kerana sesungguhnya kamu belum bersolat!"

Berkata Al-Albani didalam Talkhis Solat Nabi saw (Ringkasan Solat Nabi saw)[2]:

ومن اعتدل في سجوده هكذا فقد اطمأن يقيناً، والاطمئنان في السجود ركن أيضاً.

102. Sesiapa yang mendapat tenang (ease) didalam sujud, iaitulah toma'ninah yang yakin, Toma'ninah didalam sujud adalah rukun.

ويستحب أن يكثر الدعاء فيه، فإنه مظنة الإجابة.

104. Adalah mustahab memperbanyakkan do'a didalamnya, sesunguhnya ia adalah waktu apabila do'a kita kemungkinan di jawab.

ويجعل سجوده قريباً من ركوعه في الطول كما تقدم.

105. Ia harus menjadikan masa sujudnya lebih kurang sama dengan ruku' sebagaimana yang disebutkan diatas.

ولا يجوز أن يقرا القرآن وهو ساجد.

107. Tidak dibolehkan membaca Al-Quran semasa sujud.

Apa yang ingin disampaikan oleh Al-Albani ialah, toma'ninah itu wajib didalam sujud, disunatkan berdoa' didalam sujud dan kadar lamanya sujud biasanya dinisbahkan dengan kadar lamanya ruku', dan tidak dibenarkan membaca Al-Quran didalam sujud.

Bagi menjawab persoalan VHoutenJr mengenai sujud yang terlalu lama, kami memetik Jawapan yang telah diberikan oleh Sheikh Mohammad Salih Al-Munajid didalam website Islam-qa.com.

----------
Soalan:

أحد المصلين يحب أن يطيل في السجدة الأخيرة لدرجة أنه في بعض الأوقات يسلم الإمام قبل أن يقوم هذا الرجل من سجوده . وحجته في ذلك أن الرسول (صلى الله عليه وسلم) قال بأنه علينا أن نتقن الصلاة (أو ربما الدعاء) في السجدة الأخيرة. ما هو الحكم بالنسبة لصلاته ؟.

Seorang lelaki yang mengikuti Imam membiasakan dirinya memanjangkan sujud akhirnya sehinggalah salam dilakukan oleh Imam sebelum beliau bagun dari sujud. Alasannya ialah Nabi saw berkata bahawa disujud akhir harus memperbaikan solat (atau kemungkinan berdo'a). Apakah hukum solat tersebut?

Jawapan :

الحمد لله
لا يجوز للمأموم أن يتقدم على الإمام ، فتحرم مسابقة الإمام ، وكذلك التأخر عنه تأخرا بينا بحيث يفوته الركن الذي يليه ، لقوله عليه الصلاة والسلام : " إنما جعل الإمام ليؤتم به ، فإذا كبر فكبروا ، وإذا ركع فاركعوا " ، فالعطف بالفاء يقتضي المبادرة بالمتابعة ، كما هو معروف مما تفيده الفاء من العطف والتعقيب.
الشيخ عبد الكريم الخضير .
وإتقان الصلاة لا ينافي متابعة الإمام ما دام الإمام يطمئن بالصلاة وتخصيص السجدة الأخيرة بالتطويل من دون بقية سجدات الصلاة ليس عليه دليل ولا يجوز الابتداع في الدين والله أعلم.

Segala Pujian bagi Allah. Tidak boleh seseorang bersolat dibelakang Imam mendahului Imam. Adalah haram untuk ia bergeraksebelum Imam, atau tertinggal kebelakang sehingga ia meninggalkan rukun solat yang kemudiannya. Nabi saw bersabda :"Imam dilantik untuk diikuti. Apabila ia berkata Allahu Akbar, maka, katalah Allahu Akbar, dan apabila ia Ruku', maka hendaklah kamu ruku'". Penggunaan huruf FA menunjukkan perbuatan dengan kadar 'SEGERA', sebagaimana yang diketahui (didalam nahu bahasa Arab) - menurut pandangan Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr.

Pandangan memperbaikkan solat tidaklah bercanggah dengan pandangan mengikut Imam, selama mana Imam tidak tergesa-gesa didalam solatnya. Tidak ada ALASAN yang kukuh menunjukkan bahawa sujud akhir perlu dipanjangkan dari sujud yang lain, dan tidak dibenarkan melaku penambahan (bid'ah) didalam agama. Wallahu 'alam.[3]
===========

Untuk Soalan 2 dan 3 telah kami jawab didalam Jawapan : SJ - 2724 : Berdehem ketika Solat. Dimana ulama-ulama dari empat mazhab telah menyatakan jika seseorang berdehem atau keluar perkataan dengan tidak sengaja, tidaklah membatalkan solat. Akan tetapi, berdehem dengan sengaja tanpa mempunyai apa-apa Hajat dan mengeluarkan 2 huruf atau lebih, akan membatalkan solat. Ulama'-ulama salaf pula mengatakan berdehem tidak membatalkan solat kerana ia bukanlah dari perkataan. Detail perbincangan boleh dilihat didalam Soal-Jawab didalam SJ-2724 diatas.

wallahu 'alam

-wassalam-

===========
Rujukan :

1] Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhtha'u Al-Musholiin. Kaherah : Islamiyyah Inc, 1996, ms 94.

2] Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa oleh Sheikh Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

3] Sheikh Mohammad Salih Al-Munajid. Sujud yang panjang didalam solat url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=9856&dgn=3&dgn=2

Tak Cukup Air Untuk Mandi Hadas

Salam
Tuan-tuan panelis web al-Ahkam yang dirahmati sekalian ,
Seseorang yang sedang berjunub (berhadas besar) tidur dan kemudian selepas dia sedar di waktu subuh , dia mendapati bekalan air di rumahnya terputus . Walaupun begitu air yang disimpan masih mencukupi sekadar untuk berwudhuk (tidak mencukupi untuk mandi hadas besar) dan sebagai bekalan air minuman .
i- Adakah dia wajib juga berwudhuk dengan air yang masih ada itu memandangkan dia bukanlah di dalam situasi dharurat? .
ii - Atau , adakah dia tak perlu langsung berwudhuk dan apatah lagi mandi hadas besar tetapi hendaklah diganti dengan tayammum untuk waktu itu shj?. Sebab ada juga ustaz-ustaz cakap dia mesti juga solat di waktu itu dengan cara yang dia terdaya sbg menghormati waktu dan apabila air sudah ada, dia hendaklah mandi hadas besar dan ulangi semula solat tadi .

iii - Atau , dia tidak perlu langsung ambil wudhuk , ataupun tayammum dan juga tidak perlu langsung solat di masa itu (menunggu sampai adanya air barulah dia bersuci lalu qadha solat tadi) .

Saya mengharapkan jawapan yang tidak terlalu ringkas akan tetapi memuaskan hati semua . Terima Kasih di atas susah-payah ustaz-ustaz menjawabnya .


Wassalam
Jawab:

Jumhur menetapkan usaha mencari air adalah syarat sebelum mengambil tindakan dharurat termasuk bertayammum.
Dalilnya: "lalu kami tidak mendapat air, maka bertayammumlah." AQ 5:06
HR Ahmad, annasa'iy dan Ibn Majah dari Abu Dzar ra ,"(sabda) Tanah adalah alat pencuci jika kamu tidak menemui air."
HR Bukhari-Muslim dan Ahmad dari Anas bin Malik ra, semua orang sibuk mencari air ketika itu masuk waktu Asr, kemudian Nabi saw membawa satu bekas air dan menyuruh orang banyak supaya berwudhu'."
Dari dalil2 itu jelas menyebut pencarian air sebelum dibolehkan yg lain.
Oleh kerana Malaysia negara yg bukan spt negara padang pasir, maka cuba dapatkan air dari jiran, dari mesjid berdekatan terlebih dahulu. Jumlah air utk mandi wajib tidaklah perlu banyak spt mana yg difahami oleh orang awam. Fiqh Sunnah. WA

Solat Sambil Lihat Quran

Bolehkah kita sembahyang sambil melihat kepada Al-Quran? Bukankah itu perbuatan bidaah?

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anakmurid dengan kadar kemampuan yang terbatas, Insyaallah.

Pada umumnya, membaca Al-Quran dari Mushafnya lebih baik dari hafalan, kerana ia lebih tepat dan menolong seseorang itu mengingati dengan lebih baik. Akan tetapi jika membaca dengan mengguna hafalan lebih baik dan menolong seseorang menumpukan perhatiannya dengan baik atau khusyuk, maka lebih baik ia mengunakan ingatannya.

Imam Al-Nawawi didalam Al-Azkar[1], Bab "Kitab Tilaawah Al-Quran" (ms 95) mengatakan :

"Membaca Al-Quran dari Mushaf adalah lebih baik daripada menggunakan ingatan, ia adalah pandangan para sahabat dan ia mashyur pandangan ini dikalangan salaf. Ini tidak berdasarkan kepada semua keadaan, dimana jika pembaca boleh menumpukan perhatian dan maknanya dengan lebih baik dari ingatan, maka membaca darim ingatan adalah lebih baik. Jika keadaan kedua-duanya sama, maka membaca dari Mushaf adalah lebih baik. Inilah yang dimaksudkan oleh para salaf".

Walaubagaimana pun menurut Sheikh Ibnu Utsaimin[2], didalam solat, adalah lebih baik dibaca menggunakan ingatan, kerana bagi mereka yang membaca mengguna Mushaf, ia akan melakukan perkara ini berulang kali seperti memegangnya, meletakkannya kebawah, membuka muka surat dan membaca hurufnya. Dengan melakukan ini, ia akan terlepas peluang meletakkan tangan kanannya keatas tangan kiri diatas dada apabila melakukan qiam didalam solat, atau mengembangkan tangannya semasa ruku' dan sujud', jika ia meletakkan Al-Quran ditangannya. Maka kami fikir bahawa adalah lebih afdal bagi mereka yang bersolat mengunakan bacaan dari ingatannya dari menggunakan mushaf.

Ulama' mengatakan bahawa Imam membaca Al-Quran dari Mushafnya tidaklah dilarang. Al-Lajnah Al-Daa'imah didalam Fatwa no: 9815[3] mengatakan :

تجوز قراءة القرآن في الصلاة من المصحف في رمضان و في غيره في الفرضية و في النافلة أثناء الصلاة الجهرية إذا دعت الحاجة إلى ذلك.

"Boleh membaca Al-Quran didalam solat dengan menggunakan Mushaf pada bulan Ramadhan dan bulan yang lain, didalam solat fardu atau sunat, tatkala solat jahar jika ada hajat penggunaan keatasnya".

Selanjutnya dijelaskan lebih lanjut oleh Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :

لا حرج في القراءة من المصحف في قيام رمضان لما في ذلك من إسماع المؤمنين جميع القرآن ؛ ولأن الأدلة الشرعية من الكتاب والسنة قد دلت على شرعية قراءة القرءان في الصلاة، وهي تعم قراءته من المصحف وعن ظهر قلب وقد ثبت عن عائشة رضي الله عنها أنها أمرت مولاها ذكوان أن يؤمها في قيام رمضان وكان يقرأ من المصحف ذكره البخاري رحمه الله في صحيحه معلِّقا مجزوما به .

"Tidaklah salah membaca Al-Quran dengan menggunakan Mushaf dimalan solat Ramadhan sebab ia membolehkan para jemaah mu'min mendengar bacaan Al-Quran. Dan kerana terdapat dalil syara' dari Al-Quran danm Hadith menunjukkan membaca al-Quran didalam solat, yang menunjukkan kedua-duanya iaitu membaca Al-Quran menggunakan mushaf dan hati, dan ini thabit dari 'Aisyah (rh) seseunggunya beliau telah mengarahkan Hamba yang dibebaskan, Zdhakwaan menjadi Imam Solat Ramadhan, dan da membaca Al-Quran melalui Mushaf, diriwayatkan oleh al-Bukhaari didalam Sahihnya, didalam riwayat mu’allaq majzum."

Kesimpulannya, dibenarkan kepada Imam membaca Al-Quran melalui Mushafnya, akan tetapi adalah lebih afdal menggunakan ingatannya, kerana sekurang-kurangnya sunat-sunat perbuatan didalam qiam (seperti meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri, diatas dadanya).

wallahu 'alam

-wassalam-

-------
Rujukan :

1. Imam Al-Nawawi. Al-Azkar. Beirut : Dar Ma'rifah.[19??].

2. Fataawa of Sheikh ibn ‘Utsaimin, al-Fataawa al-Islamiyyah, (8/4). url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=3465&dgn=3&dgn=2

3. Fataawa Al-Lajnah Al-Daa'imah LilBuhuth Al-'Alamiyah wa Al-Ifta' - 6. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'aiyad, 2000. ms 396.

4. Fataawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Al-Fataawa al-Islamiyyah, (2/155) url - : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=1255&dgn=3&dgn=2

Kedudukkan Tangan Ketika Qiyam

Salam

Bolehkah panel menerangkan tentang kedudukan tangan ketika berdiri semasa solat (seperti ketika membaca al-fatihah). Adakah letaknya di dada atau pun di pinggang?

Terima kasih

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan sdr AHelmi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam Talkhis Sifat Solat Nabi saw, Sheikh Nasyiruddin Al-Albani (no: 36-40) merumuskan:

a. Selepas bertakbir, tangan kanan diletak atas tangan kiri dan tidak membiarkan ia tergantung.
b. Tangan kanan diletakkan diatas pergelanggan tangan kiri.
c. Kedua tangan diletakkan diatas dada.
d. Tidak dibenarkan meletakkan tangan di pinggang

Kesemua ini berdasarkan nas-nas dibawah ini :

((كان يضع اليمني على ظهر كفه اليسرى والرسغ والساعد))، ((وأمر بذلك أصحابه))، و((كان - أحيانا - يقبض باليمني على اليسرى)).
و ((كان يضعهما على الصدر))

"beliau meletakkan tangan kanannya diatas punggung telapak tangan kiri, pergelangan tangannya dan lengannya." - (Riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Khuzaimah dgn sanad sahih dan disahihkan oleh Ibnu Hibban).

"Dan beliau memerintahkan para sahabat dengan cara ini". - (Riwayat Malik, Al-Bukhari dan Abu Uwanah).

"Kadangkala beliau menggengamkan tangan kanannya, ke tangan kirinya" - (Riwayat Al-Nasa'i dan Al-Daraqutni dengan sanad yang sahih)

Dan diriwayatkan bahawa :
"Beliau meletakkan kedua tangannya diatas DADAnya". - (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)

-------------
Al-Albani didalam komentar terhadap hadith diatas mengatakan bahawa :

ويضعهما على الصدر هو الذي ثبت في السنة، وخلافة إما ضعيف أو لا أصل له

"Meletakkan kedua-dua tangan diatas dada adalah bertepatan dengan sunnah, sedangkan yang bertentangan dengannya itu adalah da'if atau Tidak ada Sumber/Asalnya".

Sebagai kesimpulannya, Muhammad Sideq Al-Minshawi mengatakan bahawa :"Tidak tsabit dari Nabi saw hadith yang sahih didalam meletakkan tangan ketika solat melainkan meletakkan kedua-duanya diatas dada, dan bagi yang meletakkan diatas perut atau pusat, atau selain darinya Tidaklah ada asal baginya"[3]. Maka pandangan yang paling sahih ketika Qiam (membaca Al-Fatihah dsb) ialah meletakkan kedua-dua tangan diatas dada.

wallahu 'alam

-wassalam-
----------------

Rujukan :

1. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani Talkhis Sifat Solat Nabi saw. url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solat Nabi saw. cetakan ke 3. Damsyik : Maktab Al-Ma'aarif, 1996. ms 88

3. Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhtha'u Al-Musholiin. Kaherah : Islamiyyah Inc, 1996. ms 79.

Qadha Solat Yang Sengaja Ditinggalkan

Ustaz,
Apakah bolih kita mengkadha' sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja .
Harap dapat Ustaz sertakan hadith nya(maksud) sekali.
Jika tidak bolih dikadha' apakah tindakan yang perlu diambil bagi menebus dosa meninggalkan sembahyang tersebut?

Sekian assalamualaikum dan terima kasih .



Kebanyakan ulamak berpendapat bahawa sembahyang yang sengaja ditinggalkan wajib diqadhak. Mereka mengatakan bahawa apabila sembahyang yang ditinggalkan secara tidak sengaja diwajibkan qadhak, apatah lagi yang ditinggalkan secara sengaja. Sudah tentu ia lebih wajar atau patut diqadhak.

Begini, apabila Allah Taala mengatakan bahawa sembahyang lima waktu itu adalah wajib, maka perintah itu ditujukan kepada semua mukallaf (orang yang berakal dan baligh) serta tidak mempunyai halangan (seperti haidh dan nifas). Bermakna ALlah Taala telah membebankan atau mempertanggungjawabkan kita dengan tugas melaksanakan sembahyang apabila masuk waktunya.

Apabila masuk sahaja waktu zohor, maka kewajipan mengerjakan sembahyang zohor dibebankan di atas bahu kita. Waktunya telah Allah tetapkan, iaitu mula dari gelincir matahari hinggalah bayang sesuatu itu sama panjang dengan objek asalnya (masuk waktu asar). Selagi kita tidak melaksanakan sembahyang zohor, maka selagi itulah bebanan itu tidak terlepas. Bagaimana caranya mahu melepaskan bebanan ini? Iaitu dengan mengerjakan sembahyang zohor. Kemudian, seandainya kita tidak melaksanakannya hinggalah masuk waktu Asar, maka bebanan itu tetap tidak akan terlepas juga. Bagaimana mahu melepaskan bebanan ini sekalipun telah terlepas waktunya? Iaitu dengan mengerjakan sembahyang zohor (qadhok).

Soal: Jika tidak bolih dikadha' apakah tindakan yang perlu diambil bagi menebus dosa meninggalkan sembahyang tersebut?
1. Lepaskan bebanan solat yang dipertanggungjawabkan dengan mengerjakan qadhok.
2. Beristighfar dan memohon ampun kepada Allah atas kelalaian kita terhadap tanggungjawab yang dibebankan. Berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.

Wallahu a'lam.

Rujukan:
Feqhus Sunnah, Syed Sabiq
Usul al-Feqh al-Islami, Dr Wahbah al-Zuhaili

Waktu Solat Di New Zealand

Assalamualaikum,
Saya nak tanya sikit pasal menjakakkan sembahyang Isyak kedalam waktu maghrib kerana waktu Isyak kat sini lambat sangat. ie maghrib pukul 8:45pm and Isyak boleh sampai pukul 12 pagi or lebih. Subuh pula kekadang tu pukul 230pagi. Jadi there are difficulty for some people to come to the musolla at for isyak, and then to come for subuh. (ngantuk) Ada saya terdengar hadis kata bole jamak untuk elak kesukaran. Mohon tolong jelaskan apakah yang dikatakan difficulty itu.




Jawab
Ini adalah satu persoalan yang sulit dijawab kerana ia memerlukan fatwa oleh fuqaha' yang mendiami kawasan seumpama itu dan kesepakatan penduduk Islam di lokaliti tersebut untuk mengadakan syura dan memutuskan apa yang terbaik untuk mereka di atas prinsip tidak dijadikan dalam agama itu satu kesulitan.

Ini kerana pendapat jumhur ulamak, tidak mengharuskan solat jama' tanpa sebarang uzur. Namun segelintir fuqaha' seperti yang dinukilkan oleh Imam Nawawi antaranya ialah Ibn Sirin, Ibn Munzir, dll. Imam Ibn Hajar al Asqalani berpendapat harus solat jama' walaupun tanpa uzur.

Dalam hal ini jumhur fuqaha' antaranya Imam al Qurthubi dan Imam Haramain berpendapat jama' tanpa uzur ini sebenarnya ialah solat jama' Suri. Ini berdalilkan hadis Ibn Abbas riwayat Imam Nasa'iy," aku solat zuhur dan Asr secara jama' bersama Nabi saw. Baginda telah melewatkan solat Zuhr dan menyegerakan solat 'Asr dan melewatkan solat Maghrib dan menyegerakan solat Isya'.

Solat jama' suri bermaksud, solat maghrib itu dilakukan diakhir waktunya, kemudian disambung dengan solat Isya' sebaik sahaja masuk waktunya. namun kesemuanya bergantung kepada masyarakat setempat. Oleh itu mengikut kaedah Jama' Suri ini ahli qaryah Dunedin boleh melaksanakan jama' suri; yakni mereka berkumpul di pusat Islam (islamic centre) di penghujung waktu Maghrib. Sebaik sahaja habis solat Maghrib, tunggu sekejap hingga masuk Isya' dan teruskan laksanakan Isya'. Kaedah ini dapat mengurangkan kesulitan menunggu terlalu lama. Namun mencari kesepakatan dalam isu khilafiah adalah sulit. Ia bergantung kepada pihak pentadbir masjid atau pusat Islam di sana.

Selalunya kita boleh menyesuaikan diri kita dengan waktu tempatan. Inilah tanda-tanda kebesaran Allah.

Rujukan:
Tafsir Jami' al Quthubi, Jld 5,
sayyid sabiq, Fiqh Sunnah;
Syawkani, Jarar al Mutadaqqiq.

Ragu-ragu Dalam Solat

Assalamualaikum..

Soalan saya:

Satu:
Ketika solat di rakaat kedua, hati saya merasa ragu-ragu samada telah mengerjakan duduk antara dua sujud semasa rakaat pertama. Apakah yang perlu dilakukan oleh saya?

Dua:
Saya pernah mendengar bahawa kalau was-was membaca al Fatihah, tidak perlu mengulangi atau membatalkan solat. Tetapi rakaat itu tidak diterima dan perlu mengulangi semula rakaat tersebut.



JAWAB
Oleh: Tuan Hasan Tuan Lah

Soal satu: Ketika solat di rakaat kedua, hati saya merasa ragu-ragu samada telah mengerjakan duduk antara dua sujud semasa rakaat pertama. Apakah yang perlu dilakukan oleh saya?

Jawab: Teruskan solat anda, duduk di antara dua sujud adalah salah satu sunat-sunnat solat bukan rukun atau kewajipan dalam solat. Meninggalkan duduk di antara dua sujud tidak membatalkan solat dan tidak mewajibkan sujud sahwi (sujud kerana kelupaan).
(Rujukan: Prof Dr Abdul Karim Zaidan, al Mufassal, jld 1, ms 337)

Soal dua: Saya pernah mendengar bahawa kalau was-was membaca al Fatihah, tidak perlu mengulangi atau membatalkan solat. Tetapi rakaat itu tidak diterima dan perlu mengulangi semula rakaat
tersebut.

Jawab: Kaedah feqah dalam masalah was-was ialah : "jika seseorang yang solat ragu-ragu atau was-was meninggalkan salah satu rukun solat, maka dia dianggap seperti seseorang yang meninggalkannya, kerana pada dasarnya rukun itu belum ada."
(Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal, Jld 1, ms 339)

Dalam masalah yang dikemukakan, bermakna jika was-was Fatihah belum dibaca, maka dia harus
menetapkan bahawa fatihah belum dibaca.

Kita lihat pandangan fuqaha Syafi'iy dalam masalah ini:

Benar seperti yang disebut bahawa solat itu tidak batal, cuma raka'at yang mana fatihah tidak dibaca kerana terlupa adalah null and void (tidak dikira sebagai satu raka'at).
"jika seseorang telah terlupa membaca alfatihah dengan terlupa atau was-was, maka sia-sialah raka'at tersebut, maka fatihah dalam raka'at itulah yang menggantikan raka'at yang telah rosak itu. Batal raka'at itu berdasarkan hadis jama'ah ,"tiada solatnya bagi yang tidak membaca al fatihah." Dari hadis lain riwayat Ibn Hibban, fatihah ini wajib dibaca pada setiap raka'at.

Apabila selesai solat disunnatkan melakukan sujud sahwi.

Rujukan: Syaikhul Islam Zakariya al Ansari (ulama terbilang Syafi'iyah), Hasyiatus Syarqawi, Juz 1, ms 185.

Kaifiat Sujud Syukur

adakah bacaan/doa ketika sujud syukur dan kafiat sujud syukur sebab saya lihar bemacam2 cara orang melakukannya,ada yang menangkat takbir dan ada yang sebaliknya.adakah kafiat yang di sebutkan di dalam hadith

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab kemusykilan anda sekadar yang mampu, Insyallah.

Sebagaimana yang kami telah sentuh didalam jawapan SJ-2631 yang lalu, kafiat Sujud Syukur sama dengan sujud Tilawah/sajadah diluar solat cuma tidak terdapat bacaan yang khas didalamnya. Jumhur ulama' mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat, akan tetapi hukumnya makruh dari pandangan Maliki. Bagi Mazhab Maliki, nikmat Allah swt tidak terkira nilainya. Walaubagaimana pun sujud syukur ini adalah yang mendekatkan diri kita dengan Allah swt.

Sujud Syukur dilakukan ketika menerima apa-apa yang membuat seseorang itu gembira, sama ada mendapat ganjaran ataupun dapat mengelak sesuatu bala dsb. Dalil kepada sujud syukur ini terdapat didalam Hadith dan Athaar. Salah satu hadith ialah Hadith dari Abu Bakar (r.a) mengatakan bahawa[1] beliau melihat:

{{أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتاه أمر يسره وبشر به خر ساجدا شكرا لله تعالى }}

"Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt" - (Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Turmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)

Pelbagai cara melaksanakan sujud syukur ini barangkali mungkin disebabkan dilakukan oleh mereka yang berlainan mazhab. Di al-ahkam, persoalan sujud syukur ini telah banyak diperbincangkan. Dibawah ini kami paparkan beberapa url SJ yang telah jawab Sheikh THTL (Sila klik di link tersebut).

1.SJ-1852: [U] Sujud Syukur & Sujud Tilawah
2.SJ-1935: [U] Sujud syukur
3.SJ-1617: Sujud Syukur

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah - Fiqh islami (2/118)[2], Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Dari pandangan ulama' salaf pula, Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :

: يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوة خارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط ، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى

"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."

Adalah dimaklumkan bahawa Sujud Syukur tidak boleh dilakukan ketika didalam solat, kerana ia bukan dari bahagian-bahagian solat.

-----------
wallahu 'alam

-wassalam

Rujukan :

1.Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000. ms 266.

2. Dr Wahbah al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuh - II. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989. ms 117 - 120.

Anak Panjat Belakang Ketika Solat

Salam

Tuan, saya ada beberapa kemusykilan yang memerlukan penjelasan tuan, terima kasih atas perhatian tuan, soalan saya:

1. sekiranya kanak-kanak lelaki 3 tahun belum berkhatan panjat belakang bapanya yang sedang solat fardhu, adakah batal solat bapa tersebut? dan kenapa?

2. bagaimana pula jika kanak kanak lelaki tersebut hanya bersentuhan dengan bapanya ketika bapanya solat, adakah solat bapa tersebut batal juga?

3.Bagaimana pula jika kanak-kanak perempuan yang berbuat demikian, adakah batal solat bapanya ?

4. Bagaimana pula dengan wuduk bapa tersebut ?

5. Sahkah wasiat seseorang yang masih hidup agar apabila beliau mati, beliau dikebumikan di qariah lain yang bukan qariahnya sendiri. dan perlukah dilaksanakan wasiat tersebut?

6.Apakah hukumnya apabila sesorang menggunakan dahulu wang faedah bank dengan niat akan menggantikan semula kelak apabila sudah stabil ekonominya dan disalurkan ke jalan yang dibenarkan oleh syarak.

Wassalam
JAWAB
1. Tidak batal. Sebab: alBukhari (no 486), Muslim (#844) dari Abu Qatadah, Nabi saw mendukung anak Zaynab (Umamah) ketika solat. Sahih Sunan anNasa'iy (Albani: 1/246) dari Abdullah bin Syaddad ra, alHasan dan alHusin pernah memanjat Nabi saw ketika sujud.
2. Jika panjat dan dukung bayi tidak batal, maka jika sentuh lagi tidak mengapa. Bayi dan kanak2 belum khitan tidak najis, tiada nas yg memberitahu demikian. Tidak pernah kita lihat manusia menjauhi bayi belum khitan, bahkan mereka memeluk, mencium dan mendukungnya. Tidak diketahui dari mana asalnya pendapat bayi belum khitan itu najis.

3. Tidak batal. Islam tidak mendeskriminasi antara jantina
4. Wudhu' juga tidak batal

5. Tidak wajib menunaikan wasiat demikian menurut madzhab Syafi'iy (Imam Nawawi, alAzkar) berdasarkan dalil: HR asyhab asSunan dan Imam Ahmad dari Jabir ra," Dikebumikan jasad-jasad di tempat keluar ruh2 mereka." (disahihkan oleh atTermidhhi dan Nasiruddin AlAlbani (ahkam alJanaiz)
Boleh menurut Hanafi dan Hanbali. Dalilnya: kalangan sahabat ada berwasiat demikian spt Ibn Umar ra (Dikeluarkan oleh Ibn Mundzir dari Sufyan bin Uyainah)
Jumhur fuqaha' dana Ahli Tahqeeq berpendapat sunnah dikebumikan di tempat matinya kerana sunat menyegerakan mayat. Memindahkan jenazah akan melewatkan urusan pengebumian (Fiqh Sunnah)
Uruf Malaysia: sudah menjadi tradisi Malaysia, jenazah dikebumikan di kampung halamannya walaupun tanpa wasiat.

6. Dibolehkan menggunakan duit interest jika anda benar2 terdesak dan dgn niat menggantikan bila saja anda kelapangan.
Dalil: "mereka yg ditimpa dharurat atau terpaksa tanpa melampaui batas dan berkehendak, maka tidak dikira berdosa ke atasnya." AQ 2: 173
Juga lihat AQ 2: 196 (jangan kamu campakkan diri kamu dalam kebinasaan) WA

Mengusap Muka Selepas Salam

Apakah dalil tentang perbuatan mengusap muka selepas salam?


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Dr. AnakAyub yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan ini . Kami juga memohon maaf drp saudara di atas ketidak mampuan kami menjawab soalan saudara dengan segera .

Berikut ini adalah dalil-dalil amalan meraut , mengusap , menyapu muka selepas selesai memberi salam di dalam sembahyang dan dinyatakan juga komentar terhadap dalil-dalil tersebut :

{ 1 } ~ Hadis bersumber daripada Saidina Anas Bin Malik r.a , katanya :

كان إذا صلى مسح بيده اليمنى على رأسه و يقول: بسم الله الذي لا إله غيره الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم و الحزن

Ertinya : “ Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian baginda berkata: Dengan nama Allah yang tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan “ ~ (HR Imam at-Thabrani rh )

ULASAN TERHADAP HADIS INI : [/color]

Status hadis ini ialah : TERLALU LEMAH ( Dho’ief Jiddan ) .

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam at-Thobrani rh di dalam “ al-Awsot “ ( ms 451 ~ Edisi Makkah al-Mukrramah ) dan juga oleh al-Imam al-Khotib rh ( 12 / 480 ) daripada Katsir Bin Salim Abi Salamah . Katsir inilah penyebab hadis ini berstatus terlalu lemah .

Al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Abu Hatim rh menuduh Katsir ini sebagai seorang rawi yang : MUNKAR.

Al-Imam an-Nasaie rh dan al-Imam al-Uzdi rh menuduh Katsir ini sebagai seorang yang : MATRUK.

Katsir ini turut sama dituduh dengan berbagai tuduhan yang menyebabkan kita tidak dapat mempercayai kata-katanya .

Hadis seperti ini turut sama diriwayatkan oleh al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ al-Jami’e “drp al-Imam al-Khatib rh .

Diriwayatkan juga oleh al-Imam Ibnu Sunni rh ( No : 110 ) dan juga al-Imam Abu Nu’aim rh di dalam “ Hulliyah al-Awliya “ ( 2 / 301 ) yang bersumber daripada Salamah drp Zaid al-‘Ammi drp Mu’awiyah Bin Qarah drp Anas .

Salamah ini pula dituduh sebagai seorang yang sentiasa berdusta .

Lihat : Silisilah al-Ahadist adh-Dho’iefah Wal Maudhu’ah , oleh al-‘Allamah Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh , ( Hadis ke- 660 ) .

{ 2 } ~ Hadis bersumber daripada Saidina Anas Bin Malik r.a , katanya : [/color]

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال: أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم والحزن

Ertinya : “ Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya , kemudian melalukannya atas mukanya sampai ke janggutnya , kemudian berdoa : Aku naik saksi bahawa tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan “ ~ (HR Imam Abu Nu’aim rh )

ULASAN TERHADAP HADIS INI :

Status hadis ini ialah : TERLALU LEMAH ( Dho’ief Jiddan ) .

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ibnus Sunni rh di dalam “ al-Yaum Wal Lailah “( nombor : 110 ) dan juga oleh al-Imam Ibnu Sam’un rh di dalam “ al-Amali “ ( 176 / 2 ) daripada Salam al-Mada-ini drp Zaid al-‘Ammi drp Mu’awiyah Bin Qarah drp Saidina Anas r.a . Salam al-Mada-ini inilah penyebab hadis ini berstatus terlalu lemah dan dia juga dituduh sebagai seorang rawi yang pendusta .

Zaid al-‘Ammi pula dituduh sebagai seorang rawi yang lemah .

{ 3 } ~ Hadis bersumber daripada Saidina Anas Bin Malik r.a , katanya :

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بكفه اليمنى ثم أمرها على وجهه حتى يأتي بها على لحيته ويقول: بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب و الشهادة الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم، اللهم بحمدك انصرفت، و بذنبي اعترفت، أعوذ بك من شر ما اقترفت، و أعوذ بك من جهد بلاء الدنيا، و من عذاب الآخرة

Ertinya : “ Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya , kemudian melalukannya atas mukanya sampai ke janggutnya , kemudian berdoa : Dengan Nama Allah Yang Tiadalah Tuhan melainkan Allah melainkan Dia Yang Maha Mengetahui segama yang ghaib dan nyata , Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . Ya Allah, hindarkan daripadaku kegusaran , kedukaan dan kesedihan . Ya Allah Ya Tuhanku , dengan memuji-Mu aku beredar , dengan dosaku aku mengakui . Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah ku lakukan . Dan aku juga berlindung dengan-Mu daripada beban bala dunia dan azab akhirat “ ~ [/color] (HR Imam Abu Nu’aim rh )

ULASAN TERHADAP HADIS INI :

Status hadis ini ialah : PALSU ( Maudhu’ ) .

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Abu Nu’aim rh di dalam “ akhbar al-Asbahan “( 2 / 104 ) daripada Daud bin al-Muhabbir , pengarang kitab “ al-‘Aql “ dan dia inilah yang tertuduh sebagai “ seorang rawi yang suka berdusta “ . Dan tuduhan ini telah dinyatakan oleh al-Imam adz-Dzahabi rh , al-Imam Ibnu Hibban rh , al-Imam as-Suyuthi rh , al-Imam al-Manawi dan juga asy-Syeikh al-Albani rh .

BEBERAPA PERSOALAN BERBANGKIT :

{ 1 } ~ Bukankah ada di kalangan ulama’ yang membenarkan penggunaan hadis-hadis lemah di dalam menyatakan kelebihan sesuatu amalan ( Fadhoil A’amal ) , dan nasihat ( Mawa’idz ) serta galakan beramal ( at-Targhib ) dan ancaman ( at-Tarhib ) ? . Oleh itu apa salahnya kita tetap beramal dengan hadis-hadis di atas yang berstatus LEMAH ? .

JAWAPAN KAMI :

Memang benar terdapat sebahagian para cendekiawan ilmu hadist membenarkan kita beramal dan mempergunakan hadis lemah ( dho’ief ) , akan tetapi ini tidaklah bermakna kita boleh beramal dengan kesemua hadis dho’ief secara total / pukul rata.

Syeikhul Islam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh , al-Imam al-‘Izz Bin ‘Abdus Salam rh , al-Imam Ibn Daqiq al-‘Id rh , al-Imam as-Suyuthi rh dan selain mereka MEMBENARKAN kita beramal dengan hadis-hadis lemah DENGAN syarat-syarat berikut :

1 ~ Tahap lemahnya sesuatu hadis itu tidaklah keterlaluan lemahnya . Ertinya tidaklah hadis itu satu hadis yang terlalu lemah , apatah lagi yang berstatus : HADIS PALSU ( Maudhu’ ) .

2 ~ Hadis lemah itu sendiri tidak lari daripada ketentuan asal / asas / prinsip umum yang ada dalilnya secara kuat / yakin .

3 ~ Ketika beramal dengan hadis lemah itu hendaklah jangan dipercayainya bahawa itu adalah sabda / perbuatan Baginda Nabi s.a.w , hanya digunakan ia sebagai langkah berjaga-jaga .

al-Imam an-Nawawi rh pula telah menambah satu lagi syarat penggunaan hadis-hadis lemah di dalam kitabnya : “ al-ADZKAR “, iaitu : Hadis-Hadis lemah itu digunakan hanya pada Fadhoil A’amal dan at-Targhib WarTarhib.

asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ha pula menambah lagi 2 syarat untuk beramal dengan hadis-hadis lemah , selain drp 3 syarat di atas sebagaimana di dalam kitabnya : “ FATAWA MU’ASIRAH “ dan “ KAIFA NATA’MAL MA’AS as-SUNNAH “, iatu :

4 ~ Hadis-hadis lemah itu tidak mengandungi perkara-perkara yang melampau-lampau dan reka-rekaan yang tidak diterima oleh akal , syarak dan Bahasa Arab .

5 ~ Hadis-Hadis lemah itu tidak pula bertentangan dengan dalil syarak yang lebih kuat daripadanya .

### Itulah kelima-lima syarat asasi yang perlu diperhatikan terlebih dahulu sebelum kita boleh beramal dengan hadis-hadis yang lemah .

Dan ketiga-tiga hadis di atas BERTENTANGAN pula dengan kelima-lima syarat di atas , ini disebabkan ketiga-tiga hadis di atas berkenaan dengan menyapu muka lepas sembahyang berstatus SANGAT LEMAH ataupun PALSU .

Kita tidak pula menemui adanya imam-imam hadis yang muktabar yang mengatakan boleh beramal dengan sesebuah hadis lemah itu walaupun ia berstatus SANGAT LEMAH , dan lebih-lebih lagi HADIS PALSU .

Oleh itu , ketiga-tiga hadis di atas BUKAN SAHAJA tidak boleh disandarkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w , malahan ia juga TIDAK BOLEH DIAMALKAN kerana bertentangan dengan kelima-lima syarat yang telah dinyatakan tadi .

{ 2 } ~ Kalau benar hadis-hadis mengenai menyapu muka selepas selesai memberi salam berstatus LEMAH dan PALSU , mengapakah masih ramai di kalangan ‘alim-‘ulamak rh dan para pendakwah yang beramal dengannya ? .

JAWAPAN KAMI :

Memang benar masih ramai ulama’ dan para pendakwah , khasnya di Nusantara ini yang masih beramal dengan perbuatan menyapu muka selepas salam ( di dalam sembahyang ) . Mengapakah mereka berbuat demikian walhal hadis-hadis mengenainya ( sbg mana yang telah dinyatakan di atas ) tidaklah boleh dijadikan amal-ibadah ? .

Secara “ Husnu Dzon “ ( Bersangka Baik ) , kami menganggap bahawa kebanyakan ulama’ rh dan para pendakwah rh di Nusantara ini beramal dengan perbuatan itu disebabkan :

{ 1 } ~ Mungkin mereka menyangka perbuatan itu benar-benar berasal daripada amalan Baginda Nabi Muhammad s.a.w secara sahih ( yakin kebenarannya ) .

{ 2 } ~ Mungkin mereka sendiri ada hadis-hadis lain yang berstatus sahih berkenaan amalan menyapu muka selepas sembahyang ( kalau benar ada hadis-hadis yang sahih berkenaan hal itu , maka tolonglah bawakan kepada kami kembali , agar dapat kami ikuti hadis itu ) .

{ 3 } ~ Mungkin mereka masih belum tahu status sebenar ( hukum sebenar ) hadis-hadis menyapu muka selepas salam itu .

{ 4 } ~ Mungkin juga mereka tahu , akan tetapi mereka menyangka bahawa kesemua hadis lemah boleh diamalkan tanpa memerhatikan kelima-lima syarat di atas ( dan sudah tentu sangkaan seperti itu adalah silap dan bertentangan pula dengan kaedah-kaedah yang diletakkan oleh para ulama’ hadis tadi ) .

{ 3 } ~ Bagaimana tindakan kita terhadap sebahagian besar umat Islam , khasnya di Nusantara ini yang masih beramal dengan amalan menyapu muka selepas salam ? .

JAWAPAN KAMI :

Apalah yang boleh dilakukan terhadap saudara-saudari kita seagama yang melakukan amalan itu MELAINKAN menasihati mereka dan menunjukkan kepada mereka cara sebenar Baginda Rasulullah s.a.w bersembahyang .

Adakah perlu berkeras ??? . Tidak perlu sama sekali berkeras di dalam masalah ini kerana kekerasan itu pula akan melahirkan satu tindak-balas yang lebih keras pula drp majoriti umat Islam Nusantara yang beramal dengannya .

Lagipun kalau dikaji daripada sudut “ Maratib Taghyir al-Munkar “ ( Tahap-Tahap Mengubah Kemungkaran ) , nyatalah bahawa perbuatan mengusap / menyapu muka selepas sembahyang ini BUKANLAH satu perkara yang perlu diubah dengan kekerasan .

Dan kalau masih ada di kalangan umat Islam yang berkeras mahu beramal dengannya setelah kita menyatakan hukum sebenar amalan itu , maka biarkanlah sahaja dia , dan cubalah katakan kepadanya : [color=blue] “ Kalau saudara masih tetap berkeras untuk melakukannya , maka saya tidak menghalang . Cuma satu sahaja yang saya betul-betul minta , iaitu janganlah pula saudara kata ini adalah amalan Baginda Rasulullah s.a.w , kerana kalau kita berkata demikian , itu bermakna kita telah berdusta dengan menggunakan nama Baginda s.a.w , dan sesiapa sahaja yang berdusta dengan nama Baginda s.a.w , maka nerakalah tempat selayaknya untuk dia “ . [/color] Na’udzu BilLahi Min Dzalik .

KESIMPULANNYA :

Perbuatan menyapu muka selepas memberi salam di dalam sembahyang BUKANLAH SATU SUNNAH daripada Baginda Rasulullah s.a.w .

TIDAKLAH ditemui sebarang hadis sahih ~ sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini ~ sebarang dalil yang menunjukkan bahawa Baginda Nabi Muhammad s.a.w memulakan solatnya dengan SELAIN takbiratul ihram . ( Oleh itu drp ini fahamlah kita bahawa perbuatan melafazkan niat “ USOLLI …. “ itu sendiri bukanlah perbuatan Baginda Rasulullah s.a.w ) .

Begitulah juga , TIDAKLAH ditemui ~ sepanjang ilmu kami yang sedikit ini ~ sebarang dalil yang sahih yang menunjukkan Baginda Nabi s.a.w menutup / mengakhiri solatnya dengan selain MEMBERI SALAM . Oleh itu drp kenyataan ini fahamlah kita bahawa amalan menyapu muka selepas memberi / mengucap salam itu bukanlah satu amalan Baginda Rasulullah s.a.w ! .

Apakah ada cara sembahyang yang lebih baik daripada apa yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri !!?? .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Sujud Sajadah Dan Sujud Sahwi

bagaiman kita nak laksanakan ibadat ini tolonggggg!!!


Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Insyaallah Al-Ahkam Online akan cuba membantu anda. Sebenarnya Sujud Sajadah atau yang dikenali sebagai Sujud Al-Tilaawah dan Sujud Sahwi telah banyak sekali diperbincangkan didalam Al-Ahkam terutama oleh Al-Fadhil Ustaz THTL, Al-Fadhil Ustaz ZainYS dan lain-lain. Anda boleh menggunakan fungsi search menjadi perkataan "sujud sajadah" sebagai Words to search for, didalam Forum/Category - "Jawapan SoalJawab Fiqh" dan Data Range - "All Posts". Disini saya paparkan beberapa url dari al-ahkam sebagai contoh:

1. Sujud Sajadah (Al-Tilaawah - [color="#800000" size="4"]سجود التلاوة)

a. SJ 716 : Cara melakukan sujud Tilaawah : sila klik : http://www.al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab146.htm

Ringkasannya : Ringkasan dari Kitab Syafi'i al-Iqna' oleh Syeikh Muhamad al-Syarbini al-Khatib yang menerangkan tentang Hukum, Rukun dan kaedah Sujud Sajadah ini.

b. SJ 716 : Apakah sujud sajadah tidak boleh dilakukan didalam solat kecuali solat Suboh pagi Jumaat? : sila klik : http://www.al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab260.htm


2. Sujud Sahwi ([color="#800000" size="4"]سجدة السهو)

a. SJ-1283: Seputar Sujud Sahwi [100D] : Sila klik : http://al-ahkam.com.my/forum/showthreaded.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5709

Sinopis : Kaedah melakukan sujud sahwi.

b SJ-1604: Terlupa sujud sahwi : Sila klik : http://al-ahkam.com.my/forum/showthreaded.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6974

Sinopis : Pendapat Mazhab Syafie mengenai terlupa sujud sahwi sebelum salam.

Insyaallah diharap url-url diatas dapat membantu anda melakukan ibadat tesebut. Sebagai makluman, Sujud Syukur juga sama kaedah sujudnya seperti Sujud Tilaawah diluar Solat. Jika ada apa-apa persoalan yang anda musykilkan atau tidak adapt mengakses URL akan kami nyatakan diatas, silalah kembali kepada kami sekali lagi.

wallahu 'alam

-wassalam-

Solat Jenazah Tanpa Wuduk

Perkataan sembahyang pada sembahyang mayat adalah salah guna istilah,sembahyang yang dimaksudkan ialah doa, sebab itu tak mengapa kalau sembahyang mayat tanpa wudhu'.
Sebab sembahyang(solat) mempunyai rukun2 dan syarat2 tertentu.Betulkah begitu?

Assalamu'alaikum

Perkataan Al-solaah (الصلاةَ) didalam kamus Sakhr bermaksud "supplication" , "prayer" atau do'a dan sembahyang. Dr Mustafa Bugho menyatakan bahawa solat dari segi bahasa ialah do'a yang baik. Firman Allah swt :

وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." - [Al-Taubah:103)

Ia bermakna apa-apa permintaan kepada Allah dan kepada mereka diberi pengampunan.

Disini juga kita dapat melihat perkataan solat juga digunakan bagi ibadat selawat, iaitu berselawat keatas Nabi. Firman Allah didalam surah Al-Ahzab:56 :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yg beriman, selawat dan salam lah keatas Nabi".

Manakala dari segi istilah feqah pula ialah 'melakukan perkataan dan perbuatan yang dikhususkan , dimulakan dengan Takbir dan diakhiri dengan salam' atau 'beribadat kepada Allah dengan perkataan dan perbuatan yang dimaklumkan, dimulakan dengan Takbir dan diakhiri dengan salam' : (التعبد لله تعالى بأقوال وأفعال معلومة مفتتحة بالتكبير ، مختتمة بالتسليم).

Sembahyang Mayat atau yang lebih tepat sekali Solat keatas Mayat (الصلاة على الميت), juga merupakan sejenis Solat yang mana hukumnya adalah fardu kifayah. Ia termasuk didalam definasi solat yang 'bermula dengan Takbir dan diakhir dengan salam'. Cuma istilahnya bukanlah Solat Mayat, tetapi Solat keatas Mayat.

Disebabkan ia merupakan sebahagian dari jenis-jenis solat, berwudhu' hukumnya adalah wajib. Tidak boleh melakukan Solat keatas mayat tanpa berwudhu'. Hadis Nabi saw menyatakan :

{{لا يقبَلُ اللهُ صلاةَ أحدِكم إذا أَحْدثَ حتى يتوضَّأَ}}

"ALLAH Tidak terima Solat seSeorang jika ia berhadas sehingga ia berwudhu" - Riwayat Muslim dari Abu Hurairah.

Kesimpulannya ialah istilah sembahyang mayat itu bolehlah ditukar kepada Solat keatas mayat, manakala Solat ini tetap berbentuk solat (yang dimulai dengan Takbir dan berakhir dgn salam) yang hukumnya Fardu Kifayah dan salah satu syarat sah solat ialah wajib berwudhu'.

wallahu 'alam

-wassalam-
---------------------------

Rujukan :

1. Dr. Mustafa Bugho [etc]. Fiqh Al-Manhaji - I. cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000.

Masuk Waktu Isyak Ketiaka Sedang Solat Maghrib

Seorang sedang musafir dan sedang beliau menunaikan solat fardhu Magrib di rakaat yang kedua, terdengar azan Isya' dari masjid. Apakah hukum solat magrib beliau dan apa harus beliau lakukan ?



Jawapan
Semoga Allah merahmati anda. Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Sebelum kita pergi kepada jawapan, adalah lebih baik kita melihat dahulu beberapa istilah yang berhubungkait dengannya:

1. Tunai (ada’)
Ada’ ialah ibadah berwaktu yang dikerjakan pada waktu yang diperuntukkan. Contohnya sembahyang Asar. Waktu yang diperuntukkan kepada kita ialah ketika bayang-bayang sama ukuran dengan benda asalnya, dan berkahir apabila terbenam mentari. Jika kita mengerjakan ibadah dalam lingkungan waktu berkenaan, maka sembahyang itu dinamakan sembahyang tunai atau ada’.

Masalah: Bagaimana jika, seseorang itu bersembahyang pada akhir waktu asar (waktu hampir nak habis). Belum sempat dia selesai mengerjakan Asar, waktu maghrib pun masuk?

Jawab: Perlu dilihat… Apakah dia sudah mendapat satu rakaat? Jika dia mendapat satu rakaat, maka sembahyangnya itu dianggap sebagai sembahyang tunai. Jika tidak mendapat satu rakaat, sembahyangnya itu dianggap sebagai qadhak.

Contoh, Ali bersembahyang Asar di akhir waktu. Dia takbir, baca fatihah, surah, rukuk, sujud… seterusnya. Kemudian dia bangkit untuk rakaat kedua. Baru sahaja mahu membaca fatihah, waktu maghrib telahpun masuk… Sembahyang Ali dianggap sebagai sembahyang tunai. Kerana dia memperoleh satu rakaat dalam waktu Asar.

Contoh, Ali bersembahyang di akhir waktu. Dia takbir.. Kemudian, baru sahaja mahu membaca fatihah, waktu maghrib telahpun masuk. Sembahyangnya dianggap sebagai sembahyang qadhak. Kerana dia tidak memperolehi satu rakaat dalam waktu Asar.

Ini adalah pendapat mazhab Syafi’i. Dan, ada dasrnya, Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang subuh sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi subuh. Dan barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang Asar sebelum terbenam mentari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi Asar. “ (Muttafaq Alaih)

2. Qadhak
Qadhak pula bermaksud ganti/bayar balik. Iaitu ibadah yang dikerjakan selepas atau diluar waktu yang ditetapkan. Seperti sembahyang Asar tadi. Kita tidak dapat tertinggal sembahyang Asar (samada sengaja ataupun tidak), lalu kita mengerjakan selepas waktu Asar. Ibadah ini dinamakan sebagai qadhak.

3. I’adah
Iaitu mengulang kembali ibadah yang telah dikerjakan dalam waktu yang telah ditetapkan. Seperti Ali bersembahyang Asar pada waktunya secara bersendirian di masjid. Kemudian apabila Abu, Ahmad, Hasan dan Husin datang untuk bersembahyang Asar secara berjamaah, Ali ikut sama. Di sini Ali bersembayang untuk kali kedua. Yang pertama, sembahyangnya sah, tetapi tidak sempurna kerana tidak berjamaah. Kemudian Ali bersembahyang lagi untuk kali kedua. Sembahyang kali kedua inilah yang dinamakan sebagai I’adah.
---------
Kembali kepada soalan:

Soal: Saorang sedang musafir dan sedang beliau menunaikan solat fardhu Maghrib di rakaat yang kedua, terdengar azan Isya' dari masjid. Apakah hukum solat magrib beliau?

Jawab: Dia telah memperoleh rakaat kedua.. Ini bermakna sembahyangnya dianggap sebagai sembahyang tunai. Lihat penjelasan di atas…

Soal: apa harus beliau lakukan ?
Jawab: Teruskan sembahyang maghribnya itu sehingga selesai. Sembahyangnya saha dan dianggap sebagai tunai.

Dan kalau tidak sempat mendapat satu rakaat sudah kedengaran azan Isyak, juga perlu diteruskan . Sembahyangnya sah, tetapi dianggap sebagai sembahyang maghrib qadhak.

Cuma, jika melewat-lewatkan sembahyang dilakukan dengan sengaja adalah haram hukumnya. Maksudnya ialah melewat-lewatkan hingga ke waktu yang sempit. Nak lakukan sepenuhnya pada waktu yang ditetapkan tidak sempat. Seperti masalah yang dikemukakan.

Dalam masalah yg dikemukakan, kalau dia seorang yang bermusafir yang dibenarkan jamak sembahyang. Dia tidak boleh menjamakkan maghrib dengan Isyak lagi. Sebab apa? Bagaimana boleh dia menjamakkan maghrib dengan Isyak, kerana dia sudah berada dalam waktu Isyak! Sembahyang Isyak seperti biasa atau mengqasarkannya.

Kami rasakan ianya sudah jelas dan di fahami. Hubungi kami lagi jika ada kekeliruan. Moga anda dirahmati Allah. Sebarkan…!

Rujukan
Al-Iqna’- al-Khatib al-Syarbini
Usul Feqh al-Islami – Dr. Wahbah al-Zuhaili


zain_ys

Mengangkat Telunjuk Ketika Tahayat

Assalamualaikum...
Ustaz, saya ada persoalan yang saya harap ustaz jelaskan...
Apa pengertian sebenarnya semasa tahiyyat(awal & akhir), kita meluruskan jari telunjuk.....?
Terimakasih atas pertolongan ustaz
wassalam




Jawapan
Bila ditanya mengapa umat Islam mengangkat jari ketika membaca tahiyat, saya akan menjawab – Kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan bahawa baginda s.a.w. berbuat demikian. Itulah sebab yang sebenar-benarnya.

Hadis-hadis yang menyatakan mengenai perkara berkenaan, antaranya ialah:

1. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk dalam sembahyang, baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dan mengangkat anak jarinya yang mengiringi ibu jari (jari telunjuk), lalu beliau berdoa dengannya, sedang tangannya yang kiri diletakkan di atas lutu kiri dengan menghamparkannya.” (HR Ahmad, al-Nasa’I dan Abu Daud)

2. Dari Wa’il bin Hujr r.a. katanya: “…kemudian Rasulullah duduk, lalu baginda menghamparkan kaki kirinya dengan meletakkan telapak tangan kiri di atas peha kiri dan mejadikan hujung siku kanan di atas peha kanan. Baginda menggenggam dua anak jarinya (jari kelingking dan jari manis) dan membuat gelungan, lalu baginda mengangkat-angkat anak jari telunjuk. Aku lihat baginda menggerak-gerakkannya sambil berdoa dengan dia.” (HR Ahmad, al-Nasa’I dan Abu Daud)

3. Dari Abdullah bin al-Zubair r.a., katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk dalam tahiyat, meletakkan tangan kanannya atas peha kanannya dan tangan kiri atas peha kirinya sambil berisyarat dengan telunjuk. Pandangannya tidak melampaui isyaratnya.

Dan ada beberapa hadis lain lagi…

********
Bila masanya mengangkat/berisyarat jari telunjuk? Menurut mazhab Syafi’iyah ia hendaklah dilakukan ketika mengucapkan kalimat “illallah”.

Apakah hikmah mengangkat jari telunjuk ketika tahiyat? Menurut Ibnu Ruslan bahwa hikmah mengangkat/berisyarat jari telunjuk ialah mengisyaratkan keesaan Allah, agar berhimpunlah ketika itu – Tauhid qauli (ucapan), tauhid amali (amalan) dan tauhid I’tiqadi (hati).

Menurut satu riwayat dari Ibnu Mas’ud, bahawa maksud isyarat itu ialah ikhlas.

Dan boleh juga dikatakan ia adalah sebagai isyarat tauhid dan ikhlas.

Mungkin inilah yang ditanyakan oleh saudara…

Wallahu a’lam

Rujukan
Nailul Authar
Subulus Salam
Mughnil Muhtaj


zain_ys

Aurat Yang Dilihat Dari Setiap Arah

Assalamualaikum...
Saya ada satu kemuskilan.

Beberapa bulan lalu, saya ada menonton satu rancangan TV (tak ingat rancangan apa), Dato' Ishak Baharom (Bekas Mufti Selangor) berbicara tentang solat. Antara penerangannya ialah tentang aurat.
Menurutnya, semasa dalam sembahyang kita mesti menutup aurat (bagi lelaki) iaitu tak boleh nampak aurat dari segenap arah termasuk dari atas atau bawah.

Soalan saya : apakah hanya memakai kain pelikat dan berbaju melayu (tanpa berbutang) dapat dikira sah sembahyang sedangkan kalau dipandang dari arah bawah (kaki keatas) tentu auratnya terbuka dan ketika rukuk akan kelihatan aurat (sekiranya kain yang dipakai dibawah paras aurat) Adakah kita mesti memakai seluar panjang dan kemudian kain pelikat Diluar dan memakai T-shirt sebelum memakai baju melayu untuk mengelakkan aurat kita dapat dilihat dari arah atas atau bawah??

Adakah dengan memakai kain pelikat dan berbaju melayu tanpa berbutang sah sembahyang dari segi menutup aurat ? Dari segi apakah dikira aurat itu ditutup? Aurat akan kelihatan sekiranya ia dilihat dari arah bawah keatas dan dari atas kebawah (melalui kain antara dua kaki dan dari depan semasa rukuk.)

Penjelasan dari pihak anda amat dinanti-nantikan.

Sekian
Wassalam




JAWAPAN
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Definasi aurat menurut bahasa ialah kekurangan. Menurut istilah syarak pula ialah sesuatu yang wajib disembunyikan dan yang haram dilihat.
Aurat adalah salah satu dari syarat sah sembahyang. Menurut ijmak ulamak, aurat itu wajib ditutup dalam semua keadaan samada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang. Hanya, bentuk penutupan itu sahja yang berbeza-beza menurut keadaan-keadaan tertentu..

Firman Allah Taala:
Ertinya: “Pakai pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang). (Al-A’raf:31)

Ibnu Abbas menafsirkan ayat di atas sebagai pakaian ketika bersembahyang.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Allah tidak menerima sembahyang perempuan yang telah baligh tanpa tudung kepala.” (HR al-Hakim)


Mengenai masalah yang saudara tanyakan, jawapannya adalah:
1. Aurat mestilah ditutup dari arah keliling dan atas, tidak dari arah bawah.

Apabila seseorang itu memakai kain yang singkat, kemudian ketika rukuk atau sujud terlihatlah auratnya, apakah batal sembahyangnya? Sebagai jawapannya adalah sebagai berikut:

“(Suila radhiallah u anhu) daripada memakai kainnya itu singkat hal menutup ia akan auratnya dan sembahyang ia maka kelihat tatkala ia rukuknya dan sujudnya adakah batal sembahyangnya atau tiada, dan jikalau disahajanya sekalipun dan didapatnya kain yang lain.

(Maka dijawabnya) tiada batal sembahyangnya dan jika ada ia orang yang kuasa kerana kelihat itu belah pihak bawah bukan pihak atasnya dan kelilingnya.”
(Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Furu’ al-Masa’il, vol. 1, hal. 76, cet. Darul Fikr)

Maksudnya, Syeikh Daud di tanya: Apakah batal sembahyang seseorang yang memakai kain singkat, kemudian semasa rukuk dan sujud terlihat auratnya. Dan, orang ini pula sebenarnya sengaja memakai kain berkenaan, padahal ada kain lain yang tidak singkat yang boleh dipakainya?

Syeikh Daud jawab tidak batal sembahyangnya, kerana aurat berkenaan kelihatan dikira dari arah bawah, bukan dari arah keliling atau atas.

2. Masalah: Memakai baju melayu tanpa butang…

Jawapannya: Seandainya saudara mengikat kain (atau seluar) di bawah paras pusat (pusat tidak tertutup), sudah tentu ia dapat dilihat secara yakin dari atas, maka batal sembahyangnya. Kerana aurat dikira terdedah. Sebaliknya jika saudara mengikat kain di atas paras pusat, sudah tentu tidak menjadi apa-apa.

3. Tentang mahu memakai pakaian apa, dan bagaimana caranya adalah terpulang… Asalkan dapat menutup batas-batas aurat yang telah ditetapkan di dalam sembahyang. Hatta, jika bersembahyang dengan tidak memakai baju… Hanya pakai kain pelikat – Dengan menutup anggota aurat asasi sahaja – ia sudah dikira sah sembahyangnya! Walaupun sah sembahyangnya, tetapi dari segi adab antara makhluk dan al-Khaliq dikira sebagai sangat tidak patut.

*******
Saya kira jawapan ini jelas dan dapat difahami.

Wallhu’alam.

zain_ys

Qadha Solat Ketika Matahari Naik

Adakah boleh seseorang islam sembahyang wajib yang tertinggal di waktu matahari naik atau selepas asar dan apa kah hukumnya.



Jawapan
Terimakasih kerana mengunjungi aL-AHKAM online. Alhamdulillah inilah jawapannya:

Terdapat lima waktu yang diharamkan mengerjakan sembahyang . Menurut Syaeikh Abu Syujak di dalam kitab matannya:
"Terdapat lima waktu yang tidak boleh seseorang itu mengerjakan sembahyang, iaitu: Selepas sembahyang subu hingga terbit matahari, ketika terbit matahari hingga menjadi sempurna dan naik hingga setinggi tombak, ketika matahari berada betul-betul ditengah langit hingga tergelincir, selepas sembahyang Asar sehingga terbenam matahari, ketika terbenam matahari sehingga terbenam dengan sempurna."

Penetapan waktu yang dilarang ini adalah berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., antaranya ialah:
Uqbah binAmir berkata: "Terdapat tiga waktu yang Rasulullah s.a.w melarang kita mengerjakan sembahyang atau menguburkan mayat, iaitu ketika terbit matahari secara nyata sehingga naik, ketika sesuatu berdiri tegak di tengahhari hingga tergelincir matahari, dan waktu matahari condong hampir terbenam." (Riwayat Muslim)

Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.:
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegah sembahyang selepas sembahyang Asar hingga terbenam matahari dan selepas sembahyang Subuh sehingga terbit matahari." (Riwayat Syaikhan)


Pengecualian >>>
. Tidak mengapa mengerjakan sembahyang pada lima tempat berkenaan di Mekah.
. Dikecualikan juga sembahyang-sembahyang yang mempunyai sebab yang mendahului, seperti sembahyang sunat tahiyatul masjid, sembahyang sunat wudhuk, sembahyang jenazah, sujud tilawah, sujud syukur, sembahyang istisqa' (gerhana). Juga termasuk sembahyang yang mempunyai sebab ialah sembahyang qadhak. Diharamkan pada waktu berkenaan mengerjakan sembahyang sunat yang tidak bersebab, seperti sembahyang sunat mutlak, atau sembahyang yang mempunyai sebab yang terkemudian seperti sembahyang sunat ihram, sembahyang tasbih dan sembahyang istikharah.


Sila berkunjung lagi ke aL-AHKAM online
Wallahu a'lam


Rujukan
1. Fathul Mu'in (bihamisy I'anah al-Thalibin), Syeikh Zainudin al-Malbari
2. Kifayatul Akhyar, vol 1, Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhamad al-Husaini

Solat Sunat Tetapi Tertinggal Solat Wajib

Assalamualaikum, pertama tamanya saya amat bersyukur kehadrat Illahi kerana adanya ruang ini di internet. Jua tahniah kepada pembikinya dan semoga anda di limpahi rahmatnya.
Lanjutan kepada persoalan mengenai sembahyang sunat itu tapi, suka saya kemukakan satu soalan yang mungkin agak basic dan akan tetapi saya amat keliru sekali dengan keadaanya.

Soalanya: Adakah sah sembahyang sunat (apa apa sunat) seseorang itu seandainya beliau tertinggal sembahyang wajibnya dan masih belum diganti (qada).

Saya harap saya mendapat jawatannya demi mengihangkan kekeliruan saya.

Terima kasih dan wassalam

Jawapan
Terimakasih kerus masih mengunjungi kami. Alhamdulillah inilah jawapannya:

Terdapat beberapa istilah yang dirasakan perlu diberi penjelasan definasinya, agar pemahaman dapat lebih mendalam lagi. Iaitu --> Tunai (ada'), qadhak dan i'adah.

Tunai (ada')
Ada' ialah melakukan sesuatu perbuatan yang diwajibkan dalam waktu yang ditetapkan oleh syarak. Misalnya kalau sembahyang fardu Asar, dia melakukan sembahyang tersebut pada waktu tersebut.

I'adah (mengulang)
I'adah pula ialah melakukan perbuatan yang diwajibkan untuk kali kedua di dalam waktu yang ditetapkan oleh syarak. Contohnya, dia mengerjkan sembahyang Asar di dalam waktu Asar, tetapi kurang sempurna. Lalu dia sembahyang untuk kali keduanya di dalam waktu itu juga. Ini dinamakan i'adah.

Qadhak
Qadhak pula ialah mengerjakan perbuatan yang diwajibkan diluar dari waktu yang diwajibkan oleh syarak. Misalnya, dia mengerjakan sembahyang Asar selepas habis waktu berkenaan. Sudah masuk waktu maghrib baru nak sembahyang Asar.

Apa hukum qadhak?
Telah ijmak (tidak diperselisihkan oleh seorang ulamakpun) bahawa mengqadhak sesuatu amalan yang wajib adalah wajib hukumnya. Dasar pengambilan hukum ini ialah, hadis:
"Barangsiapa yang tertidur atau terlupa dari mengerjakan sembahyang, hendaklah dia kerjakannya apabila teringat." (Riwayat Ahmad, Syaikhan, al-Tarmizi dan al-Nasa'i dari Anas bin Malik)

Berikut ini pula saya petik dari kenyataan Syeikh Zainudin al-Malbari dari kitab Fathul Mu'in yang dinukilkannya dari gurunya syeikh Ibnu Hajar al-Haitami (terjemahan bebas):

"Wajib seseorang itu menyegerakan mengerjakan (qadhak) sembahyang tertinggal, jika ia dilakukan secara sengaja. Syeikh kami Ahmad Ibnu Hajar al-Haitami r.h. berkata bahawa yang apa yang nyata ialah dia wajib memalingkan semua waktunya untuk mengerjakan qadhak. Dikecualikan untuk waktu untuk mengerjakan sesuatu yang lain yang tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya dia diharamkan mengerjakan sembahyang sunat."

******intaha al-Malbari*******
Di atas, menurut fatwa Ibnu Hajar seseorang yang telah meninggalkan sembahyang secara sengaja, diwajibkan mengqadhaknya dengan segera. Tidak boleh tangguh-tangguh lagi. Segala waktunya hendaklah digunakan untuk melakukan qadhak, kecuali untuk hal-hal yang penting sahaja seperti tidur, makan, bekerja dan sebagainya. Selagi qadhaknya belum selesai, dia diharamkan mengerjakan sembahyang sunat. Dan memang benar, jika kita fikirkan, bukankah lebih baik (semestinya) sembahyang sunat yang kita mahu kerjakan itu digantikan dengan mengerjakan sembahyang qadhak. Walaubagaimanapun sembahyang sunat yang dikerjakan itu tetap sah.

Kita petik lagi kata-kata Syeikh al-Malbari:
"Sunat hukumnya menyegerakan qadhak bagi orang yang tertinggal kerana uzur, seperti tertidur (yang tidak sengaja terlajak, bukan sengaja terlajak) dan lupa. Jika tertinggal sembahyang dengan uzur, dia sunat mengerjakan qadhak itu secara tersusun menurut urutan waktu sembahyang. Sunat mengerjakan qadhak Subuh sebelum Zohor, begitulah seterusnya... Disunatkan juga mengerjakan qadhak sebelum mengerjakan sembahyang semasa. Itupun jika tidak dikhuatiri akan terlepas sembahyang semasa."

******intaha al-Malbari*******
Bagi orang yang tertinggal sembahyang fardu kerana uzur kerana tertidur atau terlupa, dia disunatkan menyegerakan qadhak. Sunat juga dia kerjakan qadhak secara tersusun. Contohnya dia tertinggal sembahyang subuh, asar dan isyak secara tidak sengaja. Ketika mengqadhak, dia sunat mengerjakan menurut urutan -> Kerjakan qadhak Subuh dahulu, kemudian Asar dan akhir sekali Isyak.

Sunat juga mendahulukan sembahyang qadhak (bagi yang tertinggal kerana uzur) dari sembahyang semasa. Contoh, sekarang adalah waktu Asar. Kita ada tertinggal sembahyang Subuh kerana tertidur. Sebelum mengerjakan sembahyang Asar, kita disunatkan mengerjakan dahulu sembahyang qadhak Subuh dahulu. Tetapi jika waktu Asar sudah nak habis, kalau mahu buat qadhak sudah tentu tak sempat, maka kerjakanlah dulu sembahyang Asar (sembahyang semasa).

Wallahu a'lam


zain_ys